Monday, March 26, 2012
KISAH BENAR: KENAPA PPUM AMBIL MUDAH PADA ADIK INI?? @Rosnah_ARS
Kisah benar dari seorang ibu pesakit kepada rakan GR sewaktu berada di PUSRAWI, KL!!
Anak beliau baru berumur 2 thn 8 bln. 2,3 hari mengadu sakit perut sembelit.. disebabkan tak tahan mendengar anaknya menagis, dia terus bawa ke PPUM pada tengahari Ahad 4/3/12. Sampai di PPUM, doktor hanya beritahu, sembelit biasa saja, then doktor just bagi ubat sembelit..
Balik ke rumah, anak still menangis, selang 10-20 minit menangis lagi dan tunjuk kat mana sakit nya. Disebabkan tak tahan mendengar anaknya yang kerap menagis sehingga selang 5-10 minit menangis, beliau sekali lagi membawa anaknya pada 12.00 tgh malam sekali lagi ke PPUM..
Jumpa doktor, doktor just ckp jgn risau, anak just sembelit biasa.. "kami tak bagi ubat sbb tadi dah bagi ubat, so just follow mkn ubat tu saja".. Si ibu tak puas hati lalu bertanya lagi, "doktor, tak kan mkn ubat tu saja, tak da ubat lain ker? atau doktor tak nak x-ray anak saya ke? takut-takut appendiks ker?"
Doktor tersebut dgn bangganya menjawab " tak perlu x-ray.. tak necessary pun.. dia tak ada appendiks, sbb dia tak demam pun.. so puan bawak anak balik, and just bg makan ubat tadi saja. pn bleh bagi ubat demam yg ada kat rumah utk anak puan kalau dia sakit.. ubat demam boleh jadi ubat tahan sakit juga. kat rumah puan ada ubat demam kan.. so just mkn ubat demam tu lah"
Si ibu tertanya2.. "doktor, ubat demam bleh jadi ubat tahan sakit ker?" Doktor " boleh....puan bawa balik saja anak puan.. kami tak bleh buat apa pun.. just sembelit biasa je"
Si ibu bengang dan tertanya-tanya, kenapa tak admit saja anaknya masuk wad. sepanjang mlm anaknya asyik menangis. Esoknya, tak baik-baik juga walaupun dah makan ubat yg di syorkan, dia nekad bawa anaknya ke PUSRAWI KL... di Pusrawilah sagalanya terjawab!!
Anak beliau di tahan di wad sama dgn anak saya di x-ray, dan didapati usus anaknya bengkak dan tersumbat dan terpaksa dibedah malam itu juga sebab dah kritikal. Doktor di PUSRAWI cakap, usus kecil anaknya dah termasuk ke dalam usus besar anaknya menyebabkan najis tak bleh keluar, dan tersumbat. Ususnya juga bengkak esoknya dia just bertanya kepada doktor bedah.."doktor kalau saya terlambat bawa anak mcm mana? atau saya bawa anak saya ni pada masa yg tepat ke?"
Doktor gelak "kalau terlambat, usus bleh pecah dan boleh mati. Sebenarnya puan lambat, kalau 2 atau 3 hari datang, mungkin tak perlu bedah sekarang ini sajalah solutionnya".
Lepas bedah, si anak kena puasa sekurang2nya 3 hingga 4 hari tak boleh makan sebab takut bahaya, kerana ia melibatkan usus. Kesian saya tgk si kecil tu, merayu2 nak minum susu. Bila penat menangis, dia akan tertidur. Bila bangun menangis lagi.. lapar... sampaikan dah tak da tenaga nak menangis.. doktor hanya bleh masuk drip air and ubat jer... tp mana nak sama yang masuk ikut mulut dengan yang masuk ikut tangan...
GR kata: Patutkah doktor di PPUM tu just ambik mudah perkara ni dengan penerangan yang macam main-main??
Labels:
Prihatin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment