Saturday, March 31, 2012

PANAS: SAH! MAHASISWA NI BUAT HAL!! #AmanKampus @khalednordin


Prihatin..suka bantu membantu..berikan sumbangan pada golongan yang memerlukan. Itulah yang boleh GR katakan pada Aspirasi Mahasiswa ini. Perasaan ini yang perlu ada dalam diri setiap insan.

Kali ini Program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 menampilkan sedikit kelainan dari fasa pertama yang dijalankan pada bulan Februari yang lalu. Pada kali ini selain mendekati warga mahasiswa di setiap kampus, pelajar ASPIRASI MAHASISWA turut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.



Sumbangan berupa wang saku dan barangan keperluan harian dihulurkan sendiri oleh mahasiswa Aman Kampus...

Pada malam tadi di UNIMAP. Acara yang berlangsung di Kampus Wang Ulu ini dihadiri oleh pelajar-pelajar berbilang bangsa. Acara Pentas Anak Muda yang berlangsung pada malam itu penuh dengan pengisian dan motivasi yang boleh diterapkan dalam diri pelajar-pelajar untuk panduan. Gelak tawa, tepukan gemuruh diberikan pada panel-panel yang beraksi penuh bersemangat semasa Pentas Anak Muda berlangsung.




GR kata: Teruskan mahasiswa berbakti kepada agama, bangsa dan negara!!

No comments:

Artikel pelbagai