Saturday, August 11, 2012
PESANAN IKHLAS BUAT OSTAD & PUAK PAS!!
Sebagai orang Islam, semua orang tahu Hudud adalah hukum Allah. Malaysia adalah negara Islam yang paling dihormati di dunia kerana kemakmuran dan kestabilan yang begitu sukar dicapai oleh negara-negara Islam lain. Kerana kemakmuran ini, Malaysia mampu membantu negara-negara Islam lain secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, Malaysia juga mampu untuk bersuara lantang di peringkat dunia kerana tidak bergantung kepada mana-mana kuasa asing.
Namun begitu, di dalam negara Malaysia sendiri masih ada yang meragui akan kedudukan ‘Islam’ di dalam negara. Tetapi tidak pernah pula mereka meragui kedudukan ‘Islam’ di dalam diri sendiri. Kenapa boleh jadi begini, sedangkan dalam diri mereka adalah umat Islam??
Begitu tegar sekali mereka ini bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang sebenar-benarnya iaitu dengan mempergunakan hukum Hudud. Bagi mereka, inilah satu-satunya cara untuk mencapai keberkatan dan menjamin kedudukan masing-masing di akhirat nanti. Dan yang lebih penting mereka mempermainkan fikiran rakyat bahawa mereka benar-benar memperjuangkan Islam.
GR rasa jika kita berkata bahawa mereka-mereka ini yakin perjuangan hudud ini akan membawa mereka terus ke Syurga itu adalah amat tepat sekali. Bukan sedikit masyarakat Islam di Malaysia, yang mengambil sikap seperti ini iaitu melihat Syurga, Neraka sebagai hitam putih.
Benar, tidak salah kita mengejar pahala dan Syurga, malah kita wajib melakukannya. Memang itu yang dituntut dalam Islam. Allah S.W.T juga memberitahu dalam Al-Quran, taat perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W pasti akan mendapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
Cumanya, kita perlu beringat iaitu yang akan ‘bertemu’ Allah nanti adalah roh yang membawa bersama segala apa yang terniat, terasa dan terfikir oleh kita dalam melakukan sesuatu perbuatan itu, bukannya perbuatan itu semata-mata. Yang akan dihisab ialah diri masing-masing, bukan orang lain dan bukannya negara ‘Malaysia’ yang Islam atau tidak.
Justeru, dalam kita mengejar pahala dan syurga, janganlah kita terlalu menumpukan kepada orang lain, politik dan negara melebihi diri sendiri. Jangan terlalu obses untuk beribadah dengan cara melihat kemungkaran orang lain. Dan jangan terlalu berfikir mengenai orang sekeliling mencari kesilapan mereka untuk ‘ditegur’ kerana ini akan menyebabkan kita alpa seolah-olah menganggap diri sendiri sudah begitu sempurna.
Malangnya, masyarakat Islam di Malaysia yang begitu galak bercakap soal hukum hakam dan hudud ini tidak pula berakhlak dan beradab. Bukankah lebih wajar kita memperkasakan asas Islam terlebih dahulu sebelum berbicara soal yang lebih tinggi?
Para Ulama dan pemimpin Islam wajib terlebih dahulu belajar merendah diri, bersikap tawaduk, meminta maaf bila bersalah, meminta izin untuk mencelah, mengucapkan terima kasih, mengsedekahkan senyuman bila bertentang mata walaupun dengan orang yang tidak dikenali, membantu orang yang dalam kesusahan dan sebagainya sebelum mereka layak mentarbiah atau mendakwah orang lain.
Oleh itu, sebelum bercakap soal hudud, Nik Aziz seharusnya memastikan Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan benar-benar mempraktikkan kebersihan diri, rumah, kampung-kampung dan bandar-bandar mereka terlebih dahulu.
Kemudiannya, Nik Aziz juga wajib menghapuskan kemiskinan di Kelantan bagi mengelak rakyatnya menghampiri kekufuran. Ini kerana kemiskinan mampu membawa kepada berbagai-bagai masalah sosial akibat dari kurang pendidikan dan pelajaran. Tanpa pelajaran dan pendidikan, rakyat mudah menjadi ‘gedebe’, tidak berakhlak, suka bergaduh, bercakap kasar malah mencarut yang mana amat bertentangan dengan Islam. Pendek kata, rakyat akan menjadi masyarakat yang tidak beradab umpama masyarakat jahiliah.
Nik Aziz juga wajib memajukan negerinya sejajar dengan tuntutan Islam yang menggalakkan kemajuan. Rakyat Kelantan harus digalakkan menguasai sains dan teknologi mengikut arus dunia selaras dengan tugas manusia sebagai Khalifah di dunia.
Jika segala asas Islam ini tidak dapat diperkukuhkan di dalam hati sanubari rakyat Kelantan, maka Nik Aziz tidak ada hak pun untuk bercakap mengenai perkara yang jauh lebih tinggi di dalam Islam, apatah lagi hukum Hudud. Renung-renungkanlah....
GR kata: Mantapkan asas Islam dahulu sebelum bicara soal Hudud!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mantapkan Islam dulu baru bicara pasal hudud? Bila Islam nak mantap kalau sibuk dengan sekular?
Mengucaplah admin. Jangan kerana politik iman kita tergelincir
Post a Comment