Sumbangan dan Bantuan

Sumbangan dan Bantuan

Saturday, September 22, 2012

PERMOHONAN MAAF HANYA MAINAN DAP!! LEPAS TU BUAT LAGI!!!


Kebiasaan manusia bila membuat suatu kesalahan itu selepas memohon maaf mereka tidak akan mengulanginya kembali. Apakah dengan membuat sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemarahan seseorang atau sesebuah masyarakat itu boleh dikira tidak sengaja? Pembaca lihatlah sejak dulu lagi berapa banyak provokasi tahap melampau yang dibuat oleh DAP dan pakatan pembangkang.

Provokasi yang dibuat bukannya sekali dua tapi sudah berkali-kali. Tapi kenapa masih tidak ada sebarang tindakan tegas ke atas mereka ini. Adakah dengan menyatakan permohonan maaf boleh dianggap terima pakai? Ingat apa, macam makan Pizza Hut ke...???

Dalam isu filem yang menghina Nabi S.A.W telah membuat umat Islam marah. Ini adalah satu perbuatan hina oleh puak Yahudi yang sememangnya musuh Islam sejak azali lagi. Pengerusi DAP Perak juga menokok tambah provokasi pada umat Islam di Malaysia. Beliau tidak sedar dan tak malu ke yang beliau itu rakyat Malaysia. Malaysia ini adalah negara Islam dan rakyat Malaysia menghormati hak sensitiviti perkauman dan agama. Perbuatan Ngeh Koo Ham ini ternyata kurang ajar dan GR juga berpandangan permohonan maaf beliau hanyalah 'wayang kulit' semata-mata.

Umat Islam harus sedar, agama Islam sekarang semakin dihina oleh puak Yahudi dan kita sebagai umat Islam harus bersatu demi mempertahankan agama Islam yang kita cintai. Baca lagi kenyataan Naib Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi mengenai permohonan maaf tersebut :


BAGAN DATOH 21 Sept. - Tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf ekoran kenyataannya mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem Innocence Of Muslims masih diragui banyak pihak ekoran tindakannya yang berterusan menyalahkan pihak lain.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, permohonan maaf Koo Ham itu bukan sahaja terlambat malah, masih belum dapat meredakan kemarahan umat Islam yang tersinggung dengan kata-katanya dalam laman sosial Twitter baru-baru ini.

"Kalau betul ikhlas, minta maaf secara jujur. Kalau boleh DAP buat permohonan maaf kepada seluruh umat Islam melalui televisyen. Mereka tahu umat Islam masih cukup marah dengan kata-katanya. 

"Orang ramai mahu dia ikhlas meminta maaf, jangan salahkan orang lain atas keterlanjuran sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan bakal haji di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini hari ini.

Koo Ham mencetuskan kemarahan banyak pihak termasuk pemimpin agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mempersoalkan sama ada protes umat Islam terhadap filem berkenaan membuang banyak masa dan tenaga menerusi laman sosial Twitternya Ahad lalu.

Tweet Koo Ham itu berbunyi: "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?

Bagaimanapun Koo Ham semalam memohon maaf dan mengakui membuat kenyataan itu selepas melihat laporan berita dalam dan luar negara berhubung bantahan umat Islam terhadap filem berkenaan. - Utusan

GR kata: Pihak berkuasa janganlah berlembut sangat, nak takut ape dengan puak pakatan pembangkang nie....

Published with Blogger-droid v2.0.9

UTC - PUSAT TRANSFORMASI BANDAR UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT! @NajibRazak @MuhyiddinYassin @RajaNongChik

Pagi tadi YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bangunan Pudu Sentral yang dahulunya dikenali sebagai Puduraya dan kini ditukar lagi menjadi Bangunan UTC Kuala Lumpur. Bangunan empat tingkat itu yang merupakan UTC kedua di negara ini menempatkan 39 jabatan kerajaan dan swasta serta pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan badan bukan kerajaan (NGO).

Pada bulan Jun lepas, Najib melancarkan UTC pertama di Jalan Hang Tuah, Melaka yang menempatkan 70 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

UTC adalah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan akses kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.

Menerusi UTC itu, warga kota boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat, cukai, urusan kad pengenalan selain menyediakan tempat rekreasi, seperti 'Wall Climbing', studio Aerobik dan gelanggang futsal. Sempena majlis pelancaran itu Perdana Menteri turut melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang pertama yang terletak di tingkat 1, bangunan itu.

Lebih 10,000 orang yang hadir di perkarangan bangunan Pudu Sentral bagi menyaksikan upacara pelancaran UTC tersebut. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib.

GR kata: Terima kasih Kerajaan BN yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat...Nak beli buku pun murah lepas nie. Memang best!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

#PRkampus: Mahasiswa Tolak Kempen Politik, Mahukan Suara Didengar Kebajikan Terjamin!

Kejayaan Aspirasi Mahasiswa menguasai lima kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 pada Khamis membuktikan mahasiswa lebih mengutamakan kepimpinan berkredibiliti dan memperjuangkan suara mahasiswa. Jurucakap Aspirasi Mahasiswa, Mohd Hafiz Ariffin berkata, kemenangan itu juga membuktikan mahasiswa menolak sentimen politik yang cuba dibangkitkan oleh pro-Mahasiswa (Pro-M).

"Barisan kepimpinan yang berkarisma dan berkredibiliti amat penting bagi memastikan setiap kebajikan mahasiswa terpelihara. "Ia suatu pencapaian membanggakan hasil usaha keras kumpulan Aspirasi yang bertungkus-lumus memperjuangkan suara mahasiswa selama ini.

"Malah, kejayaan itu menunjukkan mahasiswa menolak kepimpinan jalanan yang dilihat mempunyai agenda tertentu untuk menggugat keharmonian di dalam kampus," katanya.

Mohd Hafiz berkata, manifesto Aspirasi Mahasiswa yang lebih dekat di hati para pelajar turut menjadi kayu pengukur sebenar keupayaan barisan kepimpinan kumpulan tersebut dalam memperjuangkan kebajikan mereka.

Katanya, kumpulan tersebut yang membawa motto ‘Wadah Penggerak Mahasiswa’ memperjuangkan lima perkara pada pemilihan kali ini. Ia merangkumi kecemerlangan akademik, mengutamakan kebajikan, pembangunan sahsiah dan meningkatkan kebolehpasaran kerja di kalangan mahasiswa serta memastikan infrastruktur yang lengkap dan kondusif di universiti.

"Manifesto itu lahir hasil penelitian analitikal golongan mahasiswa itu sendiri. Kita mengambil kira semua aspek terutamanya kos sara hidup mahasiswa yang tinggi terutamanya di kawasan bandar," katanya.

Jelas beliau, mahasiswa aspirasi berjaya memperjuangkan isu-isu mahasiswa secara diplomasi dan berhemah.

“Hasil perjuangan itu, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Baucar Buku 1 Malaysia diperkenalkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa di kampus,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hafiz turut yakin peluang Aspirasi Mahasiswa untuk mencapai kemenangan besar di 15 IPTA lagi Selasa depan adalah cerah. "Insyallah, kita akan turut mengecapi kejayaan yang sama di 15 universiti lagi. Saya pasti golongan mahasiswa menolak sentimen buruk yang cuba dicetuskan pihak tertentu.

"Mahasiswa kini lebih bijak dan matang dalam membuat keputusan. Hanya barisan kepimpinan yang mampu merealisasikan inspirasi mereka tanpa dipengaruhi ideologi kepartian luar kampus akan dipilih," katanya.

Beliau juga berharap pilihanraya kampus di 15 universiti lain itu akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Ketika ditanya mengenai kenyataan segelintir pihak yang menganggap kemenangan di lima universiti itu adalah di kalangan universiti kecil, Mohd Hafiz berkata, fakta itu cuba diputar-belitkan oleh mereka yang cetek pemikiran.

Pandangan GR tiada apa perlu dipertikaikan. Statistik telah menunjukkan bilangan mahasiswa keluar mengundi pada kali ini lebih ramai. Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sendiri, 75 peratus iaitu kira-kira 11,000 pelajar menunaikan kewajipan mereka keluar mengundi. Suatu perubahan yang baik kerana golongan ini bijak menilai bukan dengan percaya pada janji-janji manis yang ditaburkan pada mereka.

GR kata: Pro-M hanya bawa suara Anwar dan hanya jadi macai pakatan pembangkang....

Published with Blogger-droid v2.0.9

BONGKAR: PENDEDAHAN AGENDA SULIT DAP MAHU HANCURKAN ISLAM DI MALAYSIA!


Pertama sekali GR ingin mengucapkan tahniah rakan blogger GR Penggempur Mutiara dengan pendedahan agenda jahat puak DAP ini. Tabik spring gua pada lu PM. Untuk pembaca yang budiman hayati artikel di bawah pendedahan yang dibuat, hayatilah dengan penuh makna dan sedarlah Islam sekarang dicerca begitu saja, umat Islam harus bangkit.

Semakin terserlah kelicikan DAP dalam mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata.

Kemarahan umat Islam terhadap penerbitan filem pendek "Innocence Of Muslims" nyata dijadikan senjata yang ampuh untuk digunakan DAP bagi meraih sokongan baru terhadap parti itu dan menyemai benih kebencian rakyat terhadap UMNO/BN.

Daripada pemerhatian yang PM lakukan ke atas fb pages dan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap isu yang di mainkan Ngeh ini, ternyata terdapat satu perancangan sulit disebalik segala yang terjadi.

Secara logik akal, mari sama- sama kita lihat kronologi yang PM kongsikan ini;

  • Video filem pendek "Innocence Of Muslim" tersebar di alam maya.
  • Kemarahan umat Islam memuncak sehingga menyebabkan seorang Duta Amerika Syarikat terbunuh di Libya.
  • Rakyat Malaysia beragama Islam juga mengutuk penerbitan filem pendek itu.
  • Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada umat Islam melalui twitter miliknya.
  • Tekanan dari pelbagai pihak menuntut Ngeh mohon maaf, namun Ngeh mempertahankan kenyataannya.
  • UMNO paling lantang meminta Ngeh mohon maaf, sehinggakan demonstrasi membakar bendera DAP dijalankan di Melaka jam 4 petang, 20 September 2012.
  • Jam 5 petang, 20 September 2012, Ngeh mengeluarkan kenyataan mohon maaf.
  • Selang beberapa minit kemudian DAP Melaka menyebarkan gambar- gambar sekitar demonstrasi UMNO terhadap kenyataan Ngeh. Malahan tindakan membela Islam itu digelarkan samseng melalui facebook pages DAP Melaka.

Tidakkah kronologi yang PM tampilkan di atas menerangkan dengan jelas bahawa sememangnya terdapat perancangan sulit disebalik insiden tersebut?

Pada dasarnya, tindakan Ngeh mempertahankan ungkapan lahanatnya walaupun dikecam hebat pada awalnya adalah bersebab.

DAP sudah menjangkakan satu- satunya organisasi yang akan terus mengecam hebat pernyataan yang dikeluarkan Ngeh semestinya UMNO dan bukannya PAS. Lantas itu, mereka mula memasang perangkap agar segala tindak tanduk UMNO selanjutnya mampu untuk mereka jadikan senjata untuk kembali menyerang UMNO dan memastikan rakyat termakan dengan tohmahan palsu mereka selepas itu.

Nyatanya, perangkap yang mereka pasang membuahkan hasil apabila UMNO Melaka bertindak menganjurkan demonstrasi serta membakar bendera rasmi DAP.

Selanjutnya baca DI SINI


Friday, September 21, 2012

#PRKampus: FORMULA ANWAR TAK MENJADI, PRO-M HANYA JADI TOYBOY!


Sekarang musim pilihanraya kampus berlangsung di kesemua IPTA di Malaysia. Prestasi yang cukup baik ditunjukkan oleh golongan anak muda yang bergelar mahasiswa. Kita lihat golongan ini sekarang kebanyakkannya sudah mula berfikir mana yang baik dan buruk. Jika kita lihat sebelum ini kebanyakkan golongan mahasiswa inilah yang sering kali diperdayakan oleh puak pembangkang terutama sekali Anwar Ibrahim.

Pelbagai janji manis dan fitnah yang dilemparkan membuat golongan ini senang terpedaya kerana mereka sebenarnya tidak mengetahui perkara yang sebenar. Ini adalah kerana mereka hanya berada dalam kelompok mereka saja dan tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di dunia nyata. Walaupun golongan ini kebanyakkan mendapatkan berita dari media di alam siber tapi mereka ini kebiasaannya muda terpedaya dengan janji yang diberikan oleh pihak pembangkang.

Dalam pilihanraya kampus kali ini, kemenangan besar diperolehi oleh Aspirasi Mahasiswa dan ini mengambarkan sokongan yang sangat baik diberikan oleh golongan mahasiswa terhadap transformasi yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam membentuk perubahan yang inovatif untuk kepentingan mahasiswa.

Langkah yang sangat baik dilakukan oleh Kerajaan dalam menghargai golongan mahasiswa ini kerana pandangan dari mereka juga berguna untuk menambahbaikkan sistem pembelajaran di negara ini sekali gus membantu membangunkan negara ke arah negara maju.

Pelbagai kenikmatan yang diberikan oleh Kerajaan pada golongan mahasiswa ini dari segi baucar buku, pinjaman PTPTN dan sebagainya demi membantu mahasiswa untuk berjaya dalam hidup dan berjaya dalam mengejar cita-cita mereka dalam bidang yang mereka ceburi. Ternyata mahasiswa sekarang bijak berfikir untuk kebaikkan mereka bukannya hanya mengikut nafsu, kelak mereka juga yang rugi.
PETALING JAYA: Pilihan raya kampus yang berlangsung pada Khamis di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan -- menewaskan Pro M.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

mStar Online diberitahu, pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kampus ini telah pun dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar.

Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Sementara di UTHM, mStar Online dimaklumkan Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan. UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan.

Proses pilihan raya kampus di lima universiti ini yang berlangsung sejak awal pagi ditutup pada jam 4 petang. Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan (25 Sept).

Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).


GR kata: Tahniah Aspirasi Mahasiswa dan mahasiswa yang bijak berfikir. Korang adalah pelapis negara!!

Live Update: Kg Baru Diserang Demo Secara Aman! #respect @umbkl

Sekarang GR berada di perkarangan Masjid Kg Baru. Terharu GR lihat keadaan di sini kerana himpunan yang sedang berlangsung diadakan secara aman.

Rakyat bersatu dan ketepikan pelbagai kedudukan, pangkat serta ideologi politik turut sama berhimpun tanda bantahan filem yang menghina Rasullullah S.A.W.

Tiada sebarang provokasi dibuat dalam himpunan ini dan ternyata himpunan ini diadakan secara aman. Jelas di sini rakyat Malaysia sayangkan keamanan negara dan perpaduan antara kaum sangat baik.

Update seterusnya insyaAllah GR akan berikan...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WE LOVE ISLAM! AYUH TURUN SERTAI DEMO HINA NABI S.A.W!! #respect



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen Barisan Nasional (BN) akan berkumpul secara aman membantah filem 'Innocence of Muslims' dan kartun dari Perancis di pekarangan Masjid Kampung Baru, hari ini.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang dijangka hadir pada perhimpunan itu. "Perhimpunan ini akan bermula selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Khairy berkata, perhimpunan aman itu jelas menggambarkan bahawa umat Islam bersama-sama rakyat pelbagai kaum di negara ini membantah sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.

GR ingin mengajak pada semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang sayangkan agama Islam dan sayangkan perpaduan yang harmoni di negara ini agar sama-sama turut serta demo yang akan diadakan beberapa jam saja lagi. Kita sama-sama turun Masjid Kg Baru, solat Jumaat bersama dan selepas itu kita semua turut serta.


GR kata: Ayuh semua...kita semua sayangkan Islam! Islam adalah agama yang suci!!

PANAS: AWEK BARU @fahmiapexs KER NIE??


Itulah dia kalau sudah nama kaki gossip berhati kering, keluar bersama pun sudah digelar sebagai satu pasangan kekasih. Kasihan tahu sama Khairul Fahmi Che Mat. Okay.

Kami terima beberapa keping gambar ala paparazzi ini melalui e-mail dan pengirim mendakwa beliau kenal akan siapakah gerangan gadis ini kerana mereka satu universiti.

Khairul Fahmi Che Mat di’khabarkan sering turun ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bertemu gadis ini yang namanya enggan pula sumber kami dedahkan.

Sumber kami turut menyebut yang penjaga gol kebangsaan & gadis ini sering bertukar tulisan ‘manja’ sesama mereka di Twitter namun pandai menyorok hubungan mereka.

Merisik satu sumber lain pula, yang sebenarnya kini memang sah Khairul Fahmi Che Mat sedang berpacaran dengan rakan model, Leuniey yang pernah dinafikan mereka.


Dan ketika Aidilfitri lalu, Khairul Fahmi Che Mat dilihat tampil sedondon bersama keluarga Leuniey walaupun masing-masing keluarkan kenyataan yang mereka hanya kawan.- RotiKaya


GR kata: Kalau betul awek Apex ape de hal kan...Hi hi hi

Thursday, September 20, 2012

SI SETAN @ngehkooham MOHON MAAF BETUL INSAF ATAU DRAMA PAKATAN!?


Terang dan jelas, puak DAP mahu hancurkan Islam di Malaysia ini. Sudahlah bersekutu dengan puak Yahudi yang sejak azali musuh ketat umat Islam dan tujuan mereka hanya satu ingin menghancurkan Islam di muka bumi Allah S.W.T ini.

GR mohon dan berharap tindakan yang keras diambil ke atas Pengerusi DAP negeri Perak ini kerana sengaja memprovokasi yang lebih mengenai isu filem yang mencerca Rasullullah S.A.W. Pandangan GR ini adalah agenda DAP yang sengaja untuk memecah belah antara kaum dan rakyat harus sedar dan bersatu demi keamanan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.

Sejak awal lagi, si setan  Ngeh Koo Ham ini tidak mahu mohon maaf dan akhirnya mengaku kesalahan beliau. Adakah dengan mohon maaf sudah mencukupi dan tidak ada sebarang tindakan di ambil terhadap beliau? Kalau macam tu baik betul Malaysia nie kan, sampai bila-bila pun puak pembangkang nie akan suka-suka hati mempersendakan Islam dan juga sengaja memecah belahkan kaum. Harap Menteri KDN jangan lembut sangat, nanti kena pijak yer...!!!

Kuala Lumpur: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims.

Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu berkata, tidak timbul isu minta maaf kerana beliau hanya melontarkan persoalan kenapa orang Islam harus buang masa dan tenaga membantah tindakan seorang individu.
Tindakan menguris hati

Dalam reaksi serta-merta, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib meminta Ngeh bertanya secara jujur kepada hati kecilnya sama ada tindakannya mengguris hati umat Islam.

“Jika dia rasa bersalah, patut minta maaf... begitulah hidup bermasyarakat. Dia tidak perlu campur tangan dalam urusan agama kita. Kita pun tidak campur tangan dalam hal agamanya. Ini hak kita,” katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata sebagai rakan pakatan pembangkang, beliau ingin menasihatkan Koo Ham supaya tidak campur tangan dalam perkara bukan urusannya, apatah lagi yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Dia sepatutnya peka dan tidak wajar membuat kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dia berada bersama masyarakat Islam. Sebagai parti politik dan memimpin satu pakatan, mereka patut memahami sensitiviti umat Islam, katanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau sudah menjangka Koo Ham akan mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya. Isunya ialah beliau mempersoalkan motif umat Islam berdemonstrasi yang dianggap membuang masa dan tenaga, seolah-olah tindakan mempertahankan akidah dan Rasulullah tidak bermanfaat.

Demonstrasi pembangkang

Apakah demonstrasi pembangkang selama ini atas nama memperjuangkan kebebasan bersuara lebih bermanfaat, tetapi bila umat Islam buat untuk mempertahankan agamanya dianggap tidak bermanfaat, katanya.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pula menyifatkan keengganan Koo Ham memohon maaf sebagai keangkuhan dan kebodohan politik seorang pemimpin yang hanya akan menimbulkan kebencian umat Islam terhadap partinya.

Rendah diri

Sebagai ahli politik, dia sepatutnya bersikap rendah diri dengan meminta maaf dan menjelaskan tujuannya yang tidak bermaksud menghina umat Islam. Kenapa sebelum ini dia mempertahankan hak berhimpun dan rakyat berdemonstrasi, sedangkan soal agama adalah lebih besar.

Mengapa tidak boleh menghormati hak orang Islam untuk menzahirkan bantahan kerana bagi kita, ada benda suci yang tidak boleh dibenarkan sesiapa untuk `menyentuhnya seperti al-Quran dan Nabi, katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata Koo Ham perlu lebih sensitif berhubung isu agama Islam dan perlu memohon maaf.

Koo Ham dikutuk pelbagai pihak berikutan kenyataan dalam twitternya, Ahad lalu, mempersoalkan sama ada umat Islam membuang masa dan tenaga membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, pula menyifatkan kenyataan Koo Ham sebagai biadap.

Pada saat umat Islam di seluruh dunia marah, terlalu malang seorang pemimpin di negara ini yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama, membuat kenyataan sebegitu. Kenyataannya memperlihatkan betapa pemimpin DAP tidak menghormati agama Islam, katanya.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali, menggesa Koo Ham segera menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini, serta menyifatkan kenyataannya menggambarkan kejahilan darjah tertinggi pemimpin DAP mengenai Islam. - BH
Kenyataan terkini hari ini di Berita Harian

GR kata: Umat Islam perlu bijak berfikir pertahankan Islam yang suci, jangan ikut rentak Yahudi yang mahu menunjukkan pada dunia Islam ini ganas. Renung-renungkan....

DAP MAHU HANCURKAN ISLAM! SETAN NIE PERLU MOHON MAAF!!


Inilah hasrat sebenar dalam diri manusia yang tidak boleh berfikir dengan waras, hanya mahu jatuhkan agama Islam yang suci. Bersekongkol dengan puak Yahudi dan Kristian hanya semata-mata untuk menjatuhkan Islam. Umat Islam harus sedar dan berfikir dengan matang, apakah agenda sebenarnya mereka ini?

Pertahankan kesucian Islam itu penting dalam setiap diri umat Islam. Dalam perkara ini, GR setuju jika UMNO dan PAS bersatu bersatu tanda protes terhadap filem yang mempersendakan Rasulullah S.A.W. Pada si haram jadah DAP nie apa yang dikatakan hanyalah untuk kepentingan politik DAP yang sebenarnya goyang jika umat Islam di Malaysia ini bersatu. Agenda kotor mereka untuk menjatuhkan Malaysia tidak akan tercapai. GR mohon rakyat Malaysia harus bersatu demi mempertahankan apa saja agama yang mereka anuti bukannya mempersendakan antara satu sama lain kerana itu budaya YAHUDI bukan budaya kita orang Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kebiadapan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham terhadap usaha memprotes filem Innocence of Muslims oleh umat Islam negara ini jelas menggambarkan 'hati perut' sebenar DAP terhadap Islam.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia pada Khamis, aktivis PAS, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berkata, bukan itu sahaja, DAP juga sebenarnya amat bimbang dan takut umat Islam bersatu, apatah lagi jika ia melibatkan Umno dan PAS.

Selain itu, beliau kini masih menjadi ahli PAS Cawangan Bagan Ajam, Butterworth berkata, Koo Ham tidak perlu minta maaf kerana kebiadapan tersebut sememangnya disenjagakan.

"Saya minta lebih ramai lagi pemimpin DAP dengan segera menyokong kebiadapan Koo Ham agar rakyat boleh mengenali parti itu. Biar rakyat yang menghukum DAP dalam pilihan raya akan datang.

"Meminta orang seperi Koo Ham dan pemimpin DAP meminta maaf adalah menghina dan memperlekehkan diri kita sendiri. Saya sendiri atas dasar Islam dan kasihkan Allah dan Rasulullah mengecam keceluparan Koo Ham," katanya kepada akhbar berkenaan.

Beliau mengulas persoalan yang ditimbulkan Koo Ham dakan Twitter pada Isnin yang didakwa satu provokasi terhadap umat Islam sebagai reaksinya kepada Ketua Pegerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Dewan Pemuda PAS mengadakan protes terhadap filem anti-Islam itu.

GR kata: Umat Islam harus bersatu demi agama, bangsa dan negara. Ngeh Koo Ham perlu mohon maaf secara terbuka. Gentlemen la sikit yer!!


PANAS: DAH BOSAN DENGAN TEMBERANG ANWAR, DAP NAK KELUAR DARI PAKATAN PEMBANGKANG!


KUALA LUMPUR - Sikap berdiam diri DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud oleh PAS dipercayai kerana parti pimpinan Lim Kit Siang itu mahu mengambil jalan paling 'selamat' kerana bimbang kehilangan undi orang Melayu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sg. Pelek, R. Vellasamy mendakwa parti itu berkemungkinan akan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum iaitu setelah mendapat undi orang Melayu.

Menurutnya, 'Dinasti Lim' yang diterajui oleh Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, gusar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menentang hudud kerana takut kalah pada pilihan raya akan datang.

"Mereka anak beranak cuma ada satu agenda iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan orang Melayu serta kehilangan beberapa kawasan dengan mudah. Selepas menang nanti, dengan senang hati, mereka akan menggunakan alasan hudud untuk keluar daripada pakatan pembangkang.

"Sehingga itu, mungkin juga Pengerusinya, Karpal Singh akan menjadi 'mangsa' sebagai alternatif untuk terus menentang hudud," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mencabar parti itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang seandainya menolak pelaksanaan hukuman hudud oleh Pas.

Vellasamy mendakwa, Karpal akan terus dipergunakan dan dibiarkan berjuang keseorangan sehingga dibenci oleh masyarakat Melayu kerana menentang hudud walaupun majoriti DAP tidak bersetuju dengan hukuman tersebut.

"Walaupun pimpinan tertinggi DAP menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Karpal, mereka hanya cakap-cakap kosong sahaja kerana semua takut kepada 'Dinasti Lim.'

"Pemimpin lain dalam DAP mendiamkan diri daripada terus menentang secara terbuka kerana takut akan kehilangan peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Adakah golongan ini layak dipanggil pemimpin untuk memimpin negara?

"Karpal disukai oleh segelintir rakyat serta beberapa pemimpin lain kerana lebih telus dan lantang. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya Pengerusi ini turut disingkir satu hari nanti kerana kelantangan beliau menyusahkan dinasti itu, " jelasnya.

Beliau menambah, setiap kali dipersoalkan, Kit Siang dengan bijak akan memainkan isu lain bagi terus mengelirukan rakyat.

"Sehingga kini Kit Siang dan Guan Eng hanya mendiamkan diri walaupun didesak berkali-kali untuk mengeluarkan kenyataan. Kita tahu tentang agenda mereka semata-mata untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti," ujarnya. - Utusan


GR kata: Pakatan dan DAP hanya nak rosakkan negara....

PAKATAN SELANGOR SEMAKIN BIADAP, NAK JUGAK TUKAR BENDERA!!

KUALA LUMPUR - Ketika rakyat seluruh negara menyambut Hari Malaysia semalam, terdapat pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab apabila mengibarkan bendera merah putih bagi menggantikan Jalur Gemilang di beberapa tempat di Selangor.

Menurut blog www.sel13.com, perbuatan tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang tersebut yang mula dilakukan pada malam sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini 30 Ogos lalu, kini dikesan merebak di negeri itu sejak minggu lalu. Dengan memaparkan beberapa gambar dalam entri bertajuk ‘Bendera Baru Berkibar Di Selangor Sambut Hari Malaysia’, pengendali blog berkenaan mendakwa pengibaran bendera itu boleh dilihat di Damansara, Subang dan Shah Alam.

Blog itu turut mendedahkan bagaimana bendera berkenaan boleh dibeli dengan harga RM25 sehelai seperti mana yang diiklankan oleh blog http://www.radiobangsarutama.com.Sebelum ini, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mengaku bertanggungjawab mencipta bendera berkenaan. Mohd. Najwan membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.

Sementara itu, sumber memberitahu, perbuatan mengibarkan bendera baru di Selangor tersebut dipercayai dilakukan oleh aktivis pro- pembangkang. Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Shah Alam pada 14 September lalu mendapati bendera jalur merah putih itu dipasang di atas sebuah jambatan di Seksyen 20.

Ketika mengulas mengenai kejadian berkenaan, Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata, ia adalah perbuatan biadab dan kurang ajar yang sengaja dirancang oleh pihak tertentu. Katanya, perbuatan tersebut amat tidak boleh diterima ketika masyarakat negara ini masih lagi tidak dapat memaafkan tindakan segelintir anak muda yang mula mengibarkan bendera itu pada malam sambutan kemerdekaan pada 30 Ogos lalu.

‘‘Kita berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab kerana ini adalah satu perbuatan provokasi,’’ katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, orang ramai di sekitar Shah Alam turut mengecam perbuatan tersebut.Seorang Kerani, Nurul Hidayah Abdul Razak, 25, yang ditemui berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana setiap rakyat perlu menghormati negara ini walau apa juga fahaman dan ideologi mereka.

“Pada saya, tindakan menggantung bendera tersebut dan bukannya bendera Jalur Gemilang pada ketika ini boleh dianggap sebagai satu tindakan kurang ajar dan ia sekali gus mengguris hati seluruh rakyat di negara ini," katanya.

Seorang juruteknik, Mohd. Asri Aripin, 27, pula mahu pihak berkuasa mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab melakukan tindakan terkutuk itu. “Jalur Gemilang sudah sejak sekian lama sinonim dengan rakyat di negara ini dan ia tidak perlu ditukar ganti. Dalang yang melakukan tindakan itu perlu ditahan supaya menjadi pengajaran kepada semua," jelasnya. - Utusan

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 19, 2012

SURAT TERBUKA KHAS BUAT OSTAD KAUNSELING 3.00 PAGI!!


Pada Jumaat lepas, saya bersolat Jumaat di masjid Taman Ehsan. Sebaik saja melangkah masuk ke masjid, saya agak terkejut apabila melihatkan Ustaz ,yang terkenal sebagai orang kuat PKR yang didakwa berkhalwat baru-baru ini sedang rancak berkhutbah.

Saya jadi pelik, bagaimana ustaz sanggup berdiri di atas mimbar, sedangkan kes khalwatnya itu masih lagi berjalan dan belum selesai. Bagi saya, ini bukan isu undang-undang, tetapi ini adalah isu kredibiliti dan maruah seorang Muslim.

Saya tertanya-tanya, bagaimana cara ustaz berfikir. Bagaimana agama Islam ini, memandu ustaz untuk berfikir di luar kotak pemikiran dan falsafah politik. Saya terfikir sendirian, apakah ustaz tidak malu kepada umat Islam, ketika ustaz berkhutbah di atas mimbar, maka berkemungkinan yang terbayang di kepala ahli jemaah, adalah kes khalwatnya yang ternyata nampak belum menyebelahinya.

Saya masih terngiang-ngiang pengakuan ustaz dipukul dan teraniaya di dalam kes tersebut. Namun apa yang jelas, ketika muncul di kaca tv, wajahnya tidak berubah. Tidak ada bengkak atau kecederaan yang terzahir di wajah Ustaz. Malah, tidak ada tersiar di dada akhbar atau media alam maya, mendedahkan tubuhnya yang bengkak-bengkak akibat dipukul oleh 20 orang lelaki, seperti yang didakwanya itu.

Timbul persoalan, apakah Ustaz kini sudah pandai menipu? Apakah sejak masuk politik, maka berbohong tidak lagi menjadi dosa? Apakah setelah ustaz menyertai politik, maka segala-galanya boleh menjadi halal sekiranya keadaan darurat politik untuk menyelamatkan karier dan undi memerlukannya?

Sekiranya Ustaz menipu, maka apakah peribadinya, dan hatinya serta jiwanya seorang ustaz, yang sanggup menebalkan muka, malah berkhutbah Jumaat dan bercerita tentang agama, sedangkan dia sendiri sedang begelut dengan kes maksiat? Ini mengingatkan saya bagaimana mentor pujaan beliau, Anwar Ibrahim juga pernah melakukan perkara yang sama.

Apakah layak seorang ustaz yang menipu naik di atas mimbar lalu memberi khutbah Jumaat?

Jika dulu, ustaz cukup lantang membantai, mengutuk malah juga menghina orang-orang yang tidak selari pendapat dengan ustaz, apatah lagi dengan orang-orang yang mempunyai masalah moral, maka ustaz akan mencerca dan membuka aib mereka tanpa ada segan silunya. Bahkan, ustaz sendiri pernah mahu memancung kepala seorang ulama, hanya kerana perbezaan pendapat dalam politik.

Tetapi hari ini, ustaz sendiri terpalit dengan isu-isu maksiat dan ternyata isu ini lebih memalukan. Buykan sahaja terhadap diri ustaz, tetapi kepada keseluruhan umat Islam di negara ini. Bagaimana seorang ustaz boleh ditangkap bersama-sama dengan seorang isteri orang, pada jam dua pagi di bilik hotel mewah?

Apakah ustaz mahu menyalahkan UMNO sedangkan ustaz sendiri tahu bahawa kita dilarang untuk berada di dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah? Tidakkah seorang ustaz tahu akan perkara itu? Sudah pasti ustaz tahu, namun ustaz sendiri yang buat-buat tidak tahu kerana mengikut nafsu sepertimana ustaz selalu mengikut nafsu politik ustaz bila berceramah dan berkata-kata.

Kata ustaz, ini adalah propaganda politik untuk menjatuhkan imej ustaz. Apakah ustaz fikir bahawa rakyat ini terlalu bodoh, untuk membezakan kebatilan dan kebenaran di dalam negara ini. Semua orang tahu tentang kes ustaz yang mempunyai isteri dua. Semua orang tahu bahawa kelemahan ustaz untuk menjadi seorang suami yang berpaksikan contoh Rasulullah saw apabila tersebarnya cerita keganasan rumahtangga di dalam kendalian ustaz.

Sebagai salah seorang umat Islam yang kerdil dan hina, saya minta agar ustaz bergeraklah di dalam masyarakat seperti seorang pendakwah biasa. Pendakwah yang hanya mengharapkan ganjaran dari Ilahi semata-mata dan bukannya ganjaran dunia.

Keluarlah dari dunia politik kerana ia terlalu kuat dugaannya terhadap ustaz. Sekali ustaz silap, Islam akan tercemar di mata masyarakat. Fitnah akan menular di kalangan akar umbi umat Islam yang lebih banyak yang buta dari yang celik.

Ustaz…kembalilah ke pangkal jalan. Ingatlah ikrar ini bahawa Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah semata-mata…Ingatlah…

Faqir Illalah… Zein Iqram, Kepong.




GR kata: Kena tumbuk 20 orang, mana lebam-lebam di badan yer?? Logik tak??

ASTAGFIRULLAH HAL'AZIM...ANAK ANJING BERUPA MANUSIA!!

Astagfirullah hal'azim...GR tak mampu nak kata apa-apa bila tengok gambar nie. Kuasa Allah S.W.T sememangnya amat besar dan tiada tolok bandingnya. Kita sebagai umatnya haruslah sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita nikmati selama ini dan haruslah taat segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Mengenai gambar-gambar nie katanya manusia telah melakukan perbuatan sumbang dengan anjing tersebut dan menyebabkan hamil. Jadi anaknya kacukan manusia dan alien anjing. Benar atau tidak sumber yang mengatakan perkara ini GR tidak pasti...wallahualam!!

Memang macam-macam hal berlaku di dunia kita skrg..Jangan terkejut yer tengok gambar di bawah :





GR kata: Zaman sekarang manusia hanya pentingkan nafsu dari takut dengan azab Allah S.W.T. Renung-renungkanlah....

PANAS: IDENTITI BUDAK BANGSAT PENCACAI PAKATAN MAKI SULTAN JOHOR DIKENALPASTI!


Masih tak sudah-sudah puak pembangkang nie menghina, maki hamun dan sebagainya. Tak kiralah siapa yang mereka maki hamun, baik dari pemimpin-pemimpin yang memerintah negara ini...macam biasalah pemimpin dari UMNO/BN. Pada mereka apa yang dilakukan oleh Kerajaan yang memerintah negara sekarang tak betul, mereka sajalah yang betul. Perangai macam SAMPAH diaorang nie sebab tu sibuk nak BERSIH sana sini.

Yang nie lagi sorang pencacai Bersih yang baru-baru ini menghina Sultan Johor. Difahamkan identiti beliau telah pun dikenalpasti. GR mohon pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas ke atas mereka-mereka nie, jangan asyik nak bagi nasihat jer....cubalah berkeras sikit!!

Siapakah budak bangsat nie? Baca DI SINI


VIDEO: @Shilaamzah BIKIN ORANG DI CHINA TERPEGUN

WAH...wahhh...Nampaknya semakin murah rezeki penyanyi yang cantik bertudung- Shila Amzah tau. Haa… Mangga Online (MO) dan rakyat Malaysia berbangga bila Shila berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave di Shanghai, China yang akan berlangsung pada 20 September ini.

Shila bersama ibunya akan ke Shanghai pada 17 hingga 26 September ni. Sikap Shila yang tak gentar menyahut cabaran ni boleh dijadikan contoh kepada penyanyi remaja yang lain tau.



Cerita Shila:

“Alhamdulillah… Mula-mula rasa macam tak percaya dipilih ke final sebab semua peserta hebat-hebat. Maklumlah… Mereka terdiri daripada penyanyi-penyanyi berbakat dan popular dari negara masing-masing di seluruh Asia ni.

“Shila akan nyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (nyanyian Jaclyn Victor) , Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu bahasa Cina. Shila dan praktis sebaik mungkin. Cuma Shila perlu jaga kesihatan agar dapat beraksi dengan baik di pentas final nanti.

“Semua orang nak menang. Namun berjaya ke peringkat akhir sudah buat Shila happy kerana ini adalah pengalaman baru.

“Kalau dulu (tahun 2008), Shila pernah bertanding di Shanghai yang menghimpunkan penyanyi baru, sekarang Shila bersaing dengan penyanyi hebat. Nervous juga! Doakan yang terbaik buat Shila ye!

“Syukur… Pihak media luar dah mula nampak bakat Shila. Apa yang Shila tak sangka, ramai peminat muzik di sana teruja bila Shila nyanyi lagu bahasa Cina semasa separuh akhir dulu.

“Shila harap selepas ini, Shila lebih berpeluang mempromosikan diri di luar negara. Insya Allah…jika semuanya berjalan lancar, Shila nak hasilkan lagu dalam bahasa China dan masuk pasaran di sini.”

MO doakan Shila berjaya bawa kemenangan untuk negara yer… Shila memang berbakat besar dan berpesonaliti menarik. MO yakin Shila boleh pergi jauh! - Mangga Online



GR kata: Tahniah Shila Amzah kerana harumkan negara. Tengok tu, pakai tudung lagi murah rezeki...sapa kata tak dapat job yer?? Mana artis yang cakap camtu yer?? Hi hi hi...

Tuesday, September 18, 2012

#PRKampus: MAHASISWA JANGAN JADI BODOH IKUT 'BELAKANG' ANWAR!


Sejak akhir-akhir ini pembabitan ‘luar biasa’ dan luar batasan segelintir kecil mahasiswa cukup berani hingga ada melabelkan mereka golongan tidak terpelajar. Biarpun jumlahnya terpencil, perlakuan itu menjejaskan imej mahasiswa sehingga menjadikan sasaran masyarakat melemparkan pelbagai kritikan.

Lebih menyedihkan, golongan itu sanggup mengetepikan harga harga diri semata-mata mahu membuktikan diri berani menyahut cabaran. Justeru timbul persoalan, apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan golongan terbabit, adakah lambang keberanian atau sekadar mahu mencari publisiti murahan?

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata tindakan itu tidak dapat diterima walau apapun alasan kerana ia mencerminkan rendahnya mentaliti pemikiran mahasiswa.

Beliau berkata, golongan itu sepatutnya menjaga reputasi dan imej mereka, bukan sekadar untuk berseronok dan menjatuhkan maruah diri.

“Saya terkilan melihat perlakuan mereka, ini bukan cermin akhlak golongan terpelajar yang kita inginkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara kelak.

“Ia amat memalukan kerana reaksi mereka bersahaja. Ini bukan budaya timur apatah lagi orang Melayu kaya dengan budi bahasa dan tata susila.

“Kepincangan secara keseluruhan akan memberi impak berpanjangan jika tidak ditangani segera” katanya.

Perlakuan segelintir mahasiswa yang boleh dikategorikan terlalu biadap itu menjadikan masyarakat membuat tanggapan mereka adalah golongan yang sukar disandarkan harapan sebagai pemimpin masa depan.

Konflik berkenaan juga saling berkaitan sikap singkat pemikiran serta gemar menggunakan kata-kata kesat atau kurang beradab ketika mahu melontarkan pendapat. Beliau berkata, mahasiswa boleh meluahkan pandangan atau rasa tidak puas hati tetapi bukan dengan cara lucah atau menjatuhkan martabat diri, bangsa dan agama.

“Mungkin mereka tidak memikirkan kesan daripada perlakuan itu atau menyesal tetapi hakikatnya perbuatan sudah dilakukan, akibatnya kepada imej mahasiswa sendiri.

“Mahasiswa sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Biarpun hanya melakukan kesilapan kecil, boleh meledakkan isu yang besar atau panas.

“Saya berharap mereka berhati-hati dalam perlakuan mahupun tutur kata kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

“Di tengah kerancakan kita menyuntik dan membangunkan nilai mulia di kalangan generasi muda, ada yang menghancurkannya. Ini amat mendukacitakan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan sikap itu berpunca daripada kalangan mahasiswa yang terlalu terpengaruh dengan kata hati dan gelodak jiwa muda.

“Masing-masing faham golongan itu sedang mencari arah kehidupan atau menikmatinya dengan cara tersendiri, namun gunakan akal secara rasional.

“Tidak usah menunjukkan ‘kebodohan’ sendiri semata - mata mahu menjadi hero. Itu bukan budaya kita,” katanya.

Kerana terlalu tunduk pada nafsu muda juga, katanya, ada di kalangan mereka merasa bangga melakukan perbuatan itu.

“Tapi sedarkah ia juga menjejaskan nama baik banyak pihak seperti ibu bapa dan institusi pengajian?

“Walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi trend generasi muda yang bersikap kurang ajar, suka cakap lepas dan menghentam tanpa bukti perlu ditangani.

“Cuba tanya diri sendiri apa yang diperolehi melalui tindakan itu, seronok, penghargaan atau cacian?” soalnya.

Pengerusi Kolej Poly Tech Mara, Datuk Sohaimi Shahadan berkata tindakan mahasiswa yang ekstrem disebabkan meluasnya pengaruh pelbagai media massa hingga mencetuskan keterujaan melampau.

Menurutnya, meskipun peranan media seperti Internet atau blog penting, tanpa pemantauan serius, ia boleh menyebabkan keruntuhan akhlak generasi muda.

“Alaf baru hari ini menyaksikan semua maklumat tanpa mengira sama ada benar atau tidak dapat diakses dengan mudah. Ia menyebabkan ada segelintir golongan muda menjadi terlalu taksub.

“Tanpa mengambil kira apa jua faktor, mereka melempiaskan pendapat atau perlakuan sewenangnya.

“Lebih bahaya, ada pihak cuba menangguk di air keruh atau mengambil ke?sempatan. Golongan muda atau mahasiswa yang menjadi mangsa,” katanya.

Beliau turut kesal apabila golongan mahasiswa hari ini terpesong dari dunia pendidikan sebenar.

“Institusi pengajian tinggi adalah tempat yang mulia kerana di situlah tersimpan segala ilmu, bukan melakukan perbuatan me?lampau.

“Seharusnya mereka malu bertindak demikian kerana memegang status mahasiswa. Mengapa tidak mahu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu.

“Jangan gunakan alasan melakukannya kerana tidak tahu. Itu tidak boleh diterima sebab mereka adalah golongan terpelajar,” katanya.

Beliau berkata, mahasiswa di negara ini usah terlalu agresif meluahkan rasa tidak puas hati dan melakukan kekecohan seperti di negara luar.

“Keadaan di sini tidak sama seperti di luar. Mahasiswa di negara ini menikmati pelbagai kemudahan dan akses terbaik untuk mendapat pendidikan.

“Jadi tidak perlu me?ngeruhkan situasi dengan tindakan itu sebaliknya berusaha untuk bersama-sama mengekalkan apa dinikmati ini dengan sempurna.

“Daripada membuang masa menunjuk punggung atau melakukan perbuatan tidak senonoh, buktikan diri mereka hebat dengan mencipta kejayaan dalam akademik, sukan atau penyelidikan,” katanya. - Mymetro


GR kata: Mahasiswa adalah golongan anak muda yang bakal jadi pelapis negara, jangan rosakkan masa depan korang...

TERKINI: SUARAM HARUS DIHUKUM, JANGAN BAGI PELUANG!!


Akhirnya pertubuhan NGO yang kita pun tidak pasti akan kesahihan penubuhan mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan. Inilah pertubuhan yang didalangi oleh pakatan pembangkang dalam menjalankan segala agenda jahat dan bodoh mereka. Kewujudan mereka menjadi tanda tanya dan yang penting dana yang mereka perolehi dari mana datangnya??

Dana asing yang diterima mereka, seharusnya dibongkarkan sedalam-dalamnya kerana dengan agenda jahat pakatan pembangkang boleh mendatangkan mudarat pada negara. GR juga mohon siasatan dilakukan dengan sehabis baik dari pihak berkuasa dan juga peguam negara agar jangan diberikan peluang pada petualang-petualang negara. Peguam negara janganlah berlembut lagi, Anwar tidak layak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang atau pun sampai bila-bila....

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) kepada Peguam Negara pada petang Selasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, berkata kertas siasatan itu turut mengandungi cadangan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap Suaram.

Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut pertuduhan yang disediakan berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, sekiranya Peguam Negara memutuskan wujud kesalahan dan pertuduham dikenakan, SISB atau pengarahnya akan dihadapkan ke mahkamah.

"Agensi yang terbabit dan mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta SISB akan mengambil tindakan undang-undang mengikut keperluan masing-masing.

"Ini kerana agensi seperti ROS, Bank Negara Malaysia dan SSM mempunyai bidang kuasa berbeza," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agensi siasatan Suaram di sini, pada Selasa.


GR kata: Bogelkan jer kegiatan busuk si Anwar Ibrahim nie...

PERGH..HEBAT? BUKTI RAKYAT 'SAYANGKAN' PAKATAN PEMBANGKANG DI SELANGOR!


Inilah situasi sebenar ketika menjelang PRU 12 dahulu. GR terangkan secara ringkas kronologi apa yang disampaikan oleh puak-puak pembangkang pada rakyat ketika itu...

  • Pada PRU-12 Pakatan Haram bermanifestasi bahawa setiap rakyat akan nikmati air percuma jika terpilih menerajui negeri Selangor.
  • Skim air percuma dibentuk selepas Pakatan Haram mula berkuasa.
  • Namun, air percuma tersebut hanyalah untuk orang kaya sahaja yang mana tinggal di rumah-rumah bungalow dan teres.
  • Rakyat miskin yang tinggal di flat pula tidak pernah merasa nikmat air percuma yang Khalid turut dapat maklum lah, Khalid Gagap tinggal di rumah bungalow.
  • Bukan setakat penduduk flat, malah penduduk di apartment dan kondo juga tidak pernah menikmati air percuma.
  • Apa yang pasti, Khalid Gagap dan barisan exconya, semuanya menikmati Skim Air Percuma ini.
  • Apabila rakyat Selangor telah mulai sedar penipuan Khalid dan pakatan ini, Khalid pula dengan penuh selamba derk mendakwa bahawa manifesto pada PRU-12 yang lalu bukanlah "janji yang perlu ditepati".
  • Dalam erti kata lain, manifesto pembangkang hanyalah auta sebagai batu loncatan penguasa mereka untuk memenuhkan kantung peribadi mereka dan gundik-gundik mereka.
  • Rakyat yang telah merasa tertipu secara terang-terangan merasa semakin marah dan menuntut hak mereka lalu mereka telah mendapat nasihat guaman dengan bantuan GPRS.
  • Akhirnya, saman telah pun difailkan dengan tuntutan hampir setengah juta (RM) dari rakyat negeri Selangor.

So...apa lagi wahai rakyat di negeri Selangor dan negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang. Korang nak ker pisang berbuah untuk kali yang kedua?? Tepuk dada tanyalah hati yer...Fikir-fikirkanlah!!


Monday, September 17, 2012

AKHIRNYA NURUL IZZAH MENGAKU KALAH, TAK MAHU JADI AHLI PARLIMEN LAGI!?


Sejak dari tahun 2008 ahli parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah hanya gah pada nama. Apa yang GR lihat tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh ahli parliment tersebut. Apa yang beliau lakukan selama mandat yang diberikan pada beliau di Lembah Pantai? Sudah pasti rakyat di Lembah Pantai yang lebih mengetahuinya.

Dari apa yang kita lihat dan ketahui, ahli-ahli parlimen dari pakatan pembangkang ini bukannya buat kerja. Baik turun padang bertemu rakyat mahukan pembangunan serta pertolongan untuk rakyat di kawasan yang mereka menangi. Begitu juga dengan Nurul Izzah ini, beliau menang ketika PRU 12 di Lembah Pantai adalah disebabkan populariti bapa beliau Anwar Ibrahim. Pada ketika itu rakyat berfikir beliau dapat membuat perubahan yang mendadak seperti yang telah mereka berikan dalam manifesto pakatan pada tahun 2008.

Terkini rakyat di Lembah Pantai terutama di kawasan Kerinchi berterima kasih pada Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik melalui DBKL telah meluluskan tapak pasar malam di kawasan tersebut. Ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat di situ untuk membeli keperluan harian mereka.

Kuala Lumpur City Hall (DBKL) will provide a new site for traders of a night market at a four-storey flat in Kampung Kerinchi, here, after the area was closed off for a redevelopment project.

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said they were in the process of finalising the new site. He said currently, the traders involved were selling by the road shoulder, which obstructed traffic and caused the public to complain.

The proposed new site is situated at the car park of a 17-storey flat not far from the current site, he told a news conference after presenting contributions to future haj pilgrims in Lembah Pantai, here today.

"The car park will be modified, but it all depends on the consent of the flat residents. Let DBKL make the decision," he added. — Bernama

Apa yang Nurul Izzah buat selama beliau menjadi ahli parlimen Lembah Pantai? TIDAK ADA sama sekali...turun padang bertemu rakyat pun boleh dikira. Rakyat harus menilai selepas ini pada PRU 13 pilihlah calon yang benar-benar dihati rakyat yang boleh menyelesaikan masalah rakyat bukannya menambahkan lagi masalah!!


GR kata: Nurul Izzah lari ke Titiwangsa pulak, bakal jadi macam Lembah Pantai la jawabnya...

Inilah Dia Si Penghasut No. 1 Negara! Malaysia Bakal Hancur Ditangan Beliau!!

Walaupun isu PTPTN ini agenda yang boleh dikira lapok tapi ianya harus dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat. Jika kita lihat dan dengar dalam setiap ceramah-ceramah Anwar & The Geng perkara yang sama diceritakan oleh mereka. Tidakkah pembaca fikir logiknya apa yang disampaikan oleh mereka...mereka cuma mahu mengkaburi mata dan fikiran rakyat dengan penipuan yang diberikan.

Oleh itu pendedahan oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata. Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Percuma dari segi ape? Anwar lupa ker Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya. Mana logiknya untuk  Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Jika ingin berikan pendidikan percuma kenapa nasib pelajar-pelajar di bawah Yayasan Selangor jadi begitu teruk? Untuk pengetahuan semua, zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengaburi mata rakyat dengan 'Janji Manis' beliau.

Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap diusung oleh Anwar & The Geng sudah dianggap seperti si penjual ubat & makjun kesihatan dijalanan (lebih kurang dalam cerita P.Ramlee - Do Re Mi). Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk diguna pakai. Dari sudut lain pula, bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui, apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab?

Walhal, jika PTPTN itu membebankan, lebih baik dari awal lagi dijauhi. Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula. Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya, mereka akan bercakap perkara yang sama - hutang wajib dibayar.

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri, mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar. Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.

Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman. Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan pembangkang yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab. Semua juga sedia maklum, PTPTN juga akan bertukar kepada biasiswa kepada pelajar yang berjaya dalam pelajaran mereka dengan mendapat 3.6 pointer ke atas. So....belajarlah rajin-rajin, kalau dapat benda FREE sekali pun pelajar boleh success dalam pelajaran ke? Renung-renungkanlah....

GR kata: Negara perlukan kualiti bukannya kuantiti dalam pembangunan negara maju...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tahniah! MPS Cipta Rekod Baru!!

PULAU REDANG 16 Sept. - Sambutan Hari Malaysia hari ini lebih meriah selepas sembilan penyelam skuba Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berjaya menaikkan Jalur Gemilang terbesar dari dasar laut.

Jalur Gemilang yang mempunyai ukuran 9.43 x 4.13 meter itu dinaikkan pada pukul 10 pagi oleh penyelam skuba berkenaan sambil dibantu oleh krew Pusat Selam Skuba Sea Monkey dari kedalaman 7 meter di pantai Teluk Kalong di sini. Program sempena sambutan Hari Malaysia itu turut tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dan sekali gus memadamkan rekod terdahulu yang pernah dilakukan pada 2010.

Pengarah Program 'Malaysia Day Dive 2012' MPSepang, Mohamad Firdaus Mohamad Marji berkata, penganjuran program itu sedikit sebanyak memberi ingatan kepada para peserta mengenai kedaulatan negara selain kebanggaan Jalur Gemilang sebagai panji-panji Malaysia.

"Kejayaan yang kami lakukan ini menunjukkan apa pun terjadi, Jalur Gemilang yang menjadi kebangaan setiap rakyat Malaysia harus dipertahankan demi kedaulatan negara dalam apa jua situasi. "Walaupun sukar seperti selam skuba, namun dengan usaha yang dijalankan, Jalur Gemilang berjaya dikibarkan (dinaikkan) dari dasar laut," katanya di sini hari ini.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Taman Laut, Kamaruddin Ibrahim dan dianjurkan bersama oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MPSepang, Jabatan Taman Laut, Pusat Selam Skuba Sea Monkey dan diiktiraf oleh MBOR. Keseluruhan laporan langsung program ini boleh diikuti secara langsung di Utusan Online di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/CIL/malaysia_day_dive.html. - UTUSAN

GR kata: Tahniah MPS cipta rekod baru...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 16, 2012

Hasrat Anak Muda Ini Pada 16 Sept. Lebih Hebat Dari Hasrat Anwar Ibrahim!!

ATAS minatnya yang mendalam terhadap sukan bola sepak, seorang anak Malaysia yang lahir pada 16 September, Mohamad Faiz Mohamad Samuri amat berharap bahawa sejajar dengan kemajuan negara pada masa kini, prestasi sukan bola sepak juga akan meningkat naik.

“Saya amat berharap Malaysia dapat mengulang semula kejayaan dalam bidang sukan terutama bola sepak seperti zaman kegemilangan Allahyarham Mokhtar Dahari yang pernah menjadi juara Pesta Bola Merdeka yang turut disertai banyak negara seperti kuasa besar bola sepak Asia sekarang, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi. Ketika itu negara kita amat disegani di rantau Asia," katanya.

“Tetapi malangnya, setelah bola sepak negara merudum ke tahap yang amat teruk, Pesta Bola Merdeka jatuh tarafnya sehingga disertai oleh beberapa kelab luar negara sahaja,” kata Faiz kepada Sinar Harian Online.

Pemuda yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat di Shah Alam ini juga berharap atlet-atlet negara masa kini lebih menumpukan kepada untuk mengharumkan nama negara, selain tidak terlalu ghairah mengejar glamor serta wang ringgit dalam meneruskan perjuangan dalam bidang sukan.

“Itu sajalah harapan saya aga dapat melihat Malaysia layak untuk bertanding di temasya Piala Dunia," katanya lagi.

“Selain itu, saya turut kagum dengan pencapaian cemerlang atlet negara pada kejohanan Olimpik baru-baru ini, di mana atas semangat kesukanan serta keazaman yang tinggi akhirnya, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong berjaya menyumbangkan pingat buat negara,” katanya.

Bercakap mengenai keadaan Malaysia hari ini, Faiz menjelaskan, “saya lihat hanya di sini kita boleh lihat keharmonian antara tiga kaum utamanya terjalin mesra." "Saya rasa perkara ini tidak berlaku di mana-mana negara," kata beliau.

“Oleh sebab itu, saya berasa bersyukur hidup di bumi bertuah ini dan saya juga amat mengagumi kepimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bagi saya mereka merupakan pencetus kepada kemajuan ekonomi kaum Melayu khususnya dan kita lihat sekarang semakin ramai orang Melayu terlibat dalam bidang perniagaan sejajar dengan hadis Rasulullah SAW, ‘sembilan daripada 10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan’,” katanya.

Sementara itu, ketika diajak berbicara mengenai pandangannya mengenai generasi muda dan belia kini yang semakin terhakis nilai-nilai budaya timur dan lebih senang terikut dengan budaya luar, Faiz menjelaskan, “perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan sewajarnya semua pihak harus berganding bahu untuk menyemai kembali nilai serta sifat-sifat positif kepada generasi masa kini kerana merekalah yang akan mencorak masa depan negara pada masa akan datang."

“Antara penekanan yang boleh dilakukan adalah dengan memberi kursus seakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang tidak hanya terhad kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, sebaliknya diberi kepada semua lapisan masyarakat agar semangat cintakan negara sentiasa tersemat di hati dan sanubari mereka,” katanya. - SH

GR kata: Hasrat Anwar pada 16 Sept asyik membohong jer..... Selamat Hari Malaysia!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tak Puas Hati Bawa Bincang, Jangan Sabotaj Parti - @Zahid_Hamidi

ROMPIN - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hampir semua masalah dalaman yang dihadapi Umno di kesemua 222 kawasan Parlimen berjaya diselesaikan. Beliau berkata kejayaan itu dicapai hasil kerjasama semua pucuk pimpinan parti yang diketuai Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang bagi menyelesaikan masalah dalaman itu.   

Mengambil contoh di Perak, beliau berkata kekalahan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 adalah disebabkan masalah dalaman yang berlaku di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri.   

"Sekarang hanya tinggal 10 peratus sahaja kawasan yang masih ada masalah dalaman...jangan nanti bila calon dah ditentukan oleh pemimpin, ada rasa tidak puas hati dan akan menimbulkan masalah baru pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini hari ini.   

Dalam pada itu beliau menasihati anggota parti agar tidak berasa selesa dengan kedudukan Umno sekarang dan hanya melayan masalah dalaman sehingga mengabaikan akar umbi jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-13 kelak.   

"Jika ada perkara yang tidak puas hati perlu berbincang, perpaduan dalam parti adalah penting bagi memastikan kita dapat semula majoriti dua pertiga dan tawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang," katanya.   

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) akan dibina di kawasan antara Rompin-Pekan, bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.9

SELAMAT HARI MALAYSIA, SAYANGILAH MALAYSIA!


Seorang Wartawan bertanya kepada seorang remaja.

“Apa yang adik faham dengan Hari Malaysia?”, tanya Wartawan.

“Emmm.. Tak tahu la. Saya tahu makan je. Hehe.”, jawab remaja itu tanpa rasa bersalah.

Wartawan itu bertanya pula kepada seorang pemuda lain yang berada di situ. “Apa yang saudara faham dengan Hari Malaysia?”.

“Hari Malaysia tak penting bagi saya, sebab bos saya susah nak bagi cuti. Asyik kerja, kerja, kerja!”, jawab pemuda itu dengan perasaan tidak puas hati!

Fenomena golongan muda buta sejarah negara memang amat membimbangkan. Mungkin  kerana telah selesa dengan kesenangan yang diperolehi, sehingga lupa dengan jerih pedih golongan terdahulu mempertahankan negara. Mungkin juga selalu terlelap semasa kelas Sejarah di sekolah!

Itulah resam manusia, kita kebiasaannya tidak pandai menhargai jika bukan kita sendiri yang mengusahakannya. Setuju tak?

SEJARAH HARI MALAYSIA

Pada tanggal 16 September 1963, Tanah Melayu (semenanjung), Borneo Utara (Sabah), Serawak dan Singapura telah diisyitiharkan sebagai sebuah negara yang diberi nama MALAYSIA. Pengisytiharan itu dilakukan di Stadium Merdeka. Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Pembentukan ini dirancang pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia telah memperlambatkan pengisytiharan kepada 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan referendum di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

16 September setiap tahun adalah hari cuti am di Sabah. Mulai tahun 2010, 16 September dijadikan hari cuti am di Malaysia.

Nasihat GR kepada mereka-mereka yang selalu menghina negara, tak perlu menghina jika berasa benci. Jika benci, duduk sajalah di planet Pluto! Insya-Allah, tiada yang mengacau anda di sana!

Al-Fatihah buat pejuang-pejuang negara yang bertungkus-lumus membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Kita doakan supaya Malaysia terus dalam keadaan aman dan damai, tiada persengketaan politik yang terlampau dan terhindar dari anasir-anasir jahat yang berusaha menjatuhkan negara....

 Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947. Al-Fatihah

Artikel pelbagai