Saturday, March 31, 2012

PANAS: SAH! MAHASISWA NI BUAT HAL!! #AmanKampus @khalednordin


Prihatin..suka bantu membantu..berikan sumbangan pada golongan yang memerlukan. Itulah yang boleh GR katakan pada Aspirasi Mahasiswa ini. Perasaan ini yang perlu ada dalam diri setiap insan.

Kali ini Program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 menampilkan sedikit kelainan dari fasa pertama yang dijalankan pada bulan Februari yang lalu. Pada kali ini selain mendekati warga mahasiswa di setiap kampus, pelajar ASPIRASI MAHASISWA turut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.



Sumbangan berupa wang saku dan barangan keperluan harian dihulurkan sendiri oleh mahasiswa Aman Kampus...

Pada malam tadi di UNIMAP. Acara yang berlangsung di Kampus Wang Ulu ini dihadiri oleh pelajar-pelajar berbilang bangsa. Acara Pentas Anak Muda yang berlangsung pada malam itu penuh dengan pengisian dan motivasi yang boleh diterapkan dalam diri pelajar-pelajar untuk panduan. Gelak tawa, tepukan gemuruh diberikan pada panel-panel yang beraksi penuh bersemangat semasa Pentas Anak Muda berlangsung.




GR kata: Teruskan mahasiswa berbakti kepada agama, bangsa dan negara!!

JOM SUPPORT EARTH HOUR MALAM NI


Kepada seluruh rakyat Malaysia, malam ini jom kita bersama-sama sertai program tahunan seluruh dunia iaitu Earth Hour.

Masa : 8.30 malam - 9.30 malam (1jam)
Tarikh : 31 Mac 2012
Lokasi : Di mana jua anda berada

Tak rugi pun kita padamkan penggunaan elektrik selama 1 jam untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan juga membantu menyelamatkan bumi.

Maklumat lanjut, sila ke laman web rasmi Earth Hour


GR kata: Support untuk kebaikan kita bersama...sayangilah bumi kita!!

ANTI #LYNAS DAPAT DANA ASING - @fuziah99 TOLONG JAWAB??


Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.



Sumber: K-MPM


GR kata: Kak G jangan senyap pulak yer..Tolong jawab yer!!!

VIDEO INI BUAT @AdamAdli BERFIKIR TENTANG MASA DEPANNYA!! #AmanKampus



Rasional - itulah ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar, khabarnya pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya 'juara' isu luar kampus tetapi gagal menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh mahasiswa di dalam kampus.


GR kata: Golongan mahasiswa yang bijak pandai seharusnya berfikir tentang masa depan mereka. Itu yang terbaik!!

Friday, March 30, 2012

HARGA MINYAK TAK NAIK TAPI ANWAR YANG NAIK MINYAK!!


Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON95 pada kadar RM1.90 seliter sekalipun berlaku kenaikan harga minyak di pasaran antarbangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah berhasrat memberhentikan bantuan subsidi bahan api itu kepada rakyat.

"Jika tidak diberikan subsidi, harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan ini akan membebankan rakyat".

"Pemberian subsidi adalah bagi mengelakkan rakyat daripada menanggung beban berterusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bantuan pembangunan kerajaan pusat berjumlah RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di kawasan Parlimen Bera, di sini Jumaat.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera, berkata pada tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan RM17 bilion bagi subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM15 bilion.

"Pemberian subsidi ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin dan membela rakyat," katanya. - BERNAMA


GR kata: Terima kasih Kerajaan BN kerana sentiasa mendengar keluhan rakyat...

PANAS: KENAPA @AdamAdli MENGAMUK DENGAN PRO-M DI UTARA? #AmanKampus


Apa sebenarnya yang 'Kecoh' dan riuh-rendah di Dataran Perdana Universiti Utara Malaysia pagi tadi?? GR rasa kalau Adam Adli tengok pun dia akan meroyan lagi dengan program mahasiswa Jelajah AMAN KAMPUS bersama warga UUM. Aksi senam robik yang turut diserikan dengan aksi pertahanan diri dari srikandi-srikandi UUM.

Walaupun 'kecoh' dengan aksi senam robik dan seni pertahanan diri oleh warga UUM dan mahasiswa AMAN KAMPUS.

Tapi yang bestnya geng-geng mahasiswa AMAN KAMPUS takder pun buat provokasi baring atas jalan ker, kasi pecah pintu ker kan?? Tak caya tengok gambar di bawah :



Adam Adli confirm meroyan lagi tengok aktiviti-aktiviti sihat program AMAN KAMPUS ni. Ternyata mereka tidak membuat sebarang perkara atau perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri dan juga keluarga mereka.

Sumber: Double Y


GR kata: SYABAS Mahasiswa AMAN KAMPUS! Jom ramai-ramai datang ke UNIMAP, Perlis dan USM, P.Pinang memeriahkanlah lagi program ini....

CAYALAH @AzminAli SORANG MP YANG TERBAIK!!


Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.

Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari. Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur. - Metro


GR kata: Hebat Azmin ni, kawasan sendiri byk maksiat. Join sekaki ker YB?? He he he

AL FATIHAH: RAJA KECIL SULONG PERAK TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH!!

                                                       Inna lillahi wainna ilaihi rojiun


YTM Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, anakanda Sultan Perak Darul Ridzuan juga sebagai Raja Kecil Sulong Perak telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini akibat sakit asma di Bukit Damansara...


Semoga Allah merahmati dan menempatkannya dikalangan para solihin... AL FATIHAH

@AdamAdli TOLAK ANWAR, SERTAI #AmanKampus??


Jika kita lihat gambar di atas, sudah semestinya budak-budak Pro-Militan yang sentiasa dijadikan 'keldai tunganggan' pada puak Pakatan Pembangkang demi menjalankan agenda politik mereka dan kepentingan peribadi mereka saja.

Program 'Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Mahasiswa' yang merupakan fasa kedua Aman Kampus, kini bermula selepas 'Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat' berlangsung dengan jayanya bulan lalu. Bermula semalam selama 3 hari Aman Kampus akan berada di Utara tanahair.

Malam tadi Aman Kampus ke UUM dengan program ceramah motivasi keagamaan oleh Ustaz Junaidi Mat Sabri dengan tajuk "Halwa Cinta = Cinta ALLAH" di Masjid Sultan Badlishah, UUM.




Ayuh semua mahasiswa yang berada di Utara. Hari ini Aman Kampus berada di UNIMAP, Perlis. Jom ramai-ramai datang memeriahkan lagi program ini...



Baca juga di sini


GR kata: Adam Adli meh la join sekali, tengok sendiri ada tak mahasiswa yang baring atas jalan. He he he

Thursday, March 29, 2012

HOT: VIDEO HALAU JIN DALAM BADAN ANWAR IBRAHIM!!



Pembaca hayatilah video di atas, pendedahan Ust Haron Din yang membongkar segala kegiatan penipuan dan putarbelit manusia yang bernama Anwar Ibrahim dalam pemahaman Islam. GR tabik spring pada Ust Haron Din kerana beliau selama ini tidak pernah mempermainkan fahaman Islam kepada rakyat. Inilah contoh ulama' yang sebenar, bukan macam dua tiga orang pemimpin Pakatan Pembangkang tu....




Lihat video yang ni pula....adakah pemimpin ini dah sesat??? Pembaca renung-renungkanlah. Adakah manusia seperti ini yang kita nak angkat sebagai pemimpin negara???


GR kata: Teringat kata-kata seorang Ulama', Syirik itu kezaliman yang amat-amat besar!!

GEMPAR: KLCC TERBAKAR!!


Beratus-ratus orang telah dipindahkan dari KLCC akibat daripada kebakaran kecil di sebuah restoran di dalam bangunan itu. Beberapa orang melihat asap keluar dari restoran dan memanggil pihak keselamatan pusat beli-belah, kata seorang jurucakap bagi pengurusan KLCC.

Pembeli dan pekerja pejabat adalah antara yang pertama yang dipindahkan diikuti oleh peruncit yang menutup cawangan mereka.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Azizan Ismail mengesahkan kejadian dan berkata api telah dipadamkan dan tiada mangsa dan kecederaan dilaporkan.

EXCO AGAMA NEG. SELANGOR BAWA GAYA HOLLYWOOD!!! @Khalid_Ibrahim


Pembaca lihatlah sendiri gambar di atas, inikah ciri orang Melayu apabila bertandang ke rumah orang lebih-lebih lagi dirinya seorang pemimpin. Di manakah keadaban beliau sebagai seorang Islam dan juga Melayu?? Ingat ni Hollywood ker masuk rumah orang pakai kasut.

Pada GR, memang tak layak orang macam ini kita angkat lagi sebagai pemimpin. Sikap yang kurang ajar kepada rakyat tidak harus dicontohi. Ini adalah satu penghinaan. Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....


GR kata: Nak moden pun fikirlah dulu. Ini ker Exco Agama Islam Neg. Selangor?? Hancurlah gamaknya....

PANAS: SAH BUDAK SEKOLAH NIE TERLIBAT!! @rizalmanmokhtar @NajibRazak @umbkl


Apa cerita dengan program untuk pelajar-pelajar sekolah di Kompleks Sukan Bdr Tun Razak yang diadakan pada hari Selasa lepas dikatakan sangat PANAS.

Siapa agaknya yang harus dipersalahkan angkara penglibatan pelajar sekolah ini yang dikatakan terlibat dan harus bertanggungjawab sepenuhnya.

Ini bukan cerita kedai kopi atau wayang yang sudah disediakan skrip namun inilah realitinya di mana sikap dan peranan pelajar itu sendiri.

Adakah pelajar sekolah ini terlibat dalam insiden yang dikaitkan dengan dakwaan sebelum ini.

Baca kisah selanjutnya.   KLIK DI SINI


GR kata: Tersentap GR dengan insiden ni... Hi hi hi

PANAS: ANWAR & AZIZAH KAHWIN LARI? HUBUNGAN TIDAK DIRESTUI KELUARGA??


Pembaca yang budiman mungkin pernah dengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi sewaktu zaman bujang mahu pun zaman sekolah dulu.  Tapi zaman sekarang ini di Malaysia lebih dahsyat dari segala cinta tersebut iaitu cinta politik. Oleh kerana cinta inilah si teruna dan dara sanggup melakukan apa saja demi cinta mereka.

Al-kisah cinta yang GR maksudkan ialah kisah Anwar-Azizah. Ianya bermula di zaman mereka menuntut lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.

Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain. Boleh juga kita kategorikan dalam filem Gila-gila Remaja, Azroy gitu. He he he...

Anwar pun dalam ceramah-ceramah beliau heboh dan hebat berlakon dengan mengatakan selama 32 tahun beliau berkahwin dengan Azizah beliau sempat membawa Azizah melawat Taj Mahal adalah simbol cinta agung pasangan bercinta.

Rupa-rupanya sangkaan Azizah mendung namun hujan ditengahari, apabila  Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.

Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.

Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.


Adakah memori ini masih segar dalam ingatan Pak Anwar?? Adakah Kak Jah selama ini cuma makan hati dengan apa yang terjadi??


GR kata: Kesian tengok Kak Jah, macam patung tak bernyawa. Hanya jadi pak turut saja...

PANAS: LGE AKHIRNYA MENGAKU KALAH DENGAN BN!!



Lim Guan Eng sudah menyatakan kerisauannya yang P.Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. KM yg dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yang kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di akhbar mereka baru-baru ini. Beberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yg kini juga ADUN Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam PRU akan datang. Apa sudah jadi LGE?? Mau surrender awal ka?? He he he

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam PRU akan datang, disamping baru ‘tersedar’ bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme. Ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di P.Pinang yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yg sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yang gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yg bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yg baru oleh Guan Eng.

Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yg menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yg menolak keputusan oleh Mahkamah Tinggi terdaulu. Dan sudah tentulah yg paling membingungkan kes moral membabitkan anak Guan Eng yang didakwa meraba buah dada seorang pelajar perempuan di sekolahnya sehingga sejumlah wang terpaksa dikeluarkan oleh keluarga Guan Eng untuk menutup kes tersebut dari menjadi isu besar.

Semua ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP di P.Pinang, yang GR percaya mendesak Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Tapi sudah tentulah bila bercakap tentang pembangkang seperti DAP, dia tidak akan melihat kesalahannya sendiri, sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada UMNO/BN. Inilah yg kita katakan Ketua Menteri bekas banduan ini otak benak. Dia tidak boleh membezakan keputusan rakyat dengan pengaruh wang. Seolah-olahnya, kalau hak yang DAP menang itu sebab kuasa rakyat, kalau yang UMNO/BN menang, itu kuasa wang. Kenyataan yang tak masuk akal, orang BANGANG jer percaya dengan kata-kata puak-puak Pakatan Pembangkang ni.

Nampak sangat tindakan itu ( menuduh BN menggunakan wang untuk menarik sokongan ) adalah terdesak dan tidak keruan oleh seorang pemimpin yg mendakwa dirinya cekap dalam segala hal dan membawa ‘perubahan’ besar di P.Pinang, hanya dalam tempoh sepenggal menjadi Ketua Menteri. Yang nyata, tindakan sistematik DAP ‘mengusir’ orang Melayu keluar dari bahagian pulau P.Pinang, akan menyebabkan protes besar-besaran yang membawa kepada tumbangnya kerajaan DAP. Ia tidak langsung berkaitan dengan wang atau apa sahaja yang dituduhkan DAP kepada UMNO/BN.....


GR kata: DAP Rasis!! Wahai rakyat Malaysia sedarlah, korang semua telah diperBODOHkan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang ni. Fikir-fikirkanlah...

AYUH MAHASISWA DI UTARA JOM SERTAI #AmanKampus


Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.

Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.

Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM.

Sebelum serbu kampus-kampus di bahagian Utara esok, JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn. Laporan aktiviti JELAJAH AMAN KAMPUS minggu lepas baca di blog HARAPAN-ESOK [KLIK]

Siri JELAJAH AMAN KAMPUS kali ini juga agak menarik kerana menampilkan bekas mahasiswa yang pernah berjuang dengan kumpulan mahasiswa PRO-PEMBANGKANG yang kini telah sedar bahawa perjuangan yang dibawa oleh kumpulan minoriti itu sebenarnya tidak membawa ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar, sebaliknya kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG ini dijadikan alat oleh parti politik pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG mula mengirimkan sms ugutan kepada pelajar ini, tetapi walaupun menerima ugutan dan ancaman. Pelajar ini tetap akan meneruskan JELAJAH AMAN KAMPUS kerana beliau tidak lagi rela dirinya diperkudakan oleh parti politik pembangkang!


GR kata: Mahasiswa tunjukkanlah teladan yang baik pada masyarakat dengan membuat perkara yang berfaedah, jangan buat sesuatu dengan mengikut nafsu dan tanpa berfikir. Korang juga adalah harapan bangsa.

Wednesday, March 28, 2012

KANTOI: KEBODOHAN ADUN SELANGOR MAKAN DIRI SENDIRI!!


Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chan Kim yang menghantar mesej sulit kepada Exco-Exco Kerajaan Negeri itu ketika sidang dewan sedang berlangsung telah ‘bocor’ di kalangan ADUN Barisan Nasional (BN).

Mesej ‘sulit’ tersebut meminta agar semua barisan Exco agar mempromosikan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah tersilap dihantar kepada bekas Exco, Datuk Hasan Ali yang kini merupakan ADUN Bebas bagi DUN Gombak Setia yang dipecat sebelum ini.

SMS ADUN terbabit


Mesej tersebut kemudiannya dihantar oleh Hasan kepada ADUN BN mewakili kawasan Sri Serdang, Datuk Satim Diman.

Difahamkan dari Agendadaily.com bahawa mesej berkenaan telah menjadikan Dewan gamat seketika apabila sikap Speaker yang sepatutnya bertindak adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang dipertikaikan.

Meskipun mereka mendesak Chan Kim untuk meminta maaf secara terbuka atas insiden memalukan serta tidak bermaruah itu, Speaker berkenaan berkeras untuk tidak berbuat demikian.

Tindakan Chan Kim yang menyalahi etika sidang Dewan itu menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan ADUN-ADUN BN yang lain dan tujuh orang dari mereka nekad untuk keluar dari persidangan DUN hari ini.

Sebelum keluar dari Dewan ada kedengaran sindiran dari mereka yang menyifatkan perbuatan Chan Kim itu melambangkan ‘keadilan’ dan ‘kebebasan’ yang dilaungkan Pakatan Rakyat selama ini.

‘Rahsia’ yang bukan lagi rahsia sulit di antara Speaker DUN itu sekaligus menjadi ‘bahan lawak jenaka’ di kalangan pengamal politik di Selangor dan membayangkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya sentiasa tidak adil. – Mynewshub


GR kata: Nama Pakatan Rakyat tidak sesuai sebab tidak sepatutnya heret rakyat sekali..tukar pada Pakatan Pembangkang... Ok kan??? BODOH jugak yer ADUN-ADUN PP ni yer!!!

WAJIB BACA: AGENDA JAHAT DAP TERHADAP KAUM DIDEDAHKAN!!


Kita mula melihat bagai ada sesuatu yang lebih dalam sifat Dong Zhong dari sekadar pertubuhan yang berteraskan akademik. Dong Zhong seolah-olah satu ‘agama’ di mana kaum Cina hanya akan menurut setiap rentak yang dimainkan mereka tanpa berfikir dua kali mengenai kerasionalan ataupun akibat darinya.

Dengan bantahan terbaru Dong Zhong, kaum Cina tidak lagi boleh menafikan bahawa Dong Zhong atau diri mereka sendiri, majoritinya, adalah bersifat rasis tegar.

Tidak ada sebuah pertubuhan pun yang menjadikan pemisahan antara kaum di sekolah sebagai matlamat utama, selain pertubuhan Dong Zhong. Dan bagi melonjakkan pemisahan kaum ini ke tahap yang lebih tinggi, Dong Zhong sekarang mendesak agar tiada guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibekalkan di sekolah-sekolah Cina.  Dalam ertikata lain, pertubuhan ini enggan menerima guru dari kaum lain kerana sudah tentulah kaum Cina sahaja yang fasih berbahasa Mandarin.

Dong Zhong tetap mengemukakan bantahan ini walaupun mereka tahu bahawa tidak ramai kaum Cina yang berminat menjadi guru yang mana menjadikannya mustahil bagi kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka. .

Justeru, apakah motif sebenar di sebalik drama protes ini sehingga menyebabkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong, diserang?

Apakah Dong Zhong sengaja mengenakan tekanan tanpa sebab terhadap kerajaan kerana ingin mendemonstrasi kuasa mereka – ala kongsi gelap Cina?

Kenapakah Dong Zhong merasakan yang sekolah Cina berhak menerima layanan istimewa atau diberikan keutamaan yang tidak dinikmati oleh Sekolah Tamil mahupun sekolah Agama?   Bukan semua guru-guru di sekolah Tamil fasih berbahasa Tamil, terutamanya guru yang mengajar Bahasa Kebangsaan.  Dan bukan semua guru sekolah agama boleh bertutur bahasa Arab dengan lancar.

Jadi, kenapakah Sekolah Cina perlu lebih istimewa dari yang lain?

Lebih dari itu, Dong Zhong juga sedia maklum bahawa terdapat 60,000 murid-murid bukan Cina di sekolah Cina.  Ramai di antara mereka adalah kaum Melayu dan beragama Islam.  Memandangkan sekolah Cina juga tertakluk kepada silabus dan peperiksaan Malaysia, guru-guru agama telah dihantar untuk mengajar matapelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah ini.  Andainya kerajaan tunduk kepada tuntutan Dong Zhong, di manakah kita boleh mencari beberapa kerat Ustaz dan Ustazah yang fasih berbahasa Mandarin untuk dihantar ke sekolah Cina?

Atau, apakah ini cara licik Dong Zhong untuk ‘membuang’ murid-murid bukan Cina dari sekolah Cina?

Jelas sekali yang Dong Zhong sebenarnya enggan ada kena mengena langsung dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Sekolah hanyalah sebahagian dari keseluruhan agenda rasis mereka.  Agenda yang lebih besar ialah memastikan tiada kaum lain diambil bekerja atau diberi peluang dalam sektor ekonomi yang didominasi kaum Cina. Untuk ini, mereka meletakkan Bahasa Mandarin sebagai keperluan utama dalam iklan-iklan kerja yang ditawarkan.

Berdasarkan semua perkembangan ini, bukanlah satu kesalahan jika menyatakan bahawa matlamat utama Dong Zhong ialah untuk ‘merombak’ Malaysia dengan memadamkan kesan-kesan kaum lain, terutamanya kaum asal, dan mendakwa bahawa negara ini adalah hak mereka sepenuhnya dengan kaum mereka menjadi tuan dan kaum lain sebagai hamba.

Jika Dong Zhong meneruskan tuntutan rasis dan tidak masuk akal mereka, kita hanya boleh menyarankan agar semua sekolah-sekolah Cina diswastakan sahaja.  Dong Zhong tidak sepatutnya meminta lebih sumbangan dan peruntukan dari kerajaan sedangkan di masa yang sama mereka membakulsampahkan segala kebaikan dan jasa kerajaan terhadap mereka. Sedangkan, membenarkan kaum Cina dan kaum-kaum lain mempunyai sekolah berasingan adalah amalan luar biasa bagi sesebuah negara, di mana dengan sendirinya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia amat bertoleransi dan ikhlas.  Meminta lebih dari itu, adalah jelas bersikap tamak dan jahat.

Kita hanya boleh bertanya kenapakah terlalu mendalam kebencian Dong Zhong terhadap kaum lain?  Kenapa mereka enggan bercampur gaul dan hidup bersama dalam harmoni?

Malangnya, penulis tiada jawapan untuk soalan itu.  Mungkin, ia disebabkan darah komunis yang mengalir dalam tubuh mereka.

Sumber: K-MPM


GR kata: Melayu yang menyokong ideologi DAP adalah pengkhianat bangsa dan negara!!!

PANAS: PEMBUNUH DIRANG DIKENALPASTI!!

Suspek pembunuh Dirang


Seorang buruh, Muidin Maidin berusia 24 tahun  dihadapkan ke Mahkamah Majistret  di Johor Bahru atas tuduhan membunuh seorang kanak kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5 tahun. Suspek  dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu. Dirang dilaporkan hilang oleh keluarganya ketika dia keluar bersendirian untuk membeli mee segera dan telur di kedai berhampiran rumahnya.

Beberapa hari kemudian, satu rangka rentung ditemuidan ia disahkan milik Dirang. Menurut Berita Harian, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira jam 8.40 malam, 2 Mac lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan. Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lalu. - BH


GR kata: Jika sabit kesalahan jangan kasi chan...jatuhkan hukuman berat. Manusia macam ni harus diajar!!!

TAHNIAH! @Khairykj DILANTIK PENGERUSI PUNB


Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) pada Selasa mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.

Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. - BERNAMA


GR kata: Tahniah YB KJ di atas perlantikan ini. Harap selepas ini golongan muda diberikan peluang lebih untuk mereka memulakan perniagaan.

VIDEO NGERI: ANGGOTA POLIS DILANGGAR BAS!!



Sebuah rakaman video yang sangat tragis telah dimuat naik ke laman Youtube yang menyaksikan seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas telah dilanggar oleh sebuah bas yang bergerak laju.

Insiden yang dipercayai berlaku di Johor Bahru itu difahamkan telah meragut nyawa mangsa. Anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah polis tersebut dan doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman...AL FATIHAH

Tuesday, March 27, 2012

INFO PANAS: PENJAWAT AWAM BAKAL TERIMA GAJI BARU APRIL 2012!!



Berikut merupakan anggaran gaji yang bakal diterima oleh penjawat awam bagi yang menjawat berada di Gred DG41. Gaji di atas adalah berdasarkan kiraan sebelum dan selepas kenaikan gaji 13% yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Bukan itu sahaja malah, perkiran yang dibuat juga berdasarkan kepada Kenaikan Gaji Tahunan. Harus diingat tidak semua penjawat awam akan menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang sama. Jika sekiranya KGT anda pada bulan April (jika ada) maka gaji yang anda akan terima pada bulan April 2012 termasuk kenaikan Gaji 13% adalah seperti pada ruangan yang berwarna UNGU. Jika tidak (tidak ada KGT) maka gaji yang anda akan dapat pada April adalah pada ruangan KUNING!

Sumber: Informations


GR kata: Tahniah kepada penjawat awam...teruskan berkhidmat untuk kerajaan demi menaikkan prestasi kerja dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan negara.

PANAS: @teresakok SEKALI LAGI DIBOGELKAN DALAM KAWASAN SENDIRI!!


Semalam di Taman Salak Jaya, Seputeh. Ceramah BONGKAR julung-julung kali telah diadakan. Kali ini Seputeh di kunjungi oleh YB Dato Alwi Che Mat ADUN Kok Lanas merangkap Ketua DUN Pembangkang BN Kelantan.

Puan Nicole Wong juga dijemput sebagai penceramah bagi mewakili BN Seputeh bagi memberi ceramah kepada mejoriti penduduk Cina di sekitar Seputeh.


 Kehadiran lebih 1000 orang masyarakat berbilang kaum di program ini menunjukkan minat yang mendalam kepada BN Seputeh.

Masyarakat Seputeh sudah muak dengan gelagat MP Teresa Kok yang sering kali hilang dan tidak pernah turun kawasan. Beliau sering tidak turun kawasan dengan alasan sibuk di Selangor, tetapi di Selangor pula tidak juga nampak batang hidung beliau dalam membantu masyarakat Selangor.

"Teresa Kok bukan seorang yang pandai, saya tengok Puan Nicole senang-senang boleh kalahkan Teresak, saya kenal Teresakok semasa saya jadi MP dahulu" - Dato Alwi

Teresa Kok sememangnya tidak pernah mahu membalas budi orang-orang Cina yang sudah memberi Undi kepada beliau saban tahun, semenja beliau menjadi MP Seputeh beliau mengamalkan cara "Official Complaint" sahaja akan di layan oleh pejabat MP. Ini lah standard Masyarakat Cina bagi pandangan Teresa Kok.

"Saya bekerja di sebelah sini dan Banny di sebelah sana, Seputeh satu kawasan yang besar dan kami tak mampu buat semua kerana MP Teresa Kok tidak buat kerja" - Nicole Wong

Sudah masanya kita memikirkan kembali apa yang diperjuangkan oleh DAP semasa memerintah, mereka hanya tahu memecah belahkan masyarakat Malaysia dan sering pergguna memperjuangkan nasib kaum Cina kerana mahu meraih Undi.

Kerajaan BN janji untuk mendirikan 16 Sekolah Cina dan sudah buat 14, tinggal 2 sekolah tidak dapat dilaksanakan kerana Isu TANAH dimana Teresa Kok tidak memberi kebenaran.

Masyakat Cina harus sedar bahawa BN sudah menjaga keamanan negara ini, dan kebaikkan dari keamanan ini telah menjadikan masyarakat Cina boleh berniaga dan kaya di bumi Malaysia. Orang Cina tidak boleh hidup tanpa orang Melayu, Melayu juga tidak boleh hidup tanpa orang Cina begitu juga dengan orang India.

Permainan DAP yang hanya memperjuangkan nasib orang Cina dan tidak menerima Negara Islam, dan PAS pula memperjuangkan Negara Islam dan tidak menerima Malaysian Malaysia jelas menunjukkan mereka mempunyai agenda yang amat besar perbezaannya.

Ini ditulis dalam Perlembagaan Parti DAP dan PAS.

Malah UMNO, MIC dan MCA didalam perlembagaan perti mereka tidak menulis mahu mewujudkan perkara-perkara yang berbeza dan bercanggah di antara satu sama lain, dan mempunyai PERMUAFAKATAN dalam Barisan Nasional. Sudah masanya Masyarakat CINA di Seputeh tahu siapakan DAP dan bagaimana mereka mempergunakan kamu.

Sumber: Suara Razlan


GR kata: No Complaint No Help kan YB?? Ha ha ha. Inilah dia MP Pemalas!!!

ALAHAI MAHASEWEL, KANTOI LAGI KA?? #PRKampus

Sekadar hiasan


Apa yang boleh kita katakan dengan mahasewel yang suka sangat berhimpun untuk menunjukkan protes mereka pada Kerajaan. Minggu lepas puak-puak mahasewel ini mereka telah berdemo di hadapan pejabat KPT di Putrajaya. Boleh baca di sini 

Dalam demo tersebut budak-budak SMM ini menghantar memorandum kepada Menteri KPT dan yang kurang ajarnya mereka turut memberi batu nisan kepada Menteri KPT. Nampak sangat buat kerja BODOH. Dalam pada mereka cuba menunjukkan kepandaian mereka, terserlah keBODOHan mereka. Lawak betullah diaorang ni, pandai menulis atau tidak yer...penat jerk belajar tinggi-tinggi habuk pun tarak. Lihat di bawah :



Pembaca lihat gambar di atas, lawakkan. Mengeja dan menulis pun tak pandai inikan pula nak tunjuk pandai dalam berpolitik. Buat malu jer belajar masuk U, tapi BANGANG!!! Sedarlah diri tu sikit budak-budak SMM oiiiii... Tuntut ilmu bagi habis dulu baru la sibuk nak buat apa pulak.

Ada lagi keBODOHan mereka terserlah....lihat video di bawah, pembaca yang budiman nilailah sendiri :




Baca lanjut di sini dan di sini


GR kata: Belajar bagi qatam dulu kan dah kantoi...bikin malu jer!!!

SERAM GILA!! KU SANGKAKAN SUAMI KU, TAPI RUPA-RUPANYA??


Seorang wanita tidak mengesyaki yang 'suaminya' bukan manusia biasa tetapi merasa hairan kekuatan yang sangat luar biasa ketika bersama.

Dia merasa hairan kenapa 'suaminya' ini sungguh luar biasa,pada hal dulu suaminya yang sebenar sering tewas dan cepat mengalah.

Makhluk halus itu selalu hadir ketika suaminya yang sebenar keluar bekerja dan wanita itu turut dipukau supaya mengikut kehendaknya.Sejak makhluk itu menjadi 'suaminya' dia mendapat kepuasan seks yang luar biasa.

Kejadian ini hanya terbongkar setelah 3 tahun itu ketika sedang melayan nafsu 'suaminya' tiba-tiba muncul suaminya yang sebenar.

Dia terkejut dan makhluk itu tiba-tiba hilang dengan sekelip mata.Wanita itu baru sedar yang dia sering melayan nafsu makhluk halus yang bukan suaminya yang sebenar.

Sumber: MPP


GR kata: Bila Kak Jah nak sedar pasal laki dia yer??

@Ambiga_S BAKAL ADA PARTI SENDIRI TAK LAMA LAGI!! @nikabdulaziz


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam PAS yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.

Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi. Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta kumpulan ‘Anwarinas’ yang kini menguasai lebih 70% parti PAS.

“Justeru saya meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum??".


GR kata: Islam entah ke mana politik pun entah ke mana, kebajikan rakyat entah ke mana...PAS oh PAS!!!

PERHATIAN!! TOLONG BANTU AWEK CUN INI!!!


Kepada pembaca sekalian, bantulah awek cun ni. Jika terserempak hubungilah cepat-cepat balai polis yang berhampiran...

BANTUAN : MAKLUMAT BARU KEHILANGAN ANAK SEDARA: Lilie Farisha.

BELIAU SEKARANG BERADA DI KUALA LUMPUR DENGAN MENAIKI KERETA KANCIL WARNA SILVER 'JGU 463'

SESIAPA YG BOLEH FINDER NO TELEFON NI..TOLONG LAH FIND NO NE. SBB JANTAN TU ADA MESEJ BGTAU ADA DI KL..

NI NO TELEFON JANTAN TU.. 013 9057353...019 7002212....
SEGERA K...

aduhai... angah..kt mana angah...balik la..jantan tu penagih ngah..bkn kitaorg x nk bg kwan
 x de sbb...balik la...semua org syg angah...

Sumber: Anak Seberang

HEBAT GILER PAS NIE KAN???


Apa lagi yang boleh kita katakan dengan PAS ni?? Tak sudah-sudah dengan pembohongan mereka. Jika mereka kata, mereka adalah sebuah parti yang terbaik di abad ini kenapa janji kepada rakyat tidak pernah diTUNAIkan?? Hebatkan????

Dari dulu lagi kalau menang pilihanraya nak laksanakan HUDUD, bila dah menang tukar pulak negara kebajikan. Alahai puak-puak PAS ni, sudah-sudahlah nak tu nak kencing rakyat. Rakyat sekarang hidup aman damai dan sejahtera di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Bantuan yang diberikan oleh kerajaan diterima baik oleh semua rakyat Malaysia.

Bukan macam puak PAS ni, bantuan orang bagi kata rasuah, dalam diam ambil jugak. Ha ha ha ha...Cakap tak serupa bikin la. Pada Nik Ajis dan Ostad Hadi, ubah la perangai buruk korang tu, jangan suka-suka nak permainkan Islam dengan mazhab-mazhab BODOH korang tu. Buat malu jer dengan perwatakan luaran yang baik tapi dalam hati busuk mengalahkan syaitan.

GR ingin berkongsi pada rakyat Malaysia, fikirlah dengan secara matang selama Pakatan Rakyat memerintah apa yang mereka buat khususnya untuk rakyat. Kita pun sedia maklum pelbagai masalah rakyat mereka tidak boleh selesaikan. Mereka hanya tahu memenuhkan kocek mereka sendiri saja demi kepentingan peribadi dan sanggup melihat negara tergadai. Pembaca yang budiman renung-renungkanlah demi masa depan anak cucu cicit kita di masa akan datang.


GR kata: Terima kasih pada Kerajaan BN yang sentiasa mendengar keluhan hati rakyat...

Monday, March 26, 2012

DALANG DEMO PRO-M DI KPT KANTOI SUDAH! MANA MAU LARI?? #PRKampus


GR ingin mengucapkan tahniah dengan pendedahan yang dibuat oleh seorang blogger mahasiswa mengenai penglibatan pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengesahkan lagi mahasewel yang berdemo dihadapan KPT pada Jumaat lepas adalah permainan Pakatan Rakyat, bukannya kehendak mahasiswa itu sendiri. Dalangnya lihat gambar di atas, itulah orangnya Sdr Nazree Yunus.

Masalahnya mengapa mahsiswa ini masih tidak faham bahawa mereka hanya dipergunakan oleh PKR untuk kepentingan politik mereka saja. Lebih menyedihkan lagi ramai dikalangan mahasiswa yang pergi berdemo di pejabat KPT Putrajaya mereka ini sanggup meninggalkan sesi kuliah mereka. Apa mereka ini sanggup buat kerja BODOH?? Berdemo lebih penting dari kuliah, tidak fikir tentang masa depan mereka. Korang mahasewel fikirlah jangan jadi BANGANG!!!

GR juga mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR, mahasewel yang menyertai demo ini mereka telah dibayar. Apakah mereka ini dengan bayaran yang sedikit sanggup tinggalkan pelajaran?? Sia-sia ibu bapa korang habis duit hantar korang pergi belajar IPTA. Renung-renungkanlah....

 Cerita lanjut baca di sini


GR kata: Pada mahasiswa yang lain janganlah terpesong dengan janji Pakatan HAPRAK!!

PAKATAN RAKYAT KAKI SAKAU DUIT RAKYAT!!


Lihat gambar di atas, inilah hakikat sebenar apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dalam setiap ceramah mereka sudah pasti ada yang akan mengutip 'derma'. Kononnya untuk mencari dana PRU-13 sekaligus untuk ke Putrajaya.

Janganlah jadi BODOH pada siapa yang sering ke ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Mana ada dalam Islam ini perjuangan jihat kalau semuanya maki hamun sesama Islam. Fikir-fikirkanlah...ini semua mainan mereka saja dan kepentingan peribadi politik mereka saja.


GR kata: Tolak Pakatan Rakyat demi kesejahteraan rakyat Malaysia!!!

KISAH BENAR: KENAPA PPUM AMBIL MUDAH PADA ADIK INI?? @Rosnah_ARS



Kisah benar dari seorang ibu pesakit kepada rakan GR sewaktu berada di PUSRAWI, KL!!


Anak beliau baru berumur 2 thn 8 bln. 2,3 hari mengadu sakit perut sembelit.. disebabkan tak tahan mendengar anaknya menagis, dia terus bawa ke PPUM pada tengahari Ahad 4/3/12. Sampai di PPUM, doktor hanya beritahu, sembelit biasa saja, then doktor just bagi ubat sembelit..

Balik ke rumah, anak still menangis, selang 10-20 minit menangis lagi dan tunjuk kat mana sakit nya. Disebabkan tak tahan mendengar anaknya yang kerap menagis sehingga selang 5-10 minit menangis, beliau sekali lagi membawa anaknya pada 12.00 tgh malam sekali lagi ke PPUM..

Jumpa doktor, doktor just ckp jgn risau, anak just sembelit biasa.. "kami tak bagi ubat sbb tadi dah bagi ubat, so just follow mkn ubat tu saja".. Si ibu tak puas hati lalu bertanya lagi, "doktor, tak kan mkn ubat tu saja, tak da ubat lain ker? atau doktor tak nak x-ray anak saya ke? takut-takut appendiks ker?"

Doktor tersebut dgn bangganya menjawab " tak perlu x-ray.. tak necessary pun.. dia tak ada appendiks, sbb dia tak demam pun.. so puan bawak anak balik, and just bg makan ubat tadi saja. pn bleh bagi ubat demam yg ada kat rumah utk anak puan kalau dia sakit.. ubat demam boleh jadi ubat tahan sakit juga. kat rumah puan ada ubat demam kan.. so just mkn ubat demam tu lah"

Si ibu tertanya2.. "doktor, ubat demam bleh jadi ubat tahan sakit ker?" Doktor " boleh....puan bawa balik saja anak puan.. kami tak bleh buat apa pun.. just sembelit biasa je"

Si ibu bengang dan tertanya-tanya, kenapa tak admit saja anaknya masuk wad. sepanjang mlm anaknya asyik menangis. Esoknya, tak baik-baik juga walaupun dah makan ubat yg di syorkan, dia nekad bawa anaknya ke PUSRAWI KL... di Pusrawilah sagalanya terjawab!!

Anak beliau di tahan di wad sama dgn anak saya di x-ray, dan didapati usus anaknya bengkak dan tersumbat dan terpaksa dibedah malam itu juga sebab dah kritikal. Doktor di PUSRAWI cakap, usus kecil anaknya dah termasuk ke dalam usus besar anaknya menyebabkan najis tak bleh keluar, dan tersumbat. Ususnya juga bengkak esoknya dia just bertanya kepada doktor bedah.."doktor kalau saya terlambat bawa anak mcm mana? atau saya bawa anak saya ni pada masa yg tepat ke?"

Doktor gelak "kalau terlambat, usus bleh pecah dan boleh mati. Sebenarnya puan lambat, kalau 2 atau 3 hari datang, mungkin tak perlu bedah sekarang ini sajalah solutionnya".

Lepas bedah, si anak kena puasa sekurang2nya 3 hingga 4 hari tak boleh makan sebab takut bahaya, kerana ia melibatkan usus. Kesian saya tgk si kecil tu, merayu2 nak minum susu. Bila penat menangis, dia akan tertidur. Bila bangun menangis lagi.. lapar... sampaikan dah tak da tenaga nak menangis.. doktor hanya bleh masuk drip air and ubat jer... tp mana nak sama yang masuk ikut mulut dengan yang masuk ikut tangan... 


GR kata: Patutkah doktor di PPUM tu just ambik mudah perkara ni dengan penerangan yang macam main-main??

Sunday, March 25, 2012

PANAS!! @Tantawii100 MAKI HAMUN MELAYU!!


Apa yang kita boleh kategorikan dengan puak-puak PAS ni, bangsa sendiri pun boleh dimaki hamun ini ker yang katanya memperjuangkan Islam. GR sendiri lihat macam ni pun boleh sakit hati, inikan pula pembaca sekalian yang baca maki hamun di atas.

Inilah dia PAS, mereka sebenarnya bukan untuk memperjuangkan kepentingan Melayu itu sendiri tetapi untuk menHANCURkan Melayu itu sendiri kerana dibelakang mereka ialah DAP yang sudah semestinya sebuah parti racist yang ingin memBUNUH Melayu. Mereka ini hanya pandai berkata-kata, dan sayang sekali dengan ilmu Islam yang mereka ada dalam diri mereka mensia-siakannya saja.

Jika kita lihat golongan ulama' yang ada di dalam PAS seperti Dato' Harun Din, Hassan Ali dan seangkatan dengan mereka, mereka ini tidak pernah mengeluarkan fatwa yang boleh menyeleweng akidah umat Islam ini tapi sering memperjuangkan agama berlandaskan Islam. GR tabik pada mereka ini kerana tidak bersekongkol dengan puak-puak yang ingin menghancurkan Islam itu sendiri.

Dalam gambar di atas pembaca lihatlah sendiri inikah dia puak PAS yang rata-rata mereka ini orang Melayu yang tidak cintakan bangsanya sendiri. Seharusnya rakyat Malaysia TOLAK mereka (PAS) ini, kerana mereka ini bukannya memperjuangan Islam dan hak Melayu serta masyarakat lain di Malaysia tapi mereka hanyalah mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri. Kita tidak boleh memberi peluang langsung pada mereka kerana lihatlah sendiri negeri yang mereka tadbir sekarang HANCUR dan nasib rakyat tidak dibela!!!


GR kata: Selagi Melayu, Selagi Itu Tolak PAS!!!

KISAH PANAS PUTERI UMNO MALAYSIA?? @Rosnah_ARS


Pergerakan Puteri UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi wakil pergerakan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, bukan hak beliau dan pergerakan itu untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Puteri UMNO pada pilihan raya umum nanti.

“Semuanya terserah kepada kebijaksanaan pimpinan pusat. Saya percaya pucuk pimpinan melihat perkara ini lebih-lebih lagi usaha-usaha menjurus kepada keupayaan 30 peratus wanita (untuk memegang jawatan tinggi).

“Kita tak minta. Biarkan Presiden parti buat keputusan. Sekiranya pucuk pimpinan rasa ada pemimpin Puteri yg boleh diketengahkan sebagai tambahan kepada kerusi sedia ada, kita ucapkan Alhamdulillah. Ia satu pengiktirafan cukup bermakna kepada kita,” katanya.

Rosnah berkata, bagi menghadapi PRU13, pergerakan itu diberikan tugas teras untuk mengendalikan teknologi maklumat termasuk media alternatif. – BERNAMA


GR kata:  Tahniah Ketua Puteri UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO kerana sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan kepentingan parti.

PANAS LANGKAWI! BAPOK BUAT SOLAT TAUBAT MASA DITANGKAP!!


Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, petang kelmarin. Sebelum itu, mereka yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam pemeriksaan di sebuah pusat karaoke, kira-kira jam 6.30 petang.

Ketiga-tiga mak nyah berkenaan turut diberi kemeja- T dan kain pelikat untuk menunaikan solat supaya mereka insaf dan kembali menjadi lelaki sejati. Pegawai Penguat Kuasa Padal, Rosyadah Ramli berkata, semua lelaki itu ditahan ketika leka menyanyi dalam sebuah bilik di pusat karaoke terbabit.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memakai kosmetik, beg tangan dan berpakaian wanita tetapi ketika soal siasat mengaku lelaki.

 Bapok yang ditangkap di Langkawi


“Selepas ditahan, kami memberi kaunseling sebelum mengajak mereka menunaikan solat berjemaah agar dapat memberi keinsafan.

“Kami kemudian mengeluarkan saman supaya mereka hadir untuk diambil keterangan di pejabat agama daerah,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit adalah penduduk tempatan dan belum pernah ditahan sebelum ini.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. – myMetro Online


GR kata: Baguslah golongan sejenis ni ada keinginan nak bertaubat. Ada pemimpin tu bila nak bertaubat yer?? Suruh berSUMPAH pun tak nak, ape lah!!!

WAJIB TONTON: VIDEO PANAS TIZ ZAQYAH TERSEBAR??


Pembaca semua kenal dengan Tiz Zaqyah kan...mana boleh tak kenal ye tak?? Pelakon hebat yang mencipta nama dalam bidang lakonan di negara ini. Seorang pelakon yang berbakat dalam lakonan dan lakonan beliau dalam Nur Kasih memberi impak yang besar sampai makcik-makcik di rumah pun takkan lepaskan peluang akan duduk depan tv bila drama Nur Kasih ditayangkan di TV3.

Nampak isu panas Tiz Zaqyah mula tersebar di alam maya, pembaca nak tahu lihatlah sendiri video di bawah :




GR kata: Jangan mare yer.... Memang sedapkan Tiz menyanyi. Doakan Tiz terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Artikel pelbagai