Saturday, April 21, 2012

#mansuhPTPTN: INILAH MAHASEWEL YANG TAK TAHU MALU..!!!



Lihatlah gambar di atas, inilah mahasewel yang bermasalah. Inilah juga mahasewel yang tidal bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada mereka. Kononnya mereka inilah yang membawa suara majoriti mahasiswa, yer ker?? Statement yang syok sendiri pun ada..He he he

Apa yang sedihnya, jika kita lihat gambar di atas majoriti anak-anak bangsa Melayu. Mana bangsa lain?? Diaorang ada bersuara tak?? Lagi suka dan bersyukur dengan PTPTN adalah dari mahasewel yang buat kerja tak tentu hala ni. Nak tanya budak-budak mahasewel ni, mak bapak korang kaya-kaya ke semua boleh tampung belanja harian makan minum korang di universiti?? Tolong jawab....

Lihat video di bawah, makcik ni sokong PTPTN dimansuhkan??? Fikir-fikirkanlah....





GR kata: Bangsa lain sibuk nak berjaya dalam hidup, bangsa sendiri?? Entahlah....

PANAS! ISU SKANDAL: APA KATA ZAHIDA RAFIK??



GR kata: Benar atau tidak...kita tunggu dan lihat. Dua-dua kena tampil berikan penjelasan....

AYUH ANAK MUDA...TUNGGU APA LAGI! JOM KITA!!!



Jom ramai-ramai pada hari AHAD ini, semua anak muda warga Wilayah Persekutuan berkumpul di Institut Latihan DBKL, Bdr Tun Razak sempena Pelancaran UMNO Pilihan Orang Muda pada jam 10.00 pagi.

Ingin berjumpa dan beramah mesra dengan pemimpin muda yang kita sayangi dengan lebih dekat, mai datang beramai-ramai berjumpa dengan mereka.

FOTO PANAS: PAKATAN HAPRAK SEMBANG BOLEH!! BUAT MIMPI JELAH!!


Inilah yang sememangnya kita boleh katakan pada Pakatan Haprak ini. Kalau bab sembang janji sampai tinggi melangit memang kita boleh berikan pada mereka. Bercakap seolah-olah tidak ada perasaan, rakyat sendiri pun boleh kena diputar alam, inikan pula dikalangan pemimpin mereka.

Itulah juga Anwar Ibrahim, depan cakap lain belakang cakap lain. Kepada pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah...Jika benar mereka ini memikirkan nasib rakyat, tidak akan ada rintahan rakyat yang kecewa dengan mereka di negeri yang ditadbir oleh mereka. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Sampai bila nak bagi janji manis pun tak taulah...


Friday, April 20, 2012

#mansuhPTPTN: KANTOI! DAP DAN PAS TAK SEBULU DENGAN ANWAR..??


Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai.  Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.

DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.    Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut.   Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma  tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.  Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP.  Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam.   Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini.   Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri.   Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTN-lah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertinggi.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh.  Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya.   Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.  Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.  - Sumber


GR kata: Ini pun DAP dan PAS kena kencing dengan Anwar ek...Isk isk isk...

INFO: BOLEH LAYAN EPL GAME DI RTM LEPAS NI!!


Mulai 1 Mei ini, semua rancangan sukan termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi dimonopoli oleh televisyen tertentu tetapi boleh disaksikan di stesen-stesen televisyen lain di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan perkara tersebut semasa melancarkan `RTM Mobile' Sempena Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ke-66 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini. - Utusan


GR kata: Terima kasih Kerajaan BN yang sentiasa memahami kehendak rakyat...


FOTO PANAS: BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA...!!!


Siapa sebenarnya yang takut?? Siapa yang sebenarnya takut untuk hadapi realiti yang sebenar?? Inilah dia pemimpin yang cakap sana sini memang pandai. Tapi pada hakikatnya apa pun tak ada pada diri beliau. Jika benar beliau membela nasib rakyat, kenapa tidak kotakan janji yang dilafazkan pada rakyat ketika PRU 12.

Dan kenapa skandal yang dilemparkan kepada beliau tidak berani untuk bercakap di hadapan rakyat perkara sebenar...?? Jawapan yang tak boleh diterima ini semua fitnah dan permainan UMNO/BN. Inikah pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan, pemikiran kebudak-budakkan. Kalau jawapan yang macam tu, Datuk Nalla ni siapa ek?? Baca di bawah :
Nallakaruppan adalah rakan tennis Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berkawan baik selama 30 tahun lebih.

Setelah sekian lama menyepikan diri selepas dikaitkan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau muncul semula di persada politik Malaysia sebagai Ketua Bahagian PKR Kepong, Selangor. Beliau menyertai PKR pada 2006 kerana yakin dengan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 Nallakaruppan berjoget bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentas kempen bagi memenangkan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim.

GR kata: Kenapa sampai la ni Anwar tak berani saman Datuk Nalla yer...???

EDISI ILMIAH: HAYATI DAN RENUNGKANLAH....


Antara 6 kelebihan Jumaat yang patut digunakan sebaiknya setiap umat Islam.

1. Berlakunya hari kiamat.
Hari Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Jumaat itu ketua atau penghulu segala hari. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Adapun berdoa di antara dua khutbah itu adalah amat baik kerana pada masa itu satu masa yang sangat-sangat diperkenan tuhan akan doa hambanya.

Sumber


GR kata: Sama-samalah kita hayati dan renung-renungkan....


PANAS: ANAK PEREMPUAN MELAYU KAHWIN DALAM GEREJA??



Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney. Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter.

Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James 'telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein.



Masih Islamkah beliau?? Sama-samalah kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan...



GR kata: Islam itu agama yang suci kenapa perlu ikutkan nafsu???

Thursday, April 19, 2012

KISAH BENAR: INIKAH SIKAP SEORANG PEMIMPIN? MESTI PILIH BULU KER?? @Khalid_Ibrahim #MBMalas


Wanita di atas ialah seorang Cina Muslim....

Kebetulan saya bertemu beliau diruang menunggu di Pejabat Perkhidmatan Pegawai Penyelaras DUN BN Pelabuhan Klang Dato' Mazlynoor Abdul Latif.

Bila melihat beliau membaca surat yang didekatkan pada matanya, lantas saya bertanya samada matanya rabun. Beliau memberitahu bahawa sebelah matanya buta disamping mengidap penyakit buah pinggang. Beliau turut menunjukkan kad OKU kepada saya.

Bila ditanya apa tujuannya untuk bertemu dengan Pegawai Penyelaras DUN, beliau memberitahu beliau telah ke pejabat MB Menteri Besar untuk memohon bantuan kebajikan kerana tidak mempunyai pendapatan. Suaminya tidak bekerja kerana menjaganya yang mengidap buah pinggang.

Jelasnya lagi, beliau dapat bertemu dengan MB di pejabatnya dan telah ditanya samada dirinya penyokong UMNO atau PKR. Dek kerana lurus, wanita mualaf ini memberitahu yang beliau adalah penyokong UMNO.

Kemudian MB telah berkata sesuatu. Namun, wanita ini tidak memahaminya. Mengulang dialog yang diucapkan oleh MB kepadanya, beliau mendakwa hanya mendengar "berb...berb...berb..".

"Kakak tak faham langsung apa yang dia cakap. Yang kakak dengar berb... berb... berb... Telinga kakak ni ada masalah sikit," tambahnya.

Wanita tersebut telah pulang dengan tangan kosong dan akhirnya datang mengadu ke pejabat Penyelaras berkenaan. Dipendekkan cerita, ada 2 pengalaman yang diperolehi oleh wanita malang berkenaan.

Pertama, beliau baru tahu yang MB-nya gagap. Kedua, kerajaan ada simpanan RM1.9 bilion tapi tak mampu membantu OKU seperti dirinya. Mohon MB tu jawab..!!!!

Sumber: RH

GR kata: Korang rasa tau tak siapa MB tu...???

VIDEO PANAS #mansuhPTPTN: NAK BEROMEN KER BERDEMO NI..??




Inikah yang mereka ingin tunjukkan kepada seluruh dunia motif utama mereka berDEMO?? Tidak kiralah di mana mereka berDEMO, tapi demi melepaskan hawa nafsu mereka sanggup menunjuk rasa 'kasih sayang' dikhalayak ramai. Ini ker mahasiswa yang kita banggakan sebagai pelapis pemimpin negara?? Diaorang ni mahasewel memang ok...memalukan bangsa sendiri....

Inikah contoh mahasiswa yang korang banggakan?? Fikir-fikirkanlah...


GR kata: Dah promote LGBT nampaknya puak-puak Pakatan Haprak ni....

#mansuhPTPTN: AL-KISAH TAHUN 1997 AKHIRNYA TERBONGKAR..!!!


Inilah al-kisah bagaimana PTPTN dibentangkan dan diluluskan serta merta oleh manusia yang gila kuasa, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Pada ketika itu yang bawa draf undang-undang PTPTN, DS Najib ketika beliau memegang jawatan sebagai Minister of Education. Dan yang meluluskan bajet ialah Anwar.  Duit mesti dari Anwar. Dah PTPTN di bawah Kementerian Pendidikan [di waktu itu] takkan Menteri Pertanian plak yang nak kena cadang Rang Undang-undang PTPTN? Yang pasti mesti kena dapat kelulusan dari MOF. Betul tak??

DS Najib tidak akan bawa  Rang Undang-undang ini kalau tak ada Green Light dari bos dia + dari MOF kerana MOF yang buat bajet berapa duit ada. Yang pasti, Anwar yang meluluskan bajet. Apa yang nak dikatakan di sini, Anwar pun terlibat dengan PTPTN. Kalau dulu dia  jujur nak tolong rakyat, dia tidak akan sewenang²nya meluluskan bajet PTPTN.

Dari menafikan tentang kesilapan Anwar luluskan PTPTN, lebih baik mengaku saja yang Anwar sememangnya terlibat dalam meluluskan bajet PTPTN. Bila dah kantoi pasal PTPTN, sibuk pencacai Pakatan Rakyat cari isu untuk backup balik Anwar.  Lagi satu, pilihan raya soal majoriti dan isu PTPTN berapa kerat je yang boleh dikira jika dibandingkan dengan jumlah pengundi. Apa tanggapan pelajar-pelajar yang tak dapat PTPTN  terutama sekali mereka yang tak berpeluang untuk sambung belajar. Bagaimanakah kehidupan dan susah payah keluarga mereka untuk menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan harian anak mereka untuk pergi menuntut ilmu?? Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....


GR kata: Susah nak cari orang yang mengaku salah dan silap mereka demi untuk dapatkan sesuatu...Wajarkah PTPTN dimansuhkan???

PANAS: REMAJA MELAYU YANG TAK TAHU MALU..!!


Apa yang boleh kita lihat gambar di atas, inikah budaya yang kita banggakan sebagai seorang bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Dengan tidak ada perasaan malu, sanggup berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, lokasi mereka bercanda bercumbuan ini di salah sebuah hospital di ibu kota. Adakah mereka sakit dan menunggu giliran untuk dirawat GR tidak pasti, tapi kelakuan ini ternyata sungguh biadap. Lihat lagi gambar di bawah, tanpa segan silu remaja ini berasrama....



Apa yang kita boleh katakan pada mereka ini dan yang diluar sana pembaca nilailah sendiri. Pendapat GR, ditempat awam sebegini seharusnya ada pengawal bertugas harus berani menegur kerana ini adalah budaya yang tidak sihat. Renung-renungkanlah....


GR kata: Hormatilah orang disekelilingi kita, jangan malukan bangsa sendiri....

PANAS: SI GILA KUASA SANGGUP BUAT APA SAJA..!!


Pembaca yang budiman lihatlah gambar di atas, Anwar Ibrahim sanggup buat apa saja demi capat cita-cita kotor beliau. Rakyat Malaysia sudah semestinya menolak beliau untuk menjadi pemimpin negara.

Tapi apa yang beliau lakukan, sanggup berhabis duit, sanggup mencanang keburukan negara di dunia luar demi meraih simpati masyarakat di mata dunia bahawa beliau adalah manusia yang terbaik antara yang terbaik.

Sudah-sudahlah tu Anwar, kenapalah masih tidak boleh menerima kenyataan zaman anda sudah lama habis. Kesalahan yang dibuat mengaku sajalah, janganlah rosakkan pemikiran anak muda dengan dakyah-dakyah serta janji-janji kosong yang tak mampu Pakatan Haprak lakukan. Jangan bawa rakyat sekali hanyut dalam dunia kotor korang. Pembaca yang budiman, renung-renungkanlah....


GR kata: Kalau dah gila kuasa memang gila jawabnya....

Wednesday, April 18, 2012

INFO: RAYUAN BR1M DILANJUTKAN LAGI! CEPAT-CEPAT!!!


Seramai 50,172 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang gagal dalam rayuan mereka setelah tempoh rayuan ditutup pada 15 April lalu, kini boleh menarik nafas lega.

Ia berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan lagi tempoh rayuan skim berkenaan sehingga 30 April ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 331,615 pemohon telah membuat rayuan sehingga 15 April lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 kes rayuan telah diluluskan manakala baki seramai 50,172 orang gagal dalam rayuan mereka.

“Namun pemohon yang gagal dalam rayuan mereka sebelum ini kini berpeluang untuk mengemukakan kembali rayuan kerana tempoh tersebut telah dilanjutkan sehingga 30 April ini,’’ kata kenyataan itu. - Kosmo


GR kata: Apa tunggu lagi, cepat-cepat pi mohon lagi dan buat rayuan!!!

VIDEO PANAS: MAHASEWEL HINA ISLAM..!! YANG ISLAM ROSAK AKHLAK!! #mansuhPTPTN




Pembaca lihat di atas, boleh terima pakai ker penghinaan mahasewel bangsa Cina ni terhadap Islam?? Mahasewel yang beragama Islam di situ buat ape?? Tengok goyang kaki saja kah?? Kalau nak tarik perhatian sekali pun perlukah Islam dipermainkan sebegini??

Wahai budak-budak mahasewel...Solat itu tiang agama kan. Korang tak faham-faham lagi ker?? Solat boleh dipermain-mainkan macam tu jer ker?? Sedarlah..janganlah demi kepentingan politik korang semua hanyut. Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah...



GR kata: Mahasewel yang jadi pengemis...sungguh kasihan. Isk isk isk...

PANAS: ANWAR SUKA RIA COUNTDOWN #Bersih3 'GILER RAMAI'..!!


Malam tadi berlangsungnya countdown Bersih 3.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru K.Lumpur. Ini adalah siri jelajah puak Pakatan Haprak demi meraih simpati rakyat Malaysia supaya turut serta dalam aktiviti yang tak bermoral ini.

Pembaca boleh lihat gambar di atas, muka-muka yang hadir adalah muka yang biasa. Kaki kelentong pun ada, yang tak sedar diri pun ada. Matlamat mereka hanyalah satu, merosakkan pemikiran rakyat dan mempercayai mereka bahawa mereka adalah yang terbaik dari segala-galanya. Macam ni punya orang pun ada ka?? Pak Kadiaq pun gila kuasa jugak yer??


Inilah sambutan yang diberikan oleh rakyat K.Lumpur...memang ramai sangat-sangatkan. Yang hadir CUMA kurang 500 orang saja. Tak capai target yang mereka kehendaki, inilah yang bikin Anwar dan Ambiga pening kepala. Macam mana ni kata bakal himpunkan 500 ribu rakyat Malaysia untuk turut serta pada Bersih 3.0 nanti...

Ternyata rakyat Malaysia sudah pandai menilai mana yang baik dan juga buruk. Pemimpin manakah yang hanya pandai berkata-kata tapi tidak pandai kotakan janji yang diberikan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang pandai menilai dan menghargai pucuk pimpinan yang memerintah negara sekarang ini, dengan pelbagai program dan bantuan yang diberikan hanyalah semata-mata untuk rakyat Malaysia.


GR kata: Pakatan Haprak hanya pandai cakap pumpang-pumpang....habuk pun tarak!!!

PANAS: PEMUDA & PUTERI AKAN GEGARKAN KL AHAD INI!! @MuhyiddinYassin @RajaNongChik @rizalmanmokhtar @Khairykj @Rosnah_ARS


Pelancaran BN Pilihan Orang Muda W.Perseketuan di Institut Latihan DBKL, Bdr Tun Razak yang akan dirasmikan oleh Pengerusi BN W.Persekutuan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Program ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Dijemput kepada seluruh generasi muda Pemuda dan Puteri warga Kuala Lumpur dijemput hadir memeriahkan majlis ini. Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk anda semua.

KHAS UNTUK @AdamAdli DAN BUDAK-BUDAK MAHASEWEL #mansuhPTPTN



Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sehingga 31 Disember 2011 kutipan PTPTN keseluruhanya sebanyak 5.4 billion ini bermakna kutipan yang diperolehi 2.9 billion. Ini menunjukkan satu pencapaian yang baik di mana baki 2.5 billion sahaja yang dalam proses kutipan balik pinjaman.

Ini satu proses yang amat baik bukan seperti yang didakwa oleh Pakatan Haprak...


GR kata: Adam Adli dan puak mahasewel pun ramai tak bayar lagi kan???


Sent from Samsung tablet

PANAS: DAP 'HALALKAN' GRO DI BAWAH PENTADBIRAN MEREKA..!!


Tiga belas wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di pusat karoake dekat Pulau Tikus di sini awal pagi Selasa.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (I) negeri Abdul Rahman Hassan berkata mereka yang ditahan dalam sebuan pada pukul 2 pagi itu terdiri daripada 12 rakyat China dan seorang wanita Vietnam.

Kesemua wanita berusia antara 20 dan 40 tahun itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata polis terpaksa memecah pintu premis yang terletak dalam sebuah pusat beli belah itu apabila penjaga bangunan enggan memberi kerjasama.

"Ketika serbuan, wanita-wanita terbabit cuba melarikan diri melalui laluan rahsia tetapi gagal kerana seluruh tempat itu telah dikepung," katanya. - SH


GR kata: LGE lagi suka ramai China Doll di Penang, nak supply pada siapa agaknya yer???

PANAS: PELAJAR SPM TAK LEPAS LAGI, DAH PANDAI BEROMEN!!


Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.


Pasangan terbabit ketika ditangkap


Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur. Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. - SH


GR kata: Seksualiti Merdeka?? Inikah yang rakyat mahukan?? Renung-renungkanlah....

Tuesday, April 17, 2012

MOHON RAKYAT MALAYSIA BANTULAH ARTIS INI!!


Marilah kita semua rakyat Malaysia, berilah bantuan kepada artis ini Sdr Bob Kuman. Tidak kiralah beliau dari parti politik mana sekali pun. Kalau PAS tak tampil, sememangnya mereka hanya gunakan golongan artis untuk kepentingan peribadi mereka saja.

GR memohon agar semua pihak tampil bantu Sdr Bob Kuman, beliau mempunyai masalah kewangan untuk membiayai kos perubatan di hospital.

Kisah lanjut baca di MAZIDUL


GR kata: Tolong-menolong sesama manusia itu yang dituntut dalam Islam...

PRIHATIN: SIKAP INILAH YANG PERLU DICONTOHI ANAK MUDA!! @ZambryAbdKadir @azwanbro @Khairykj


Pada hari Sabtu yang lepas, Pelancaran Jentera Pemuda dan Puteri Negeri Perak telah dilancarkan di rumah MB Perak. Dalam pada itu, ada perkara yang tidak diingini berlaku, ternyata ajal maut itu ditangan Tuhan, betul tak??

Salah seorang ahli Pemuda negeri Perak telah terlibat dalam kemalangan dan maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis pelancaran jentera tersebut. Apa yang menarik perhatian GR, Ketua Pemuda Negeri Sdr Azwan segera ke tempat kejadian selepas dimaklumkan kepada beliau. Lihat gambar di atas...Inilah contoh yang baik patut dicontohi oleh semua golongan anak muda, tidak kira kita sebagai pemimpin atau pun rakyat biasa tolong-menolong adalah amalan kita.


Ini adalah kenyataan rasmi Sdr Khairul Azwan selaku Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak :
Saya mewakili seluruh ahli Pemuda BN Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Meor Maffuz Meor Abdullah Sani yang berasal dari Lenggong di atas kemalangan mengejut di lebuhraya berhampiran tol Kuala Kangsar ketika perjalanan pulang dari pelancaran "BN Pilihan Orang Muda" di kediaman MB Perak.

Allahyarham adalah seorang yang aktif dan komited di dalam setiap program- programkemasyrakatan. Pemuda Negeri akan menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi meringankan beban keluarga allahyarham.

Saya juga ingin menyampaikan salam takziah daripada YAB MB Perak dan YB sdr Khairy Jamaluddin, KP UMNO Malaysia di atas insiden ini. Sesunguhnya takdir ini tidak akan mematahkan semangat pemuda untuk meneruskan perjuangan barisan nasional. Pemuda BN mengiktiraf segala jasa dan bakti allahyarham dan menganggap beliau adalah seorang wira Pemuda Perak.

Semoga roh nya dicucuri rahmat...AL-FATIHAH

Khairul Azwan Harun,
Pengerusi Pemuda BN Negeri.





Baca juga DI SINI


GR kata: Salam takziah kepada keluarga mangsa...Al-Fatihah. Terima kasih kepada KP Negeri kerana prihatin membantu rakyat!!

#mansuhPTPTN: MAHASEWEL MUKA TAK MALU, MENGEMIS MINTA MAKAN PADA SHEB!!


Jelas terbukti Pakatan Haprak memang dasar penghasut dan sekarang golongan mahasiswa dijadikan keldai tunganggan mereka demi kepentingan politik peribadi mereka sendiri.

Yang lebih sedihnya golongan mahasiswa (mahasewel) ini dibayar untuk merempat dan mengemis di Dataran Merdeka untuk berdemo #mansuhPTPTN.

Dan yang sedihnya mereka seperti golongan pengemis yang tidak cukup makan dan minum, sebab itulah dengan muka selamba menerima makanan dari SHEB Pemuda UMNO Malaysia. Di manakah AMK dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak?? Mahasewel susah payah berDEMO, pemimpin korang duduk rumah dan ada yang makan sedap-sedap kat hotel. Apa cerita???

Lihat video di bawah :





GR kata: Mahasewel yang berdemo ni tak ada kuliah ker?? Tak nak ulangkaji pelajaran ker??

KISAH NGERI: GUGUR ANAK BUDAYA SUKA-SUKA! MANUSIA ATAU BINATANG MEREKA INI??


Pengguguran Anak di Singapura....Sanggupkah pembaca lihat gambar di atas, rasa nak menitis air mata...

Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura dengan pengguguran anak di Singapura. Just to share reality dunia sekarang. GR keberatan menyiarkan gambar ini. Diakui ianya ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah berbincang panjang, GR dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. GR berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan sekali pun.

Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (seperti gambar di atas) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang. Rakan GR dari krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut. Apakah Malaysia juga bakal ke arah budaya kotor ini??


GR kata: Apakah dosa bakal-bakal bayi yang lahir ini?? Siapakah yang harus dipersalahkan?? Harap kita semua Renung-renungkanlah....

#demoPTPTN: YDP PKPMI SOUND @AdamAdli DAN PUAK MAHASEWEL!! @khairul_hafidz @khalednordin


Ternyata demo mansuh PTPTN yang dibuat oleh Adam Adli dan koncu-koncu mahasewel tidak mendapat sambutan dan golongan mahasiswa tidak bersetuju dengan cara yang mereka lakukan. Bukan saja mahasiswa yang menuntut di Malaysia, malah mahasiswa yang menuntut diluar negara juga MENOLAK apa yang mereka lakukan.

Ini terbukti seluruh mahasiswa di Malaysia dan juga diluar negara menolak cara yang dibawa oleh puak mahasewel ini. Mereka juga menolak jika PTPTN ingin dimansuhkan kerana ini boleh mendatangkan masalah kepada golongan mahasiswa yang menuntut sekaligus akan membebankan keluarga mereka. Ini boleh dirasai oleh kebanyakkan keluarga yang berpendapatan rendah. Jom kita lihat pandangan matang dan bernas YDP Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Sdr Khairul Hafidz Al Khair Amin yang menunjukkan keperibadian sebagai seorang mahasiswa :




GR kata: Golongan mahasewel hanya jadi keldai pada Pakatan Haprak....

PANAS: UMNO SALAH BAKAR BENDERA BN??


Bangunan Block 54 Pangsapuri PKNS, Seksyen 7 Shah Alam hampir terbakar apabila sebuah stor yang menempatkan lebih 500 bendera Barisan Nasional dipercayai dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kejadian yang berlaku awal pagi tadi turut merosakkan dua buah motorsikal yang diletakkan berhampiran dengan stor tersebut.

Sebatang paip yang menyalurkan sisa kumahan penduduk pangsapuri itu bocor akibat tindakan khianat tersebut. Menurut Ketua MIC Cawangan Nilam Sari, Deva A/L Nalansamy, kejadian tersebut disedari penduduk pada jam 4 pagi dan mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut dari merebak ke kediaman mereka.

Menurutnya, beliau sangat kesal dengan kejadian yang menimpa namun tidak mahu membuat kesimpulan sendiri tentang siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk itu.

“Kami (penduduk) tidak mahu tuduh sesiapa. Tapi kami berasa sangat kesal dengan kejadian ini. Cuba bayangkan kalau api merebak ke rumah, orang mati, macam mana?

“Kami harap agar kejadian yang sama tidak berulang lagi. Kalau mahu ikut hati, kita juga boleh buat (bakar bendera), tapi kita tak mahu. Kita masih boleh fikir secara rasional lagi,” kata Deva.

Susulan daripada kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 9 pagi tadi. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Blok 54, Hanipah Jantan turut kesal dengan kejadian tersebut.

“Saya sangat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan menghukum mereka yang terlibat,” katanya.

Satu laporan polis turut dibuat oleh beliau di Balai Polis Seksyen 7. Susulan daripada kejadian itu katanya, pihak jawatankuasa penduduk akan lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian yang sama daripada berulang.

Sumber: MKP


GR kata: Siapa makan cili...dia lah yang rasa pedasnya kan???

Monday, April 16, 2012

#demoPTPTN: MAHASEWEL MOGOK LAPAR?? KANTOI MENIPU!!


Inilah dia mahasewel puak-puak Adam Adli yang kalau kita lihat secara zahirnya mereka adalah merupakan golongan cerdik pandai tapi sayang dengan akal yang pendek mereka berkelakuan seperti manusia yang tidak bertamadun. BerDEMO demi kononnya supaya pihak Kerajaan segera memansuhkan PTPTN...inikah contoh yang terbaik yang kita ingin lihat kepada pelapis-pelapis negara?? Bukankah isu pemansuhan ini adalah agenda Pakatan HAPRAK yang menyatakan jika mereka menang dalam PRU-13 nanti, mereka akan mansuhkan PTPTN ini?? Kenapa tak tunggu saja nanti...???

Semasa demo ini juga, puak-puak mahasewel menyatakan bahawa mereka tunjuk protes dengan mogok lapar tapi lihat gambar di atas...tengah minum sedap jer. Mogok apanya tu?? Macam BODOH pun ada, sendiri kata MOGOK nak tunjuk pada rakyat kononya tapi KANTOI sedap jer makan. Makan menyorok belakang khemah ker?? Ha ha ha. Lihat lagi gambar di bawah :


 Nampak tu siap kenduri kendara lagi, bekalan masak bawak dari rumah ker?? Ternyata merek ini golongan yang akal pendek, takder otak. Buat perkara yang tak ada arah tuju...pemimpin Pakatan HAPRAK senang lenang duduk rumah, diaorang susah payah. Yang sedihnya majoriti mereka adalah bangsa MELAYU. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Ada mahasewel mengeluh, Anwar JANJI bayaran RM1,000 yang dapat RM100..Tak berbaloi...Kena tipu bulat-bulat jer. Padanlah muka....

@Khalid_Ibrahim DAN @AdamAdli BIKIN ONAR DI BDR TUN RAZAK!!


Semalam puak-puak Pakatan Pembangkang telah buat ceramah sebarkan penipuan kepada rakyat Bdr Tun Razak. Ceramah yang diketuai oleh Khalid Gagap dibawa pula kuncu-kuncunya masuk ke dalam parlimen beliau sendiri, tugasnya menyebarkan fitnah kepada rakyat.

Malangnya ceramah yang dianjurkan tidak mendapat sebarang sambutan oleh rakyat Bdr Tun Razak itu sendiri dan rata-rata yang hadir kurang dari 300 orang. Kalangan yang hadir pula dari peniaga dan orang yang lalu lalang di situ, datang sekejap dan balik lepas tu.

Pembaca sekalian, sudah terbukti Pakatan Haprak tidak diterima di Bdr Tun Razak. Masih tak faham-faham lagi ker?? Ahli Parlimen yang TIDUR saja kerjanya...lagi mau bikin kasi sebar fitnah dan tipu sana sini ka??

Baca juga DI SINI


GR kata: Adam Adli tu tak serik kena tumbuk lagi ker??

PANAS: KELUHAN PENYOKONG TEGAR PAKATAN PEMBANGKANG PADA #Bersih3


Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Yang Maha Adil lagi berat siksaannya..

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim. Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini :
“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut) :
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juga sebaliknya. Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?


GR kata: Adakah berDEMO amalan budaya kita rakyat Malaysia?? Renung-renungkanlah....

@AdamAdli MENANGIS KENA TUMBUK DI DATARAN!! #MansuhPTPTN


Demonstrasi yang dirancang oleh aktivis pelajar, Adam Adli Abdul di Dataran Merdeka untuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) benar-benar mengaibkan dirinya sendiri.

Dalam demonstrasi tersebut, secara terang-terang mereka keliru dengan matlamat yang ingin disampaikan apabila ada di antara mereka menggunakan kain rentang dan risalah yang menyokong PTPTN dan tidak mahu perkara itu dipolitikkan.

Pada masa yang sama, ada yang menggunakan sama kain rentang dan risalah yang menuntut pendidikan secara percuma dan mansuhkan PTPTN.

Secara tidak langsung, keadaan itu menimbulkan kekeliruan dan rasa malu bagi pengikut-pengikut yang tidak mengerti dalam demonstrasi yang dikepalai oleh Adam itu sama ada menyokong atau membantah PTPTN?? Kenapa macam tu yer wahai budak hingusan???





GR kata: Orang belajar tak habis memang macam ni...BEBAL!!!

Sunday, April 15, 2012

Artikel pelbagai