Saturday, November 24, 2012

BANGSAT!! ANAK JENIS APA PERANGAI MACAM NIE!!

Hiasan

JITRA: Seorang lelaki yang ditinggalkan isteri tergamak mengusir ibu kandungnya keluar dari rumah mereka di Kampung Malau, di sini, semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangannya sejak seminggu lalu.

Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang masih berstatus suami orang itu terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pada jam 11.45 malam kelmarin.

Menurut sumber penguat kuasa agama daerah, sebelum melakukan serbuan, pihaknya menerima maklumat lelaki terbabit mengusir ibunya daripada rumah itu semata-mata untuk membolehkan dia tinggal bersama teman wanitanya, Metro melaporkan.

“Maklumat itu kami peroleh daripada pengadu yang juga pihak yang rapat dengan lelaki terbabit dan pengadu itu memberitahu tindakan keji lelaki terbabit menyebabkan ibunya terpaksa menumpang di rumah jiran.

 “Malah, ibunya takut pulang ke rumah kerana anaknya mengugut mahu membunuhnya jika dia pulang,” katanya. - Metro


GR kata: Anak jenis apalah macam ni kan....

KENAPA @abby_abadi112 BANGANG SANGAT!?


Makin hari makin meluat GR tengok Ostajah Celop hasil keluaran PAS ni. Ada saja kenyataan tak masuk akal yang beliau keluarkan. Tau la diri tu tak laku dah...tak laku orang nak ambil berlakon dan tak laku orang nak amik dijadikan isteri. Itu pasal meroyan lebih.

Inilah dia hasil didikan PAS pada Ostajah dan Ostad Celop mereka. Pemikiran yang tidak sihat mereka berjaya hasilkan. Pada yang mendengar pula tak mahu pikir panjang terus percaya 100%. Otak Allah S.W.T jadikan dan berikan pada kita semua adalah untuk berfikir mana yang baik dan buruk. Bukannya hentam keromo.

Sebab apa GR kata Ostajah Abby ni BANGANG!! Dari semua bab kira macam dia sorang yang CHAMPION. Cakap main hentam jerk...dah kaji belum fakta yang sebenar wahai Ostajah Celop?? Lihat di bawah :


FELDA tidak terlibat dalam penjualan minyak sawit ke Israel kecuali penjualan ke Palestine yang mana pesanan minyak sawit itu perlu melalui pelabuhan Ashdod, Israel memandangkan Israel mengenakan embargo laut, darat dan udara ke atas Palestine.

Lantaran itu, kargo muatan itu diangkut menggunakan jalan darat Israel kepada penerimanya iaitu Ajjawi Commercial Stores Company yang berpusat di Nablus, West Bank Palestine.

Sebenarnya :

Syarikat anak buah FELDA di dubai jual minyak ke BRUNGE GROUP Syarikat public listed di NYSE United States.

BRUNGE GROUP terdapat di 40 negara seluruh dunia. Berpengkalan di New York. FELDA jual ke SYARIKAT MULTINATIONAL SAHAJA !

Apa kaitan FELDA dengan ISRAEL? TAKDE!! STOP THE LIES PAKATAN RAKYAT!





GR kata: Wahai Ostajah Abby study dulu kalau diri tu tak pandai. Jangan buat malu fans anda yer. Cik Abby tak nak komen yer pasal cheque yang YDP PAS dapat duit Felda ni..!! Hi hi hi

Friday, November 23, 2012

LIVE UPDATE: Mahasiswa Masih Setia Menyokong Kerajaan! @shaberycheek @razaliibrahim @NajibRazak #PAU2012

Malam ni mahasiswa dari luar negara dan dalam negara diraikan sempena mereka menjadi perwakilan untuk Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

Majlis Makan Malam hari ini turut dihadiri oleh YB DS Shabery Cheek dan YB Dato Razali Ibrahim. GR lihat wakil-wakil mahasiswa kali ini bergitu bersemangat dan mereka tahu mahasiswa juga boleh berpolitik dan tidak menjadikan platform politik untuk kepentingan peribadi sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

GR ingin sarankan kepada semua generasi muda jangan mudah terpedaya dengan anasir-anasir luar kerana ia boleh merosakkan pemikiran korang semua. Fikirlah dengan cara yang matang, jika ingin kekalkan kepimpinan yang baik seperti sekarang buatlah yang terbaik. Semua golongan masyarakat dibela bukannya diberikan JANJI MANIS...tapi habuk tak der!!

GR kata: Golongan muda adalah pelapis memimpin negara....

Published with Blogger-droid v2.0.9

PANAS: OSTAD CELUP @hairieothman SOUND POK NIK DALAM TWEET-TWEET!!


Ramai yang tidak senang dengan doa yang dibaca oleh adik Pok Nik pada Muktamar PAS ke 58 pada minggu lepas. Doa seorang Islam yang ingin menghancurkan bangsanya sendiri, apa yang mereka lakukan hanya kepentingan peribadi mereka saja. GR bukannya untuk memihak pada mana-mana pihak, tapi secara rasionalnya kita berdoa perlulah yang baik-baik untuk semua kaum terutama umat Islam.

Dalam insiden doa PAS yang terjerit-jerit macam tarzan tu, bukan UMNO/BN yang terperanjat. Sorang lagi Ostad segera PAS pun tidak menyokong doa yang adik Pok Nik lafazkan masa Muktamar PAS baru-baru ini.


Amacam puak-puak PAS sekarang, nampaknya Ostad Segera PAS dah mula sedar perjuangan beliau dalam PAS bukan berlandaskan Islam yang suci tapi hanya semata-mata nak ke Putrajaya. Islam dipermain dan diperlekehkan macam main guli. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Doa jerit-jerit khusyuk ker??

BONGKAR: ADA LAGI AUTA GUAN ENG YANG RAKYAT P.PINANG HARUS TAHU!!


Satu perkara yang menarik perhatian GR di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang ini ialah,terlalu banyak gambar pemimpin-pemimpin PAKATAN yang ditampal merata-rata pelosok negeri termasuklah di P.Pinang. Yang paling tak boleh tahan ialah gambar Anwar Ibrahim yang dibesarkan di antara ramai-ramai pemimpin Pakatan. Kuat sangat ke parti yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim berbanding PAS dan DAP? Setahu GR kekuatan PR itu adalah refleksi kekuatan PAS. Kalau takde penyokong-penyokong tegar PAS maka takde lah PR ini 'bergerak' .

Dalam banyak-banyak billboard yang menunjukkan muka-muka PR di P.Pinang ni, ada billboard yang menunjukkan hutang RM 630 juta dah berkurang jadi RM 30 juta. Billboard itulah yang dimomokkan kepada orang-orang P.Pinang. Bagi yang tak tahu cerita sebenar, maka mereka akan berasa kagum yang amat dengan kebolehan regim DAP mentadbir negeri P.Pinang. Hakikat yang sebenar, pengurangan hutang sebanyak RM 600 juta itu adalah dari ihsan kerajaan Barisan Nasional sendiri melalui pengstrukturan semula industri air di negeri itu. Hal ini yang tak diceritakan oleh pemimpin Pakatan kepada rakyat P.Pinang. Awat hang busuk hati sangat ni Guan Eng?? Mana ketelulusan yang depa heboh-hebohkan selama ni..??

Projek Empangan Mengkuang yang bernilai RM 1.2 billion ini telah ditukarkan daripada pinjaman tanpa faedah kepada geran oleh kerajaan pusat Barisan Nasional melalui persefaham pengstrukturan semula industri air di negeri itu. Bila sebut geran, bererti kerajaan negeri tak perlu membayar balik apa-apa dari jumlah RM 1.2 billion itu.

Antara keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan DAP P.Pinang atas ihsan kerajaan BN dari pengstrukturan semula industri air di negeri itu ialah :

1. Kerajaan Pulau Pinang tak perlu bayar hutang sebanyak RM 655.24 million kepada kerajaan pusat .

2. Kerajaan Pulau Pinang dapat peruntukan/grant bernilai RM 1.2 billion untuk kerja-kerja upgrade Empangan Mengkuang .

3. Kerajaan Pusat akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk kerja-kerja penambahbaikan Empangan Mengkuang

4. Kerajaan negeri tak perlu tanggung beban kewangan untuk kerja-kerja penambahbaikan Empangan Mengkuang.


Jadi dari pernyataan no.1 di atas kerajaan pusat Barisan Nasional dah buat 'kebajikan' kepada kerajaan negeri P.Pinang DAP dengan meng'halal'kan hutang sebanyak RM 655.24 juta itu. Mungkin ada kira-kira dalam hutang kerajaan negeri yang tak diperincikan menunjukkan jumlah hutang yang dah dilangsaikan sebanyak RM 600 juta dan hanya berbaki RM 30 juta. Jadi jelas di sini, sebahagian besar dari jumlah RM 600 juta itu adalah 'ihsan' kerajan pusat Barisan Nasional. DAP ambil kesempatan ini untuk mengelirukan rakyat P.Pinang dengan memasang billboard yang cuba memberi gambaran mereka 'hebat' dalam mentadbir negeri P.Pinang. Sepatutnya di 'billboard' itu ada tambahan .. seperti "Terima Kasih BN atas ihsan kepada kerajaan negeri " Itu baru betulkan...??

Jadi seruan ini GR panjangkan kepada jentera BN dan cybertrooper di P.Pinang supaya memberikan penerangan-penerangan yang BERULANG KALI. Bayangkan setiap kereta yang lalu di depan billboard pengurangan hutang RM 630 juta kepada RM 30 juta itu akan 'termakan' dengan propaganda yang dimainkan oleh kerajaan DAP.

Cadangan GR ialah letakkan 'banner' yang kecil di bawah billboard ini menerangkan keadaan sebenar. Cuba buat ayat pendek yang kreatif contohnya :

"Terima kasih kerajaan pusat Barisan Nasional kerana melangsaikan hutang RM 655.24 million kerajaan negeri dengan pengstrukturan semula industri air"

"Jasa kerajaan Pusat Barisan Nasional menanggung hutang air kerajaan negeri berjaya menjadikan hutang kerajaan negeri berbaki RM 30 juta"



GR kata: Ehsan Kerajaan BN Pusat terhadap kerajaan Pulau Pinang DAP - Hutang RM630 juta jadi RM30 juta. Rakyat perlu sedar dan fikir jangan mudah terpedaya dengan billboard yang kononnya cantik tue...

Alhamdulillah...Pierre Andre JOIN Jemaah Tabligh!


Ucapan Pierre Andre ketika majlis ASK 2012 minggu lalu adalah ucapan yang mengejutkan di mana dia menyampaikan buat pertama kali dalam bentuk Islamik.

Gara-gara daripada ucapan itu, dia mendapat pujian yang tidak terkata melalui laman sosial mahupun peribadi.

Namun difahamkan mengikut akhbar Kosmo, Pierre mengakui yang dirinya kini mendalami ilmu agama dan sering mengikut jemaah tabligh.

Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

 "Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh (jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang). Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," kata Pierre.






GR kata: Alhamdulillah Pierre tak join PAS...mencari ilmu Islam perlulah dilandasan yang betul.

Thursday, November 22, 2012

HARTA-HARTA ISMED POK NIK DALAM NEGARA! ZUHUD SANGAT KER??



GR kata: Olamak Pok Nik Zuhud hidup penuh daif katanya..membela rakyat katanya. Yang aset harta itu amcam yer?? Rakyat Kelantan daif dia hidup mewahkan..Syabaslah PAS!!

PANAS: DAP DAH PENING @teresakok KENA HALAU DARI SEPUTEH!!


Apa sudah jadi dengan MP Seputeh, YB Teresa Kok ni?? Bukankah beliau seorang dikalangan MP yang favorite DAP. Parlimen Seputeh yang sudah sekian lama di bawah pentadbiran beliau tapi sejak akhir-akhir ini beliau DITOLAK 100% oleh rakyat di Seputeh. Itulah orang kata, nak jadi pemimpin ni perlulah bersikap adil pada masyarakat. Bukannya pegang jawatan tersebut hanya gah pada nama dan hanya untuk kepentingan POKET dan peribadi saja. So camner dengan tagline Teresa Kok "No Complaint, No Help!" yer YB...kena batang hidung sendiri ker??

Dari maklumat dalaman yang GR perolehi dari DAP W.Persekutuan, DAP sekarang sudah goyang dengan kedudukan Teresa Kok di Seputeh. Dengan pelbagai jawatan yang beliau pegang sememangnya puak PAKATAN ni gila kuasa. Jawatan yang beliau pegang sekarang ialah :

1. Member of Parliament for Seputeh (with allowance and salary)
2. Kinrara Assembly woman (with allowance and salary)
3. Selangor Senior executive Councillor (with allowance and salary)
4. Director of PKNS  (with allowance and salary)
5. Selangor DAP Chief
6. National DAP organizing secretary
7. Wanita DAP national secretary

Atas sebab ini, Pengerusi DAP Karpal Singh mengarahkan ahli DAP yang ingin bertanding PRU 13 nanti hanya boleh bertanding 1 kerusi. Persoalannya, berapa kerusi pun mereka tanding dan jika menang adakah mereka ini rajin bekerja atau pun sama jer. GR juga difahamkan Teresa Kok akan bertanding di Sekinchan pula kali ni. Senang betulkan puak PAKATAN ni, semuanya nak bidang terjun. Teresa Kok ni anak jati Sekinchan ker? Seputeh pun tak boleh jaga dengan baik, inikan pula tempat lain.

Apa yang pasti, dalam keadaaan sekarang puak DAP pening kepala mahu meletakkan siapa untuk bertanding di Seputeh kerana dengan Teresa Kok yang sudah tidak diterima oleh rakyat Seputeh. Dan ramai MP dikalangan DAP yang berebut-rebut mahukan kerusi di Seputeh.

Pada pembaca dan rakyat di Seputeh dan di Malaysia, seharusnya fikirkanlah secara rasional. Mahukan pemimpin yang boleh membela nasib rakyat atau mahukan pemimpin yang syok sendiri dan hanya tahu jaga PERUT sendiri saja. Fikir-fikirkanlah....

Baca juga DI SINI


GR kata: Teresa Kok letak kat mana-mana pun memang tak boleh pakai!!

SUARAM GAGAL FITNAH KERAJAAN, @tianchua NAK TUNJUK 'HERO' LAGI!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga bagi urusan pembelian aset pertahanan negara seperti kapal selam Scorpene, jet pejuang Sukhoi dan kenderaan berat, kata Timbalan MenteriPertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Menafikan dakwaan bahawa pembelian kapal selam Scorpene dilakukan melalui sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, beliau berkata urusan pembelian dilakukan antara kerajaan dan kerajaan.

"Saya buat penjelasan di sini bahawa kita tak pernah melantik mana-mana pihak ketiga dalam mana-mana pemerolehan aset sama ada kapal selam, kenderaan berat, Sukhoi, semua sekali urusan adalah kerajaan dengan kerajaan."

"Mindef tidak pernah ada apa-apa lantikan untuk lantik satu syarikat yang berdaftar di Hong Kong sebagai wakil untuk pemerolehan Scorpene," katanya ketikamenggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasabagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berhubung pembelian kapal selam Scorpene.Mengulas kehadiran kapal pengangkut George Washington milik Amerika Syarikat di perairan negara, Abdul Latif berkata semua pihak perlu pragmatik bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdagang dengan banyak negara. Bagaimanapun, katanya, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi sebelum memberi kebenaran untuk singgah atau berlabuh di negara ini.

"Memang kita bersetuju tetapi yang ada bawa senjata nuklear sahaja kita larang, kita tak setuju. Semua negara Asean setuju (berhubung perkara itu) tetapi kalau kapal pengangkut yang berkuasa nuklear, tidak ada masalah."

"Amerika Syarikat tak boleh sebarang datang, ia perlu melalui semua SOP.Kita kena pastikan tidak ada kebocoran dari sudut radiasi nucklear kapal yangmereka gunakan, hanya selepas prosedur ini dipastikan, baru kita beri merekalampu hijau untuk berlabuh atau singgah ," katanya.

Persidangan Dewan bersambung esok - BERNAMA

GR kata: Tian Chua tak sudah-sudah nak tunjuk 'Hero' tapi habuk pun tarak....

Wednesday, November 21, 2012

LIHATLAH KEGANASAN ISRAEL DI BUMI PALESTIN! #SaveGaza


Setiap hari, jiwa rakyat Palestin tidak pernah tenteram akibat daripada kekejaman Israel.

Kehidupan mereka semakin terseksa rentetan daripada serangan tentera itu yang tidak mengenal erti perikemanusiaan.

Di media cetak dan media portal, jelas terpapar kisah-kisah kehidupan mereka yang sudah seakan-akan sudah tiba ke penghujung jalan.

Memetik firman Allah SWT, surah Al Maaidah ayat 78 :-

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.”

Bersabarlah wahai Bumi Gaza dan umat Islam di sana! Lihat di bawah beberapa gambar keganasan di bumi Gaza :





Oleh itu marilah kita sama-sama berikan bantuan yang termampu dan semoga apa yang kita berikan ini diterima Allah S.W.T dan dapat meringankan beban yang mereka hadapi.



GR kata: Semua dijemput hadir ke Pelancaran Tabung Save Gaza Aman Malaysia esok di PWTC

HADI AWANG MAIN PANCING UNTUK JADI PM KE 7! TAPI KENAPA MESTI PUSING-PUSING??


Semakin lama Allah S.W.T tunjuk satu persatu apa agenda sebenar dalam Pakatan Pembangkang. Apa yang mereka lakukan kesemua tidak mempunyai sepakat, masing-masing sibuk mengedar jawatan dan kuasa demi kepentingan peribadi. Dalam Muktamar PAS baru-baru ini Presiden PAS sedia untuk menjadi Perdana Menteri jika PAKATAN berjaya memenangi PRU 13.

Asyik mimpi disiang hari saja depa ni semua...tidak ada sebarang perasaan atau agenda yang baik untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Yang mereka tahu hanya mahu ke Putrajaya. Awat tak tau jalan ke Putrajaya ker? Banyak carakan naik ERL ada, jalan highway yang cantik pun ada..apa lagi nak?

Pada pandangan GR senang saja, ini semua kehendak rakyat. Rakyat yang menentukan siapa yang mereka ingin memimpin negara dan kawasan mereka dengan baik. Rakyat seharusnya berfikir dan menilai mana yang memberikan perkhidmatan yang baik untuk agama, bangsa dan negara. Bukan dengan hanya menabur air liur sana sini, pelbagai "Janji Manis" diberikan tapi habuk pun tak der. Agama Islam dipermainkan begitu saja, fatwa dipusing-pusing demi meraih undi rakyat. Fikir-fikirkanlah....

Baca lagi di bawah :
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Portal berita Harakahdaily milik Pas hari ini mendakwa akhbar The Star dan portal berita The Malaysian Insider menyiarkan laporan kurang tepat berhubung kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Harakahdaily turut menyiarkan transkrip dan rakaman sebahagian ucapan penangguhan Abdul Hadi berkaitan usul perwakilan Pas agar beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Berdasarkan kepada transkrip itu, Abdul Hadi mengalu-alukan cadangan tersebut tetapi beliau bermohon kepada Allah SWT agar mengkabulkan cita-citanya memenangkan Islam sebelum meninggal dunia.

''Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah," katanya.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut menjadikan peristiwa yang berlaku semasa beliau memancing ikan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai analogi bagi memperjelaskan pendiriannya terhadap usul yang dibangkitkan perwakilan Pas itu.

''Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

''Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelingking je. Ustaz Azizan ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah," ujarnya.

Abdul Hadi juga menasihatkan Pas agar mencontohi Nabi Muhammad SAW yang berserah kepada ketentuan Allah SWT apabila ditanya pemimpin-pemimpin kabilah tentang siapa bakal dilantik sebagai pemimpin mereka sebelum peristiwa hijrah ke Madinah.

''Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

''Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.

''Jadi kita Pas ni kena ajar begitulah. Itulah caranya," katanya.

Selain itu, menurut Harakahdaily, Abdul Hadi dilaporkan dengan jelas menolak cadangan melantiknya sebagai Perdana Menteri sambil menyatakan beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada muktamar berkenaan.


GR kata: Semua pemimpin gila kuasa sibuk nak jadi PM, pasal negara dan rakyat tak pikir..jawabnya hancus laaaa nanti!!

PM @NajibRazak NAK JUMPA FOLLOWER TWITTER YANG KESEJUTA


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan hasrat untuk bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta selepas jumlah pengikutnya melepasi jumlah itu setakat ini.

Sambil menyifatkan sokongan itu sebagai saat yang istimewa bagi dirinya di laman Twitter, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang setia menjadi pengikut Twitternya selama ini.

"Bilangan pengikut Twitter saya mencecah satu juta malam tadi. Saat yang istimewa bagi saya di Twitter. Terima kasih kepada semua," katanya di laman Twitter sebentar tadi. - BERNAMA


GR kata: Siapakah rakyat Malaysia yang bertuah dapat jumpa PM? Kita tunggu nanti....

Tuesday, November 20, 2012

WOW!! @Nor4Danish Dan @zizanrajalawak Ada Apa-Apa Ker??


Ketika Juliana Evans dikaitkan dengan gambar bersama-sama seorang jejaka orang putih pada bulan lalu, kini sepertinya Zizan Razak telah menjumpai sesuatu yang baru.

Ianya dikatakan diantara hubungan yang manja diantara pelakon, Nora Danish melalui laman sosial Twitter mereka.

Panggilan seperti mama dan papa menjadi persoalan yang begitu sinonim untuk orang yang ber'couple'. Panggilan ini dibuat ketika Zizan mengikuti rancangan program realiti Maharaja Lawak Mega 2012.




GR kata: Perkara baik jangan sorok-sorok tau...betul tak?? Hi hi hi...

POK NIK BOLEH TENTUKAN SESEORANG ITU MASUK SYURGA ATAU NERAKA!?


Apa nak jadi dengan PAS sekarang? Lihat sendirilah dari Olamak mereka Pok Nik yang menyokong doa yang mereka buat beberapa hari lepas yang menjatuhkan UMNO/BN. Di sini GR ingin menjelaskan, di manakah ciri-ciri seorang muslimin di dalam diri Pok Nik? Jika dia seorang ulama' yang bertauliah dan dibanggakan oleh puak PAS, kenapa perlu bercakap untuk sebelah pihak saja? Kenapa Islam hanya ada dalam PAS saja kah? Jika umat Islam lain yang tidak berfikiran politik dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar mereka dikategorikan dalam golongan mana pula?? Mohon jawab Pok Nik!!

Tindakan Pok Nik yang sudah semestinya bercanggah dengan pemikiran waras seorang Islam sebenarnya yang boleh menyesatkan pemikiran umat Islam. Perkara biasa dalam PAS bila pendapat mereka tidak diterima oleh sesiapa pun, PAS akan kata mereka ini MURTAD. Persoalannya, siapakah kita sebagai umat Islam boleh memperkatakan seseorang itu Murtad? Siapakah kita nak menentukan Syurga atau Neraka seseorang itu? Tapi Pok Nik selamba badak dan puak-puak PAS ni dah macam tak ada pegangan agama menerima bulat-bulat apa yang Pok Nik katakan. Nauzubillah....fikir-fikirkanlah!!

Baca lagi di bawah :


KOTA BHARU 18 Nov. - Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila UMNO buang Islam daripada dasar hidup dia, maka UMNO agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila UMNO tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"UMNO tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Ketika wartawan mengajukan soalan adakah beliau menjatuhkan hukuman murtad kepada UMNO berdasarkan pandangannya itu, berikut jawapan Nik Abdul Aziz:

"Tidak kira siapa pun, tidak kira tok guru sekalipun kalau murtad, murtadlah. Usahkan UMNO, tok guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dia murtad walaupun tiada mufti beritahu, tiada hadis, tapi kalau ia tolak Islam dengan sengaja maka dia murtad."

Sementara itu, ketika ditanya adakah disebabkan UMNO sudah tidak mengamalkan Islam maka Pas mendoakan supaya parti itu ditimpa bala, beliau berkata:

"Kalau serangga pun kita bunuh. Macam nyamuk, pacat, serangga tapi kita racun kita bunuh. Ini menyebabkan akidah, akidah salah bila UMNO tolak Islam, takkan kita nak mulia."

Mursyidul Am Pas itu mengulangi bahawa doa seumpama itu adalah tidak salah.

"Tak salahlah. Dalam al-Quran sendiri sebut cerita Nabi Noh berdoa. Ya Allah aku berdoa siang malam kata Nabi Noh, dengan secara sulit dengan secara terang aku berdoa tapi orang benci pada aku, tolak aku.

"Dia pergi turut orang lain yang harta banyak dan penyokong ramai. Akhirnya Nabi Noh berdoa, ya Allah musnahkan orang itu kalau kamu tidak musnahkan orang ini, dia beranak, anak lawan aku pula, dia cucu, cucu lawan aku pula, maka jangan tinggal seorang pun," ujarnya. - Utusan


GR kata: Sedih umat Islam sekarang tidak bersatu dan umat Islam sendiri yang perlekehkan agama...Fikirkanlah dosa pahala wahai umat Islam!!

Monday, November 19, 2012

JENTERA UMNO/BN WP SIAP UNTUK BERPERANG! @MuhyiddinYassin @RajaNongChik @umbkl #bn4wp

Sekarang berlangsungnya perjumpaan YAB TPM bersama semua Ketua-Ketua PDM seluruh W.Persekutuan, Putrajaya dan Labuan.

Perjumpaan khas ini adalah bertujuan mereka menerima amanat khas dari YAB TPM yang juga selaku Pengerusi BN W.Persekutuan. Apa yang GR lihat kesemua jentera BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU 13 nanti. Mereka juga melafazkan janji untuk bekerja keras membantu rakyat dalam apa segala aspek dan rakyat akan menilai sendiri manakah parti yang benar membela rakyat dan bukannya omong kosong.

Jentera BN W.Persekutuan juga akan bekerja keras demi memastikan parlimen di W.Persekutuan akan ditawan semula oleh BN. Rakyat juga seharus fikir secara matang dan lihat dengan mata sendiri bantuan, pembangunan serta perkara baik yang macam mana lagi warga KL mahukan demi kepentingan rakyat. Fikir-fikirkanlah....

GR kata: MP Pakatan yang ada di W.Persekutuan  ni kenapa malas sangat yer??

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 18, 2012

BREAKING NEWS: Bayi 18 Bulan Dibunuh Kejam oleh Israel! #PrayForGAZA

GAZA: Bayi berusia 18 bulan maut dalam serangan terbaru Israel di tengah Gaza dan mencederakan dua adik beradik hari ini, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan. 

Bayi malang itu bernama Iyyad Abu Khusa.

"Bayi berusia 18 bulan terbunuh dalam serangandi timur Bureij (khemah pelarian) di tengah Gaza," kata jurucakap, Adham Abu Selmiya. 

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan masing-masing berusia empat dan lima tahun dikatakan "dalam keadaan kritikal". 

Serangan terbaru Israel itu menjadikan angka kematian sejak Rabu lalu kepada 47 orang manakala lebih 450 cedera. - AFP

GR kata: Ya, Allah berikanlah kekuatan saudara kami di Palestin hadapi dugaan yang berat dariMU. Tunjukkanlah kekuasaanMU pada Israel Laknatullah!!!

HOT VIDEO: ADEGAN PANAS REMMY ISHAK JADI GAY DALAM 'COMOLOT'!!


Walaupun ini video lama dan ia diterbitkan sekitar tahun 2008 pada asalnya untuk menyertai sebuah festival filem pendek yang tidak dapat kami pastikan.

Filem pendek bertemakan cinta gay Melayu ini diarahkan oleh Mohd Ikram Ismail dan khabarnya telah ditayangkan di banyak tempat termasuk ASWARA dan pelbagai festival filem indie.

Remy Ishak yang ketika itu baru sahaja bertapak dan popular dengan filem Anak Halal membawakan watak Danial dalam filem ini yang mempunyai kekasih sejenis bernama Aiman.

Kenapa di Malaysia perlu hasilkan video seperti ini?? Pihak yang bertanggungjawab haruslah sentiasa memantau sebarang cerita, iklan dan sebagainya yang ke arah mempromosikan budaya LGBT ini DISEKAT. Kalau filem pendek ini berleluasa sudah pasti anak-anak muda juga mudah terjerumus dengan budaya SONGSANG ni. Harap fikirlah apa yang patut yer!!

Lihat video di bawah, GR pun geli nak tengok :





GR kata: LGBT harus ditentang sebab ini bukan budaya yang baik. Dalam Al Quran Allah S.W.T dah tunjuk bala yang menimpa kaum Nabi Luth a.s. Renung-renungkanlah....

TAHNIAH SHILA AMZAH LAGU TERBAIK #AIM19 @Shilaamzah


SHAH ALAM: Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini malam Sabtu.

Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu.

Lebih bermakna apabila karya berkenaan adalah hasil ilham Shila sendiri daripada penulisan lirik sehingga penciptaan lagu.

"Saya amat terharu dengan kemenangan ini. Ia adalah kejayaan pertama saya di negara sendiri " katanya selepas menerima trofi kemenangan daripada penyanyi terkenal, Datuk Hattan.

Patah Seribu turut dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Lagu Pop Terbaik menewaskan karya lain seperti Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan Terukir Di Bintang (Yuna). Jaclyn turut membawa pulang dua trofi pada AIM 19 yang berlangsung pada malam Sabtu.

Sementara itu bagi kategori Album Terbaik jatuh kepada kumpulan Salam Musik menerusi album sulung mereka berjudul Salam. Mereka menewaskan calon lain seperti Stacy, Nora, Hujan dan Pesawat.

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor turut merangkul dua anugerah pada malam itu menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) melalui lagu Counting Days dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik. Kumpulan remaja, Forteen merangkul anugerah dalam kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Seperti Dulu.

Manakala penyanyi veteran, Jamal Abdillah merangkul trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan turut diumumkan sebagai penerima trofi menerusi kategori Lagu Hip Hop Terbaik gandingannya bersama Malique (Too Phat) melalui lagu Aku Maafkan Kamu.

Bagi kategori Artis Baru Terbaik, AIM 19 menobatkan kumpulan Mojo sebagai penerima anugerah tersebut sementara Lagu Rock Terbaik diterima oleh Azlan The Typewriter melalui lagu Idola. Penerima anugerah lain adalah Noraniza Idris untuk kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu ciptaan Edrie Hashim dan Ahmad Fedtri Yahya iaitu Kuasa Cinta.

Anugerah Sri Wirama AIM18 diberikan kepada kumpulan Alleycats atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam bidang muzik selama 43 tahun.

Trofi tersebut disampaikan oleh Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Khairul Anwar Salleh. Mizz Nina merangkul Anugerah Kembara atas kejayaannya menempa nama di peringkat antarabangsa.

Manakala penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina diangkat sebagai pemenang Anugerah Kembara atas kejayaannya menempa nama di luar negara. Acara tersebut dihoskan oleh Aznil Nawawi dan Adibah Nor.

AIM 19 turut menampilkan persembahan hebat pada malam itu seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz menerusi lagu Muara Hati, GX4, Nirwana, Stephen Rahman Hughes dan Forteen.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AIM 19 :

1. Artis Baru Terbaik
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Jaclyn Victor (Counting Days)

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Forteen (Seperti Dulu)

5. Kulit Album Terbaik
Even Odds Sdn. Bhd. - MizzNina (Take Over)

6. Rakaman Album Terbaik
Rahmad Ayob - Nora (Hikmah)

7. Video Muzik Terbaik

Quek Shio Chuan - Yuna (Sparkle)

8. Lagu Pop Etnik Terbaik

Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris

9. Lagu Nasyid Terbaik
Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) - Nora

10. Lagu Rock Terbaik
Idola (Audi Mok/Dark) - Azlan & The Type Writer

11. Lagu Pop Terbaik
Patah Seribu (Shila Amzah) - Shila Amzah

12. Lagu Hip Hop Terbaik

Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) - Jamal Abdillah & Malique

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) - Jaclyn Victorr

14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Aubrey Suwito (Counting Days - Jaclyn Victor)

16. Album Terbaik
SalamMusik (Salam - SalamMusik)

Sumber: mStar

AWAS! FACEBOOK INI MENYEBARKAN AJARAN YAHUDI KRISTIAN!!


Memang tak dinafikan zaman sekarang adalah zaman IT semuanya berteknologi tinggi atau lebih senang dipanggil zaman dah canggih. Setiap apa yang kita ingin lakukan akan bersangkut paut dengan IT. Di zaman sekarang juga apa yang kita inginkan sebarang maklumat dan cerita semuanya di hujung jari.

Tapi dalam pada itu, kita juga harus berwaspada dalam melayari internet disamping untuk mendapatkan sesuatu...mempelajari ilmu agama juga boleh didapati di Internet. Apa yang GR ingin sampaikan ialah haruslah berhati-hati dengan laman Facebook di atas. Apa yang GR amati selama ini, ianya adalah gerakan Kristian yang ingin menyesatkan umat Islam. Mereka mengeluarkan ayat-ayat yang lebih kurang sama dengan ajaran Islam tapi jika diamati betul-betul ayat yang dikeluarkan diputarbelitkan.

Pada pembaca yang rajin bermain Facebook dan sebagainya berhati-hatilah jangan muda terpedaya dengan ajaran yang dibawa di alam maya ini. Jika ingin mempelajari ilmu agama eloklah pergi menuntut dengan Ustaz yang arif jangan mula pergi belajar dengan Ustaz atau Ustazah segera yer....


GR kata: Mohon pihak berkuasa siasat dengan segera kewujudan FB di atas yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Artikel pelbagai