Saturday, June 2, 2012

PELANCARAN BN WP ESOK, JOM TURUN RAMAI-RAMAI! #bn4wp @MuhyiddinYassin @RajaNongChik @rizalmanmokhtar @umbkl


Esok Pelancaran Barisan Nasional W.Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa. Program bermula jam 9.00 pagi.

Program akan dirasmikan oleh YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dijemput kepada semua warga W.Persekutuan ke program ini. Ini bukan perhimpunan rempuh benteng atau pun baring atas jalan raya yer, tapi himpunan cara yang baik dan aman. Tak percaya mai la datang tengok yer...


GR kata: Datang jangan tak datang tau!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAKCIK NI TERHARU PADA @Zahid_Hamidi BERI BANTUAN!!




Semalam GR terima kiriman gambar melalui BBM dari kawan di Bagan Datoh, program bantuan rakyat termiskin oleh Affin Bank di parlimen tersebut. Bantuan disampaikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Seramai 68 orang rakyat termiskin di Bagan Datoh yang menerima bantuan tersebut. Rata-rata mereka yang menerima bantuan berasa sungguh gembira dengan bantuan yang diberikan dan dapat mengurangkan beban sara hidup mereka.

Terima kasih GR ucapkan pada rakan yang mengirim gambar ini. Tahniah juga GR ucapkan kepada YB Dato' Seri Zahid Hamidi kerana sentiasa mendengar keluhan rakyat dan sentiasa menyelesaikan masalah rakyat khususnya di kawasan Parlimen Bagan Datoh.


GR kata: Pemimpin Pakatan Haprak pandai tabur janji, tunaikan entah bila kiamat pun belum tentu....

Published with Blogger-droid v2.0.4

VIDEO SENSASI: @AzminAli KANTOI TERCIRIT, BUKTI SEBENAR TERSEBAR!! #SkandalAzminAli


Video bukti penyelewengan wang yang dilakukan Azmin Ali sewaktu beliau menjadi pegawai khas pada Anwar Ibrahim. Lihat video di bawah :





GR kata: Mesti kata ini semua salah dan konspirasi UMNO, betul tak YB?? Ha ha ha

Friday, June 1, 2012

PUCHONG PUSAT MAKSIAT, ANAK KARPAL SINGH JOIN SEKALI..!! #MPmalas

Gambar hiasan

Polis menahan lima warga Thailand dan dua warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah premis pusat karaoke di Jalan OP 1/6, Puchong malam tadi.

Ketua Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Selangor cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat, Inspektor Joycelyn Liza Edmund berkata dalam Operasi Noda selama tiga jam mulai 10 malam tadi itu, kesemua wanita warga asing berkenaan yang berumur antara 19 hingga 28 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan.

“Ketujuh-tujuh wanita itu telah menyalahgunakan pas lawatan sosial di negara ini dengan bekerja sebagai GRO, manakala penjaga premis itu didapati mengambil pekerja yang tiada permit,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu selesai awal pagi tadi.

Beliau berkata kesemua wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit sementara penjaga premis berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit.

Dalam operasi itu, polis turut merampas beberapa peralatan audio dan mikrofon di pusat berkenaan yang beroperasi sejak tiga bulan lalu tanpa lesen. - Bernama


GR kata: Puak DAP memang suka GRO-GRO ni ker?? Tiap-tiap malam ade 'booking' ker YB..???

VIDEO: PEMIMPIN 'MAKSUM' KENA HALAU DARI MASJID!!




Inilah dia pemimpin 'maksum' yang kononya disanjung oleh semua rakyat Malaysia. Tapi apa yang kita lihat beliau dihalau keluar dari masjid. Inilah manusia yang pandai bertopengkan hati busuk Yahudi. Nak bersolat memanglah baik, tapi apa yang akan beliau buat sebenarnya selepas solat.

Ingin memberikan tazkirah di dalam masjid, apa dasarnya yang beliau setaraf dengan imam atau pun ustaz-ustaz yang boleh memberikan tazkirah atau pun ceramah agama di dalam masjid. Pembaca lihatlah sendiri, di mana rakyat yang masih menerima beliau sebagai pemimpin negara. Pada hakikatnya syok sendiri yang dirinya lebih hebat antara semua manusia di alam ini. Manusia yang sanggup buat apa saja demi kepentingan peribadinya sendiri. Pembaca nilailah sendiri....


GR kata: Masih ingat lagi, Anwar nak datang Ijtima' Tabligh KL beberapa minggu lepas. Syura Tabligh tak benarkan beliau datang. Badan dah tak suci agaknya...He he he

MP SEGAMBUT MAKAN GAJI BUTA..!! @limlipeng #MPmalas


Di manakah seorang wakil rakyat apabila rakyat ditimpa bencana?? Jawatan yang dipikul yang dipilih oleh rakyat sendiri nampak macam seorang pekerja yang makan gaji buta. Atau pun mereka ini menggunakan istilah seorang pemimpin Pakatan Haprak iaitu "No Complaint No Help"..itu macam rakyat boleh mati woooo YB....


GR berasa simpati apa yang menimpa nasib rakyat Segambut yang ditimpa bencana kebakaran. Apa yang mereka harapkan pemimpin yang mereka sanjung satu tika dahulu entah hilang ke mana. Nak tunjuk muka tu jangan cakaplah setahun sekali pun belum tentu. Apakah MP Segambut ini pilih bulu untuk memberi bantuan kepada rakyat khususnya di Parlimen Segambut. Pada pandangan GR, MP yang semacam ini seorang wakil rakyat goyang kaki. Apa pun tak boleh..!!!
KUALA LUMPUR: Empat unit rumah setinggan berhampiran Bulatan Segambut di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini mengakibatkan 15 penghuni kehilangan tempat tinggal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran kira-kira jam 8.00 pagi itu kerana semua penghuni rumah terbabit sempat menyelamatkan diri, kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Khadiron Md Diah.

"Kita masih siasat punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, sambil menambah api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit oleh tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Jinjang, Balai Bomba Sentul dan bomba sukarelawan dari Bukit Bintang.

Seorang mangsa, Yong Wai Yan, 21, berkata dia tidak menyedari rumahnya sedang terbakar kerana nyenyak tidur dan mula sedar apabila terasa panas dan kedengaran orang menjerit.

"Hanya saya seorang di rumah kerana mak dan ayah keluar bekerja. Saya tidak sempat mengeluarkan barang-barang di rumah termasuk wang tunai RM10,000.

"Kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 secara keseluruhan termasuk barangan elektrik, pakaian, perabot dan lain-lain lagi,"katanya.

Seorang lagi mangsa, Alan Sam Khai Long, 36, berkata dia menyedari kebakaran berlaku apabila ada orang menjerit mengatakan rumah terbakar.

"Saya perasan orang menjerit kira-kira jam 8 pagi dan saya menyelamatkan diri secepat mungkin termasuk ahli keluarga dan barangan yang lain. Saya hanya sempat mengeluarkan barang-barang seperti mesin basuh, televisyen dan pakaian sahaja...yang lain tidak dapat diselamatkan," katanya yang masih terkejut dengan insiden itu dan memikirkan di mana keluarganya akan tinggal selepas ini.

Baca juga DI SINI


GR kata:  Pakatan Haprak cakap saja pandai, buat kerja HARAM. Rakyat susah depa duk senang lenang...pirahhhhh!!!

PANAS: ISTERI KANTOI JUAL GAMBAR BOGEL DI FACEBOOK!!


KESAL…Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.

Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya. - Sumber


GR kata: Jagalah maruah dan harga diri..Fikir-fikirkanlah...

Thursday, May 31, 2012

ALAHAI POK NIK..NEGERI KEBAJIKAN APA MACAM NI?? #PRtipu


PAS minta derma bina lebuh raya Kota Bharu. Apa cite ni?? Tak sudah-sudah bebankan rakyat Kelate lagi ker Pok Nik??

Kerajaan Pas Kelantan meminta rakyat negeri ini tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya rakyat yg menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.

Menteri Besarnya, Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau berharap rakyat Kelantan khususnya bersama-sama kerajaan negeri bergotong-royong merealisasikan pembinaan lebuh raya itu. Katanya, setiap derma yg dihulurkan bakal memberi manfaat yg besar di samping memperoleh ganjaran pahala.


"Tidak kisahlah hendak menderma berapa pun, RM10, RM100 atau RM1,000 dan saya sendiri telah menderma RM5,000," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.

Pada majlis tersebut beberapa badan korporat dan syarikat swasta di negeri ini turut tampil memberikan sumbangan bagi pembinaan lebuh raya berkenaan. Nik Aziz menambah, konsep gotong-royong itu sememangnya sudah lama diamalkan dan ia merupakan salah satu konsep yg sangat baik.

Ujarnya, kebanyakan masjid dan surau di Kelantan juga dibina hasil gotong-royong dan derma orang ramai. "Mereka yakin sumbangan dan gotong royong itu bakal digantikan dengan pahala yang besar," katanya.

Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer (km) yang bakal menghubungkan kedua2 bandar itu dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 billion. Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sekali gus bakal menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini terutama pada musim perayaan.


GR kata: Bergotong-royong ker menyusahkan rakyat?? Mana kebajikan yang diwar-warkan sebelum ni wahai Pok Nik dan Pok Hadi Awang??

PANAS: NEELOFA POSING PAKAI BAJU DALAM??


Inilah dunia artis, ada saja yang akan buat peminat khususnya tertanya apa yang mereka buat ini adakah untuk publisiti atau pun saja suka-suka. Siapa tidak kenal dengan artis cantik molek Neelofa ini, betul tak?? Sebut saja nama Neelofa sudah semestinya ramai jejaka diluar sana yang tergila-gilakan beliau.

Pada pandangan GR, beliau seorang artis yang meningkat naik. Beliau mempunyai bakat yang semulajadi terpendam yang menarik minat GR terhadap beliau. Baru-baru ini GR terkejut dengan penampilan baru beliau untuk menjadi cover model untuk majalah tersebut. Wajarkah beliau berpakaian seperti ini....lihat di bawah :


Haaaaa...inilah posing yang GR maksudkan. Bukan ada apa-apa yang panas pun, ye tak?? He he he...Jangan mareee yerr!!

Apa pun baju lip lap yang Neelofa pakai untuk majalah Cosmopolitan edisi Jun 2012 akan bersinar seperti lampu sekiranya keadaan gelap. Pembaca yang budiman lebih arif tentang dunia fesyen berbanding GR kan....Apa pun tahniah GR ucapkan pada Neelofa kerana terus mencipta nama dalam dunia seni dan GR doakan Neelofa terus success dalam perniagaan yang diceburi.


GR kata: Cakap pasal seksi laju jer korang ek...Hu hu hu

PANAS: PENDEDAHAN EKSKLUSIF LELAKI DIGODA ANWAR IBRAHIM!!




Pendedahan demi pendedahan dibuat demi untuk memberitahu siapa sebenar Anwar Ibrahim. Masih ada yang berfikiran kuno, otak dah tepu disebabkan ketaksuban mereka dengan ketua pembangkang yang perasan dirinya hebat dan bagus.

Masakan masih ada rakyat Malaysia yang tidak boleh menilai baik buruknya lelaki yang bernama Anwar Ibrahim ini. Apakah jika benar beliau seorang yang 'maksum', kenapa mesti ada keluar kes dan cerita yang tidak mengambarkan beliau sebagai seorang pemimpin. Bukti sudah ada dengan bukti dari sumber yang bergerak masih ingin menafikan. Inilah dia manusia yang entah apa GR boleh kategorikan...pembaca nilailah sendiri.

Apa pun lihat video eksklusif yang dihasilkan oleh blogger 1peluru untuk tatapan pembaca sekalian. GR mohon nilailah dengan matang wajarkah manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang... Mintak dijauhkan lah!!!


GR kata: Tunggu pendedahan dari GR mengenai Anwar Ibrahim menubuhkan sebuah Yayasan dan juga tidak diterima untuk datang ke salah sebuah masjid Tabligh di Malaysia....

MENARA KLCC BAKAL TEWAS DENGAN MENARA DI INDONESIA


Takhta Petronas Twin Tower sebagai menara tertinggi Asia Tenggara bakal tewas menjelang tahun 2020. Do Indonesia Signature Tower sedang giat dibina dan apabila siap kelak bangunan 111 tingkat setinggi 638 Meter ini akan menjadi menara ke lima tertinggi di dunia. Ini berbanding hanya 88 tingkat dan 452 Meter pada menara berkembar Petronas.

Projek bernilai 18 Trillion Rupiah (RM 6 Billion) ini bakal menempatkan hotel, pusat beli belah serta ruang pejabat. Pembinaan menara ini ialah bagi memenuhi kehendak ruang pejabat yang semakin tinggi di Jakarta. Ia juga bakal menjadi bahan berlagak warga Indonesia bila bergaduh dengan Malaysian di Youtube dan Forum . "Menara kami lebih tinggi donk!.....

Seterusnya baca dan lihat gambar DI SINI


GR kata: Jangan berlagak sangat..ramai warga Indon cari rezeki di Malaysia...

TERKINI: LUKISAN KARTUN DIHARAMKAN UNTUK PRU-13!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang mengunakan karikatur dalam poster mereka untuk mengambarkan pemimpin-pemimpin politik semasa pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, amalan tersebut adalah tidak sesuai dan hanya mencetuskan situasi tegang sepanjang tempoh pilihan raya.

Beliau menambah, pasukan penguatkuasa SPR akan menurunkan mana-mana poster yang menggambarkan para pemimpin.

“Kami tidak mahu amalan seumpama ini berterusan dalam pilihan raya umum ke-13,” kata Wan Ahmad.


GR kata: Ada ker parti politik dengar kata?? Rasa-rasanya sapa ek??

Wednesday, May 30, 2012

PANAS: OTAI ROCK @AkuAmySearch BAKAL DIBOIKOT..??


Vokalis kumpulan rock legenda Search iaitu Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai UMNO pada hari Selasa semalam.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak.

“Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu.

“Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,".

Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian parti itu kepada Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di ibu pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Artis lain yang turut menyertai parti tersebut dan menyerahkan borang keahlian adalah vokalis kumpulan May iaitu Mustaffa Din (Mus) dan Ibnor Riza Ibrahim.

Tambah Amy, dia sudah lama mempertimbangkan untuk menyertai UMNO kerana Allahyarham bapanya sering mengingatkan mengenai perjuangan parti itu dalam memartabatkan bangsa dan memajukan tanah air sejak 66 tahun yang lalu.

“Sudah lama saya fikirkan untuk menyertai UMNO. Malah, di kampung saya sendiri di Johor Bahru saya dikelilingi ramai kenalan dalam parti ini. Saya sentiasa ingat pada pesanan arwah bapa mengenai kemerdekaan negara dan perpaduan bangsa.

“Jelas sekali, hanya parti ini yang dapat menyatukan dan mengekalkan bangsa Melayu serta memajukan negara. Saya berharap teman-teman dan peminat di luar sana akan menyokong UMNO demi perpaduan bangsa kita,” kongsinya.

Lihat video di bawah, apa yang ingin Amy sampaikan khusus untuk golongan Belia :



GR kata: Peeeewwwwiitttttt...

HOT VIDEO: SIAPA BERANI BUAT MACAM PENGANTIN NI??



Setiap pasangan pengantin yang sedang menunggu detik diijab kabulkan pastinya akan berasa gementar atau senang cakap, ‘nervous’.

Perasaan gementar yang paling dirasai adalah bagi pengantin lelaki kerana kaum lelakilah yang akan berdepan dengan tok kadi untuk melafazkan akad nikah bersetuju untuk memiliki pengantin perempuan sebagai isterinya secara sah.

Selalunya, kalau pengantin lelaki terlalu gemuruh atau ‘nervous’ yang terlampau, pengantin lelaki boleh tersasul sewaktu akad nikah dan terpaksa diulang-ulang proses lafaz akad nikah.

Manakala bagi pengantin perempuan, pastinya akan menitiskan air mata kerana sedih dirinya sudah pun memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak lagi di bawah tanggungan ibu dan ayah.

Tetapi, dalam video di atas GR lihat pengantin lelaki steady dan terlebih steady rasanya. He he he. Macam orang dah sedia lama dah untuk hadapi majlis akad nikah ni. Apa pun memang rocklah pengantin ni....Caiyoklahhhh!!!


GR kata: Ingin ucapakan Selamat Pengantin Baru kepada pembaca yang bakal melangsungkan perkahwinan di musim cuti sekolah ni. Jangan lompat lebih sangat yer. He he he


PANAS: ANWAR KAUTIM DENGAN BPR TUTUP KES @AzminAli?? #PRkantoi


Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal pro pembangkang tampil sekali lagi mendedahkan bagaimana Anwar Ibrahim ketika menjadi Tim. PM bertindak menutup kes rasuah membabitkan Azmin Ali. Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995 mengarahkan pegawai kanan BPR menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin, walaupun hanya bergaji RM 2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Dakwanya, penglibatan Anwar dalam kes rasuah Azmin itu didedahkan sendiri oleh bekas pegawai kanan BPR yg bertanggungjawab menyiasat kes tersebut dalam satu pertemuan di London. Katanya, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yg diserahkan bekas pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki kekayaan yg tidak seimbang berbanding pendapatannya selaku penjawat awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta.


Antara kekayaan Azmin pada ketika itu dakwa Raja Petra adalah memiliki sebuah kereta mewah BMW 325i (RM160,529), Proton Perdana 2.0 SE (RM80,767), rumah banglo dua tingkat di Setapak (RM284,118), rumah berkembar di Taman Melawati (RM210,000) serta sejumlah 1,000 unit saham dalam Hicom. Selain itu Azmin juga memiliki dua buah kereta lagi iaitu Proton Wira 1.6 Xli dan Proton Satria 1.6 Xli manakala pemeriksaan ke atas salah satu akuan bank Shamsidar mendapati terdapat kemasukan deposit cek berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai bernilai RM708,800 dari November 1992 hingga Mei 1995.

Tidak terkecuali siasatan BPR juga mendapati terdapat kemasukan cek dari bank-bank tempatan ke atas akuan milik Shamsidar berjumlah RM628,552 selain baki dalam akaun bank beliau yang pernah satu ketika mencecah angka lebih RM300,000," katanya lagi

Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia ke atas fail sulit yg dimuat naik Raja Petra mendapati laporan hasil siasatan Pegawai Siasatan, Cawangan Siasatan Am, Ibu Pejabat BPR menyarankan supaya tindakan tatatertib diambil ke atas Azmin kerana terbukti beliau memiliki kekayaan tidak seimbang.

Sementara itu, dalam kenyataannya, bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab mendedahkan segala fail sulit berkenaan kepada Raja Petra pula berkata, hanya orang yg pekak, buta serta tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita tentang rasuah membabitkan Azmin hanya suatu rekaan atau konspirasi.

Di samping itu, beliau turut menegaskan, perbuatan pegawai kanan BPR mengarah siasatan ke atas Azmin dihentikan melanggar undang2 jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah melainkan arahan pendakwaraya.

"Semasa siasatan dibuat gaji Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu menjelaskan bayaran bulan rumah di Setapak sebanyak RM3,376 dan rumah di Taman Melawati sebanyak RM1,110. Jumlah bayaran ini sahaja menunjukkan hutang Azmin melebihi gaji. Di mana Azmin dapat wang tambahan untuk hutang ini?

"Ini belum masuk bayaran deposit yang dibuat ke atas rumah dan kereta, bayaran bulan kereta BMW berjumlah RM875 dan Proton Perdana pula RM700 sebulan. Bukankah ini sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain," - Malaysia Today


GR kata: Pemimpin Pakatan Haprak kaya raya tak per...diaorang semuakan maksum...Hakktuihhh!!

SAYA TIDAK MUDAH MELATAH - @Nor4Danish


Lumrah buat semua manusia yang hidup di dunia ini terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang sememangnya memberi kematangan buat seseorang untuk menjadi insan yang lebih berguna.

Tidak terlepas daripada perkara yang sama, aktres jelita, Nora Danish yang terpaksa berhadapan pelbagai kontroversi tidak pernah melatah malah sentiasa berfi kiran positif terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

Masih belum reda dengan isu gambar seksi yang terpampang di sebuah majalah, kini bintang drama bersiri 'Tentang Dhia' ini sekali lagi dikaitkan dengan gambarnya di sebuah kelab hiburan.

Selain itu, Nora juga telah dikaitkan sebagai punca utama kes pemfailan cerai yang dilakukan pelakon kacak, Adi Putera terhadap isterinya, Aida.

"Gosip yang mengatakan saya adalah orang ketiga dalam kes pemfailan penceraian Adi Putera dan gambar di kelab itu adalah fi tnah.

"Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari daripada dugaan ini lebih-lebih lagi gosip dan kontroversi adalah asam garam dalam kehidupan seorang artis," katanya.

Berikutan itu, Nora mengakui dirinya tidak langsung tertekan dan kecewa dengan kontroversi yang dilemparkan ke atasnya kerana ketenangan yang diperoleh semasa menunaikan umrah sudah cukup buat dirinya kuat menempuhi dugaan.

"Selama 13 hari saya berada di sana saya hanya berserah kepada tuhan. Ketenangan yang saya peroleh di sana amat membantu saya untuk hadapi dugaan ini.

"Saya reda dengan semua dugaan ini tetapi saya tidak nafi kan ada rasa bimbang dan kesian dengan keluarga yang terpaksa mengharungi tempias daripada kontroversi ini," katanya. - SH


GR kata: Moga Nora tabah hadapi dugaan dan doakan Nora terus berjaya dalam bidang yang diceburi...

PANAS: UNDI PAS DAPAT APA?? #PRsesat



GR kata: Inilah dia manusia yang ada akal fikiran yang baik dalam agama tapi sayang tidak gunakan dengan sebaik mungkin. Agama diperjudikan, diperlekehkan demi meraihkan simpati dan undi rakyat. Pembaca fikir-fikirkanlah....

SANTAI MALAM: VIDEO YANG BUAT OSTAD-OSTAD PAS PANAS PUNGKOK!!




Rasa korang kalau awek sebelah rumah buat aksi macam dalam video ni amacam?? Confirm Ostad-ostad PAS yang laju datang dulu...He he he

Apa pun jom layan video di atas, lawak giler der... Kah kah kah


GR kata: Ostad PAS steady kah?? He he he

Tuesday, May 29, 2012

PANAS: MENTERI KDN BERTUMBUK DENGAN MENTERI KBS? APA KES?? #HBN2012 #BeeAntBlues


Himpunan Jutaan Belia telah pun menutup tirai dengan rasminya pada hari Ahad baru-baru ini. Banyak kenangan manis yang dapat diukir bersama pengunjung yang hadir dan kebanyakkannya dari golongan Belia itu sendiri.

Dalam kegembiraan menyambut sambutan Hari Belia 2012, ada insiden yang menarik perhatian GR bila berada di sana. Apa yang dilihat pada pandangan GR ini adalah suatu contoh yang kurang baik untuk dijadikan teladan pada rakyat Malaysia khususnya golongan anak muda yang baru meningkat naik (dewasa). Tak percaya lihat video di bawah :




Ohhhh...rupa-rupanya Menteri KDN, DS Hishammuddin dan Menteri KBS, DS Shabery Cheek mengamatkan lagi suasana kemeriahan HBN 2012 kali ini. GR begitu respect pada dua orang pemimpin ini yang begitu sporting turun padang dan turut serta dalam pertandingan gusti lengan. Caiyoklah Dato' Seri berdua...


GR kata: Kenapa sorang jer YB dari Pakatan Haprak yang turun melawat HBN 2012, mana YB yang lain?? Takut pengsan ker tengok live depan mata. Ha ha ha ha

LATEST HOT VIDEO: ANWAR SELALU KE LUAR NEGARA KERANA AMOI INIKAH..??

 

Bersih sangatkah Anwar Ibrahim ini?? Bersih sangatkah Nik Aziz? Bersih sangatkah Lim Guan Eng?? Bersih sangatkah Ambiga?? Bersih sangatkah Pakatan Haprak ini?? Tolong jawab!!!

Apakah kaitan gambar amoi di atas dengan video yang pembaca akan saksikan di bawah ini?? Video ini khas untuk pembaca sekalian yang belum pernah dipertontonkan di mana-mana kaca TV. Saksikan dan fikirkanlah yang terbaik demi masa depan negara Malaysia yang kita cintai :






GR kata: BN menang sebab penghuni hantu, yang Pakatan Haprak menang 5 negeri tu apa pulak??

PANAS: INI BUAT ANWAR & THE GENG MEROYAN LAGI!! #HBN2012 #BeeAntBlues


Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan selama lima hari dan berakhir pada Ahad, mencatatkan seramai 2.4 juta pengunjung, setakat di kawasan penganjuran utamanya, di laluan sepanjang enam kilometer Persiaran Perdana di sini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Beliau berkata jumlah itu didapati dari dua sumber iaitu kenderaan yang masuk ke kawasan program itu yang mencatat 1.1 juta pengunjung daripada 296,795 kenderaan, dan jumlah kunjungan ke segmen-segmen yang disediakan yang mencatatkan 1.3 juta pengunjung. Jumlah itu ialah dapatan kasar yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). Jumlah keseluruhan yang hadir 2.4 juta pengunjung.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar akan diketahui setelah laporan terperinci mengenai program itu siap, dijangka dalam tempoh sebulan, yang turut akan mengambil kira jumlah pengunjung ke acara-acara yang diadakan selain di lokasi laluan utama, termasuk Pertandingan Memancing yang diadakan di Pusat Rekreasi Air, Presint 13, dan perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19.

"Bagi saya bukan saja dari segi jumlah pengunjung tapi dalam semua aspek kami amat berbesar hati dan sukacita mengatakan matlamat Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini tercapai dengan baiknya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata laporan penuh mengenai program itu juga akan digabungkan dengan laporan dari agensi-agensi lain, bagi memastikan ia dilakukan secara menyeluruh kerana akan membantu dalam penajaan untuk penganjuran program pada masa akan datang.

Beliau berkata laporan penuh itu nanti akan turut melihat impak himpunan itu terhadap golongan belia, termasuk dalam memperkasa golongan belia itu sendiri di samping meningkatkan nilai kreativiti, perpaduan, keupayaan berorganisasi, kepimipinan dan nilai jati diri, serta impak lain termasuk dari segi ekonomi.

Perbelanjaan purata pengunjung pada program itu turut akan dilihat dalam menafsirkan kesan gandaan daripada pelaburan yang dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan, sekaligus menafikan dakwaan bahawa program itu hanya pembaziran, katanya.

Ahmad Shabery berkata penganjuran acara untuk tahun ketiga itu juga mendapat perhatian pengunjung antarabangsa dari Jepun, Indonesia, Filipina dan Singapura, yang turut menyertai acara-acara yang diadakan seperti Redah 4x4, Jet Ski, dan melihat persembahan artis-artis dari negara mereka.

Beliau berkata himpunan itu turut merekodkan dua catatan dalam Malaysia Book of Records iaitu Star Gazing dengan 153 teleskop dan Mencanting Batik Terpanjang - sepanjang 263.3 meter. Himpunan itu menarik seramai 1,800 peniaga serta pemamer, 2,009 buah khemah didirikan dan 16 trak makanan bergerak terlibat pada himpunan itu.

Jumlah penajaan yang diterima adalah sebanyak RM27 juta, dalam bentuk tunai dan penganjuran program, melebihi sasaran sebanyak RM25 juta, manakala sebanyak 50 agensi kerajaan, 70 badan bukan kerajaan (NGO) dan 264 pihak swasta turut menyertai program tersebut, katanya.

Ditanya mengenai sasaran untuk tahun hadapan, Ahmad Shabery berkata ia belum ditetapkan secara khusus, namun ia mestilah lebih baik daripada penganjuran pada tahun ini. - BERNAMA




GR kata: Kenapa sambutan Hari Belia di Selangor 'ramai' sangat yang datang yer?? He he he

PANAS: SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ DAN HADI AWANG??


Kedua-duanya orang kuat PAS dan mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam parti itu. Tapi tahukah kita sejarah mereka? Mari kita lihat secara ringkas riwayat kehidupan mereka ini.

Nik Aziz adalah seorang pelajar dalam bidang tafsir dan usuludin di sebuah pondok di Hyderabab. Pondok tersebut letaknya di Deo Band yang mana adalah dipengaruhi fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini adalah adik kepada Khawarij yang mempunyai sikap “tidak Sabar”.

Puak Khawarij ini menuduh Syaidina Ali dengan bermacam-macam tuduhan selepas beliau mengambil alih pucuk pemerintahan Islam selepas kematian Syaidina Osman.

Muktazilan mendesak supaya Ali segera menyiasat dan menangkap pembunuh pemerintah lalu. Tetapi Syaidina Ali memohon mereka bersabar kerana beliau ingin menyusun kerajaan beliau pada waktu itu.

Tetapi kerana ketidaksabaran mereka, maka mereka memusuhi sesiapa saja yang tidak menyokong mereka. Sikap ini ditonjolkan dalam perangai ahli-ahli PAS. Seterusnya selepas pulang ke Malaysia, Nik Aziz mengajar ilmu agama di surau-surau serta mana-mana tempat yang orangramai panggil beliau untuk memberi kuliah.

Ahli-ahli UMNO sangat kesian melihat beliau yang ke sana-sini mengajar agama dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Maka mereka membawa beliau ke dalam Kemas sebagai Guru Agama.

Beliau juga pernah dilawati oleh Anwar Ibrahim sewaktu di Kelantan dan hasil dari itu Anwar Ibrahim mencadangkan beliau membuka sebuah pondok untuk dijadiukan pusat pembelajaran agama. Nama pondok itupun hampir sama dengan nama Anwar Ibrahim.

Cuba pergi Kelantan dan siasat!

Untuk menjadi guru Kemas, beliau mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan beliau pun menjadi ahli UMNO demi untuk menjadi petugas Kemas. Walaubagaimanapun selepas beberapa lama menjadi guru agama Kemas, dalam menjalani proses kenaikan pangkat beliau telah gagal kerana ketiadaan ketokohan serta kegagalan dalam interview. Maka bertitik tolak dari situlah beliau terus keluar dari UMNO serta Kemas dan menjadi seorang ahli PAS.

Bermulalah era ‘sikap tidak sabar’ beliau serta penyokong-penyokong beliau hasil serba sedikit pengajaran dari pondok di India yang berfahaman Wahabi. Sehingga ini kita dapat melihat sikap tersebut. Ini satu kejayaan besar Nik Aziz dalam karier politik beliau … menanamkan sikap tidak sabar dikalangan pengikut beliau.

Sementara itu Hadi pula adalah secara ringkasnya seorang pelajar bidang Dakwah dan Usuludin di luarnegara. Setelah tamat pengajian beliau pulan ke Malaysia dan bertugas sebagai pegawai agama di agansi kerajaan di Terengganu.

Bapanya iaitu Hj. Awang adalah bekas Setiausaha UMNO bahagian di Terengganu, Di Atas kekuatan bapanya sebagai seorang Setiausaha bahagian, maka dengan senangnya beliau dilantik menjadi pegawai agama di Terengganu.

Tetapi, selepas gagal dilantik sebagai Kadi kerana ketidakupayaan atau kegagalan menghasilkan prestasi tugas yang baik, beliau terus mendaftar menjadi ahli PAS dan meletakkan jawatan sebagai pegawai Agama. Dan selepas itu beliaulah yang menfatwakan yang UMNO itu kafir.

Itulah dua orang pemimpin PAS. Kedua-duanya kecewa kerana tidak mendapat jawatan yang lebih tinggi. Kedua-duanya adalah bekas pemakan budi UMNO. Kedua-duanya juga menjadi pemecahbelah kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Yang lebih penting ialah kegagalan mereka berdua menghasilkan undang-undang hudud yang sama. Undang-undang hudud PAS Terengganu juah berbeza dengan undang-undang hudud PAS Kelantan. Kenapa terjadi begini?

Ini adalah kerana mereka berdua bukan pakar dalam bidang syariah. Mereka hanya pakar dalan dakwah, tafsir dan usuludin. Seorang pandai bercakap dan seorang lagi hanya pandai mentafsir tetapi mengikut citarasa sendiri dan kepentingan parti.



GR kata: Mana perjuangan negeri kebajikan dan Hudud PAS?? Saja nak meraih simpati dan undi rakyat ajer ker??

PERGHH! NAZMI TERIMA GAJI RM300,000 SEBULAN??


JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu. - SH


GR kata: Jadi orang kaya baru jangan lupa diri..Tahniah! Teruskan harumkan nama negara.

PANAS: TMJ @HRHJohor2 JAWAB ISU NO PLAT WWW 1!


Seperti yang sedia maklum, bidaan nombor plat WWW 1 yang dimenangi oleh DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor telah diputarbelitkan oleh sesetengah pihak yang pada pandangan GR otak mereka ini letak dekat lutut. Pada pandangan GR perkara ini tidak perlu dikritik apatah lagi dipolitikkan. Kekayaan yang dimiliki oleh sesebuah Kesultanan DiRaja itu tidak perlu dipertikaikan kerana sejak dari dulu lagi Raja adalah pemimpin No. 1 dalam sesebuah negara atau pun negeri.

Untuk mengelakkan rakyat terus TERTIPU dengan menerima cerita dari sumber yang tidak sah, Tengku Mahkota Johor itu telah memberi penjelasan di dalam twitter beliau. Lihat di bawah :


Bagi pendapat GR, pembelian plat nombor tersebut merupakan satu business plan yang tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lagi pun, wang itu adalah milik Tuanku Sultan sendiri.

Dan perlu diingat bahawa perkataan WWW adalah universal yang sinonim dengan World Wide Web (WWW). Maka, nilainya sudah tentu lebih mahal daripada yang lain.... Daulat Tuanku

Cerita lanjut baca DI SINI


GR kata: Pada YB yang cuba rosakkan lagi pemikiran rakyat jangan cakap main sedap mulut jerk!! Terdesak sangat pun, pakai otak yer. Sekarang sendiri yang malu...

Monday, May 28, 2012

FOTO (PART 1): THE MOST BEAUTIFUL PEOPLE IN HIMPUNAN JUTAAN BELIA #HBN2012 #BeeAntBlues

Himpunan Jutaan Belia Putrajaya telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya. Seramai lebih 2 juta pengunjung berjaya dicatatkan selama karnival terbesar ini dijalankan.

Memang rugi pada siapa yang tak datang menyaksikan sendiri program-program yang disediakan dalam karnival terbesar di Asia ini. Di bawah GR sediakan beberapa foto dikongsikan untuk pembaca sekalian. Foto-foto seterusnya akan menyusul di artikel seterusnya...








GR kata: Rakyat Malaysia memang semuanya sporting-sporting dan sukakan keamanan dan keceriaan BUKAN suka huru hara dan demonstrasi.

PANAS: ANAK KANTOI BEROMEN DENGAN IBUNYA!!


Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya. - Metro


GR kata: Kecik-kecik dah pandai buat 'macam-macam'...macam mana pula dengan orang tua yang siap ada videonya sekali yer?? Fikir-fikirkanlah....

VIDEO MENTERI KBS @shaberycheek MENGENAI DRAG RACE! #HBN2012 #BeeAntBlues




Semalam GR ada mengeluarkan artikel mengenai insiden yang diluar jangkaan berlaku di Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya. Nak baca klik di sini.

Atas perkara inilah Menteri KBS YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mengarahkan acara tersebut DIBATALKAN serta merta demi keselamatan pengunjung yang hadir. Lihat video di atas kenyataan Menteri KBS mengenai perkara tersebut.





GR kata: Pada yang tidak tahu perkara sebenar jangan cuba sebarkan khabar angin. GR doakan pada pengunjung yang cedera parah semoga cepat sembuh. InsyaAllah....

Sunday, May 27, 2012

DAL SHABET K-POP GAMATKAN SUASANA #HBN2012! #BeeAntBlues

Konsert kumpulan Dal Shabet ini telah berjaya menarik golongan Belia dan anak muda membanjiri pentas utama HBN 2012 malam semalam. Rata-rata mereka yang hadir adalah peminat muzik K-POP itu sendiri yang sekarang ini semakin mula digemari ramai di Malaysia.

GR tidak berapa pandai mengenai muzik K-POP ini, tapi bila GR lihat sendiri semalam live depan mata memang syok wooo. Rugi siapa yang tak datang HBN 2012 kali ni. Pada peminat-peminat K-POP yang tak dapat datang HBN kali ni, tak per GR paparkan video konsert khas malam tadi. Lihat di bawah :





GR kata: Layan derrrr...He he he

EKSKLUSIF: ARTIS POPULAR MASUK UMNO!! #HBN2012 #BeeAntBlues


Pembaca kenal tak artis popular ini?? GR terserempak dengan beliau ketika sedang berjalan-jalan di sekitar both yang ada di Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya.

Artis ini memang sempoi abis...bermesra dengan semua pengunjung yang datang ke HBN ini. Artis yang GR maksudkan Radhi OAG. Tengah-tengah bersembang, GR berseloroh pada beliau "Isilah borang keahlian masuk UMNO"....Radhi jawab: "OK, saya setuju meh sini borang saya isi form sendiri dan submit cepat tau"...

Tabik GR pada Radhi OAG, tanpa paksaan beliau rela hati ingin menjadi ahli (orang) UMNO. Pada golongan-golongan artis yang menyokong Kerajaan, amatlah GR ucapkan terima kasih kerana mereka ini sedar Kerajaan yang ada sekarang sudah semestinya yang terbaik demi membela nasib rakyat Malaysia.


GR kata: Makin ramai artis menyokong Kerajaan, yang tak sokong tu fikir-fikirkanlah yer! He he

VIDEO HOT: @Khairykj DAN @razaliibrahim BERENTAP? APA KES?? #BeeAntBlues #HBN2012





GR kata: Dua orang pemimpin muda yang sempoi habis...cayalah YB KJ dan DRI! Terbaiklah...


GEMPAR: KOMANDO ATM MENGAMUK DI #HBN2012! ADA YANG PENGSAN?? #BeeAntBlues


Semalam Himpunan Jutaan Belia yang dijangka berlansung dengan aman 'dicemari' oleh sekumpulan pengganas yang cuba mencacatkan program HBN yang mendapat sambutan luar biasa sejak hari ianya bermula.

Aksi pengganas ini berjaya DIPATAHKAN oleh markas Komando ATM yang berpengkalan sementara di tapak Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya. Dengan kepantasan dan kecekapan anggota komando menggunakan terup berkemahiran tinggi berjaya menumpaskan pengganas yang cuba mengagalkan HBN2012 ini.

Tahniah GR ucapkan kepada markas Komando ATM kerana berjaya mematahkan serangan yang cuba dibuat oleh pengganas terbabit. Jom kita layan video di bawah :




GR kata: Terbaiklah demo markas Komando ATM, rugi korang tak datang tengok...

PANAS: AWEKS MELAYU CEMOLOT DI KAWASAN UMUM! UMNO YANG SALAH??


Mahu luluh hati Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika melihat gelagat beberapa penyokong Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby, Sabtu lalu.

Sebelum perlawanan, sudah dipesan oleh Tok Guru agar menjaga imej negeri Serambi Mekah itu namun mungkin nasihat berkenaan difahami sekerat jalan, yakni jangan merusuh sahaja. Aspek jaga imej lain terlupa untuk difahami.



GR kata: Nik Aziz mau komen apa yer?? Di manakah perjuangan Islam yang katanya sentiasa diterapkan untuk rakyat Kelantan..?? Sembang pari ker...??

PANAS: BELIA MENGAMUK DI PUTRAJAYA..?? #HBN2012 #BeeAntBlues


Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Sabtu, menegaskan bahawa golongan belia di negara ini bukan 'demo crazy' (mabuk berdemonstrasi) tetapi sebaliknya mereka sentiasa menghormati dan menyanjung prinsip demokrasi berparlimen.

Perdana Menteri berkata belia yang berindak liar dengan menyerang, menendang dan membaling batu ke arah anggota polis serta melonjak-lonjak di atas kereta peronda polis bukan contoh belia di negara ini. Beliau berkata belia telah duduk secara aman tanpa perasaan ketakutan dan orang awam juga tidak berasa cemas.

"Yang boleh menjadi contoh belia negara adalah macam saudara-saudari yang herhimpun secara aman di sini yang menyuarakan bahawa cintakan keamanan. Jangan biarkan segelintir belia rampas agenda dan imej negara kita. Jangan biarkan mereka merebut kuasa dalam negara kita," katanya pada majlis pelancaran Hari Belia 2012 di sini.


"Kita mengamalkan prinsip demokrasai berparlimen tetapi ia bukan bererti rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis. Itu bukan demokrasi...itu 'demo crazy' namanya," katanya.

Hadir pada majlis tersebut termasuk isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Razali Ibrahim. Pada majlis tersebut, Perdana Menteri menyaran supaya golongan belia menggunakan kuasa dengan penuh kematangan dan kebijaksanaan bagi memilih pemimpin negara.

"Jangan termakan hasutan dan finah dalam internet serta ucapan-ucapan oleh mereka yang tidak bertanggungjbawab untuk menghasut kita. Kita harus tahu untuk memilih antara intan dan permata. Siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini. Siapa boleh menjamin? Siapa?," katanya.

Najib menggariskan lima ciri penting iaitu cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang perlu disemai pada belia di negara ini untuk menjamin masa depan negara. Beliau berkata kehadiran belia dengan memakai baju-T berwarna warni menunjukkan belia berdiri teguh di belakang kerajaan.

"Walaupun baju berwarna-warni tetapi hati tetap satu yang sebulat rasa bahawa yakin dengan kerajaan yang ada hari ini. Bukan kita suruh anda sokong kita, tetapi belia sudah matang, sudah masak pemikirannya dan tahu membuat penilaian.

"Perkataan 'I Love PM' dan 'We Love PM', isteri saya tidak cemburu sebab love ini menggambarkan rasa hormat dan kasih pada pemimpin. Saya ucapkan terima kasih kepada belia," katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2012 kepada Pertubuhan Belia Chekas, Kampung Peruas, Raub, Pahang yang menerima Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012.

Sementara Anugerah Perdana Belia Negara kategori lelaki dan wanita masing-masing dinobatkan kepada guru Mohd Zuraidi Komari dan usahawan Haryaty Hamdzah. Kategori 'Pencapaian Luar Biasa' diungguli Suwaibah Muhammad Nasir manakala K.Murali dan Leong Fang Hui muncul pemenang kategori '1Belia 1Malaysia'. - BERNAMA





GR kata: Tahniah kepada semua Belia yang hadir...Target yang disasarkan telah mencapai target.

ACARA TERAKHIR UNTUK ANDA HARI NI DI #BeeAntBlues PORT! #HBN2012



GR kata: Cepat datang...hari terakhir yang terbaik untuk korang. Datang jangan tak datang!!

GEMPAR: ADA PENGUNJUNG MATI DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA?? #HBN2012 #BeeAntBlues


Tergempar! Terkini!! Berita GR terima tadi, berlaku malam ini dalam perlumbaaan drag race yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya. Sumber GR yang melihat kejadian terbabit, kereta tersebut hilang kawalan dan melanggar penonton yang melihat acara tersebut.

Khabar angin juga mengatakan penonton tersebut mati dilanggar kereta tersebut. Pihak penganjur telah mengesahkan tiada kematian  dan 2 orang penonton cedera parah dan selebihnya cedera ringan.



Baca lanjut DI SINI


GR kata: GR doakan kepada mereka yang terlibat dalam kejadian yang tidak dijangka ini cepat sembuh. Warning!! Jangan ada pihak yang cuba mempolitikan kejadian di atas.

Artikel pelbagai