Thursday, May 31, 2012
TERKINI: LUKISAN KARTUN DIHARAMKAN UNTUK PRU-13!!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang mengunakan karikatur dalam poster mereka untuk mengambarkan pemimpin-pemimpin politik semasa pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, amalan tersebut adalah tidak sesuai dan hanya mencetuskan situasi tegang sepanjang tempoh pilihan raya.
Beliau menambah, pasukan penguatkuasa SPR akan menurunkan mana-mana poster yang menggambarkan para pemimpin.
“Kami tidak mahu amalan seumpama ini berterusan dalam pilihan raya umum ke-13,” kata Wan Ahmad.
GR kata: Ada ker parti politik dengar kata?? Rasa-rasanya sapa ek??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment