Wednesday, May 30, 2012

PANAS: OTAI ROCK @AkuAmySearch BAKAL DIBOIKOT..??


Vokalis kumpulan rock legenda Search iaitu Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai UMNO pada hari Selasa semalam.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak.

“Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu.

“Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,".

Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian parti itu kepada Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di ibu pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Artis lain yang turut menyertai parti tersebut dan menyerahkan borang keahlian adalah vokalis kumpulan May iaitu Mustaffa Din (Mus) dan Ibnor Riza Ibrahim.

Tambah Amy, dia sudah lama mempertimbangkan untuk menyertai UMNO kerana Allahyarham bapanya sering mengingatkan mengenai perjuangan parti itu dalam memartabatkan bangsa dan memajukan tanah air sejak 66 tahun yang lalu.

“Sudah lama saya fikirkan untuk menyertai UMNO. Malah, di kampung saya sendiri di Johor Bahru saya dikelilingi ramai kenalan dalam parti ini. Saya sentiasa ingat pada pesanan arwah bapa mengenai kemerdekaan negara dan perpaduan bangsa.

“Jelas sekali, hanya parti ini yang dapat menyatukan dan mengekalkan bangsa Melayu serta memajukan negara. Saya berharap teman-teman dan peminat di luar sana akan menyokong UMNO demi perpaduan bangsa kita,” kongsinya.

Lihat video di bawah, apa yang ingin Amy sampaikan khusus untuk golongan Belia :



GR kata: Peeeewwwwiitttttt...

No comments:

Artikel pelbagai