Friday, November 23, 2012

BONGKAR: ADA LAGI AUTA GUAN ENG YANG RAKYAT P.PINANG HARUS TAHU!!


Satu perkara yang menarik perhatian GR di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang ini ialah,terlalu banyak gambar pemimpin-pemimpin PAKATAN yang ditampal merata-rata pelosok negeri termasuklah di P.Pinang. Yang paling tak boleh tahan ialah gambar Anwar Ibrahim yang dibesarkan di antara ramai-ramai pemimpin Pakatan. Kuat sangat ke parti yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim berbanding PAS dan DAP? Setahu GR kekuatan PR itu adalah refleksi kekuatan PAS. Kalau takde penyokong-penyokong tegar PAS maka takde lah PR ini 'bergerak' .

Dalam banyak-banyak billboard yang menunjukkan muka-muka PR di P.Pinang ni, ada billboard yang menunjukkan hutang RM 630 juta dah berkurang jadi RM 30 juta. Billboard itulah yang dimomokkan kepada orang-orang P.Pinang. Bagi yang tak tahu cerita sebenar, maka mereka akan berasa kagum yang amat dengan kebolehan regim DAP mentadbir negeri P.Pinang. Hakikat yang sebenar, pengurangan hutang sebanyak RM 600 juta itu adalah dari ihsan kerajaan Barisan Nasional sendiri melalui pengstrukturan semula industri air di negeri itu. Hal ini yang tak diceritakan oleh pemimpin Pakatan kepada rakyat P.Pinang. Awat hang busuk hati sangat ni Guan Eng?? Mana ketelulusan yang depa heboh-hebohkan selama ni..??

Projek Empangan Mengkuang yang bernilai RM 1.2 billion ini telah ditukarkan daripada pinjaman tanpa faedah kepada geran oleh kerajaan pusat Barisan Nasional melalui persefaham pengstrukturan semula industri air di negeri itu. Bila sebut geran, bererti kerajaan negeri tak perlu membayar balik apa-apa dari jumlah RM 1.2 billion itu.

Antara keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan DAP P.Pinang atas ihsan kerajaan BN dari pengstrukturan semula industri air di negeri itu ialah :

1. Kerajaan Pulau Pinang tak perlu bayar hutang sebanyak RM 655.24 million kepada kerajaan pusat .

2. Kerajaan Pulau Pinang dapat peruntukan/grant bernilai RM 1.2 billion untuk kerja-kerja upgrade Empangan Mengkuang .

3. Kerajaan Pusat akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk kerja-kerja penambahbaikan Empangan Mengkuang

4. Kerajaan negeri tak perlu tanggung beban kewangan untuk kerja-kerja penambahbaikan Empangan Mengkuang.


Jadi dari pernyataan no.1 di atas kerajaan pusat Barisan Nasional dah buat 'kebajikan' kepada kerajaan negeri P.Pinang DAP dengan meng'halal'kan hutang sebanyak RM 655.24 juta itu. Mungkin ada kira-kira dalam hutang kerajaan negeri yang tak diperincikan menunjukkan jumlah hutang yang dah dilangsaikan sebanyak RM 600 juta dan hanya berbaki RM 30 juta. Jadi jelas di sini, sebahagian besar dari jumlah RM 600 juta itu adalah 'ihsan' kerajan pusat Barisan Nasional. DAP ambil kesempatan ini untuk mengelirukan rakyat P.Pinang dengan memasang billboard yang cuba memberi gambaran mereka 'hebat' dalam mentadbir negeri P.Pinang. Sepatutnya di 'billboard' itu ada tambahan .. seperti "Terima Kasih BN atas ihsan kepada kerajaan negeri " Itu baru betulkan...??

Jadi seruan ini GR panjangkan kepada jentera BN dan cybertrooper di P.Pinang supaya memberikan penerangan-penerangan yang BERULANG KALI. Bayangkan setiap kereta yang lalu di depan billboard pengurangan hutang RM 630 juta kepada RM 30 juta itu akan 'termakan' dengan propaganda yang dimainkan oleh kerajaan DAP.

Cadangan GR ialah letakkan 'banner' yang kecil di bawah billboard ini menerangkan keadaan sebenar. Cuba buat ayat pendek yang kreatif contohnya :

"Terima kasih kerajaan pusat Barisan Nasional kerana melangsaikan hutang RM 655.24 million kerajaan negeri dengan pengstrukturan semula industri air"

"Jasa kerajaan Pusat Barisan Nasional menanggung hutang air kerajaan negeri berjaya menjadikan hutang kerajaan negeri berbaki RM 30 juta"



GR kata: Ehsan Kerajaan BN Pusat terhadap kerajaan Pulau Pinang DAP - Hutang RM630 juta jadi RM30 juta. Rakyat perlu sedar dan fikir jangan mudah terpedaya dengan billboard yang kononnya cantik tue...

1 comment:

Anonymous said...

KERAJAAN PUSAT PATUT WAR-WARKAN JASA BAIK ITU PADA RAKYAT..RAMAI YANG X TAHU DAN AKAN TERMAKAN DENGAN TIPU DAYA DAP..

Artikel pelbagai