Tuesday, July 2, 2013

HOT: LISA SURIHANI BIKIN PANAS DI WECHAT..?? ADA GAMBAR HOT GILER??? @PDRMsia


Inilah akibatnya bila teknologi sudah semakin canggih. Kemudahan yang kita kecapi hari ini adalah bertujuan untuk mudah untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain di mana kita berada.

Sejak permulaan adanya Myspace, Friendster dan Facebook telah menaikkan satu fenomena yang sangat meluas di seluruh dunia. Pada mereka yang menggunakan kemudahan media sosial untuk kegunaan yang baik sangat dialu-alukan.

Platform media sosial yang sudah pelbagai ini ramai masyrakat menggunakan untuk merebut peluang untuk meraih pendapatan yang lumayan dengan mempromosikan pelbagai perniagaan mereka. Ramai yang kita lihat pelbagai portal atau blog dan juga Facebook mahu pun Instagram perniagaan mereka begitu terkenal hingga ke seluruh dunia.

Tapi ada juga pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan teknologi baru demi kepentingan peribadi mereka. Terbaru apa yang GR kesalkan platform WeChat telah disalahguna pakai oleh pihak tak bertanggungjawab dengan mempromosikan perniagaan haram mereka.

Antara gambar panas yang dipromosikan di WeChat

Kuala Lumpur: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.

Berdasarkan pemantauan, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.

Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.

Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.

Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.

Mohon pihak berkuasa segera pantau sindiket ini dan pihak WeChat harus lebih berwaspada kerana penggunaan WeChat sudah meluas ke seluruh Malaysia. Kalau anak-anak muda yang masih bersekolah terjebak dengan gejala yang tak sihat ini macam mana? Jangan asyik pikir nak untung jer yer...!!


GR kata: Kesian Lisa dan Sham juga yang kena, sebab duta WeChat kan, walaupun bukan gambar diaoarang!!

1 comment:

Anonymous said...

That's definitely not Lisa Surihani. .
Bibirnya lain sgt2. .

Artikel pelbagai