Saturday, July 6, 2013

Pergolakan di Mesir, Rakyat Malaysia Mahu Tiru Cara Ini? Tolak Tangan Asing!!

Pergolakan di Mesir yang jadi untuk kali kedua seharusnya dijadikan iktibar untuk kita semua rakyat Malaysia. Adakah dengan cara demontrasi jalanan yang merosakkan harta benda awam dapat diselesaikan dengan baik?

Apakah ini sebenarnya rakyat Malaysia mahukan? Paling penting inikah budaya rakyat Malaysia yang terkenal di seluruh dunia yang mempunyai adab sopan santun yang baik.

Budaya 'Arab Spring' yang cuba dibawa Anwar dan pakatan haprak tidak diterima secara keseluruhannya oleh rakyat Malaysia. Bukti sudah jelas kita lihat, kesemua demo haram yang dianjurkan Anwar tak dapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Jika betul rakyat mahu gulingkan Kerajaan sedia ada sudah pasti seluruh akan turun protes. Tapi yang hadir jumlahnya alahai kesian betul. Adakah rakyat yang hadir ni ciput jumlahnya boleh dikatakan inilah 'suara majorit' rakyat Malaysia? Akal letak kat mana Bang Non..??

Di Malaysia kita amalkan sistem demokrasi. Pemimpin silih berganti bukannya parti yang bertanding mahu diganti. Di Mesir, pemimpinnya sama berpuluh tahun memerintah. Adakah sistem pentadbiran dan matlamat mereka sama di Malaysia? Confirm takkan...dari situ kita boleh menilai.

Rakyat gulingkan kerajaan Mesir untuk kali kedua tapi apa hasilnya? Adakah keamanan rakyat dan negara terjamin? Kenapa mereka hidup bergolak dan tak selamat. HARUS kita ingat, demo jalanan mahu jatuhkan Kerajaan Islam adalah misi dan agenda Yahudi yang tak mahu lihat negara Islam bersatu.

Umat Islam harus bersatu dan jangan biarkan 'Tangan Asing' campuri pemikiran kita. Siapa lagi yang mahu pertahankan agama, bangsa dan negara, kalau bukan kita sendiri...

Baca petikan di bawah:

Rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada pergolakan politik yang berlaku di Mesir kerana ia menunjukkan perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perubahan politik yang tidak diuruskan dengan baik boleh mengakibatkan penderitaan kepada rakyat dan merosakkan negara seperti yang berlaku di Mesir apabila terjadi kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di Hotel Dorchester di sini semalam pada akhir lawatan kerja empat harinya ke United Kingdom.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergolakan di Mesir yang menyaksikan negara itu terjerumus dalam ketidakstabilan politik dan digugat siri tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan politik.

Ketika Najib berada di London untuk lawatan kerja dan mengadakan mesyuarat bilateral dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron, di Mesir berlaku demonstrasi selama berhari-hari yang menyebabkan Presiden Mesir, Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera.

Bagaimanapun, Najib menegaskan, peristiwa yang berlaku di Mesir adalah soal dalaman negara Islam Afrika tersebut.

Dalam masa terdekat ini, kita berharap mereka akan mengadakan proses pilihan raya yang adil dan inklusif.

Apa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir... (tetapi) ia sudah terjadi. Walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi.

Selepas ini kita harap kerajaan yang baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir.

Inilah saja jaminan kestabilan jangka panjang dan keharmonian di negara itu," kata Najib.

Mesir ialah sebuah negara yang politiknya sejak akhir-akhir ini dicorakkan oleh demonstrasi dan tunjuk perasaan.

Rakyat negara itu keluar ke jalanan dan merusuh selama 18 hari pada Februari 2011 menuntut Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak digulingkan, dan kelmarin sekali lagi selepas mereka berdemonstrasi, tentera memaksa Presiden Mohamed Mursi yang menggantikan Mubarak selepas pilihan raya Jun 2012 meletakkan jawatan.

Ditanya mengenai tindakan segelintir rakyat di beberapa negara termasuk di Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum selepas pemimpin dan parti yang menang dipilih secara sah melalui proses demokrasi, Najib memberitahu, apa yang penting ialah ketidakpuasan hati perlu disuarakan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

Inilah yang akan menjamin apa juga yang kita lakukan itu berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan negara kita," katanya.

Najib yang berada di London untuk lawatan kerja sejak 1 Julai lalu berlepas pulang ke tanah air malam tadi. Beliau sebelum itu menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global di Dar es Salam, Tanzania. - UTUSAN


GR kata: Rakyat harus TOLAK Anwar Spring!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 3, 2013

KISAH HOT DI PARLIMEN: Alamak...Aku Kena Lagi! Kah Kah Kah


Dewan Rakyat pada Selasa dikejutkan dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileak itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.

Tambah Liang, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.

"Apabila saya membaca semua akaun ini di internet soalan pertama yang muncul dalam kepala saya dari mana datangnya wang sebanyak ini?

"Apa yang didedahkan oleh Wikileaks amat bahaya. Oleh itu saya meminta pihak kerajaan siasat kesahihan maklumat ini memandangkan akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan kita tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat lewat petang Selasa.

Menurut Liang, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersikap hipokrit apabila mengutuk kekejaman tentera Israel namun pada masa yang sama mempunyai akaun simpanan di negara itu.

"Kelakuan hipokrit ini bukan sahaja menggadaikan nasib bangsa, agama, bahkan akan menggadaikan nasib negara pada suatu hari yang akan datang," katanya.

Ketika pendedahan itu dibuat, Anwar bagaimanapun tiada di Dewan.

Namun beberapa wakil rakyat pembangkang bangun mencelah sebagai usaha menghalang Liang daripada terus membuat pendedahan tersebut.

Tian Chua (PKR-Batu) ketika bangkit mencelah mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat sebarang tuduhan melulu.

Sementara itu Jeff Ooi (DAP-Jelutong) pula menggesa supaya Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen sekiranya gagal mengemukakan bukti berhubung sumber maklumat berkenaan.

Suasana perbahasan Dewan Rakyat makin kecoh apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula dengan lantang bersuara meminta pembangkang mengambil tindakan undang-undang terhadap Wikileaks.


GR kata: Bersilat ape lagi lah Bang Non nie yer....He he he

Tuesday, July 2, 2013

GURU MENDIDIK ANAK BANGSA, MEREKA JUGALAH PEROSAK ANAK BANGSA! KENAPA DILAYAN 1ST CLASS? @MuhyiddinYassin @KemPendidikan @NajibRazak


Golongan guru sekolah adalah merupakan satu kerjaya yang sangat tinggi dan dipandang baik oleh seluruh masyarakat. Tugas mereka yang tidak kira waktu adalah untuk memastikan anak bangsa diberikan pendidikan yang secukupnya dan menjadi seorang yang berguna di masa hadapan.

Sejak zaman dahulu lagi, golongan guru diberikan layanan cukup baik. Baik di kawasan kampung dan juga di mana saja. Malah ada ibu bapa yang mengharap sepenuhnya guru di sekolah mendidik anak mereka kerana ibu bapa ini sibuk dengan tugas mereka mencari rezeki yang halal.

Dari sudut pihak Kerajaan pula, terlalu banyak program dan benifit yang diberikan pada golongan guru ini. Dengan kenaikan gajinya, sistem waktu kerjanya dan macam-macam lagi. Ini adalah kerana untuk membolehkan lebih ramai golongan guru dapat dilahirkan sekali gus dapat melahirkan anak bangsa yang lebih produktif.

Tapi sejak kebelakangan ini, ada segelintir GR lihat golongan guru ini seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan apa yang dikecapi selama ini. Ada juga yang cuba menggunakan waktu mengajar dengan menghasut anak murid supaya membenci Kerajaan. Apa anak murid ini tahu? Adakah mereka sudah boleh mengundi? Ketika waktu mengajar gunakanlah tanggungjawab yang diberikan sehabis baik, ketepikan lah soal politik. Kerja adalah kerja, jangan disebabkan 'Nila setitik rosak periuk sebelanga'.

GR berasa sangat sedih bila ada golongan guru yang 'makan anak murid sendiri'. Contoh sudah kita lihat banyak laporan yang dibuat. Apakah dosa anak murid ini diperkosa kerana mahu langsaikan nafsu sendiri. Golongan guru seperti inilah yang boleh merosakkan anak bangsa, sudah tentu mereka yang teraniaya takut untuk pergi ke sekolah lagi. Bagaimana untuk mereka menimba ilmu??

Terbaru dalam Dewan Rakyat diberikan cadangan terbaik untuk golongan guru ini. Adakah mereka masih tidak berpuas hati dengan pihak Kerajaan. Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya..?? Lanjut baca lagi di bawah:

Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

“Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.

“Ini atas dasar kemanusiaan…tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Hasbullah mengenai usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasa Institut Perguruan Malaysia (IPGM), Mary berkata beberapa aktiviti dilaksanakan termasuk usaha untuk menarik 30 peratus pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai profesyen perguruan khususnya di IPG.

Institut itu turut melaksanakan usaha ke arah memberi penarafan kepada semua 27 kampus IPG di seluruh negara selain kursus-kursus untuk pengukuhan latihan perguruan dan pembangunan profesionalisme, katanya.

Bagi meningkatkan prestij IPG setanding institut pengajian tinggi awam (IPTA), satu pelan strategi telah dirangka untuk mencapai sasaran 33 peratus pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran (PhD) menjelang 2020, kata Mary.

Beliau berkata pada tahun 2012, daripada 3,947 pensyarah IPG, seramai 308 pensyarah adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan 3,057 Sarjana. – Bernama

Layanan diberikan pada golongan guru adalah yang terbaik, dan ada golongan penjawat awam yang memberitahu GR....jangan asyik sibuk dengan golongan guru jer. Penjawat awam lain yang di bawah Kerajaan dan agensi Kerajaan harus dilihat sama dan perlu dipertimbangkan. Jangan asyik berat sebelah jer.

Betul juga apa yang diaorang cakap ni kan. Bukan guru jer ada perasaan nak tukar tempat bertugas, golongan penjawat awam lain pun sama. Pada Boss-Boss di Kementerian tu...fikir-fikirlah sama yer yang terbaik untuk semua.


GR kata: Kajilah yang terbaik demi keputusan terbaik untuk kepuasan semua pihak.

HOT: LISA SURIHANI BIKIN PANAS DI WECHAT..?? ADA GAMBAR HOT GILER??? @PDRMsia


Inilah akibatnya bila teknologi sudah semakin canggih. Kemudahan yang kita kecapi hari ini adalah bertujuan untuk mudah untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain di mana kita berada.

Sejak permulaan adanya Myspace, Friendster dan Facebook telah menaikkan satu fenomena yang sangat meluas di seluruh dunia. Pada mereka yang menggunakan kemudahan media sosial untuk kegunaan yang baik sangat dialu-alukan.

Platform media sosial yang sudah pelbagai ini ramai masyrakat menggunakan untuk merebut peluang untuk meraih pendapatan yang lumayan dengan mempromosikan pelbagai perniagaan mereka. Ramai yang kita lihat pelbagai portal atau blog dan juga Facebook mahu pun Instagram perniagaan mereka begitu terkenal hingga ke seluruh dunia.

Tapi ada juga pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan teknologi baru demi kepentingan peribadi mereka. Terbaru apa yang GR kesalkan platform WeChat telah disalahguna pakai oleh pihak tak bertanggungjawab dengan mempromosikan perniagaan haram mereka.

Antara gambar panas yang dipromosikan di WeChat

Kuala Lumpur: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.

Berdasarkan pemantauan, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.

Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.

Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.

Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.

Mohon pihak berkuasa segera pantau sindiket ini dan pihak WeChat harus lebih berwaspada kerana penggunaan WeChat sudah meluas ke seluruh Malaysia. Kalau anak-anak muda yang masih bersekolah terjebak dengan gejala yang tak sihat ini macam mana? Jangan asyik pikir nak untung jer yer...!!


GR kata: Kesian Lisa dan Sham juga yang kena, sebab duta WeChat kan, walaupun bukan gambar diaoarang!!

Monday, July 1, 2013

INILAH MELAYU BODOH, SANGGUP MELUTUT PADA KARPAL DEMI FITNAH DAN PENIPUAN! @Zahid_Hamidi @malaysiakini


Manusia sanggup melakukan apa saja demi wang, tak kiralah sanggup gadaikan maruah sendiri. Inilah bila tak boleh gunakan akal fikiran dengan baik, lepas tu termakan hasil penipuan demi mendapatkan habuan yang tak nampak bayangnya lagi.

Banyak persoalan yang GR ingin ajukan pada ahli perniagaan Melayu dalam gambar di atas. Kes yang kononnya beliau dipihak yang besar berlaku sekitar tahun 2006. Kenapa baru sekarang ingin dibangkitkan semula? Seiring pula dengan fitnah Rafizi Ramli kononya DS Zahid Hamidi 'belanja besar' untuk kempen PRU13 baru-baru ini. Apa citer bro?

Persoalan pertama, adakah dalam kes ini anda diperlakukan oleh DS Zahid Hamidi ke arah yang boleh membunuh anda?

Soalan kedua, adakah DS Zahid Hamidi menyerang dan kononnya cuba membunuh anda TANPA SEBAB?

Soalan ketiga, beranikah anda wahai Amir Bazli menceritakan perkara sebenar yang terjadi dengan apa yang telah anda buat pada keluarga DS Zahid Hamidi? Bukan cerita yang ditokok tambah oleh Karpal Singh yang kita semua tahu peguam yang pandai putar belit alam. BERANI KER..??

Soalan keempat, kenapa baru sekarang dan kenapa sanggup jadi keldai pakatan haprak demi cuba menegakkan benang yang basah?

Karpal Singh juga cuba untuk memutarbelitkan fakta yang sebenar dan hakikatnya semenjak DS Zahid Hamidi memegang portfolio sebagai Menteri Kem Dalam Negeri puak pakatan haprak semakin takut dengan undang-undang negara.


Kenapa Karpal Singh beria-ia sangat suruh AG dakwa DS Zahid Hamidi? Apa salah beliau, ada bukti kukuh ker beliau sengaja ingin mencederakan malaun sekor nie apatah lagi nak bunuh dia??

Mesti ada dikalangan pembaca blog ini yang budiman sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Apatah lagi kita sebagai ahli keluarga mempunyai anak perempuan. Adakah kita akan menjaga anak perempuan kita itu sehabis baik atau sambil lewa saja. Kita faham atau tidak tugas sebagai bapa menjaga anak perempuan. Pelbagai aspek yang perlu kita jaga demi maruah keluarga dan nama baik kita betul tak?

Allah SWT mengurniakan kita anak untuk kita mendidik dan menjaganya menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat, betul tak? Apa perasaan kita kalau anak kita dibawa lari orang, lebih-lebih lagi anak kita seorang perempuan. Apa tindakan dan perasaan kita bila anak dibawa lari dan si laki buat ikut sedap hati dia saja? Anak perempuan tu tak ada mak bapak lagi ker?

Jika pembaca sekalian buat sesuatu yang demi mempertahankan maruah anak dan keluarga kita sendiri, adakah itu dianggap cederakan dan cubaan membunuh?

Amir Bazli hanya dijadikan KAMBING HITAM pakatan haprak demi untuk memfitnah DS Zahid Hamidi. Disebabkan takut dengan tindakan undang-undang yang puak pakatan haprak ini lakukan kerana KDN sekarang tidak seperti dulu. Mereka tegas dalam setiap tugas yang diamanahkan pada pasukan keselamatan di bawah KDN. Tiada lagi amaran, tapi tindakan tegas akan diambil!!


GR kata: Karpal jeles sebab Guang Eng sebenarnya sebab tu nak tunjuk hebat gak. He he he...

Artikel pelbagai