Friday, September 21, 2012

WE LOVE ISLAM! AYUH TURUN SERTAI DEMO HINA NABI S.A.W!! #respect



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen Barisan Nasional (BN) akan berkumpul secara aman membantah filem 'Innocence of Muslims' dan kartun dari Perancis di pekarangan Masjid Kampung Baru, hari ini.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang dijangka hadir pada perhimpunan itu. "Perhimpunan ini akan bermula selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Khairy berkata, perhimpunan aman itu jelas menggambarkan bahawa umat Islam bersama-sama rakyat pelbagai kaum di negara ini membantah sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.

GR ingin mengajak pada semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang sayangkan agama Islam dan sayangkan perpaduan yang harmoni di negara ini agar sama-sama turut serta demo yang akan diadakan beberapa jam saja lagi. Kita sama-sama turun Masjid Kg Baru, solat Jumaat bersama dan selepas itu kita semua turut serta.


GR kata: Ayuh semua...kita semua sayangkan Islam! Islam adalah agama yang suci!!

No comments:

Artikel pelbagai