GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dari media dan juga semua lapisan masyarakat yang membantu sehingga tertangkapnya individu yang melakukan kelakuan tidak bermoral ini. Kelakuan yang terlampau ini perlu diambil iktibar pada seluruh rakyat Malaysia kerana ini bukan budaya kita.
GR juga berterima kasih kepada pihak media cetak dari Utusan Malaysia dan Sinar Harian kerana sudi menyiarkan gambar individu tunjuk punggung tersebut dari blog Gossip Rakyat (GR). Kerjasama dari semua pihak baik dari bloggers dan wartawan adalah sangat penting kerana masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat di luar sana.
GR juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Polis (PDRM) yang menjalankan tugas dengan begitu cepat dan cekap dengan penangkapan individu terbabit dan juga memohon kepada masyarakat di luar sana marilah kita sama-sama membantu pihak Polis demi keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai.
Untuk pembaca blog Gossip Rakyat (GR), berbanyak terima kasih diucapkan kepada yang menyokong dan membantu menyalurkan maklumat tentang individu (gambar di atas) yang terbabit. Kepada pihak Cybernetic International College of Technology terima kasih kerana memberi kerjasama dengan pihak Polis dalam menyalurkan maklumat tentang pelajar tersebut.
Untuk pengetahuan semua, bukan niat GR untuk mengaibkan pelajar tersebut dengan apa yang telah beliau lakukan. Sebagai rakyat Malaysia kita semua berhak menjaga keamanan negara yang kita cintai ini, betul tak? Kita juga berhak menghormati pemimpin kita kerana apa yang kita kecapi sekarang sudah cukup baik. Kenapa ada sesetengah pihak cuba untuk mengubahnya? Dalam Islam juga menyebut kita perlu hormat pemimpin kita walau apa sekali pun. Lihat di bawah hadith yang ingin GR kongsikan bersama :
Ukuran ta’at kepada pemimpin digambarkan dalam sebuah hadis berikut :
مَنْ اَطَاعَنِى فَقَدْ اَطَاعَ الله وَمَنْ عَصَانِى فَقَدْعَصَى الله وَمَنْ يُطِعِ اْلأَمِيْرَ فَقَدْ اَطَاعَنِىْ وَمَنْ يَعْصِ اْلأَمِيْرَ فَقَدْ عَصَانِىْ.....
Ertinya: Barangsiapa yang menta’atiku berarti ia menta’ati Allah dan barangsiapa yang mendurhakaiku maka ia mendurhaka kepada Allah, dan barangsiapa yang menta’ati pemimpin, maka berarti ia menta’atiku, dan barangsiapa yang mendurhakai pemimpin maka ia mendurhakaiku.
Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis menetapkan bagaimana caranya kita menta’ati dan menghormati pemimpin dan sejauh mana kita dapat melawannya. Dalam satu hadis riwayat muslim beliau bersabda :
خِيَارُأَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُحِبُّوْنَهُمْ وَيُحِبُّوْنَكُمْ وَتُصَلُّوْنَ عَلَيْهِمْ وَيُصَلُّوْنَ عَلَيْكُمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُبْغِضُوْنَهُمْ وَيُبْغِضُوْنَكُمْ وَتَلْعِنُوْنَهُمْ وَيَلْعَنُوْنَكُمْ. قَالَ قُلْنَا: يَارَسُوْلَ اللهِ، أَفَلاَنُنَابِذُهُمْ؟ قَالَ: لاَ، مَاأَقَامُوْا فِيْكُمُ الصَّلاَةَ.
Ertinya: pemimpin-pemimpinmu yang paling baik adalah orang yang engkau sayangi atau kasihi dan ia menyayangimu (mengasihimu) dan yang engkau do’akan dengan keselamatan dan merekapun mendo’akanmu dengan keselamatan. Dan pemimpin-pemimpinmu yang paling jahat (buruk) ialah orang yang engkau benci dan ia membencimu dan yang engkau laknati serta mereka melaknatimu. Lalu kami (para sahabat) bertaya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah! Apakah tidak kami pecat saja mereka? Rasulullah menjawab: jangan ! selagi mereka masih mendirikan salat bersama kamu sekalian.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah S.A.W bersabda :
مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيْرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَاِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنَ السُّلْطَانِ شِبْراً مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةً
Ertinya: Siapa saja yang membenci atau tidak menyukai sesuatu dari tindakan penguasa (pemimpin) maka hendaklah ia bersabar. Sesungguhnya orang yang meninggalkan (belot) dari kepemimpinan (jama’ah) walaupun hanya sejengkal maka matinya tergolong dalam mati orang jahiliyah.
Fikirkan-fikirlah yer pembaca sekalian, GR faham ramai yang marah dengan pendedahan gambar dan individu tersebut tapi fahamilah kita semua rakyat Malaysia berhak mempertahankan negara kita sendiri dari dirosakkan oleh anasir-anasir luar. Usah percaya dengan apa yang disampaikan oleh pakatan pembangkang yang hanya pandai berkata-kata TETAPI kata-kata tersebut tidak pun ditunaikan. Lihatlah apa yang terjadi dengan negara dari himpunan yang mereka anjurkan...baik atau buruk korang semua fikirlah.
Lihat komen-komen dari pembaca-pembaca GR dan rintihan rakan-rakan pelajar tersebut. Ribuan terima kasih pada korang yang menyokong :
GR kata: Terima kasih banyak-banyak kepada semua bloggers dan pengamal media baru (Facebooker & Twitterest terutama sekali rakan-rakan dari UMBWP, UMB pusat dan negeri-negeri yang membantu menyebarkan artikel GR siapa pelajar tunjuk punggung nie. Tq so much geng!!
1 comment:
NO APOLOGY IS NECESSARY FOR THIS KIND OF DISGRACEFUL DAN DISGUSTED BEHAVIOR FROM AN UNCIVILIZED SO CALLED MOSLEM BOY. HE WILL PAY FOR WHAT HE HAS DONE AND I STRONGLY SUPPORT ANY EFFORTS TO REHABILITATE THIS BOY AND HE HAS TO SERVE 100 HOURS OF COMMUNITY SERVICE AT OLD FOLKS HOME AND OR HIV CENTRE AS PART OF HIS PUNISHMENTS.
Post a Comment