Ucapan Pierre Andre ketika majlis ASK 2012 minggu lalu adalah ucapan yang mengejutkan di mana dia menyampaikan buat pertama kali dalam bentuk Islamik.
Gara-gara daripada ucapan itu, dia mendapat pujian yang tidak terkata melalui laman sosial mahupun peribadi.
Namun difahamkan mengikut akhbar Kosmo, Pierre mengakui yang dirinya kini mendalami ilmu agama dan sering mengikut jemaah tabligh.
Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,
"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh (jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang). Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," kata Pierre.
GR kata: Alhamdulillah Pierre tak join PAS...mencari ilmu Islam perlulah dilandasan yang betul.
No comments:
Post a Comment