Tuesday, April 17, 2012
KISAH NGERI: GUGUR ANAK BUDAYA SUKA-SUKA! MANUSIA ATAU BINATANG MEREKA INI??
Pengguguran Anak di Singapura....Sanggupkah pembaca lihat gambar di atas, rasa nak menitis air mata...
Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura dengan pengguguran anak di Singapura. Just to share reality dunia sekarang. GR keberatan menyiarkan gambar ini. Diakui ianya ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah berbincang panjang, GR dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. GR berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan sekali pun.
Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (seperti gambar di atas) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang. Rakan GR dari krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.
Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut. Apakah Malaysia juga bakal ke arah budaya kotor ini??
GR kata: Apakah dosa bakal-bakal bayi yang lahir ini?? Siapakah yang harus dipersalahkan?? Harap kita semua Renung-renungkanlah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment