Friday, January 17, 2014

KOS SARA HIDUP MENINGKAT, RAKYAT DITIPU ATAU DIPERBODOHKAN? @NajibRazak @HasanMalekKP


Di sebalik ramai yang memperkatakan kesan kenaikan harga termasuk tarif elektrik, kita tidak dapat menafikan kemelut yang dihadapi rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Barangkali boleh difikir-fikirkan bagaimana Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh menguruskan operasi pada tahap kecekapan maksimum. Kita maklum, TNB menggunakan pendapatan untuk mencari keuntungan.

Penjana Tenaga Bebas (IPP) pula bertindak sebagai pembekal tenaga elektrik kepada TNB yang merupakan pembekal tenaga elektrik tunggal di Malaysia.

Dalam konteks langkah-langkah penjimatan, kita (dalam konteks kita ini TNB) mahu kekalkan keuntungan dan pada masa sama sepatutnya tidak melihat tarif elektrik itu 'solution' keuntungan.

Hari ini, rakyat tahu IPP membekalkan tenaga elektrik kepada TNB pada kadar berbilion ringgit. Sepatutnya mana-mana 'bayaran' yang tidak adil kepada IPP, disemak semula dan 'dibentuk' dalam konteks perjanjian yang lebih adil.

Kita maklum TNB 'terpaksa' membayar kepada IPP walaupun IPP dalam keadaan stand by sahaja (persediaan seandainya bekalan elektrik terputus atau berdepan risiko bencana). Mungkin lebih adil jika IPP dibayar hanya setelah khidmatnya benar-benar digunakan. Jika dalam keadaan stand by, ianya serupa 'satu pembayaran percuma kepada IPP'.

Saya ingin berkongsi pandangan penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Haim Hilman dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengesyorkan supaya monopoli TNB dipecahkan.

Secara lebih menyeluruh boleh kita renungkan bahawa penjimatan kadar elektrik sebenarnya dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh rakyat mahupun kerajaan.

Dalam konteks ini, kita boleh pecahkan syarikat-syarikat pembekalan ini dari segi wilayah. Contohnya di selatan tanah air, ada pembekal tenaga elektriknya sendiri, Pantai Timur ada syarikatnya sendiri seperti mana di Sabah dan Sarawak, ada penjana kuasanya masing-masing ketika ini.

Dengan memecahkan monopoli, persaingan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada rakyat menjadi lebih kompetitif. Contohnya untuk negeri utara iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Kedah, ada kadar elektrik tertentu berbanding di Lembah Klang.

Dengan ini rakyat boleh membandingkan kadar yang mungkin lebih murah dan lebih baik daripada yang ditawarkan hari ini. Dengan memecahkan monopoli, skop perkhidmatan membekal elektrik kepada rakyat lebih kecil, malah efisien dalam konteks Malaysia. Jika masih ada syarikat pembekal yang masih nak untung dengan kadar tarif masing-masing, terpulanglah. Ikut kecekapan masing-masing yang boleh dinilai sendiri oleh rakyat.

Dalam konteks kenaikan apa pun sama ada barang atau perkhidmatan, kita perlu melihat secara menyeluruh akan kesannya. Kenaikan tarif elektrik bukan isu isi rumah nak bayar kepada TNB sahaja. Kita pun maklum 'ikan pun nak masuk peti ais'. Orang berniaga atau yang melibatkan pengeluaran, kilang terpaksa guna elektrik. Dengan bil elektrik yang melambung akibat kenaikan tarif, bebannya tentu sekali akan dipindahkan kepada pengguna. Di kedai makan, harga lauk - ikan, ayam dan sayur - tentunya naik.

Tuntutan hidup sekarang tidak sama lagi macam dulu. Ini yang membuatkan rakyat tertekan. Peningkatan pendapatan rakyat tidak lagi seimbang dengan sara hidup. Nilai seringgit sekarang tidak sama macam 10 tahun dulu.

Kita akui akan hakikat kenaikan harga barang dan minyak berlaku di mana-mana negara. Indonesia pun menghadapi kenaikan sama tahun lepas. Tapi kalau boleh, minimumkanlah kenaikan itu.

Sepatutnya kenaikan harga disusuli dengan kualiti perkhidmatan. Katakan, kalau kurangkan subsidi minyak yang dapat jimat sekian-sekian banyak, RM1 bilion contohnya, perjelaskan wang subsidi yang ditarik itu ke mana? Untuk naik taraf atau tubuh universiti bertaraf antarabangsa atau beberapa institusi berorientasikan pendidikan agama dan akademik?

Itu yang rakyat tak tahu. Setelah tahu, rakyat mungkin boleh terima pengumuman kenaikan itu.

Kerajaan mesti dilihat dalam konteks rakyat. Kalau rakyat menangisi kenaikan kos, kerajaan harus turut dilihat menangisinya. Kalau kos barangan meningkat, kita kena buat kajian. Siapa orang tengah dan dalangnya?

Kita maklum penguasaan pemborong bukan berlaku baru-baru ini sahaja tetapi sudah lebih 40 tahun. Kenapa tidak ada rantaian pemborong dalam kalangan orang Melayu? Kenal pasti siapa pemborong kita di sekeliling. Kalau koperasi, mesti ada pemborongnya.

Contoh klasik yang kita lihat apabila golongan nelayan laut dalam mogok tidak lama dulu kerana kerajaan menarik balik subsidi super diesel. Akibatnya, harga ikan melambung 30 peratus. Mana mungkin harga ikan melambung tinggi dek kerana harga minyak naik, walhal nelayan diberi minyak, bot dan enjin yang disubsidi. Malahan wang saku turut diberi. Lori mengangkut ikan turut disubsidi.

Atas alasan apa menyebabkan harga ikan naik? Siapakah sebenarnya yang memanipulasi harga ikan? Pemborong? Siapa mengawal harga? Kerajaan ataupun pemborong?

Kita khuatir, kalau-kalau cerita pasal kebaikan Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia atau apa sahaja jenama produk 1Malaysia yang sememangnya cukup terbukti manfaatnya kepada rakyat, hanya setakat di permukaan sahaja. Tidak sampai ke denyut hati rakyat secara menyeluruh.

Kita khuatir apabila harga barang naik, segala permasalahan ditolak kepada kerajaan. Sedangkan, kita gagal melihat dari mana punca dan mengapa harga barang naik. Sabotaj ekonomi mungkin terang-terangan berlaku. - Sumber


GR kata: Sampai bila rakyat boleh bertahan dengan Kerajaan sekarang??

Tuesday, January 14, 2014

APA DAH JADI UMNO SEKARANG? TAK ADA TELOR KER? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @tianchua


Apa sudah jadi dengan UMNO? Inikah parti yang mempertahankan bangsa Melayu? Inikah parti keramat yang dilaungkan oleh semua ahlinya sejak awal penubuhannya dulu? Dari dulu lagi cakap bagai nak rak, berani pertahankan agama, bangsa dan negara...tapi sekarang simpan 'telor' dalam seluar ker?

Sampai bila kita nak tunduk dengan penipuan pakatan haprak? Sampai bila??

Ada tak UMNO fikir dengan nasib dan perasaan keluarga pejuang negara yang dibunuh di Lahad Datu? Sekadar bagi bantuan saja, tapi nasib pejuang dan keluarga mereka adakah UMNO pertahankan??

Fitnah dan tuduhan yang melampau dari CINABENG Tian Chua ini adakah kita boleh maafkan? Rakyat Malaysia yang tak havoc berpolitik pun mereka tahu fikir dengan waras mana yang baik dan buruk. Mana sandiwara dan juga mana tidak??

Pernahkan PM Najib terfikir apa akan jadi bila tuduhan melampau seperti ini dengan hanya 'Mohon Maaf' selesai begitu saja? Mana maruah UMNO sebagai parti yang katanya berani mempertahankan Negara. Dah macam nie jadinya, baik tak payah perintah dan mentadbir negara.

Perangai dua-dua sama jer...orang politik nie karier diaorang lebih kurang macam artis yang berlakon bersandiwara tu ker? Pihak keselamatan bertungkus lumus berjuang mempertahankan negara hanya dengan mohon maaf boleh selesai begitu saja ker?

Peguam UMNO tolong jangan nak buat kerja senang...jangan nak malas sangat buat kerja. Ini ker 'Peguam UMNO' yang dibayar untuk buat kerja senang? Goyang kaki baik tak payah buat kerja...banyak lagi lawyer yang boleh bantu pertahankan nasib pejuang negara nie.

GR ingin mengingatkan kembali selepas kenyataan fitnah Tian Chua bahawa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah sandiwara yang didalangi UMNO sehingga mengguris hati banyak pihak, terutama keluarga perajurit yang terkorban dalam insiden itu.

Persoalan kini,  perasaan pedih dan terguris hati anak isteri serta keluarga 8 orang anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu dari Filipina di Lahad Datu tetapi ia dikatakan sandiwara.

Hakikatnya bukan hanya Tian Chua pemimpin pembangkang yang mudah menabur fitnah dan membuat tohmahan tetapi kemudian tersenyum kerana terlepas dari menerima hukuman setelah memohon maaf.

Walaupun UMNO terima permohonan maaf, GR yakin rakyat Malaysia tak boleh terima fitnah yang dilemparkan oleh pakatan haprak kononya semua ini sandiwara semata-mata.

Pada pemimpim UMNO tolongan jangan lembik sangat walaupun ada sesetengah pemimpin UMNO yang lembik tengkok hanya pandai bagi 'amaran' saja. Kerja bukannya boleh buat sangat pun!!


GR kata: Kurang keyakinan dengan UMNO dah sekarang nie!!

Monday, January 13, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, APA KATA NIK AZIZ? #maulidurrasul


Esok adalah sambutan Maulidur Rasul. Marilah kita berselawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Mari kita bersama berselawat ke atas Rasulullah S.A.W tanda kasih dan cinta kita pada Rasulullah S.A.W.

Masihkah kita ingat dengan kata-kata ulamak selipar nie. Katanya sambutan Maulidur Rasul adalah cara Kristian. Kita yang punya akal fikiran bernas dan iman yang kuat seharusnya boleh menilai kata-kata ulamak selipar nie.




Inilah ulamak selipar memerangkap ulamak politik yang sepatutnya ditegur dia tak tegur tapi persoal pula sambutan maulidur rasul..

Bab nama Allah S.W.T dilacurkan dia tak kisah. Kepala taik khawarij PAS ini tak sudah sudah dengan hujah separuh masak. Diri sendiri setiap tahun potong kek apa kejadahnya.??

Apa pun kita sebagai umat Islam seharusnya buat perkara yang berlandaskan hukum hakam Islam yang sebenar. Usah dengar dan percaya kata-kata ulamak yang cakap entah apa-apa. Lihatlah Al-Quran dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W nescaya kita berjaya dunia dan akhirat.


Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107).

Imam Syafie Rahimahullah berkata: 

“Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”




GR kata: Mari Kita Bersama-sama Meraikan Program Malam Cinta Rasul Di Masjid Kg. Bharu, K.Lumpur malam ini 13/1/2014 bermula jam 7 malam.

Artikel pelbagai