Saturday, September 22, 2012

#PRkampus: Mahasiswa Tolak Kempen Politik, Mahukan Suara Didengar Kebajikan Terjamin!

Kejayaan Aspirasi Mahasiswa menguasai lima kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 pada Khamis membuktikan mahasiswa lebih mengutamakan kepimpinan berkredibiliti dan memperjuangkan suara mahasiswa. Jurucakap Aspirasi Mahasiswa, Mohd Hafiz Ariffin berkata, kemenangan itu juga membuktikan mahasiswa menolak sentimen politik yang cuba dibangkitkan oleh pro-Mahasiswa (Pro-M).

"Barisan kepimpinan yang berkarisma dan berkredibiliti amat penting bagi memastikan setiap kebajikan mahasiswa terpelihara. "Ia suatu pencapaian membanggakan hasil usaha keras kumpulan Aspirasi yang bertungkus-lumus memperjuangkan suara mahasiswa selama ini.

"Malah, kejayaan itu menunjukkan mahasiswa menolak kepimpinan jalanan yang dilihat mempunyai agenda tertentu untuk menggugat keharmonian di dalam kampus," katanya.

Mohd Hafiz berkata, manifesto Aspirasi Mahasiswa yang lebih dekat di hati para pelajar turut menjadi kayu pengukur sebenar keupayaan barisan kepimpinan kumpulan tersebut dalam memperjuangkan kebajikan mereka.

Katanya, kumpulan tersebut yang membawa motto ‘Wadah Penggerak Mahasiswa’ memperjuangkan lima perkara pada pemilihan kali ini. Ia merangkumi kecemerlangan akademik, mengutamakan kebajikan, pembangunan sahsiah dan meningkatkan kebolehpasaran kerja di kalangan mahasiswa serta memastikan infrastruktur yang lengkap dan kondusif di universiti.

"Manifesto itu lahir hasil penelitian analitikal golongan mahasiswa itu sendiri. Kita mengambil kira semua aspek terutamanya kos sara hidup mahasiswa yang tinggi terutamanya di kawasan bandar," katanya.

Jelas beliau, mahasiswa aspirasi berjaya memperjuangkan isu-isu mahasiswa secara diplomasi dan berhemah.

“Hasil perjuangan itu, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Baucar Buku 1 Malaysia diperkenalkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa di kampus,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hafiz turut yakin peluang Aspirasi Mahasiswa untuk mencapai kemenangan besar di 15 IPTA lagi Selasa depan adalah cerah. "Insyallah, kita akan turut mengecapi kejayaan yang sama di 15 universiti lagi. Saya pasti golongan mahasiswa menolak sentimen buruk yang cuba dicetuskan pihak tertentu.

"Mahasiswa kini lebih bijak dan matang dalam membuat keputusan. Hanya barisan kepimpinan yang mampu merealisasikan inspirasi mereka tanpa dipengaruhi ideologi kepartian luar kampus akan dipilih," katanya.

Beliau juga berharap pilihanraya kampus di 15 universiti lain itu akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Ketika ditanya mengenai kenyataan segelintir pihak yang menganggap kemenangan di lima universiti itu adalah di kalangan universiti kecil, Mohd Hafiz berkata, fakta itu cuba diputar-belitkan oleh mereka yang cetek pemikiran.

Pandangan GR tiada apa perlu dipertikaikan. Statistik telah menunjukkan bilangan mahasiswa keluar mengundi pada kali ini lebih ramai. Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sendiri, 75 peratus iaitu kira-kira 11,000 pelajar menunaikan kewajipan mereka keluar mengundi. Suatu perubahan yang baik kerana golongan ini bijak menilai bukan dengan percaya pada janji-janji manis yang ditaburkan pada mereka.

GR kata: Pro-M hanya bawa suara Anwar dan hanya jadi macai pakatan pembangkang....

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Artikel pelbagai