Saturday, September 8, 2012

BANGANG! Ada Juga Ibu Kejam Tahap Syaitan!!


KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”

Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.

“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.

Fakta di bawah bagaimana si ibu yang durjana yang sanggup membunuh anaknya sendiri :



GR kata: Binatang pun ada perasaan sayang pada anak sendiri, manusia pulak yang nak jadi binatang!

PANAS: @Khalid_Ibrahim Dicabar KP Selangor! Berani ka??


Isu bas mewah dan lori trailer yang digunakan oleh Anwar dan siri kempen beliau masih menjadi tanda tanya. Di manakah sumber kewangan yang MB Selangor perolehi untuk membiayai bas dan lori trailer terbabit.

Sebelum ini MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa beliau sendiri yang menanggung segala kos perbelanjaan untuk bas dan trailer terbabit. Peliknya, banyak betul duit hang yer wahai Pak MB. Boleh percaya ker?? Boleh tunjukkan bukti ker??

GR juga mendapat sumber dalaman memberitahu bas tersebut didaftarkan di bawah nama Khalid Ibrahim. Kenapa boleh macam tu pulak yer? Bukankah kebiasaan didaftarkan di bawah syarikat sebab beli bas mewah tu...bukan beli keta kancil tau.

Semalam Ketua Pemuda Selangor, Sdr Ungku Salleh mencabar Khalid Ibrahim untuk memberikan penjelasan sebenar bas dan trailer tersebut. Khalid Ibrahim jangan mau lari...rakyat mahukan penjelasan yang sebenar. JAWAB!!!




GR kata: Sendiri buat 'wayang'...lagi mau salahkan orang lain ka wahai puak pembangkang??

Friday, September 7, 2012

VIDEO: OPPA #KLStyle JOM LAYAN!!

Asyik kita layan cerita politik pun mesti korang boring gakkan. Apa kata jom kita layan video best nie. Lihat di bawah:
 




GR kata: Rakyat Malaysia memang kreatif...kredit to Hitz.fm and the geng!!

Pembangkang Tak Ada Modal, Serang Ibu Bapa Ammar Pulak!!


Pelik tul pakatan ni. Nampak sangat KEJAHATAN mereka. Nak meruntuhkan MORAL masyarakat.

Adakah patut menganggap tindakan ibubapa si Tonggeng tu patut dihukum Gantung kerana menyerahkan anak mereka yang BIADAP itu kepada pihak polis!

Nak membandingkan tindakan keluarga Anwar Ibrahim dengan keluarga Ammar? Hahahahhaah jauh lebih baik keluarga Ammar sebenarnya dari aspek bertanggungjawab atas perbuatan anak mereka yang keanakan yang sangat biadap itu.

Kenapa?

Keluarga anwar ibrahinm adalah keluarga 'anakku shazali" ketika si bapa sentiasa melindungi anaknya walau melakukan jenayah. Masih menganggap anaknya sangat baik walau melakukan perkara tidak baik dan merosakkan institusi keharmonian masyarakat.

Kalau dibiarkan sah keluarga anwar ini akan mensongsangkan kemoralan institusi masyarakat negara. Yang melakukan jenayah dilindungi dan yang berani kerana kebenaran dianggap sebagai pesalah!

Keluarga Ammar adalah keluarga "anakku shazali" setelah insaf dan menyerahkan sendiri anaknya yang melakukan jenayah.

Mana yang lebih baik?

Ibubapa yang normal dan waras akan bertindak seperti yang dilakukan oleh ibubapa Ammar. Walaupun malu ketika ini, namun ianya akan menjadi semakin baik . Kerana Ammar telah belajar dari kesilapan dan pu3 yakin keluarga ammar akan sentiasa berada di belakang Ammar untuk menjadi manusia yang baik.

Sama juga macam abah pu3. Dia pernah berpesan pada pu3. Sebagai seorang anggota keselamatan. Sesiapapun melakukan jenayah termasuk anak sendiri tiada berkecuali untuk berhadapan dengan hukuman jenayah yang dilakukan. Andai terbebas mahkamah dunia, mahkamah Akhirat sudah pasti tidak akan terselamat!

Pada 8 orang yang berbaki masih jadi dayus selepas tunjuk hero pada malam ambang merdeka. Eloklah korang tampil. Jangan seronok masa sorakan tapi dah jadi anjing terkepit ekor. Pengecut nak berhadapan perlakukan BODOH ketika itu.

Sumber: PAB

Majlis Hari Raya Aidilfitri KERABAD Meriah! @Zahid_Hamidi


Berkumpul lebih 2,000 ahli Kelab Anak Rantau Bagan Datoh (Kerabad) berkumpul sempena majlis hari keluarga kelab tersebut yang diadakan di sebuah taman tema air di Shah Alam baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu diceriakan dengan pelbagai aktiviti sukaneka bermula pukul 10 pagi.

Ahmad Zahid yang ditemui berkata, majlis pertama kali diadakan secara santai itu bertujuan mewujudkan kemesraan anak-anak rantau dari Bagan Datoh, Perak yang bekerja di kawasan Lembah Klang.

Katanya, walaupun jumlah yang berdaftar pada awalnya hanya kira-kira 300 orang, namun beliau gembira apabila bilangan yang hadir mencapai jumlah hampir 100 peratus daripada jumlah ahli Kerabad yang berdaftar dalam laman sosial Facebook.

"Saya fikir ini program yang cukup baik dan sesuai dilaksanakan oleh semua anggota Parlimen lain bagi merapatkan hubungan dengan anak rantau.

"Saya bercadang menjadikan acara seperti ini sebagai program dwitahunan iaitu hari keluarga dan juga sambutan hari raya di masa akan datang," ujarnya. - KOSMO


GR kata: Program yang berjaya mendekatkan diri antara pemimpin dan rakyat. Tahniah!!

VIDEO: Rakyat Malaysia Tidak Diajar Dengan Budaya Biadap - @Zahid_Hamidi




GR kata: Rakyat Malaysia tidak mahukan keganasan, mereka inginkan hidup aman dan damai dengan apa yang dikecapi sekarang.



Thursday, September 6, 2012

BONGKAR! Bukti Pendemo #JanjiBersih Halau Rakyat Malaysia Mahu Sambut Hari Merdeka!! @PDRMsia @HishammuddinH2O



Lihatlah video di atas, apa salah rakyat Malaysia ini dari masuk ke Dataran Merdeka. Bukankah ramai rakyat Malaysia pada malam tersebut ingin turut serta menyambut Hari Kemerdekaan negara kita di Dataran Merdeka. GR melihat rata-rata rakyat Malaysia yang datang pada malam tersebut mereka ingatkan ada sambutan diadakan di Dataran Merdeka pada malam tersebut, tapi sebenarnya tidak.

Jika puak pembangkang mengatakan Dataran Merdeka adalah milik rakyat Malaysia...kenapa tak bagi mereka masuk untuk sambut Hari Merdeka?? Jangan nak syok sendiri la yer wahai pakatan rakyat...rakyat sebenarnya dah lama MENOLAK pakatan pembangkang. Sebab korang nie apa pun tak boleh...hanya pandai taburkan janji tapi TAK BOLEH tunaikan janji....akhirnya rakyat yang merana.

Baca kisah selanjutnya DI SINI


PANAS: Blogger @AmenoWorld Nak Bunuh Diri? Apa Kes??


Selepas GR mendedahkan aktiviti yang kurang sopan dilakukan oleh puak-puak Janji Bersih pada malam ambang Merdeka 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka. Selepas individu terbabit ditangkap blogger-blogger pencacai pembangkang mulalah meroyan tak tentu pasal. Kebanyakkan mereka mempersoalkan perbuatan tersebut malah ramai yang menyokong.

Baru-baru ini juga mereka mengeluarkan kenyataan bahawa ada gambar Anwar Ibrahim yang dipijak dan macam biasalah mereka mengatakan ini semua salah UMNO. Oleh sebab kenyataan blogger 'hebat' nie dah kantoi beliau bakal kotakan janji beliau nak bunuh diri...betul ker??

Cerita lanjut baca DI SINI


Amoi Pijak Gambar PM @NajibRazak Akhirnya Serah Diri! @PDRMsia @HishammuddinH2O

Akhirnya amoi yang disyaki memijak gambar PM DS Najib Razak serah diri semalam di Balai Polis Johor Bharu semalam. Beliau diiringi pemimpin DAP termasuk MP Bakri Er Teck Hwa dan Timb. Pengerusi DAP Johor En Norman Fernandez.

Memang betullah sumber dalaman PKR yang memberitahu GR bahawa amoi tersebut DISEMBUNYIKAN oleh puak pakatan pembangkang. Sekarang mereka sudah menyediakan dana lebih kurang RM 1 juta untuk membela mereka-mereka yang dikesan melakukan perbuatan keji ketika Himpunan Janji Bersih pada malam Merdeka tempoh lalu.

Lihatlah agenda sebenar pakatan pembangkang, membela perbuatan terkutuk yang sememangnya bukan menjadi budaya rakyat Malaysia. Apakah korang semua nak lihat negara terus dilanda budaya KOTOR ini dan kehidupan aman damai yang kita kecapi selama ini bakal terjejas? Fikir-fikirkanlah demi masa depan negara dan anak cuci cicit kita yang akan datang.


GR kata: Mohon Polis jangan kasi chance kat diaorang nie. Berikan hukuman yang setimpal agar mereka sedar...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 5, 2012

HOT: Stadium Titiwangsa DISERANG? Apa kes?? @MuhyiddinYassin @RajaNongChik @umbkl

Apa yang boleh GR katakan, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO/BN W.Persekutuan sangat meriah. Meriah dengan kehadiran lebih 10 ribu warga kota K.Lumpur yang datang dari semua lapisan masyarakat.

GR lihat di majlis ini sangat menarik kerana tiada perbezaan taraf layanan untuk pemimpin dan rakyat, semua sama saja. Memang sempoi majlis nie...tahniah GR ucapkan pada UMNO/BN kerana open house yang best.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran YAB Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Isteri. Beliau diiringi oleh YB Dato' Raja Nong Chik serta barisan kepimpinan UMNO/BN W.Persekutuan. Menu makanan disediakan secara santai dan GR lihat rakyat selesa menjamu selera dengan pelbagai menu yang disediakan.


GR kata: Majlis tiada protokol...memang sempoi!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WANTED: Amoi Pijak Gambar PM @NajibRazak Telah Dikenalpasti! #JanjiDemokrasi @PDRMsia @HishammuddinH2O


Inikah sikap seorang yang mencerminkan jati diri seorang rakyat Malaysia. Tingkah laku sebegini harus diambil tindakan segera oleh semua pihak. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bantulah pihak Polis dalam mencari 10 orang lagi patung-patung pakatan pembangkang yang sengaja membuat provokasi berlebih-lebihan.

Dalam insiden pada malam ambang Merdeka, perilaku-perilaku ini GR lihat dengan mata kepala sendiri. Ternyata ianya kurang ajar, seperti mereka ini tidak bersyukur dengan apa yang dikecapi selama hidup di Malaysia ini.

Berkenaan gambar di atas, dari sumber yang memberikan maklumat kepada GR amoi Cina ini adalah seorang pelajar dari universiti tajaan Kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang. GR juga difahamkan pihak pakatan pembangkang menyembunyikan pelajar terbabit supaya tidak diserahkan kepada pihak Polis.

Pihak Polis juga memberi masa hanya 24 jam kepada mereka-mereka yang dikesan terlibat dalam Himpunan Janji Bersih pada malam ambang Merdeka tempoh hari. GR akan cuba membantu sedaya upaya dalam membongkarkan individu terbabit. Tungguuuuuuuuu...!!!!







GR kata: Kalau dah bapak (DAP) perangai macam haram jadah, inikan pula anak buah diaorang. Dasar penyangak..!!!


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBANTU! @PDRMsia @HishammuddinH2O @umbkl @UMonline @SinarOnline cc: @NajibRazak


GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dari media dan juga semua lapisan masyarakat yang membantu sehingga tertangkapnya individu yang melakukan kelakuan tidak bermoral ini. Kelakuan yang terlampau ini perlu diambil iktibar pada seluruh rakyat Malaysia kerana ini bukan budaya kita.

GR juga berterima kasih kepada pihak media cetak dari Utusan Malaysia dan Sinar Harian kerana sudi menyiarkan gambar individu tunjuk punggung tersebut dari blog Gossip Rakyat (GR). Kerjasama dari semua pihak baik dari bloggers dan wartawan adalah sangat penting kerana masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat di luar sana.

GR juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Polis (PDRM) yang menjalankan tugas dengan begitu cepat dan cekap dengan penangkapan individu terbabit dan juga memohon kepada masyarakat di luar sana marilah kita sama-sama membantu pihak Polis demi keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai.

Untuk pembaca blog Gossip Rakyat (GR), berbanyak terima kasih diucapkan kepada yang menyokong dan membantu menyalurkan maklumat tentang individu (gambar di atas) yang terbabit. Kepada pihak Cybernetic International College of Technology terima kasih kerana memberi kerjasama dengan pihak Polis dalam menyalurkan maklumat tentang pelajar tersebut.

Untuk pengetahuan semua, bukan niat GR untuk mengaibkan pelajar tersebut dengan apa yang telah beliau lakukan. Sebagai rakyat Malaysia kita semua berhak menjaga keamanan negara yang kita cintai ini, betul tak? Kita juga berhak menghormati pemimpin kita kerana apa yang kita kecapi sekarang sudah cukup baik. Kenapa ada sesetengah pihak cuba untuk mengubahnya? Dalam Islam juga menyebut kita perlu hormat pemimpin kita walau apa sekali pun. Lihat di bawah hadith yang ingin GR kongsikan bersama :

Ukuran ta’at kepada pemimpin digambarkan dalam sebuah hadis berikut :

مَنْ اَطَاعَنِى فَقَدْ اَطَاعَ الله وَمَنْ عَصَانِى فَقَدْعَصَى الله وَمَنْ يُطِعِ اْلأَمِيْرَ فَقَدْ اَطَاعَنِىْ وَمَنْ يَعْصِ اْلأَمِيْرَ فَقَدْ عَصَانِىْ.....

Ertinya: Barangsiapa yang menta’atiku berarti ia menta’ati Allah dan barangsiapa yang mendurhakaiku maka ia mendurhaka kepada Allah, dan barangsiapa yang menta’ati pemimpin, maka berarti ia menta’atiku, dan barangsiapa yang mendurhakai pemimpin maka ia mendurhakaiku.

Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis menetapkan bagaimana caranya kita menta’ati dan menghormati pemimpin dan sejauh mana kita dapat melawannya. Dalam satu hadis riwayat muslim beliau bersabda :

خِيَارُأَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُحِبُّوْنَهُمْ وَيُحِبُّوْنَكُمْ وَتُصَلُّوْنَ عَلَيْهِمْ وَيُصَلُّوْنَ عَلَيْكُمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُبْغِضُوْنَهُمْ وَيُبْغِضُوْنَكُمْ وَتَلْعِنُوْنَهُمْ وَيَلْعَنُوْنَكُمْ. قَالَ قُلْنَا: يَارَسُوْلَ اللهِ، أَفَلاَنُنَابِذُهُمْ؟ قَالَ: لاَ، مَاأَقَامُوْا فِيْكُمُ الصَّلاَةَ.

Ertinya: pemimpin-pemimpinmu yang paling baik adalah orang yang engkau sayangi atau kasihi dan ia menyayangimu (mengasihimu) dan yang engkau do’akan dengan keselamatan dan merekapun mendo’akanmu dengan keselamatan. Dan pemimpin-pemimpinmu yang paling jahat (buruk) ialah orang yang engkau benci dan ia membencimu dan yang engkau laknati serta mereka melaknatimu. Lalu kami (para sahabat) bertaya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah! Apakah tidak kami pecat saja mereka? Rasulullah menjawab: jangan ! selagi mereka masih mendirikan salat bersama kamu sekalian.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيْرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَاِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنَ السُّلْطَانِ شِبْراً مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةً

Ertinya: Siapa saja yang membenci atau tidak menyukai sesuatu dari tindakan penguasa (pemimpin) maka hendaklah ia bersabar. Sesungguhnya orang yang meninggalkan (belot) dari kepemimpinan (jama’ah) walaupun hanya sejengkal maka matinya tergolong dalam mati orang jahiliyah.

Fikirkan-fikirlah yer pembaca sekalian, GR faham ramai yang marah dengan pendedahan gambar dan individu tersebut tapi fahamilah kita semua rakyat Malaysia berhak mempertahankan negara kita sendiri dari dirosakkan oleh anasir-anasir luar. Usah percaya dengan apa yang disampaikan oleh pakatan pembangkang yang hanya pandai berkata-kata TETAPI kata-kata tersebut tidak pun ditunaikan. Lihatlah apa yang terjadi dengan negara dari himpunan yang mereka anjurkan...baik atau buruk korang semua fikirlah.

Lihat komen-komen dari pembaca-pembaca GR dan rintihan rakan-rakan pelajar tersebut. Ribuan terima kasih pada korang yang menyokong :







GR kata: Terima kasih banyak-banyak kepada semua bloggers dan pengamal media baru (Facebooker & Twitterest  terutama sekali rakan-rakan dari UMBWP, UMB pusat dan  negeri-negeri yang membantu menyebarkan artikel GR siapa pelajar tunjuk punggung nie. Tq so much geng!!

Tuesday, September 4, 2012

TERKINI: Ammar Suspek Tunjuk Punggung Pada Gambar PM @NajibRazak DiTahan Polis @PDRMsia

Pada jam 1110 tadi, suspek MUHAMMAD 'AMMAR B. A RAHMAN. No. KPT: 930301-01-6323, pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, Taman Maluri, Cheras ditahan oleh sekumpulan Peg D7 & ATIP Bkt Aman di Pej. Peg. Eksekutif Kolej Cybernetics untuk dibawa ke Bkt Aman sebelum serah ke IPD D/Wangi.

Syabas dan tahniah GR ucapkan pada pihak Polis yang bertindak segera menahan individu terbabit. Terima kasih juga GR ucapkan kepada semua pembaca blog Gossip Rakyat (GR) yang memberi sokongan dalam pembongkaran yang dibuat oleh GR.

GR juga mohon agar penahan mereka ini jangan hanya diberikan amaran saja malah hukuman yang keras harus diterima oleh mereka.


GR kata: Ada beberapa lagi pendedahan GR akan keluarkan di artikel seterusnya. Tunggu!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 3, 2012

PENJELASAN GAMBAR PM @NajibRazak DITUNJUK PUNGGUNG! AMMAR NAK LARI MANA? @PDRMsia @HishammuddinH2O


Pertama sekali GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong membaca blog Gossip Rakyat (GR). GR juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengutuk keras ke atas perbuatan lucah budak yang bernama Ammar ini. Perbuatan yang kotor ini sememangnya perbuatan yang keji dan bukan menunjukkan nilai-nilai seorang rakyat Malaysia.

Setelah membaca komen-komen pembaca di blog GR dan beberapa blog dan media lain GR ingin tegaskan bahawa di sini perbuatan ini BENAR berlaku di kawasan Himpunan #JanjiDemokrasi diadakan pada malam ambang Merdeka di Dataran Merdeka. GR ingin kongsikan bagaimana kejadian tersebut berlaku dan GR yang juga berada di Dataran Merdeka pada malam tersebut dalam merakamkan aksi terkutuk tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca perbuatan keji pendemo #JanjiDemokrasi bermula dengan meletakkan lilin pada gambar PM dan isteri serta pemimpin kerajaan yang lain. Gaya mereka seolah-olah membuat macam upacara kematian. Lihat gambar di bawah :



Lihatlah dua gambar di atas, sekumpulan anak muda ini membuat provokasi dengan menghina gambar PM, isteri dan pemimpin yang lain. Adakah perkara sebegini boleh dibuat mainan. Dua gambar di atas GR sempat rakamkan sebelum kejadian budak hingusan datang menunjukkan aksi tunjuk punggung dia pada gambar PM dan isteri.

Inilah agenda-agenda busuk sebenar yang pakatan pembangkang inginkan dalam setiap perhimpunan haram yang mereka lakukan. Apa perasaan mereka kalau gambar mak bapak mereka diperlakukan sebegini rupa. GR mohon mereka-mereka ini ditangkap segera oleh pihak berkuasa dan diberikan tindakan yang tegas. Selepas budak-budak tersebut bersorak dengan menghina gambar PM dan isteri, datanglah budak si Ammar nie datang dengan membuat aksi lucah pada gambar PM dan isteri.


Selepas budak Ammar ini sedar aksi dia dirakamkan, beliau terus lari selepas melakukan aksi terkutuk tersebut. Lihat gambar di atas keadaan beliau selepas membuat aksi punggung ke atas gambar PM dan isteri. Keadaan beliau juga cepat-cepat untuk memakai balik seluar yang ditanggalkan oleh beliau ketika insiden tersebut. Ingat boleh lari ka wahai budak hingusan Ammar??


GR juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Polis (PDRM) kerana mengambil tindakan segera ke atas mereka-mereka yang cuba untuk memporak perandakan negara. Syabas pada pihak Polis. Apa yang GR lakukan ini hanyalah sedikit saja demi membantu, sayang dan cintakan negara. Rakyat Malaysia sememangnya sayangkan negara dan inginkan hidup aman dan damai seperti apa yang kita kecapi sekarang.

GR juga mohon pada pihak pengurusan Cybernetic International College of Technology yang terletak di Kompleks Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri Kuala Lumpur agar mengambil tindakan tegas terhadap pelajar mereka ini supaya ia menjadi contoh dan tauladan pada pelajar-pelajar yang lain.


GR kata: Mana pemimpin pakatan pembangkang? Kenapa tak bela mereka-mereka yang lakukan perkara terkutuk nie? Kata tak menyokong tapi awat senyap jerk. Mana keadilannya kata Pakatan Rakyat membela keadilan rakyat?? Hakkktuihhhhhhh la weiiii..


Sunday, September 2, 2012

Pemimpin UMNO Jangan Ada Sikap Selesa Dan Terpukul - @Zahid_Hamidi

PORT DICKSON - Kepimpinan Umno diingatkan supaya mengenepikan sindrom 'selesa dan terpukul' yang pernah dialami parti itu pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 jika mahu melihat kejayaan besar parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.   

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum 2004, sindrom selesa ini wujud apabila orang Umno dan BN berada di kemuncak maka mereka merasa terlalu selesa pada ketika itu.   

"Apabila sindrom selesa ini berada di jiwa kepimpinan Umno di peringkat akar umbi, maka timbul rasa keyakinan yang terlalu amat sangat. Apabila ini berlaku, ketika itu nasihat tidak didengar, pandangan ditolak dan leka merebut peluang. Apabila ini berlaku maka perjuangan tidak lagi menjadi matlamat utama.   

"Dalam keadaan sindrom selesa itu jugalah berlakulah cantas mencantas, dengki, iri hati dan merasa benci sesama sendiri. Ini kerana kita merasa kuat ketika itu dan kita meremehkan musuh-musuh politik kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.   

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Telok Kemang di sini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata: "Apabila sindrom selesa itu menguasai diri kita, kita mula merasakan kita adalah yang terbaik. Dan dalam sindrom selesa itulah juga, kita mula menghindarkan keperluan anak buah kita dan rakyat dan kita mula berpeluk tubuh.

"Katanya sindrom selesa itu telah dibayar dengan harga yang mahal apabilaUmno dan BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 2008, maka berlakulah sindrom terpukul pula.

"Bila sindrom terpukul ini berlaku, kita merasa takut, malu, tidak ada harapan lagi dan merasa kecewa dan tidak mahu melakukan perubahan. Tapi, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan parti dan negara, saya harap sindrom selesa dan terpukul ini tidak ada kerana Najib memberikan dukungan kepada transformasi dalam kerajaan dan politik. Dengan kepimpinan Najib kita dapati rakyat telah bersama semula dengan Umno dan BN".   

"Tetapi jangan biarkan beliau (Najib) berseorangan kerana jentera akar umbilah yang akan memperkuatkan dan menterjemahkan apa yang Perdana Menteri mahukan. Oleh sebab itu, kita mesti ketepikan sindrom selesa dan terpukul yang pernah kita alami," katanya.   

Beliau berharap semua jentera dalam Umno dan BN bukan saja mula bergerak tetapi memperkukuhkan pergerakan mereka bagi menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.9

WANTED!! Budak Tunjuk Punggung Pada Gambar PM @NajibRazak Dikenalpasti!! #JanjiDemokrasi #Merdeka55


Seperti yang telah GR janjikan di artikel sebelum ini, GR akan membongkarkan siapakah gerangan anak muda yang bersikap kurang ajar seperti gambar di atas. Baca di sini

Lihat saja perbuatan terkutuk ini, inilah agenda sebenar yang diterapkan oleh pakatan pembangkang dalam menghasut pemikiran rakyat. Dalam pada itu, GR melihat penganjur himpunan #JanjiBersih #JanjiDemokrasi ini cuba untuk menidakkan perbuatan terkutuk ini. Dalam portal penipu Malaysiakini beliau menyatakan perbuatan ini dilakukan di tempat lain bukan di Dataran Merdeka.

Untuk pengetahuan semua, perbuatan terkutuk ini dilakukan di jalan depan Dataran Merdeka di mana pada malam tersebut puak-puak haprak ini berkumpul ditengah jalan raya dan menganggu laluan lalulintas. GR sendiri berada di Dataran Merdeka pada malam tersebut dan kejadian ini berlaku di depan mata.

Apa pun GR ucapakan terima kasih ramai yang mengutuk perbuatan keji ini. GR juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog Gossip Rakyat (GR) yang bekerjasama memberikan maklumat hingga wajah sebenar manusia kurang ajar ini jelas kelihatan.


Inilah budak hingusan yang dimaksudkan...budak yang berkelakuan tidak senonoh yang membuka seluar dan cuba untuk membuang air besar pada muka YAB Perdana Menteri. Inilah budaknya yang GR bulatkan mukanya bulatan merah. Nama beliau ialah :

Nama : Ammar
Facebook : Alice Sakai
Asal : Johor

Belajar di Cybernetic International College of Technology. Ambil jurusan Diploma Multimedia Kreatif dalam semester 3.



 Baju yang dipakai nie kan sama macam di gambar tunjuk punggung tue...

Inilah wajah sebenar budak yang menunjukkan punggung pada gambar Perdana Menteri. GR sarankan pihak berkuasa menyiasat segera perkara ini. Facebook budak ni pun sudah ditutup bila GR cuba mencarinya semula pada hari ini. Tapi tak apa...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Pembaca yang budiman lihatlah sendiri, lihatlah agenda-agenda jahat yang telah dibuat oleh pakatan pembangkang untuk merosakkan negara. Pada penganjur demo haram ini, usahlah nak pusing-pusing cerita...perbuatan terkutuk korang dah  KANTOI!!!!


GR kata: Gambar tunjuk punggung di atas buat atas jalan raya bukan atas tanah tau. Ayat pun nak menipu lagi....aduyai! #JanjiDemokrasi GAGAL!!!

Artikel pelbagai