Suspek pembunuh Dirang
Seorang buruh, Muidin Maidin berusia 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru atas tuduhan membunuh seorang kanak kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5 tahun. Suspek dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu. Dirang dilaporkan hilang oleh keluarganya ketika dia keluar bersendirian untuk membeli mee segera dan telur di kedai berhampiran rumahnya.
Beberapa hari kemudian, satu rangka rentung ditemuidan ia disahkan milik Dirang. Menurut Berita Harian, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira jam 8.40 malam, 2 Mac lalu.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan. Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lalu. - BH
GR kata: Jika sabit kesalahan jangan kasi chan...jatuhkan hukuman berat. Manusia macam ni harus diajar!!!
No comments:
Post a Comment