Thursday, September 20, 2012

PAKATAN SELANGOR SEMAKIN BIADAP, NAK JUGAK TUKAR BENDERA!!

KUALA LUMPUR - Ketika rakyat seluruh negara menyambut Hari Malaysia semalam, terdapat pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab apabila mengibarkan bendera merah putih bagi menggantikan Jalur Gemilang di beberapa tempat di Selangor.

Menurut blog www.sel13.com, perbuatan tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang tersebut yang mula dilakukan pada malam sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini 30 Ogos lalu, kini dikesan merebak di negeri itu sejak minggu lalu. Dengan memaparkan beberapa gambar dalam entri bertajuk ‘Bendera Baru Berkibar Di Selangor Sambut Hari Malaysia’, pengendali blog berkenaan mendakwa pengibaran bendera itu boleh dilihat di Damansara, Subang dan Shah Alam.

Blog itu turut mendedahkan bagaimana bendera berkenaan boleh dibeli dengan harga RM25 sehelai seperti mana yang diiklankan oleh blog http://www.radiobangsarutama.com.Sebelum ini, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mengaku bertanggungjawab mencipta bendera berkenaan. Mohd. Najwan membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.

Sementara itu, sumber memberitahu, perbuatan mengibarkan bendera baru di Selangor tersebut dipercayai dilakukan oleh aktivis pro- pembangkang. Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Shah Alam pada 14 September lalu mendapati bendera jalur merah putih itu dipasang di atas sebuah jambatan di Seksyen 20.

Ketika mengulas mengenai kejadian berkenaan, Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata, ia adalah perbuatan biadab dan kurang ajar yang sengaja dirancang oleh pihak tertentu. Katanya, perbuatan tersebut amat tidak boleh diterima ketika masyarakat negara ini masih lagi tidak dapat memaafkan tindakan segelintir anak muda yang mula mengibarkan bendera itu pada malam sambutan kemerdekaan pada 30 Ogos lalu.

‘‘Kita berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab kerana ini adalah satu perbuatan provokasi,’’ katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, orang ramai di sekitar Shah Alam turut mengecam perbuatan tersebut.Seorang Kerani, Nurul Hidayah Abdul Razak, 25, yang ditemui berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana setiap rakyat perlu menghormati negara ini walau apa juga fahaman dan ideologi mereka.

“Pada saya, tindakan menggantung bendera tersebut dan bukannya bendera Jalur Gemilang pada ketika ini boleh dianggap sebagai satu tindakan kurang ajar dan ia sekali gus mengguris hati seluruh rakyat di negara ini," katanya.

Seorang juruteknik, Mohd. Asri Aripin, 27, pula mahu pihak berkuasa mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab melakukan tindakan terkutuk itu. “Jalur Gemilang sudah sejak sekian lama sinonim dengan rakyat di negara ini dan ia tidak perlu ditukar ganti. Dalang yang melakukan tindakan itu perlu ditahan supaya menjadi pengajaran kepada semua," jelasnya. - Utusan

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Artikel pelbagai