Join Gossip Rakyat

Saturday, January 28, 2012

Video: PAS kata Bagi 'Chance' La MB Pegang Exco Agama, Ok Apa!!




Perlantikan Exco Agama di Selangor yang kita tahu MB sendiri melantik diri beliau sebagai exco yang baru. PAS yang nampaknya putih mata terpaksa anggukkan saja disebabkan kepentingan politik mereka sendiri.

Rakyat sebenarnya sudah nampak kepincangan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Apakah MB Khalid Ibrahim boleh memikul tanggungjawab sebagai Exco Agama di Selangor?? Jawatan yang dipikul terlalu banyak sekarang pun tidak dijalankan dengan baik...kalau nak dipersoalkan satu persatu sampai esok pun tak habis...Pembaca nilailah sendiri...


GR kata: PAS dah tak relevan hanya jadi kuda PKR dan DAP jer tu...

Motor dan Teksi Dibakar Angkara Khianat!!!


PETALING JAYA – Sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki di kawasan letak kereta Apartmen Desa Mentari, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu disedari sendiri oleh penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Katanya, sebaik api berjaya dipadamkan oleh sepasukan bomba dan penyelamat, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyiasat punca kebakaran berlaku.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian itu adalah bermotifkan balas dendam dan pergaduhan diantara dua kumpulan.

“Difahamkan, sebelum kejadian sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kenderaan datang ke lokasi tersebut lalu bertindak melontarkan sebuah objek dipercayai botol yang diisi petrol ke kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan, polis telah mengenal pasti kumpulan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu kerana mereka pernah ditangkap sebelum ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - Mynewshub


GR kata: Kawasan kubu PKR tu, kenapa selalu jadi perkara macam ni yer???

Video: Kisah Ust Harun Din Mimpi Jumpa Rasulullah S.A.W




Rujuk di sini


GR kata: Sedih dan sayup Ust Harun Din berjumpa dengan Rasulullah...Masih ingat perjuangan beliau dalam Islam dan ilmu yang disampaikan tidak ada tokok tambah pun...

PANAS!! Mesti Baca!! Penjawat Awam SABOTAJ Kerajaan???

Di sini GR ingin sambut arkitel dari sahabat blogger Rezqeen Hill menemui ketidaktulusan kakitangan penjawat awam DBKL dalam melaksanakan kerja mereka. Apakah mereka ini bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas?? Diaorang ni makan gaji buta ker?? Nak sabotaj Kerajaan ker?? Pada hal mereka bekerja dan berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan.

GR mohon agar pihak pengurusan tertinggi dan Datuk Bandar K.Lumpur ambil serius perkara ini sebab ini masalah yang dihadapi oleh rakyat. Ditimpa masalah balik Kerajaan yang kena pada hal ini salah segelintir individu yang tidak amanah dalam menjalankan kerja mereka. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Diharap pembaca dapat baca isu yang GR ingin sharekan bersama dan nilailah sendiri apakah mutu kerja yang sebegini kita inginkan dalam Kerajaan, sedangkan YAB PM sudah berkali-kali kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!!


Menariknya Tahun Baru Cina kali ini, saya telah menerima segulung notis bil² sewa rumah daripada Jabatan Pengurusan Perumahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yg dicampakkan ke dalam tong sampah rumah saya dan telah dijumpai oleh abg saya yg juga seorang blogger - PembelaWira

Hah lagi menarik, sepatutnya bukan saya yg harus menerima bil² tersebut. Sebab..
1- Alamat tersebut bukanlah di dlm tong sampah
2- Saya bukan pekerja DBKL

Kesilapan si pelaku meletakkan segulung bil² ini di dalam tong sampah rumah saya sangatlah best kerana dia tak menyedari siapa tuan rumah ini. Malangnya bagi si pelaku dan DBKL, bil² ini dijumpai di rumah blogger pro UMNO dan BN hehe.

Bil yg bertarikh bulan Disember 2011, mempunyai 3 jenis variasi color ini tertulis AMARAN, PERINGATAN dan RAMPASAN. Alamat bil² ini di Perumahan Awam (PA) Seri Johor 4A, Bdr Tun Razak. Ia terletak 1.5 KM dari rumah saya.

Utk info, PA Seri Johor merupakan kawasan yg dilawati oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dalam Program Turun Padang pada Jumaat lepas. Rujuk sini.

Persoalannya, apakah motif di sebalik perkara ini?

Segulung notis bil² dijumpai dalam tong sampah hmmm..

Perkara yg bermain dalam fikiran pembaca sekalian tentulah si penghantar ini PEMALAS orangnya. Dalam erti kata lain, dia mungkin mempunyai agenda tersendiri. Ini notis bil bulan Disember 2011, adakah bulan² sebelumnya dan akan datang juga dicampak dalam tong sampah rumah orang atau dibakar?

Perkara ini, DBKL perlu ambil perhatian dan Datuk Bandar wajib ambil tahu.

Untuk makluman, sekadar perkongsian bersama. Kawasan PA Seri Johor merupakan salah satu kawasan yg akan dibangunkan dalam Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA). Antara kawasan² sekitar yg akan dibangunkan ialah Seri Melaka, Seri Pulau Pinang, Tmn Seri Ikan Emas dan lain²


Seterusnya pembaca boleh baca di sini

GR difahamkan dari sumber dalaman DBKL sendiri beritahu bil-bil bulanan (gambar di atas) yang sebelum ni pun pegawai DBKL tersebut buang juga. Apa kejadah buat keja memain macam ni...Sabotaj namanya ni dan menyusahkan rakyat akhirnya. Mohon DBKL ambil tindakan yang sewajarnya.

GR kata: Datuk Bandar KL tolong jawab perkara ini seberapa segera, jangan buat sambil lewa...rakyat akan salahkan Kerajaan juga akhirnya sebab tak buat keja!!!

GEMPAR!! Budak Kurang Ajar Hina Raja, Rakyat Malaysia dan Ugut Bunuh YAB PM!!!


Pening GR lihat dengan budak-budak zaman sekarang. Nak kata bodoh tapi sekolah pandai-pandai. Kalau dulu Namawee hina lagu Negaraku. Tapi kini budak Melayu (mungkin la kot sebab nama dia Mohd Farizal.. Kalau fake FB ID tu tak tau la pulakkan)

GR sharekan printscreen FB budak ni dari blog rakan GR...Pembaca nilailah sendiri....

Seterusnya baca di sini


GR kata: Mohon @PDRM siasat perkara ini...ambil tindakan yang sewajarnya!!!

Kongsi Ilmu: Hubungan Romantik Dalam Islam


Untuk tatapan kita bersama....

Romantik, menurut yang diistilahkan dalam kamus ialah, “memperlihatkan suasana penuh kasih sayang, keindahan dan kemesraan”. Ia berasal dari kata 'romance' yang bererti "hubungan cinta" atau "percintaan". Romantik dalam Islam terhad kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja iaitu mereka yang telah
mempunyai hubungan yang diiktiraf syarak. Inilah yang membezakan konsep romantik Islam dan konsep romantik Barat. Di Barat, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa apa-apa batasan. Sebaliknya dalam Islam, mereka perlu mempunyai tiket terlebih dahulu sebelum konsep romantik itu dapat dihayati sepenuhnya.

Oleh itu, tidak wujud konsep cinta monyet, cinta suka-suka dan sebagainya. Ini kerana perhubungan sebegini hanya cenderung untuk memuaskan nafsu semata-mata dan tidak berkekalan. Maka romantik yang ingin dikaitkan di sini ialah mengenai hubungan cinta, iaitu hubungan yang amat penting dalam menjalin suasana erat suami isteri sepanjang usia perkahwinan.

Suasana romantik wujud kerana wujudnya rasa cinta ini. Bila rasa cinta dan sayang antara suami isteri diperlihatkan dalam bentuk kata-kata, sikap dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari, tercetuslah suasana romantik. Bermakna persoalan romantik akan tetap relevan dan menjadi satu keperluan kepada pasangan sepanjang menjalin perkongsian hidup bersama. Allah berfirman yang maksudnya, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari dirimu sendiri, supaya tenteramlah kamu kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan sayang..." (Ar Rum:21)

Dari ayat ini fahamlah kita bahawa rasa cinta dan sayang adalah pemberian Allah yang amat besar nilainya kepada pasangan suami isteri. Bagaimana rasa cinta dan sayang ini diperlihatkan terhadap satu sama lain, di situlah lahirnya suasana yang dikatakan romantik. Suami isteri yang dapat mewujudkan suasana seperti ini boleh dianggap bersifat romantik. Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W menyebut yang maksudnya, "Sekiranya seseorang itu menyintai saudaranya maka hendaklah diberitahukan kepadanya" (Sunan Abi Daud, Tirmizi dan Al Hakim di dalam Mustadrak-nya)

Maksud hadis ini, jika kita menyenangi seseorang jangan kita hanya menyimpan di dalam hati, tetapi luahkanlah rasa senang itu kepadanya menurut kehendak Islam yang sebenar. Hal ini boleh dikiaskan pada hubungan suami isteri. Oleh kerana hubungan yang unik antara kedua-dua insan ini sudah sedia diikat oleh cinta dan sayang, maka wajarlah rasa cinta-menyintai itu diucapkan. Kalaupun tidak dengan kata-kata, hendaklah dengan sikap dan tingkah laku.

Namun begitu, romantik yang sering digambarkan di layar perak tidak semuanya berpijak di bumi nyata. Romantik yang dipaparkan oleh kebanyakan filem Barat terutamanya, malah filem Melayu juga banyak yang tidak sesuai dengan nilai agama. Lambang-lambang dan aksi romantik yang ditonjolkan seperti berkucupan di tempat umum, makan berdua-duaan, bergurau senda di taman bunga dan seumpamanya, terlalu sumbang dan canggung bagi masyarakat yang cintakan Al Quran dan Sunnah. Sedangkan sifat romantik itu adalah anugerah Allah kepada manusia yang boleh agar menjadi penawar kepada hubungan kepada suami dan isteri, apa lagi bila sekali-sekala dilanda badai dugaan dan cubaan.

Sedangkan lidah lagi tergigit... Maka tatkala dilanda badai, di situ juga cinta dan sayang teruji serta menagih bukti. Salah satu pihak mesti mula mengorak langkah (make the first move) untuk membaiki semula 'frekuensi' hubungan dua hala yang tergendala. Jika satu pihak sedang marah, satu pihak lagi mesti tenang (cool down) dan diam. Api kemarahan yang sedang menyala tidak boleh dilawan dengan api kemarahan juga, tetapi perlu disiram dengan air kesabaran. Oleh itu, kadang-kadang romantik boleh diperlihatkan dengan cara diam dan membisu, bila dengan bersuara dirasakan akan memburukkan hubungan.

Rasulullah S.A.W ada memberi panduan dengan kata-katanya tentang unsur romantik ini yang bermaksud, "Beri-memberilah sesama kamu, nescaya akan saling cinta-menyintai antara kamu" (Riwayat Al Baihaqi).

Pemberian suami kepada isteri, atau isteri kepada suami mungkin berupa pakaian, makanan, barang cenderamata dan sebagainya mungkin satu panduan Baginda kepada mereka yang berkahwin. Tetapi bukan mahal atau murah, kecil atau besar pemberian itu, sebaliknya tanda ingatan dan tanda sayang yang terpancar pada pemberian itu sendiri. Pendek kata, untuk mewujudkan suasana romantik dalam rumah tangga, kita dan pasangan kita bebas memperlihatkan atau melahirkan rasa cinta melalui apa cara pun, asalkan ia bakal membahagiakan pasangan kita dan memperlihatkan rasa kasih kita kepadanya.

Caranya? Terpulang pada kesesuaian peribadi masing-masing. Ada yang suka dengan cara bermanja-manja, tetapi ada yang suka cara berterus-terang pada maksud (straight forward). Lain orang, lain cara dan gayanya. Asalkan batas syariat dan akhlak dijaga. Maruah dan kehormatan dipelihara.

Merenungi Romantik Khadijah binti Khuwailid

Mungkin kisah romantik paling agung ialah antara Rasulullah dan isterinya Khadijah R.ha. Ketika Rasulullah pulang ke rumah dengan mengalami keadaan yang luar biasa selepas menerima wahyu pertama, Khadijah menyelimutinya. Khadijah duduk di sebelah Baginda S.A.W dan meluahkan bait-bait kata yang lunak dan mententeramkan. Rasulullah tidak pula merahsiakan pengalamannya di Gua Hira', tetapi bersikap terbuka menceritakan detik-detik mencemaskan yang dialaminya. Sikap terbuka dan tawaduk Rasulullah, serta sifat keibuan Khadijah telah melahirkan suasana yang boleh dianggap begitu romantik ketika itu. Tidak hairanlah Rasulullah masih tetap mengenang Khadijah setelah Khadijah wafat terlebih dahulu sebelumnya.

Romantik Gaya Saidina Umar Al Khattab

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu".

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".

Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami.


GR kata: Kita ikuti landasan yang telah ditetapkan dalam Islam...insyAllah!!!

Friday, January 27, 2012

PANAS!! TIAN CHUA KATA ANWAR DALAM VIDEO TU??


Adakah benar apa yang dikatakan sendiri oleh YB Tian Chua dalam email beliau?? Pembaca lihatlah sendiri petikan gambar di atas..Nilailah sendiri...

Rujuk di sini

GR kata: Kalau orang yg dalam video tu perwatakan serupa..apa bezanya kan???

Pelakon Hollywood nak masuk ISLAM??


Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam.

Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.


Kata beliau lagi, "Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat-sangat indah".

"Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim".

"Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme".



GR kata: Allah S.W.T memberi hidayah kepada sesiapa saja. Islam adalah agama yg suci.

TERKINI: Lawatan TPM di Lembah Pantai


TPM sekarang sedang mengadakan lawatan kerja di Lembah Pantai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang sedang mengadakan mesyuarat tertutup di dalam Pejabat Bahagian UMNO Lembah Pantai.


Baca juga di sini

Foto Sekitar Lawatan TPM ke Putrajaya






Dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Bahagian UMNO Putrajaya, TPM yang juga Menteri Pelajaran bersetuju untuk membina Sekolah Agama Rakyat di Putrajaya.


Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sekolah Agama Berasrama Penuh yang diumumkan tadi akan dibina di Precint 8 dalam masa terdekat.

Sumber: YY

Lawatan Kerja TPM ke Putrajaya dan Lembah Pantai


Hari ni Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan kerja ke Putrajaya dan Lembah Pantai.

Beliau menunaikan solat Jumaat di Surau Putra, Al-Amin dan selesai solat Jumaat Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa makan tengahari bersama makmum dan rakyat di sekitar Putrajaya.


Turut sama, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan wakil-wakil penduduk serta pemimpin parti. Selesai makan tengahari bersama rakyat di Putrajaya, YAB TPM terus ke Lembah Pantai.

Baca juga di sini

AUKU relevan bagi Orang yg Suka Meroyan!!!


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.

"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.

Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering terlibat dengan demonstrasi membantah Auku adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.

"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya. - Bernama


GR kata: Ramai student sekarang macam tak minat nak belajar jer kan...Suka baring kat jalanraya kot..He he he

Hassan Ali - Ada Kuasa Ke-3..???




Apa benar ada 'kuasa ketiga' dalam kes pemecatan YB Dato' Dr. Hassan Ali..?? Perjuangan beliau dalam mempertahan Islam dicantas begitu saja...???

Sama-samalah kita lihat video di atas, GR kongsikan bersama untuk pembaca sekalian.

Teruskan perjuangan yang murni ini Dr. Hassan Ali...Takbir!!!!

WAJIB TONTON: VIDEO BUDAK SEKOLAH YG BERGUNA!!!

Salam Jumaat untuk semua pembaca blog Gossip Rakyat. Jom kita layan video di bawah dan ambil pengajaran daripadanya. Video ini walaupun bajetnya tidak besar tapi mesej yang ingin disampaikan sangat berguna. Video yang baik untuk pelajar-pelajar yang baru melangkah ke alam persekolahan dan juga yang bakal ke IPTA/IPTS.

Tahniah GR ucapkan kepada pelajar-pelajar SMK Cherang Ruku dapatkan hasil video yang terbaik dan video ini juga tercalon dalam Asian International Youth Movie Festival di Menami-Awaji Japan. Jom kita layan...




Baca juga di sini

GR kata: Fikirlah pengorbanan ibu bapa kita yg ingin melihat anaknya berjaya suatu hari nanti...Jangan duk sibuk nak baring kat jalan raya jer!!!

Thursday, January 26, 2012

KETUA PUTERI CABAR ANWAR IBRAHIM...??


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mencabar Ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membuktikan bahawa undang-undang sodomi atau liwat di Malaysia adalah lapuk dan tidak relevan.

Puteri UMNO turut mencabar Anwar supaya membuktikan bahawa kenyataannya itu bukan bertujuan menyokong amalan gay di Malaysia..

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, cabaran itu dibuat kerana undang-undang jenayah di Malaysia jelas menyenaraikan liwat sebagai satu jenayah dan boleh dihukum penjara.

“Undang-undang ini turut diguna pakai di negara-negara lain. Kenyataan Anwar amat mengaibkan umat Islam apatah lagi diucapkan oleh seorang pemimpin yang sentiasa dijulang kononnya berimej Islam malah baru-baru ini disifatkan sebagai pemimpin yang bakal menyatukan dunia Islam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau mempersoalkan sama ada Anwar merupakan pemimpin yang layak menyatukan dunia Islam sedangkan beliau sanggup menghalalkan perkara yang diharamkan Islam. “Jika orang Islam sendiri mengatakan undang-undang sodomi itu sudah lapuk, apa hukumnya dari sudut kaca mata Islam,”

Datuk Rosnah juga turut mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menyatakan pendirian mereka tentang kenyataan Anwar tersebut.

Malah, katanya, barisan kepimpinan PAS juga mesti menyatakan pendirian mereka tentang amalan gay yang semakin berleluasa di negara ini sama ada mereka merestui perbuatan tersebut atau sebaliknya.

Tegas beliau lagi, Puteri UMNO bimbang dengan cubaan secara terang-terangan Anwar menyokong amalan songsang seks sejenis yang pastinya dialu-alukan oleh golongan gay di negara ini.

“Pertanyaan Puteri kepada Anwar adakah kenyataannya tentang undang-undang sodomi yang dikatakan lapuk itu bertujuan meraih sokongan golongan gay yang semakin bercambah sekarang ini???"

“Adakah beliau juga mahu menghalalkan amalan seks songsang di kalangan masyarakat di Malaysia sehingga undang-undang yang berkaitan dengan amalan itu dikatakan lapuk???"


GR kata: rasa-rasa Anwar jawab tak cabaran Ketua Puteri ni..??

Lembah Pantai Dilanda RIBUT Kuat!!!


Petang semalam kawasan Lembah Pantai dilanda ribut yang sangat kuat. Hujan lebat serta angin yang sangat kuat telah menyebabkan beberapa kawasan perumahan flat di situ mengalami kerosakan yang sangat teruk diiringi juga dengan banjir kilat.

Kepada penduduk Lembah Pantai yang terbabit dengan bala bencana ini diharap bersabar dengan ujian Allah S.W.T dan GR doakan semuanya dalam keadaan yang baik.

Persoalanya sekarang, di mana Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah?? Kenapa tak turun tengok rakyat yang ditimpa bencana?? Takkan duduk diam jer...??? Beginikah sikap seorang pemimpin yang dinaikkan oleh rakyat???




Seterusnya baca di sini

Tanda Kebesaran ALLAH S.W.T!! SUBHANALLAH!!!


SUBHANALLAH!!! Maha Suci Allah S.W.T

Pembaca lihatlah gambar yang ingin dikongsikan dari rakan blogger GR iaitu Keris7Lok mengenai gambar yang diambil dari tingkat 15 di Putrajaya. Memang tidak boleh dinafikan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa dan tidak ada satu kuasa pun yang lebih hebat melainkan Allah S.W.T.

Cahaya kelihatan menyinari Masjid Putra...gambar di atas tidak ada sebarang editing.

HOT: ABG BANGLA KANTOI MAIN DENGAN BINI ORANG!!!


Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak.

Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.

Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - SH

PEMBAYARAN BR1M SECARA BERPERINGKAT!!


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) tidak perlu panik dan bimbang jika masih belum menerima pembayaran tersebut kerana pembayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata di Negeri Sembilan proses pembayaran BRIM bermula 15 Jan lepas dan pembayaran tersebut dimulakan di peringkat negeri serta juga semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pembayaran ini merupakan fasa pertama bagi mereka yang menghantar borang BRIM pada 10 Dis sehingga 27 Dis. Di Negeri Sembilan untuk fasa pertama ini sejumlah 55,000 borang yang diproses dan telah diluluskan pembayarannya di mana setiap seorang menerima RM500,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya sebanyak 168,000 borang BRIM telah dihantar dan masih belum diproses lagi manakala pembayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

“Kita kini sedang membuat pembayaran peringkat pertama. Jadi, jangan pula ada pemohon yang panik menyatakan dia belum menerima pembayaran BRIM kerana kita sentiasa membuat pembayaran berperingkat-peringkat.

“Jadi, saya harap supaya jangan ada pemohon yang panik yang menyatakan dia masih belum menerima pembayaran BRIM. Tarikh permohonan BRIM telah dilanjutkan kepada 10 Feb ini,” katanya.

Mengenai kes demam denggi, beliau berkata setakat ini tidak ada klinik swasta atau pusat perubatan swasta yang dikenakan tindakan denda oleh Kementerian Kesihatan kerana tidak melaporkan kes demam denggi.

“Apabila dilaporkan, Jabatan Kesihtan akan membuat tindakan susulan seperti menyembur ubat pencegahan nyamuk Aedes daripada membiak dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA


GR kata: Kepada penerima yang masih belum menerima diharap bersabar....

VIDEO: TEMUBUAL KP UMNO WP

Jom kita saksikan rakaman temubual ringkas bersama Ketua Pemuda UMNO W.Persekutuan merangkap Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak, Sdr Rizalman Dato' Mokhtar.




Baca juga di sini


GR kata: Mana MP BTR ni....?? Makan gaji buta ker???

VIDEO MESTI TONTON: APA LAH NASIB KAK WAN???




Pembaca nilailah sendiri kesahihan video ini...Kenyataan yang dibuat oleh Dato' Eskay benar atau tidak pembaca nilailah sendiri. GR naikkan semula video ini adalah untuk refreshkan balik apa sebenarnya yang "Hj Anwar" dah buat.

Kita boleh fikir secara logik, kalau diri kita tak bersalah kenapa susah sangat nak bagi kenyataan. Betuk tak?? Susah sangat ker tunjuk jam Omega tu?? Berangan nak jadi PM tapi cakap pusing-pusing apa citer....

GR kata: Berani kerana benar, Takut kerana salah!!!

Wednesday, January 25, 2012

MESTI BACA: WARTAWAN GAY FITNAH ROSMAH???

PANAS!!!! Dunia media baru sekarang ni panas dengan cerita isteri YAB PM DS Rosmah Mansur membelanjakan ratusan ribu ringgit di luar negara. Cerita panas berunsur fitnah ini dihebahkan oleh media dari Pakatan Rakyat itu sendiri dengan menggunakan sumber dari negara tersebut. Agak melucukan bila mereka ini menggunakan seorang wartawan dari Sydney Morning Herald, Andrew Hornery – antara lainnya dengan didakwa penulis tersebut sebagai "wartawan gay".


Cerita fitnah yang direkacipta memang tak berasas langsung. Lihat #Tweet GR sharekan di atas wartawan ini mengatakan Ds Rosmah Mansur isteri kepada Perdana Menteri Malaysia tentang membelanjakan wang RM 300,000 untuk ber-shopping di SYDNEY,AUSTRALIA. Ini adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Agak pelik kalau kita fikirkan secara logik, seorang wartawan hiburan yang memang tidak menulis apa pun pasal politik negaranya sendiri tiba-tiba boleh tau pasal hal politik di Malaysia lagi-lagi boleh "faham" sangat aktiviti isteri YAB PM ini..Betul tak???


Lagi kisah seterusnya, sila baca di sini

PANAS: LGE NYANYI LAGU BN..???




Haaaa..Apa cite Lim Guan Eng?? Terkejut ker dengan sambutan rakyat P.Pinang..Itulah reaksi LGE apabila dikelilingi oleh 10ribu pengunjung ke Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Barisan Nasional Pulau Pinang.Sokongan yang sungguh menggalakkan diberikan oleh masyarakat Cina.


Awat macam tu LGE?? Terkedu melihat aura Tranfomasi yang yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak ker?? Hi hi hi

Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, atas iltizam kerajaan untuk menerapkan semangat Gagasan 1Malaysia, rakyat Malaysia kini hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas.

"Minggu lepas sahaja negara Malaysia telah didapati menduduki tempat keempat di dunia sebagai negara yang paling sesuai untuk pesara dan hidup dengan selesa.

"Ini kerana kualiti hidup kita yang baik. Kita menduduki tempat keempat di dunia menurut ”International Retirement Index.” Bukan sahaja kesepuluh teratas, kita di nombor keempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN negeri di Tanjung Marina Bay di sini, hari ini. - BERNAMA

GR kata: LGE, hang nak kata apa lagi...??

SAMPAH SARAP DI SELANGOR, UMNO YANG DIPERSALAHKAN??


Apa citer ni Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor)...takkan pasal isu sampah pun tak boleh selesaikan?? Takkan setiap hari rakyat Selangor harus hidup dengan keadaan yang harus menghidu bau busuk dan kotor setiap hari. Pembaca lihatlah gambar di bawah:


Kehidupan rakyat di Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri yang penuh dengan sampah-sarap. Dengan erti kata lain, Selangor kini "seolah-olah" tidak mempunyai pihak berkuasa yang menguruskan pengambilan sampah sarap ini semua.

Di manakah Majlis Bandaraya Shah Alam?? Senyap membisu sajakah?? Apakah tugas MBSA sebenarnya ni..?? Takkan kutip cukai dan sewa je kejanya?? Tolonglah pandang serius perkara ini. GR difahamkan permit mengangkat sampah di Selangor ini MBSA akan memperbaharui lesen-lesen kontraktor yang dilantik dalam 2 bulan sekali. So...apa lagi takkan tak boleh kerah kontraktor-kontraktor ni buat keja??? Takkan semua nak makan gaji buta jer...!!!

Cukuplah wahai MB Selangor!! Tolonglah pandang serius kebajikan rakyat di Selangor. Mereka dah tak sanggup nak hidup bau busuk sampah setiap hari. Cuba kalau sampah-sarap penuh di rumah MB sendiri tak diangkat/buang beberapa hari, apa MB rasa?? Fikir-fikirkanlah...



GR kata: Parlimen Bdr Tun Razak ape citer YB???

YAB PM YAKIN PRU 13, BN AKAN TAWAN KELANTAN!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Najib yang juga Presiden Umno, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini.

Katanya Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan PAS amat sengit, Kelantan merupakan ‘winnable state’ bagi BN pada pilihan raya umum itu.

“Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat,” katanya kepada Bernama.

Bagi mencapai kemenangan tersebut, Awang Adek berkata Perdana Menteri mahu anggota dan pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk menggerakkan lebih banyak program mendekati rakyat.

“Perdana Menteri mengingatkan kita supaya berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri juga mahukan Umno dan parti komponen BN yang lain, mendampingi ‘pengundi atas pagar’ yang terdiri daripada mereka yang berpendirian bebas.

“Dalam perjumpaan itu, Perdana Menteri akui Wanita Umno adalah penggerak utama kita sebab Wanita ini dia banyak masuk ke akar umbi bertemu rakyat melalui Skuad Sayang. jadi Perdana Menteri kata dia nak bantu Wanita kerana dia tahu Wanita kerja kuat dan dengan adanya van Skuad Sayang, ia akan memberi kesan yang lebih kepada Wanita untuk mendampingi pengundi,” katanya.

Sempena lawatan tersebut, Perdana Menteri turut menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita Umno dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan. - Detik Perubahan


GR kata: Nilailah yang terbaik untuk kehidupan yang selesa di masa hadapan....

WAJIB BACA: KISAH BENAR PUNCA PERGADUHAN DI JALAN KEBUN!!!


Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Izinkan kami di sel13.com menerangkan kepada anda apa yang sebenarnya berlaku dan punca kepada masalah tersebut.

Kampung Jalan Kebun...Kampung berkenaan terletak bersempadan antara Shah Alam dan Klang. Penduduknya 6000 orang dan 100 % melayu. Penduduk mempunyai semangat persaudaraan serta kejiranan yang tinggi dan tidak berpecah belah walaupun berbeza fahaman politik.

Masjid sentiasa ‘hidup’ dengan aktiviti dan solat berjemaah sentiasa ramai walaupun pada waktu Zuhur dan Asar pada hari bekerja.

Penduduknya sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa sejak zaman-berzaman.

Majlis

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun.

Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis.

Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.

Punca Pergaduhan

Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008.

Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula.

Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf.

Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar.

Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan.

Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.

Sumber: The KL Chronicle

GR kata: Chegubard, jangan dok kata salah UMNO jer yeee!!!

BR1M: BAGI SUSAH TAK BAGI PUN SUSAH!!


GEORGETOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa pemberian RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah ikhlas dan tidak mempunyai sebarang maksud terselindung dan Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak akan 'mengejar' penerima bantuan.

"... RM500 ini ikhlas. Hendak terima ambil tidak mahu pun tidak apa, tetapi saya yakin rakyat yang memerlukan tentu akan ambil, malah kebetulan ia diberi bersempena dengan Tahun Baru Cina," katanya.

Najib berkata, selain itu, rakyat juga akan menikmati peluang pelaburan Saham Amanah yang dikenali sebagai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.

Skim ini diberi atas keperluan dan bagi mereka yang meminjam bank, pelabur akan menikmati keuntungan RM50 sebulan dan selepas lima tahun akan memperoleh RM5,000.

"Mana ada skim seperti ini di negara lain... ini kerana kita sudah berjanji untuk membantu rakyat," katanya dipetik Bernama.

Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, BN akan terus bekerja keras dan bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat Malaysia terus terbela dan Malaysia sebagai negara maju akan menjadi kenyataan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di sini.

Katanya, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip "semangat kekitaan dan rasa kebersamaan" bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

"Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.

"Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan," katanya.

Najib berkata, berlandaskan kepada prinsip itu juga, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan etnik, antaranya BR1M yang memperuntukan RM500 bagi setiap isi rumah, bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

"Sebab itu kita bagi bantuan untuk semua tanpa mengira kaum dan etnik. Kita beri ini kerana ekonomi kita kukuh dan kita tidak serah ekonomi kepada pasaran sahaja kerana jika diberi kepada pasaran hanya yang kaya sahaja yang akan dapat.

"Oleh itu kerajaan beri BR1M kepada golongan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, asalkan mereka perlu bantuan kerajaan beri bantuan, dan ini adalah sejarah," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga tidak meminjam duit daripada mana-mana pihak, termasuk dari luar negara, bagi tujuan mengumpul dana bantuan itu malah ia adalah hasil pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan bijak.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan, PengerusiUmno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. - SH


GR kata: Kerajaan bagi ikhlas...terpulang nak amik ke tak. Malas nak cakap banyak dah!!

PANAS: PENSYARAH MIANG, AJAK STUDENT MAIN??

KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan.
“Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.

“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan.

“Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.

“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.

“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.
Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit.

“Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya.

Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan.

Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).


GR kata: Beginikah sikap seorang pendidik anak bangsa..???

Tuesday, January 24, 2012

CERAMAH ANWAR JADI KECOH?? RAKYAT DAH MENYAMPAH KOT!!!


Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.


Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.


Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut. - SH


GR kata: Orang dah tak suka tu...tak reti bahasa lagi ker Hj Anwar...?? Atau pun kecoh ni salah UMNO?? Hi hi hi

VIDEO PANAS: RAKYAT KELANTAN MINUM AIR "BERSIH"???




Kepada pembaca yang budiman...jom kita layan video ni..lihatlah sendiri bagaimana rakyat Kelantan selama ini dibekalkan dengan air yang tidak bersih yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada mereka.

GR dah tak tau nak cakap macam mana lagi...apa tindakan susulan yang kita lihat dari kerajaan negeri tersebut?? Sibuk war2kan negeri berkebajikan?? Tapi kebajikan rakyat kenapa masih daif lagi??

GR kata: Senyum tak perlu kata apa-apa...

BN KOTAKAN JANJI PADA RAKYAT!! JANJI PR OMONG KOSONG SAJA!!!


HUTAN MELINTANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji sejak memerintah negara selepas merdeka membantu rakyat dalam mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka yang semakin meningkat.

Selain itu, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan seperti BR1M bertujuan memberi peluang kepada keluarga golongan miskin memajukan diri sendiri.

Beliau menyangkal anggapan yang mengatakan kerajaan BN bersungguh-sungguh membantu rakyat ketika hampir pilihan raya termasuk melaksanakan skim BR1M dengan tujuan untuk memancing undi. "Sebaliknya ia merupakan usaha berterusan kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah sebelum dan selepas pilihanraya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar BR1M berjumlah RM500,000 kepada 1,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, di Wisma Umno Bahagian Bagan Datoh, di sini.

"Rakyat wajar berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan idea bantuan tersebut semata-mata kerana sikap prihatin beliau terhadap rakyat miskin terutama di kawasan luar Bandar," katanya. Setakat ini seramai 4,000 penduduk di kawasan Parlimen Bagan Datoh sudah menerima baucar BR1M bernilai RM2 juta daripada kerajaan.

Kira-kira 6,000 penduduk di kawasan Parlimen yang sama layak menerima baucar BR1M bernilai RM3 juta apabila permohonan mereka diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas diproses. Ahmad Zahid berkata, kerajaan BN akan terus membantu rakyat melepasi belenggu kemiskinan sekiranya diberi mandat semula memerintah negara.

Beliau memberitahu sebanyak 1,865 permohonan BR1M di kawasan Parlimen itu terpaksa ditolak kerana borang diisi tidak tepat dan tidak lengkap. Ahmad Zahid menasihatkan pemohon terbabit menyemak semula borang permohonan mereka dengan LHDN untuk dilengkapi dan dibuat pembetulan.

Seorang penyelia bersara, Jabatan kemajuan Masyarakat (Kemas), Asmuei Marsalam, 70 yang menerima bantuan itu berkata dia tidak menduga dapat menerima wang sebanyak RM500 itu. "Saya amat gembira apabila terpilih menerima BRIM," katanya ketika ditemui selepas menerima baucer bantuan tersebut.

Beliau yang tinggal di Rancangan Rumah Awam Simpang Empat di sini pernah berkhidmat dengan Kemas selama 35 tahun mempunyai tujuh anak dan tujuh cucu. Ibu tunggal, Ainah Jumin, 75 dari kampung Sungai Samak dekat sini berasa bangga mempunyai kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutama golongan daif di luar bandar.

"Saya akan simpan wang ini dalam bank dan hanya mengeluarkannya apabila perlu," katanya yang memiliki 0.4 hektar tanah kelapa sawit yang memberi pulangan bersih RM700 sebulan.

Warga Emas, A. Muthusamy, 82 yang mempunyai 10 anak dan 10 cucu akan menggunakan wang RM500 berkenaan untuk membeli ubat bagi meringankan penyakit yang dialaminya sejak tiga tahun lalu.

"Saya dulu bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit tetapi kini tidak mampu lagi melakukan kerja yang sana kerana sudah terlalu tua,“ katanya yang tinggal di taman perumahan Desa Aman dekat sini. Seorang penduduk Taman Desa Bernam Baru, Choon Thean Foo, 52, berkata wang RM500 itu dibelanjakannya menyambut kedatangan Tahun Baru Cina tahun ini. - Bernama


GR kata: Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima...Renung-renungkan...

Monday, January 23, 2012

VIDEO CNY MESTI TONTON!! DAP NAK KATA APA???




Apa pun GR ucapkan tahniah kepada MCA di atas penghasilan video ini...terdapat mesej yang begitu mendalam untuk semua lapisan masyarakat. GR harap gerak kerja MCA hasilkan akan dapat menarik semula sokongan kaum Cina terhadap Kerajaan.

Agaknya masih belum terlambat untuk GR ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya...


GR kata: Puak-puak DAP tak senang duduk ker?? He he he

TUN M SETUJU PEMIMPIN ISYTIHAR HARTA!!!


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu berkata sebelum ini menteri kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja.


"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluaraga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

"Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.

Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengistiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. - BERNAMA

GR kata: Jangan ada pemimpin yang cuba mengelak yer..!!!

PANAS: LARANG BAJU RENANG MUSLIMAH?? EXCO AGAMA ANGGUK SAJA??


Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor (SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.

Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh masing-masing.

Bukannya memakai jubah atau purdah pun!


Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.

Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!

Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Salah ker budak-budak ni nak pakai pakaian renang yang menutup aurat?? Acara renang ni peringkat international ker?? Ramai ibu bapa pelajar-pelajar ini merungut dan sedih anak mereka diperlakukan sebegini... Pembaca fikir dan renungkanlah...


GR kata: Kecik-kecik dah diajar "bogel-bogel"...Exco Agama Selangor duk diam saja ka???

PANAS: APA? PONDAN-PONDAN 'GILAKAN' PAK ANWAR???


Pembaca yang budiman bayangkan, kalau Pak Anwar jadi PM agak-agak Akta 377 dia pinda tak?? Yelah baru-baru ni kan dia cakap akta tu menghina dan mengaibkan?? Kalau pinda melompatlah pondan-pondan kat Malaysia ni kan...Fikir-fikirkanlah....

GEORGETOWN — Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

“Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh. Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit. — Bernama


GR kata: Dalam Al-Quran pun sebut hubungan sejenis Haram...tapi masih ada yang nak pertahankan..Fikirkanlah...

VIDEO: SISTEM KEHAKIMAN NEGARA ATAU ANWAR YG BETUL??




Pembaca saksikanlah video di atas..fikirkanlah apa mesej yang cuba disampaikan..Jika Hj Anwar itu 'gentlemen' sudah pasti dia berani mempertahankan hak beliau. Betul tak??


GR kata: Berani kerana Benar, Takut kerana Salah!!!!

Artikel pelbagai