Thursday, April 19, 2012
#mansuhPTPTN: AL-KISAH TAHUN 1997 AKHIRNYA TERBONGKAR..!!!
Inilah al-kisah bagaimana PTPTN dibentangkan dan diluluskan serta merta oleh manusia yang gila kuasa, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Pada ketika itu yang bawa draf undang-undang PTPTN, DS Najib ketika beliau memegang jawatan sebagai Minister of Education. Dan yang meluluskan bajet ialah Anwar. Duit mesti dari Anwar. Dah PTPTN di bawah Kementerian Pendidikan [di waktu itu] takkan Menteri Pertanian plak yang nak kena cadang Rang Undang-undang PTPTN? Yang pasti mesti kena dapat kelulusan dari MOF. Betul tak??
DS Najib tidak akan bawa Rang Undang-undang ini kalau tak ada Green Light dari bos dia + dari MOF kerana MOF yang buat bajet berapa duit ada. Yang pasti, Anwar yang meluluskan bajet. Apa yang nak dikatakan di sini, Anwar pun terlibat dengan PTPTN. Kalau dulu dia jujur nak tolong rakyat, dia tidak akan sewenang²nya meluluskan bajet PTPTN.
Dari menafikan tentang kesilapan Anwar luluskan PTPTN, lebih baik mengaku saja yang Anwar sememangnya terlibat dalam meluluskan bajet PTPTN. Bila dah kantoi pasal PTPTN, sibuk pencacai Pakatan Rakyat cari isu untuk backup balik Anwar. Lagi satu, pilihan raya soal majoriti dan isu PTPTN berapa kerat je yang boleh dikira jika dibandingkan dengan jumlah pengundi. Apa tanggapan pelajar-pelajar yang tak dapat PTPTN terutama sekali mereka yang tak berpeluang untuk sambung belajar. Bagaimanakah kehidupan dan susah payah keluarga mereka untuk menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan harian anak mereka untuk pergi menuntut ilmu?? Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....
GR kata: Susah nak cari orang yang mengaku salah dan silap mereka demi untuk dapatkan sesuatu...Wajarkah PTPTN dimansuhkan???
Labels:
MansuhPTPTN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment