Saturday, September 22, 2012

BONGKAR: PENDEDAHAN AGENDA SULIT DAP MAHU HANCURKAN ISLAM DI MALAYSIA!


Pertama sekali GR ingin mengucapkan tahniah rakan blogger GR Penggempur Mutiara dengan pendedahan agenda jahat puak DAP ini. Tabik spring gua pada lu PM. Untuk pembaca yang budiman hayati artikel di bawah pendedahan yang dibuat, hayatilah dengan penuh makna dan sedarlah Islam sekarang dicerca begitu saja, umat Islam harus bangkit.

Semakin terserlah kelicikan DAP dalam mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata.

Kemarahan umat Islam terhadap penerbitan filem pendek "Innocence Of Muslims" nyata dijadikan senjata yang ampuh untuk digunakan DAP bagi meraih sokongan baru terhadap parti itu dan menyemai benih kebencian rakyat terhadap UMNO/BN.

Daripada pemerhatian yang PM lakukan ke atas fb pages dan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap isu yang di mainkan Ngeh ini, ternyata terdapat satu perancangan sulit disebalik segala yang terjadi.

Secara logik akal, mari sama- sama kita lihat kronologi yang PM kongsikan ini;

  • Video filem pendek "Innocence Of Muslim" tersebar di alam maya.
  • Kemarahan umat Islam memuncak sehingga menyebabkan seorang Duta Amerika Syarikat terbunuh di Libya.
  • Rakyat Malaysia beragama Islam juga mengutuk penerbitan filem pendek itu.
  • Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada umat Islam melalui twitter miliknya.
  • Tekanan dari pelbagai pihak menuntut Ngeh mohon maaf, namun Ngeh mempertahankan kenyataannya.
  • UMNO paling lantang meminta Ngeh mohon maaf, sehinggakan demonstrasi membakar bendera DAP dijalankan di Melaka jam 4 petang, 20 September 2012.
  • Jam 5 petang, 20 September 2012, Ngeh mengeluarkan kenyataan mohon maaf.
  • Selang beberapa minit kemudian DAP Melaka menyebarkan gambar- gambar sekitar demonstrasi UMNO terhadap kenyataan Ngeh. Malahan tindakan membela Islam itu digelarkan samseng melalui facebook pages DAP Melaka.

Tidakkah kronologi yang PM tampilkan di atas menerangkan dengan jelas bahawa sememangnya terdapat perancangan sulit disebalik insiden tersebut?

Pada dasarnya, tindakan Ngeh mempertahankan ungkapan lahanatnya walaupun dikecam hebat pada awalnya adalah bersebab.

DAP sudah menjangkakan satu- satunya organisasi yang akan terus mengecam hebat pernyataan yang dikeluarkan Ngeh semestinya UMNO dan bukannya PAS. Lantas itu, mereka mula memasang perangkap agar segala tindak tanduk UMNO selanjutnya mampu untuk mereka jadikan senjata untuk kembali menyerang UMNO dan memastikan rakyat termakan dengan tohmahan palsu mereka selepas itu.

Nyatanya, perangkap yang mereka pasang membuahkan hasil apabila UMNO Melaka bertindak menganjurkan demonstrasi serta membakar bendera rasmi DAP.

Selanjutnya baca DI SINI


No comments:

Artikel pelbagai