Thursday, March 29, 2012

PANAS: LGE AKHIRNYA MENGAKU KALAH DENGAN BN!!



Lim Guan Eng sudah menyatakan kerisauannya yang P.Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. KM yg dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yang kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di akhbar mereka baru-baru ini. Beberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yg kini juga ADUN Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam PRU akan datang. Apa sudah jadi LGE?? Mau surrender awal ka?? He he he

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam PRU akan datang, disamping baru ‘tersedar’ bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme. Ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di P.Pinang yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yg sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yang gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yg bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yg baru oleh Guan Eng.

Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yg menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yg menolak keputusan oleh Mahkamah Tinggi terdaulu. Dan sudah tentulah yg paling membingungkan kes moral membabitkan anak Guan Eng yang didakwa meraba buah dada seorang pelajar perempuan di sekolahnya sehingga sejumlah wang terpaksa dikeluarkan oleh keluarga Guan Eng untuk menutup kes tersebut dari menjadi isu besar.

Semua ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP di P.Pinang, yang GR percaya mendesak Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Tapi sudah tentulah bila bercakap tentang pembangkang seperti DAP, dia tidak akan melihat kesalahannya sendiri, sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada UMNO/BN. Inilah yg kita katakan Ketua Menteri bekas banduan ini otak benak. Dia tidak boleh membezakan keputusan rakyat dengan pengaruh wang. Seolah-olahnya, kalau hak yang DAP menang itu sebab kuasa rakyat, kalau yang UMNO/BN menang, itu kuasa wang. Kenyataan yang tak masuk akal, orang BANGANG jer percaya dengan kata-kata puak-puak Pakatan Pembangkang ni.

Nampak sangat tindakan itu ( menuduh BN menggunakan wang untuk menarik sokongan ) adalah terdesak dan tidak keruan oleh seorang pemimpin yg mendakwa dirinya cekap dalam segala hal dan membawa ‘perubahan’ besar di P.Pinang, hanya dalam tempoh sepenggal menjadi Ketua Menteri. Yang nyata, tindakan sistematik DAP ‘mengusir’ orang Melayu keluar dari bahagian pulau P.Pinang, akan menyebabkan protes besar-besaran yang membawa kepada tumbangnya kerajaan DAP. Ia tidak langsung berkaitan dengan wang atau apa sahaja yang dituduhkan DAP kepada UMNO/BN.....


GR kata: DAP Rasis!! Wahai rakyat Malaysia sedarlah, korang semua telah diperBODOHkan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang ni. Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Artikel pelbagai