Monday, January 23, 2012

PANAS: LARANG BAJU RENANG MUSLIMAH?? EXCO AGAMA ANGGUK SAJA??


Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor (SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.

Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh masing-masing.

Bukannya memakai jubah atau purdah pun!


Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.

Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!

Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Salah ker budak-budak ni nak pakai pakaian renang yang menutup aurat?? Acara renang ni peringkat international ker?? Ramai ibu bapa pelajar-pelajar ini merungut dan sedih anak mereka diperlakukan sebegini... Pembaca fikir dan renungkanlah...


GR kata: Kecik-kecik dah diajar "bogel-bogel"...Exco Agama Selangor duk diam saja ka???

No comments:

Artikel pelbagai