Friday, September 5, 2014

PANAS: KEMENTERIAN DALAM NEGERI DISERANG 'HANTU POCONG' !! @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi






Baru saja tadi sekumpulan pelajar-pelajar yang tak der otak telah ke KDN di Putrajaya. Apakah tujuan mereka hanya mahu membuat lawatan sambil belajar? Nampaknya pemikiran mereka sangat cetek kerana dengan senang lenang ditipu oleh puak pembangkang.

Adakah ini kerja-kerja Chegu Bard atau pun Rafizi? Hanya mereka saja yang tahu.

Tujuan mereka kononnya nak menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri supaya Akta Hasutan dimansuhkan. Kenapa nak dimansuhkan?

Nampak sangat puak-puak pembangkang nie lah yang selalu dan suka menghasut rakyat dengan pelbagai cara demi meraih sokongan pada mereka. Betul tak? Paling sedih sekali...mahasiswa dipergunakan dengan DIARAHKAN membuat kerja BODOH di KDN tadi.

Siapa yang bodoh dalam perkara nie? Rakyat mahu Akta Hasutan dikekalkan dan kembalikan ISA, tapi mereka yang takut. Tak nak ikut undang-undang pi duduk negara lain...Penakut korang nie semua!!

Seram giler tengok 'Hantu Pocong' yang diaorang bawak tadi kan!! Kuang kuang kuang...


GR kata: Awek pakai tudung labuh tadi muka lawa, tapi otak takder. Kesian!!

VIDEO WAJIB TENGOK: PERTUBUHAN #PPS YANG MENJADI KEAGUNGAN RAKYAT P.PINANG? @PDRMsia @cmlimguaneng





GR kata: DAP rekrut samseng sebab nak tawan Malaysia ek??

Wednesday, September 3, 2014

#PPS: KRONOLOGI GAME PLAN GUAN ENG HASUT RAKYAT! ZAHID PULA YANG KENA TIBAI! @cmlimguaneng @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Ianya bermula beberapa minggu sudah apabila terdapat satu kes anggota PPS memukul seorang aktivis Cina di Farlim. Wahhhh...pakai jaket sudah mau tunjuk samseng maa!!

Kes itu mendapat liputan luas daripada media sosial dan mendapat perhatian Ketua Polis Negara apabila ramai pihak membuat laporan polis. Sumber dalaman memberitahu GR lebih 40 laporan Polis telah dibuat oleh orang ramai tentang kegiatan jahat PPS ini. Jika dikumpulkan dengan laporan orang ramai melalui media sosial direct kepada pihak Polis dan IGP, korang kiralah berapa banyakkan.

Kenapa Guan Eng nak salahkan IGP dan pertahankan gila-gila PPS nie? Kenapa tak salahkan orang ramai yang buat report pada Polis? Kenapa tak salahkan wartawan Cina yang PPS pukul tu, diaorang juga buat laporan Polis kan? Kalau berani sangat berdepanlah dengan mereka dulu barulah dengan IGP. Amacam lu ada berani ka Guan Eng?

Sebenarnya di sini game bermula apabila Guan Eng hendak menyelamatkan PPS dengan berkata bahawa PPS ini adalah agensi bawah kerajaan negeri tapi kalau dilihat balik video Youtube ini:




Cuba lihat setiap kali dalam ucapan Guan Eng berkata PERTUBUHAN PPS ini dan tidak pula menyebut AGENSI KERAJAAN NEGERI. Ini membuktikan bahawa Guan Eng cuba berdolak dalih untuk menyelamatkan punggung PPS dari terkena tindakan. Tapi ucapan beliau telah memerangkap beliau sendiri dalam kekalutan ini. Diri sendiri yang BODOH kan!!

Bak kata pepatah THE MORE YOU TALK THE MERRIER YOU MAKE MISTAKE!!

Tindakan yang dibuat oleh TS Khalid amatlah tepat dengan memberi amaran sekiranya kerajaan negeri P.Pinang masih berdegil pertahankan PPS tindakan akan diambil. Ianya lebih kurang umpama seorang kawan memberi nasihat kepada kawannya sendiri.

Kenapa Guan Eng mulakan 'serangan' pada malam ambang merdeka 31 Ogos? Kita semua dimaklumkan pada hari tersebut juga rumah Guan Eng telah dibaling molotov cocktail oleh 'seseorang'.

Guan Eng yang dijadualkan berada di Butterworth dalam sambutan ambang kemerdekaan anjuran kerajaan negeri tidak muncul dan berada di rumah. Kenapa tak pergi sambutan hari kemerdekaan? Kenapa cuba untuk mengelak program yang dianjurkan bersama rakyat P.Pinang?

Ini adalah sebab Guan Eng menunggu molotov meletup di rumahnya. kenapa GR berkata demikian? Cuba amati video ini:



Lihat pengawal sudah berada di pintu pagar depan dan molotov terbang dari udara landing betul-betul sebelah sebuah kereta dan pengawal itu bergegas hendak keluar tetapi beliau patah balik dan menendang molotov ke tepi...MENGAPA??
Sebabnya jika beliau keluar beliau sempat menangkap individu yang membaling molotov itu dan semuanya akan terbongkar kerana "pesta" ini adalah ANJURAN KETUA MENTERI SENDIRI utk meraih simpati rakyat UNTUK KEESOKAN harinya.

Pada keesokkannya 31 Ogos Ketua Menteri sudah dapat point yang rumahnya di baling molotov tetapi beliau hadir seperti biasa ke Padang Kota dan masih berdegil PPS meneruskan perbarisan kawat, selepas habis kawat terus kesemua 153 orang PPS ditahan. Yang lawaknya beliau cuba mendapatkan pelindungan Polis bila rumahnya dibaling cocktail.

Untuk pengetahuan semua Guan Eng sebenarnya bermain politik apabila sekali lagi menarik simpati rakyat terhadapnya walhal ini semua SUDAH DIRANCANG teliti oleh beliau. Kelmarin Guan Eng cuba memberikan 'imbuhan' RM 10ribu kepada sesiapa saja yang boleh menangkap pembaling molotov di rumahnya.

Macam mana nak tangkap individu tersebut, pada hal mereka itu dari kalangan DAP juga. Mungkin juga invididu tersebut adalah dari kalangan PPS sendiri? Betul tak? Sebab mereka ini telah dihantar training under DAP.

Lihat kronologi isu PPS ini buat tatapan kita semua dan fikirkanlah siapa sebenarnya yang cuba menghasut untuk merosakkan sistem keselamatan negara:

  1. PPS pukul orang
  2. Guan Eng pertahan PPS
  3. Laporan polis di buat
  4. TS Khalid IGP menyatakan PPS Haram
  5. Guan Eng kata PPS di bawah kerajaan negeri
  6. TS khalid kata akan tangkap PPS jika beroperasi
  7. Guan Eng beri kata kata semangat kepada anggota PPS di Komtar
  8. Molotov meletup malam merdeka
  9. PPS ditahan selepas perbarisan merdekaRaih simpati rakyat
  10. Menawarkan wang RM10ribu jika dapat tangkap individu berkenaan.

Jangan salah faham, PPS adalah satu bentuk pertubuhan yang sama macam kader komunis. Buat permulaan memang untuk membantu jaga keamanan kononnya dan membantu Polis. Tapi ia adalah permulaan menarik orang-orang Cina menyertai mereka beramai-ramai, kemudian memberi senjata  dan lawan pihak berkuasa.

Mao Tze Tong dulu pun memulakan kekuatannya dengan memenangi hati petani dan orang-orang kampung, kemudian bila jumlahnya besar dan mempunyai ahli lebih 5 juta, dia pun menggerakkan fasa 2 dengan memerangi Kuo Mintang dan berjaya menjadikan negara China sebagai negara fahaman komunis. Jadi JANGAN terpedaya dgn dakyah dan taktik Lim Guan Eng!

Macam mana pula dengan Unit Amal PAS?

GR lihat masih ramai yang tidak tahu apakah fungsi sebenar unit amal PAS. Memang benar mereka ini seperti sebuah pertubuhan sukarelawan. Tapi adakah kita tahu bagaimanakah latihan yang diajar pada mereka?

Kenapa setiap kali demo haram yang dianjurkan pembangkang, kegiatan mereka seolah-olah seperti sebuah pertubuhan ala-ala militan. Jika sukarelawan bukankah lebih baik bekerjasama dengan pihak berkuasa. Bukannya merempuh dan bertindak kasar....PPS kan lebih kurang macam tu jugakkan.

Senang saja, jika Unit Amal ini tidak pernah membuat salah atau pun melanggar undang-undang kenapa perlu MELOMPAT MACAM MONYET? Adakah mereka benar-benar bersalah? 

Adakah Zahid Hamidi ada menyebut Unit Amal PAS ini benar-benar bersalah seperti PPS? Salah ker pihak KDN dan PDRM di zaman beliau ini memantau kegiatan pertubuhan yang tidak berdaftar ini. Kalau tak buat salah, tak payah la melalakkan.

Kenapa KDN dan Polis zaman sebelum ini duduk diam saja, kenapa tak pantau mereka-mereka ini? Mustahil tak nampak dan tiada laporan dibuat betul tak? Bila zaman sekarang nie buat kerja salah, tak buat kerja pun salah. Laksanakanlah tanggungjawab tu dengan jujur dan ikhlas...betul tak??

Dalam pepatah, berani kerana benar...takut kerana salah. Dalam hal ini ada pihak yang melompat dan cuba mengaut populariti disebabkan nak tonjolkan diri. Kalau yang melompat tu dari kalangan pembangkang lantaklah diaorang tapi dikalangan penyokong kerajaan pulak jadi macam tu.

Pandangan GR senang saja, soal keselamatan haruslah kita semua bersatu. Ketepikan ideologi kita tak kira apa bangsa sekali pun. Kalau ada pihak yang buat salah dan langgar undang-undang...mereka harus menerima BAYARAN SETIMPAL atas apa yang diaorang buat tu. Fikir-fikirkanlah....




GR kata: Kenapalah ada yang tak guna otak dan buta nie semua game Guan Eng dan DAP. Isk isk isk...sedarlah sikit!!!


Tuesday, September 2, 2014

LU MAU AMAN KA, MAU JADI SAMSENG @cmlimguaneng? #PPS @Zahid_Hamidi @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA


Isu PPS nampaknya menjadi perbualan hangat di media cetak mahu pun di media sosial. Puak pembangkang nampaknya cuba menyelamatkan Big Boss mereka serta mempertahankan bahawa PPS di pihak yang 'benar'.

Jika PPS ini sebuah pertubuhan berdaftar, mana buktinya proses pendaftaran tersebut. Bukankah suatu pertubuhan yang berdaftar ada rekod atau sijil...Berani tunjuklah pada masyarakat jangan duk kata lu saja yang betul.

Dalam isu ini GR melihat beberapa pengiat media sosial pro Kerajaan kenapa perlu ikut permainan pembangkang. Sudah terang lagi disuluh. Kenyataan Menteri Dalam Negeri yang diputarbelitkan oleh portal penipu Malaysiakini boleh pulak dipercaya bulat-bulat tanpa diperiksa dahulu.

Ada juga yang kata, sekarang nie puak PAS dah elok duduk diam-diam...tengok sekarang diaorang dah naik marah. Kenapa perlu takut dengan puak pembangkang? Bukankah mereka ini musuh sebenar dalam politik? Soal keselamatan dan keamanan negara dan rakyat perlu ker kita campur adukkan dengan aspek politik?? Fikirlah sendiri yer...

“Tindakan yang sama juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal, yang telah beroperasi selama beberapa dekad dan membantu dalam pengawalan orang ramai semasa protes pembangkang dan juga acara-acara amal PAS.


Ahmad Zahid mempertahankan tindakan polis menangkap anggota PPS pada hari sambutan Kemerdekaan semalam dan menyalahkannya ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menegaskan bahawa Unit Amal PAS bukan badan keselamatan sebaliknya badan amal kebajikan.

Sehubungan itu beliau menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Unit Amal PAS ekoran tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.


Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.


” Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.

Jelas kenyataan Menteri Dalam Negeri di atas memberitahu jika ada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang sudah pasti mereka akan dikenakan tindakan. Jika Unit Amal PAS hanya menjalankan tugas sebagai sukarelawan dengan tidak melanggar undang-undang buat apa nak takut betul tak??

Kenapa baru sekarang PPS ini bila diambil tindakan ada pihak lain yang cuba melantun? Bila kata Menteri Dalam Negeri nie 'tin kosong' suka pulak yer. Bila 'tin kosong' buat kerja dengan betul salah pulak. Macam mana tu? Jika Unit Amal PAS nie betul buat kerja amal, kenapa setiap kali demo haram yang dianjurkan pembangkang mereka buat 'kerja' mengalahkan pihak berkuasa...merempuh sana sini!!


Kenapa zaman KDN dan PDRM sebelum ini tak ambil tindakan langsung pada PPS atau pun pertubuhan lain yang tak berdaftar. Sedangkan penubuhan PPS pada tahun 2011...paling tidak pantaulah kegiatatan mereka ini samada melanggar peraturan atau pun tidak. Betul tak? Takkan duk diam goyang kaki saja???

Korang fikirlah adakah standard IGP nak melayan kerenah budak-budak macam Guan Eng nie. Kalau PPS tu hebat sangat, kenapa sibuk nak cari bumbung dengan pihak Polis.


Marilah kita semua bersatu demi mempertahankan keselamatan dan keamanan rakyat. Buang ketepi ideologi politik demi keamanan rakyat dan negara. Usah kita ikut rentak pembangkang yang sekarang nie dah mula nak duduk dalam longkang.

Lihat video di bawah dan fahamilah dengan fikiran terbuka:





GR kata: Guang Eng tak der telor tue yang meraban pusing-pusing cakap!! Ha ha ha

Monday, September 1, 2014

TAHNIAH @PDRMsia! RSN RAYER TELAH DITANGKAP, BOSS PPS RUPANYA DIA!


Akhirnya ADUN Sri Delima telah ditangkap Polis. Siapa kata selama nie Polis kecut telur dan tak berani ambil tindakan pada pemimpin Pembangkang. GR yakin seluruh rakyat Malaysia sekarang bersependapat dengan tindakan yang diambil oleh pihak Polis.

GR juga harapkan kertas siasatan yang dibuka oleh pihak Polis segera diambil tindakan oleh Peguam Negara. Inilah masanya pihak berkuasa menunjukkan TARING mereka bahawa mereka bukan pengecut dan tidak lagi boleh dipijak-pijak kepala mereka.

Pada RSN Rayer terimalah nasib kau. Jangan ingat lu duduk di negeri pembangkang..lu boleh buat apa saja. Ini Malaysia ada undan-undang tau, P.Pinang pun ada undang-undang...bukannya undang-undang yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ye. PPS lu pun tak ikut undang-undang...ingat PPS tu macam bodyguard kelab malam ka??

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Rayer ditahan kira-kira jam 6 petang tadi ketika sedang berada di dalam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk membantu 153 anggota PPS yang direman.

Penahanan Rayer yang juga seorang peguam disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid.

“Saya juga difahamkan Rayer merupakan timbalan Pengerusi PPS Pulau Pinang, kami tahan beliau ketika hadir menguruskan pembebasan anggota PPS yang ditahan reman,” katanya di sini hari ini.

Mior Faridalatrash berkata sehingga pukul 6.30 petang ini, polis telah membebaskan 30 anggota PPS termasuk Pengerusinya Phee Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri.

“Kami menjangkakan akan membebaskan semua anggota PPS yang ditahan malam ini,” katanya. – Sumber

 GR kata: Anak buah hisap dadah...Boss PPS nie rasa-rasanya 'clean' ke tak yer???


Artikel pelbagai