Friday, June 1, 2012

PUCHONG PUSAT MAKSIAT, ANAK KARPAL SINGH JOIN SEKALI..!! #MPmalas

Gambar hiasan

Polis menahan lima warga Thailand dan dua warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah premis pusat karaoke di Jalan OP 1/6, Puchong malam tadi.

Ketua Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Selangor cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat, Inspektor Joycelyn Liza Edmund berkata dalam Operasi Noda selama tiga jam mulai 10 malam tadi itu, kesemua wanita warga asing berkenaan yang berumur antara 19 hingga 28 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan.

“Ketujuh-tujuh wanita itu telah menyalahgunakan pas lawatan sosial di negara ini dengan bekerja sebagai GRO, manakala penjaga premis itu didapati mengambil pekerja yang tiada permit,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu selesai awal pagi tadi.

Beliau berkata kesemua wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit sementara penjaga premis berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit.

Dalam operasi itu, polis turut merampas beberapa peralatan audio dan mikrofon di pusat berkenaan yang beroperasi sejak tiga bulan lalu tanpa lesen. - Bernama


GR kata: Puak DAP memang suka GRO-GRO ni ker?? Tiap-tiap malam ade 'booking' ker YB..???

Artikel pelbagai