Golongan guru sekolah adalah merupakan satu kerjaya yang sangat tinggi dan dipandang baik oleh seluruh masyarakat. Tugas mereka yang tidak kira waktu adalah untuk memastikan anak bangsa diberikan pendidikan yang secukupnya dan menjadi seorang yang berguna di masa hadapan.
Sejak zaman dahulu lagi, golongan guru diberikan layanan cukup baik. Baik di kawasan kampung dan juga di mana saja. Malah ada ibu bapa yang mengharap sepenuhnya guru di sekolah mendidik anak mereka kerana ibu bapa ini sibuk dengan tugas mereka mencari rezeki yang halal.
Dari sudut pihak Kerajaan pula, terlalu banyak program dan benifit yang diberikan pada golongan guru ini. Dengan kenaikan gajinya, sistem waktu kerjanya dan macam-macam lagi. Ini adalah kerana untuk membolehkan lebih ramai golongan guru dapat dilahirkan sekali gus dapat melahirkan anak bangsa yang lebih produktif.
Tapi sejak kebelakangan ini, ada segelintir GR lihat golongan guru ini seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan apa yang dikecapi selama ini. Ada juga yang cuba menggunakan waktu mengajar dengan menghasut anak murid supaya membenci Kerajaan. Apa anak murid ini tahu? Adakah mereka sudah boleh mengundi? Ketika waktu mengajar gunakanlah tanggungjawab yang diberikan sehabis baik, ketepikan lah soal politik. Kerja adalah kerja, jangan disebabkan 'Nila setitik rosak periuk sebelanga'.
GR berasa sangat sedih bila ada golongan guru yang 'makan anak murid sendiri'. Contoh sudah kita lihat banyak laporan yang dibuat. Apakah dosa anak murid ini diperkosa kerana mahu langsaikan nafsu sendiri. Golongan guru seperti inilah yang boleh merosakkan anak bangsa, sudah tentu mereka yang teraniaya takut untuk pergi ke sekolah lagi. Bagaimana untuk mereka menimba ilmu??
Terbaru dalam Dewan Rakyat diberikan cadangan terbaik untuk golongan guru ini. Adakah mereka masih tidak berpuas hati dengan pihak Kerajaan. Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya..?? Lanjut baca lagi di bawah:
Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.
“Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.
“Ini atas dasar kemanusiaan…tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya.
Terdahulu, menjawab soalan Hasbullah mengenai usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasa Institut Perguruan Malaysia (IPGM), Mary berkata beberapa aktiviti dilaksanakan termasuk usaha untuk menarik 30 peratus pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai profesyen perguruan khususnya di IPG.
Institut itu turut melaksanakan usaha ke arah memberi penarafan kepada semua 27 kampus IPG di seluruh negara selain kursus-kursus untuk pengukuhan latihan perguruan dan pembangunan profesionalisme, katanya.
Bagi meningkatkan prestij IPG setanding institut pengajian tinggi awam (IPTA), satu pelan strategi telah dirangka untuk mencapai sasaran 33 peratus pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran (PhD) menjelang 2020, kata Mary.
Beliau berkata pada tahun 2012, daripada 3,947 pensyarah IPG, seramai 308 pensyarah adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan 3,057 Sarjana. – Bernama
Betul juga apa yang diaorang cakap ni kan. Bukan guru jer ada perasaan nak tukar tempat bertugas, golongan penjawat awam lain pun sama. Pada Boss-Boss di Kementerian tu...fikir-fikirlah sama yer yang terbaik untuk semua.
GR kata: Kajilah yang terbaik demi keputusan terbaik untuk kepuasan semua pihak.
7 comments:
Suatu bentuk penulisan yg tidak menyeluruh serta sekadar pandangan peribadi yg lemah,
Hapuskan sekolah jenis kebangsaan. Apa takut sangat nak cakap? Jadikan 1 Sekolah mcm 1 Malaysia lah. Bila lagi TS Mahyuddin nak bersuara?
Disebabkan ramai guru yg sokong pembangkang tp ramai jg yg sokong kerajaan. Jgn disebabkan itu golongan guru diserang membabi buta. Harap admin dapat buat kajian dahulu sblm menyerang guru. Majoriti guru adalah lulusan ijazah dan diploma. Cuba bandingkan dgn pegawai dari jabatan atau agensi yang lain yg berkelayakan setara. Kaji dari segala aspek.
Sebenarnya golongan guru telah diberi banyak kelebihan oleh kerajaan ... yang paling best ialah guru turut bercuti apabila sekolah bercuti ... kalau ada kerja pun mungkin pergi kursus atau jaga rombongan dan aktiviti ko-kurikulum ... kalau kerja banyak di sekolah, biasa la tu, orang lain pun banyak kerja juga ..
Gologn GURU lah paling kuat sokong Pembangkang dn KUFUR NIKMAT dgn sgala yg diperolehi. Mreka senang dan bermewah tp mereka tipu dan nafikan nikmat ini.
Mereka ejen pembangkang di sekolah2 terutama Ustad2 J-QAF dan pendidikan Islam. Mengajar budka tk sehebat mana tp bukan main kencang kalau ckp bab politik parti.. kerajaan rasuah, Menteri rasuah, xIslamik.. pdhal mereka hidup dgn FITNAH, curi tulang dan tk mendidik dgn amanah.. makan gaji BUTA.. cuti yang panjang.. masa kerja yang kurang dr penjawat awam lain..cuma sekali sekala bergantung kpd Ketua Jabatan mereka (GB/ Pengetua) yg arahkan aktiviti tambahan.. merekalah yg tidka manah dan penggemar rasuah.. itulah seharam2 sumber yg mereka suap pd anak bini!!
Krjn terlalu lemah dlm menyediakan dokrtin kebangsaan dan penjawatan awam!
minta maaf aku cakap....golongan yang tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada adalah GURU.......golongan yang paling beruntung dalam perkhidmatan awam adalah GURU......yer,tugas guru adalah mulia...so be it.........aku tak pernah tengok profesyen guru diangkat sebegitu tinggi berbanding profesyen lain....dan guru sekarang tak macam guru dulu dulu...kita boleh lihat guru zaman dahulu....kebanyakan pejuang umno adalah dari golongan guru....dan sekarang kebanyakan pejuang pembangkang adalah dari golongan guru.....tidak cukupkah dengan apa yang anda dapat sekarang wahai guru?? shame on u.....
Andaian demi andaian, begitulah. Bila benci, pertikaikan, bila suka diamkan, walaupun ia guru yang sama.
Demikianlah juga mereka yang kufur nikmat tuhan, kerana demi tuan yang kononnya beri rezeki kepada perut, rela butakan mata untuk melihat dengan adil, hak tuhan dan hak tuan boleh bertukar ganti.
Dulu guru menyokong UMNO, sekarang guru menentang UMNO. Samada guru yang berubah menjadi kufur atau guru tetap mulia kerana tahu apa yang mereka buat.
Post a Comment