Sumbangan dan Bantuan

Sumbangan dan Bantuan

Saturday, December 31, 2011

PANAS: HJ ANWAR ANGKAT SUMPAH 8 JAN 2012..??


Siapa tidak kenal dengan Hj Anwar a.k.a DS Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang 'hebat'. Hebatnya beliau ialah pagi cakap lain, petang pulak cakap lain serupa putaran angin di tepi pantai. Dan sekarang bermacam-macam Plan A,B,C sampai Z agaknya yang dibuat beliau untuk meraih simpati rakyat terhadap beliau yang sudah pasti menuju semula ke rumah ke-2 nya di Sg Buloh.

Baru-baru ini kita tahu bahawa Tun M mencabar Hj Anwar berSUMPAH laknat terhadap isu yang didakwa terhadap beliau, jika berani dan tidak bersalah beliau bersumpah. Oleh sebab itu Hj Anwar menyahut cabaran Tun M untuk bersumpah laknat kononnya segala perbuatan keji beliau selama ini adalah "Tidak Benar". Kenapa tunggu 8 Jan 2012 baru nak bersumpah?? Kenapa tak dari dulu diajak bersumpah bersama Saiful di masjid tak nak?? Kita tunggu dan lihat sajalah nanti apa "game" Hj Anwar kali ni...



Kalau dulu semasa Hj Anwar dalam UMNO..apa yang terjadi tak kira fitnah dan sebagainya, beliau akan menyalahkan PAS dan DAP...sekarang ni lain pulak jadinya. Pembaca lihatlah #tweet beliau di atas, pada pandangan GR nampak sangat beliau terdesak untuk meraih simpati demi kepentingan politik beliau sendiri.."Yelah angan-angan Mat Jenin beliau nak jadi PM Malaysia terbantutkan dulu"...He he he


Khabarnya Hj Anwar sekarang sedang sibuk merancang strategi untuk mengumpul seberapa banyak ulama tersohor untuk tujuan sumpah laknat itu nanti. Perjumpaan sulit Anwar dengan beberapa orang dalaman tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Pakar strategi PKR telah membuktikan upacara angkat sumpah akan dilakukan dan kaedah paling SE-ISLAMIK yang boleh. Bagaimananya dilakukan..?? Sama-sama kita saksikan nanti...

8 Jan 2012 tarikh yang dirancang untuk Hj Anwar bersumpah Laknat akan dilakukan di Masjid yang ditetapkan. Segala persiapan untuk upacara tersebut sudah disiapkan hanya tunggu arahan dari Hj Anwar saja. Upacara tersebut juga akan diwar-warkan di media saluran Pakatan Rakyat dan turut dijemput stesen TV termasuk RTM dan TV3.

Berdasarkan kajian Pakatan Rakyat, Hj Anwar sedia untuk angkat sumpah laknat akan menaikkan RATING kepercayaan rakyat terhadap beliau. Betul ker?? Dengan bermain emosi rakyat berjuta kali impian beliau tercapai ker?? Kenapa baru sekarang Hj Anwar beria-ia nak mengangkat sumpah?? Kenapa tidak dari dulu lagi??

Kemuncak program jelajah Hj Anwar berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya. Wahh..dah macam siri jelajah ABPBH lah..Hi hi hi

Adakah penantian Hj Anwar ke Sg Buloh berakhir dengan aksi begini?? Lihat gambar di bawah:


Baca juga DI SINI

p/s: betul-betul dah taubat nasoha ker?? atau wayang jer tu..Mmmm

ISU WANG ZAKAT: DR ASRI SAHKAN DS JAMIL KHIR TAK GUNAKAN WANG ZAKAT!!


Dr. Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis yang juga kini Pensyarah Pelawat di Oxford University menyatakan bahawa beliau telah menghantar SMS kepada Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengenai isu tuduhan salah guna wang zakat kepada Jamil Khir dan 2 lagi yang lain untuk mengetahui kesahihan sebenar tuduhan itu.


Berdasarkan #tweet Dr. Asri ,beliau kemudiannya mendapat balasan SMS dari Jamil Khir yang mengatakan bahawa wang guaman kerajaan yang digunakan dan bukannya wang kutipan zakat untuk bayaran kepada khidmat guaman.

Pembaca lihat #tweet Dr. Asri di bawah:


Sumber: Anak Seberang


GR kata: Harta zakat adalah amanah Allah S.W.T kepada mereka yang memerlukan. Kepada puak PR jangan sibuk dok kata Menteri JAKIM songlap duit buat istana, yang Si Saifudin Nasution umah besar gedabak tu duit mana dia dapat???

OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA


SHAH ALAM, 31 DIS 2011: Malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) menjadi malam yang penuh bermakna buat kumpulan Osbon apabila mereka diisytiharkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega, sebentar tadi menewaskan tiga finalis lain.

Pengumuman kejuaraan Osbon dibuat oleh hos MLM, Dato' AC Mizal pada malam final tersebut yang berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam. Osbon yang dianggotai dua pelawak veteran, Os dan Abon muncul juara selepas mendapat tertinggi hasil undian penonton dan perkiraan markah dari juri.

Kemenangan Osbon membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350,000 beserta trofi.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Boboi yang dianggotai dua nama besar dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki dan Harum Salim Bachik. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Indonesia, kumpulan Saehu yang dianggotai Eko, Bocil dan Fika. Tempat ketiga membolehkan membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi.

Gabungan selebriti tempatan, Ifa Raziah bersama dua pelawak Singapura iaitu Suhaimi dan Ariff meraih tempat keempat pada malam final ini. Mereka bertiga yang menggelar diri sebagai kumpulan Syok meraih hadiah berupa wang tunai RM50,000 beserta trofi.


GR kata: TAHNIAH OSBON!!! Rezeki mereka..lawak otai masih power... Jangan lawak Ostad-Ostad PAS..sendiri buat sendiri Kantoi!! Hi hi hi

Friday, December 30, 2011

PANAS: FOTO SEKSI ANAK TIMB KETUA MENTERI P.PINANG TERSEBAR!!


PANAS!! GEMPAR!! TERKEJUT!!
Dunia media baru tanahair digemparkan dengan gambar anak perempuan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Prof. Ramasamy yang beraksi ghairah telah tersebar di Internet.

M.Kamaleswary iaitu anak perempuan kepada Timbalan Ketua Menteri Proffesor R.Ramasamy akhirnya telah membuat pengakuan bahawa gambar wanita India yang sedang bergelek di kelab malam itu adalah dirinya..


Sebelum ini kisah kemelut Prof. Ramasamy dengan ‘Godfather’, Karpal Singh disebabkan oleh komen pedas Ramasamy terhadap persoalan parti disidang media yang didakwa Karpal Singh bahawa Ramasamy membuat keputusan tanpa merujuk jawatankuasa DAP.

Kisah lanjut baca DI SINI


GR kata: Inilah Pakatan Rakyat bertelagah sesama sendiri, rebut kuasa demi kepentingan politik sendiri. Macam ni ada hati nak perintah Malaysia... Apa Pun Tak Boleh!!!

UCAPAN TERIMA KASIH YAB PM KEPADA RAKYAT MALAYSIA


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tahun 2011, sebagai jalan meneroka penggunaan media sosial bagi merapatkan hubungannya dengan rakyat.

Penerokaan itu dimulakan pada awal tahun, apabila buat pertama kalinya, Najib menjemput orang ramai bertanya soalan melalui laman Twitter dan Facebook.

“Saya tidak menjangka menerima respons hebat, tetapi saya berjaya menjawab soalan diajukan, termasuklah yang pelik-pelik,” katanya ketika menyoroti peristiwa sepanjang 2011 pada entri terbaru bertajuk ‘Imbasan 2011’ dalam blog 1Malaysia, semalam.

Perdana Menteri berkata, pada bulan berikutnya, beliau mempelawa 600 rakan dalam talian minum bersama di Seri Perdana dalam program ‘Mari Berjumpa, Mari Berhubung’.

Sikapnya yang berani meneroka cara baru itu menyebabkan beliau menerima banyak undangan secara dalam talian untuk berhubung dengan golongan belia.

“Tidak lama selepas itu, saya dijemput melakukan Gotcha di radio oleh krew pagi Hitz.fm dan membuat penampilan pada rancangan pagi di Radio Era, Mix.fm dan Hot.fm,” katanya.

Berdasarkan pengalaman siber dikutipnya, Najib berkata, beliau memperkenalkan Meja Bulat 1Malaysia iaitu platform interaktif untuk rakyat Malaysia memberikan komen atau idea untuk memperbaiki kehidupan pada Jun.

Najib sendiri mengambil bahagian membincangkan topik berhubung belanjawan untuk pertumbuhan mampan.

Pada tahun ini juga, Najib turut memperkenalkan barangan rasmi 1Malaysia yang banyak diedarkan melalui kempen Barangan Rasmi 1Malaysia.

Kempen itu turut menjemput rakyat Malaysia menghantar foto Jalur Gemilang yang kemudian dimuatkan ke dalam Album 1Malaysia Jalur Gemilang di laman Flickr milik Perdana Menteri.

“2011 adalah tahun sungguh berwarna-warni bagi saya dan saya perlu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan anda,” katanya.


GR kata: Sokonglah usaha suci murni Kerajaan yang membela nasib rakyat Malaysia...

BONGKAR: VIDEO NIK AJIS DAN HARAKAH MENIPU..??


Beberapa minggu yang lepas, kemelut Datuk Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang sudah tidak 'sebulu' dengan pendirian dan perjuangan PAS yang hanya semata-mata kepentingan politik dan demi meraih undi bukan untuk memperjuangkan Islam yang hakiki. Kenyataan PENIPUAN Nik Ajis di Malaysiakini..


Dan 2 hari yang lepas dalam media pro-pembangkang, Nik Ajis menyatakan kononnya Hassan Ali dan Nasharuddin sudah pun menarik-balik kenyataan mereka serta memohon maaf kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS di kediaman MB. Lihatlah video di bawah:




Tapi ternyata ini satu PEMBOHONGAN yang sangat besar oleh Nik Ajis...Tapi tujuan sebenar Hasan Ali bersama Nasharudin Mat Isa pergi ke Kelantan hanya untuk menyertai majlis mahabbah bukan untuk pergi melutut memohon maaf kepada Nik Ajis dan Hj Hadi.

Ini jawapan sebenar Datuk Hassan Ali:
“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Sumber: Pisau


GR kata: Alahai Nik Ajis...malulah dah tua-tua pun duk MENIPU lagi..!!!

BONGKAR: JAWAPAN NURUL IZZAH MENGENAI SKANDALNYA DENGAN AHLI POLITIK..??


Akhirnya YB Nurul Izzah menjawab dakwaan ataupun gossip Malaysia Today mengenai laporan kontroversi yang sudah pasti memeningkan kepala pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PKR.

Artikel yang dimaksudkan mengenai skandal Nurul Izzah boleh baca di sini...

Kenyataan Nurul Izzah di Twitter Hj Anwar


Kenyataan Nurul Izzah

Tapi yang GR pelik dan musykil, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah terlalu simple, jika dibandingkan dengan dakwaan beliau sebelum ini yang amat berat dengan Azmin Ali.

Jika dakwaan Raja Petra dan Malaysia Today 'Tidak Benar'...Kenapa tiada tindakan undang-undang diambil kepada mereka berdua ini???

Rujuk Dr. MiM dan KhazanahMPM


GR kata: Adakah ini semua 'game' Pakatan Rakyat demi penantian 9 Jan 2012 nanti..?? Sama-sama kita nantikan di Sg Buloh!!!

JOM GUNTING RAMBUT PERCUMA!!!


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Sesi persekolahan 2012 akan bermula tidak lama lagi. Menjelang hari tersebut salah satu persediaan utama bakal pelajar adalah menggunting rambut masing-masing agar kemas sebelum ke sekolah.

Menyedari kepentingan tersebut, Pemuda UMNO Bahagian Tun Razak telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program 'Jom Gunting Rambut' untuk para pelajar di kawasan tersebut.

Para pelajar boleh menggunting rambut dengan pelbagai gaya terkini secara percuma pada program tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Sdr Rizalman Moktar berkata, program itu adalah program rutin yang diadakan setiap tahun sebagai antara cara pihaknya berkhidmat untuk masyarakat sekali gus membantu mengurangkan kos ibu bapa bakal pelajar.

Katanya, pada tahun ini pihaknya akan mengadakan program tersebut di lapan kawasan terpilih di Bandar Tun Razak.

"Kami akan beroperasi di perkarangan pangsapuri-pangsapuri bagi memudahkan bakal pelajar untuk datang," katanya pada program Jom Gunting Rambut yang diadakan di Desa Tasik di sini, baru-baru ini.

Pada program tersebut kira-kira 100 bakal pelajar dikawasan berkenaan hadir untuk menggunting rambut masing-masing.

Ujarnya, walaupun sumbangan ini tidak besar, sekurang-kurangnya ia dapat membantu ibu bapa terutama bagi mereka yang mempunyai anak ramai. - Utusan


GR kata: TAHNIAH!!! Kepada Pemuda UMNO Bdr Tun Razak

Thursday, December 29, 2011

INFO: MFace - LAMAN SOSIAL PERTAMA DI MALAYSIA!!!


www.mface.me... Apa itu MFace ???
Sebuah laman sosial pertama Malaysia yang dibangunkan oleh anak-anak muda tempatan.Bertujuan menjadi medium komunikasi terbaru sepertimana laman sosial sedia ada lagi popular masa kini,seperti Facebook dan Twitter. Sebuah medium komunikasi jaringan sosial pertama Malaysia dengan pengisian tersendiri.Sebuah laman yang mengajak anak-anak seni dalam negara untuk bersama-sama berkongsi kebaikan melalui penubuhannya.


"Kami berbangga dengan pelancaran laman sosial terbaru yang dinaungi oleh bakat-bakat dalam dunia IT tempatan", ujar Pengerusi MFace, DatO' AC Mizal. Beliau ditemui sewaktu di majlis pelancaran MFace yang telah berlangsung penuh gilang gemilang bertempat Hotel Double Tree, Kuala Lumpur.


Apa yang menariknya seramai 60 selebriti terkenal negara telah dipilih dalam membantu menyebar-luaskan lagi laman sosial tersebut. Mereka akan sama-sama mengajak peminat menyertai MFace, berkomunikasi melalui lunas-lunas positif sambil membina rangkaian populariti.

Sekaligus para artis ini memiliki saham syarikat MFace dalam jumlah RM100,000 seorang di mana setiap ketika mereka menjalankan komunikasi di laman sosial,mereka berpeluang meraih pendapatan.

Interface laman sosial MFace

Sementara bagi para peminat, anda juga bakal meraih ganjaran menarik menerusi MFace. Selain dapat berkomunikasi dengan selebriti kegemaran anda. Sesiapa saja yang dapat mengumpul point tertinggi samada menerusi komen serta klik 'Like' atau Don't Like', anda punya peluang cerah memenangi iPad pada setiap minggu. Tawaran ini bermula sekarang hinggalah enam bulan akan datang.


GR kata: Ingat Mark Zuckerberg jer boleh buat?? Kita pun Boleh! Malaysia Boleh!!! TAHNIAH!!! www.mface.me

ARTIS HOT: FASHA SANDHA & FARADHIYA 'BERAYA' SAKAN??


Amboi Amboi Amboi... Syok nampak Fasha Sanda dan Faradhiya..'beraya' sakan nampak?? He he he

Gambar di atas ialah ketika kedua-dua artis hot ini bergumbira ketika malam hari Krismas baru-baru ni. Mungkin mereka menghadiri jemputan perayaan hari Krismas rakan mereka (fikir positif). Apa pun GR harap golongan artis tunjukkanlah perangai yang senonoh kerana mereka sentiasa menjadi tontonan masyarakat umum di mana saja.


Pernah dengar Fasha cakap dalam TV, lepas ni takkan berpakaian seksi..tapi gambar di atas ape ek?? Betul-betul beria-ia sambut Krismas yer...raya-raya lain cam ner plak?? Kekadang golongan artis ini dijadikan ikon oleh sesetengah masyarakat..so fikir-fikirkan lah!!!


GR kata: Semua perayaan disambut di Malaysia...tapi berpada-padalah..ingatlah batas-batas dalam Islam..

ALAHAI NIK AJIS - KEJAP KATA HARAM, LA NI SURUH AMBIL PULA!!!


Alahai... MB Nik Ajis buat lawak la pulak..sebelum ini beliau menegaskan kepada rakyat Kelantan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh pihak Kerajaan adalah HARAM....boleh baca di sini.

Pembaca lihatlah screen shot di atas kenyataan Nik Ajis terbaru berkenaan BR1M...

Gelak GR tengok Nik Ajis ni...tak sedar-sedar lagi ker?? Dah sakit tenat aritu masih nak cakap yang bukan-bukan. Untuk pengetahuan semua, BR1M kerajaan berikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak berpendapatan RM 3,000 ke bawah. Bantuan yang diberikan ini tidak mengira ideologi politik seseorang. Tapi puak-puak Pakatan Rakyat cuba menghasut rakyat Malaysia mengeluarkan statement yang bukan-bukan terhadap usaha suci murni pihak Kerajaan demi membantu rakyat.

Pada pendapat GR, jangalah menghasut minda masyarakat dengan usaha yang baik pihak Kerajaan telah lakukan... Undi itu kan RAHSIA!! bukan Undi PAS wajib masuk Syurga tau!!! He he he...

Biarlah rakyat yang menilai kerana rakyat bijak memikir mana yang baik dan buruk untuk kemakmuran negara yang kita cintai.


GR kata: Janganlah semua benda nak dipolitikkan nanti rakyat pun boleh jadi nyanyuk macam Nik Ajis.. hi hi hi

BONGKAR: NURUL IZZAH ADA 'SKANDAL' DENGAN AHLI POLITIK..??


Oppppppsssssttttt....kantoi sudah!!! Malaysia Today menyiarkan satu laporan kontroversi yang pasti memeningkan kepala kepimpinan tertinggi PKR.
Artikel itu mendakwa satu surat layang (a poison pen letter) yang disasarkan kepada Nurul Izzah Anwar sedang diedarkan. Azmin Ali di dakwa dalang kepada surat layang tersebut untuk menjatuhkan Nurul Izzah!!!

Pembaca baca artikel tersebut di bawah:

SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,
JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA! Telah menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim.

Dalam sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.
Hubungan rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA.

Penubuhan KITA tidak dilihat sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos rancangan Fairly Current Show di bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah dan Zaid.
Maka tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee Loy San.

Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid untuk bertanding menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.
Pastinya Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat.

Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula.
Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan juga pernah melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai “si tua nyanyuk”.

Perlu diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan seorang lagi ‘Hasan Ali’ muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu dipertahankan.
Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali ke dalam PKR!

REFORMASI!!!


GR kata: Sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah juga...Keedeebupp macam nangka busuk daaa..He he he

PANAS: WANITA BERTUDUNG BEROMEN DENGAN ABANG NEGRO!!!


Apa nak jadi dengan perempuan zaman sekarang...sudah menjadi 'trend' bercinta dengan warga asing terutama sekali geng-geng negro atau gagak hitam. Apakah disebabkan kelebihan 'barang baik' pada mereka, kaum perempuan mudah jatuh cinta..sekali gus terjerumus ke lembah maksiat. Macam tu ker...???

Dalam minggu ini saja beberapa kes kita lihat di akhbar dan tv kisah pasal penipuan geng-geng negro ni. Mereka hanya menggunakan laman sosial seperti Facebook, Myspace dan sebagainya untuk mengayat kaum-kaum perempuan yang kononnya dahaga kasih sayang dan frust bercinta dengan bangsa sendiri.

Alasan yang meluat GR dengar dari kaum hawa nie...biasalah lelaki, hanya nak mainkan perasaan...Helo cik kak, yang bercouple dengan geng-geng negro tu depa cinta sejati korang ker?? Lagi kena tipu adalah..dah la 'rabak'...duit pulak kena kebas...Aduyaiiii!!!

Ini jawapan selamba gadis bertudung di atas
"Saya bersama (mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi.



Gambar di atas inilah mamat negro yang bernama Iko yang gadis bertudung ini tergila-gilakan dulu...sekarang dah kena tipu...padan muka!!!

Cerita penuh baca DI SINI

PANAS: AMALAN RASUAH BERLELUASA DI BAWAH PIMPINAN MB KHALID!!?

LinkAmalan rasuah, penyelewengan kuasa dan pemborosan di Selangor lebih TERUK di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang tiga tahun lalu berbanding dakwaan-dakwaan terhadap kerajaan negeri sebelumnya.

Untuk itu, GR melihat isu ini serius dan perlu ditangani supaya amalan sebegini dapat dihapus terus dan apakah keseriusan masalah rasuah dalam pentadbiran MB Khalid dilihat semakin memuncak...

Sambungan DI SINI

Wednesday, December 28, 2011

PANAS: PASANGAN BEROMEN DI TANDAS MASJID!!!


KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.

Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.

Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.

Inilah tandas masjid tempat pasangan tersebut berzina

“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.

Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.

Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan. - Sinar Harian


GR kata: Inilah hasil didikan Ostad-ostad PAS di Kelantan...di mana saja boleh lepaskan nafsu..!!!

GEMPAR: ISLAM DI HINA - KELAKUAN TAHAP KURANG AJAR!!!


Hari ni heboh gambar mana punya budak India yg sudah bikin umat Islam satu Malaysia panas. Betapa biadapnya sikap budak India ni. Mungkin bagi bangsa lain, ia sekadar mengangkat 1 jari tgh dan bergambar di hadapan kalimah Islam dalam erti kata mudahnya mencarut (simbol FUCK).

GR rasa kalau nak dikira berapa banyak gambar atau pun kenyataan menghina agama Islam...tak terkira banyaknya kan..tak payah kita lihat di negara luar...di Malaysia nie pun dah banyak.

Pada pendapat GR perbuatan ini sungguh BIADAP... Mengapa perlu bergambar sedemikian rupa? Adakah sengaja ingin melaga-lagakan umat Islam dgn kaum lain? Atau adakah ia sekadar lambang kpd kegagahan budak lelaki ini yang berani berhadapan dengan tindakan undang-undang? Kiranya dah cukup hebat la agaknya yer...???


Persoalan demi persoalan bermain difikiran GR...adakah ini sebagai provokasi untuk menaikkan kemarahan umat Islam di dunia..khususnya di Malaysia?? Kalau berasa iri hati dengan umat Islam perlukah menunjukkan perbuatan yang sungguh BIADAP ni?? Sudah terbukti terciptanya alam dunia dan manusia ini dari ciptaan Allah yang Maha Esa.

Adakah mereka berasa dengki dan tidak boleh menerima agama Islam adalah agama rasmi?? Pada pandangan GR terima sajalah Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Sudah lama dipersetujui oleh semua kaum semasa Merdeka. Hak kebebasan beragama pun telah jelas tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia. So apa lagi nak...??

Sebagai seorang Islam, GR merasakan cukuplah Islam di Malaysia dihina dan dikeji. Kita semua wajib lakukan sesuatu agar perkara yg tidak diigini berlaku lagi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian nama budak India (gambar di atas) yang BIADAP ni ialah VINCENT RAJ...kalau terjumpa faham-faham jelah yer...!!!

Baca lagi DI SINI


GR kata: Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan BIADAP ini.....GR pun tak tengok apa pandangan dari puak2 Pakata Rakyat!!!

PANAS: RAMLI MS & ALYAH BERCINTA..???


Ramli sebelum ini pernah di gosipkan dengan penyanyi bernama Alyah, dan dikatakan perpindahan ini berlaku adalah kerana Ramli bakal melangsungkan perkahwinan dan menamatkan zaman dudanya bersama seseorang dan individu tersebut dipercayai adalah Alyah.

“Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin buat masa ini.


“Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti,” ujarnya lagi seperti inin menyembunyikan sesuatu.

Bukan kisah gossip ini yang GR ingin ceritakan...Tapi pembaca sekalian rasa pernahkah dalam sejarah industri muzik atau golongan korporat di Malaysia, satu-satu individu itu menjadikan hotel sebagai kediaman dalam jangka masa yang panjang? tetapi itulah yang dilakukan oleh Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, yang tinggal di hotel 10 tahun lamanya.


“Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya”. ujar Ramli MS.

“Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang,” kata Ramli dipetik sebagai berkata.

Ramli berkata lagi, beliau telah sediakan sebuah studio mini pada salah satu bilik di rumah tersebut untuk memudahkan kerja-kerjanya ketika di rumah.


GR kata: kalau mampu apa salahnya..betul tak???

PANAS: AHLI POTILIK DICEKUP KHALWAT???


KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat. Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun. Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan. “Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam. Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam. “Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya. Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

ALAHAI PKR...CERAMAH DEPAN BUDAK SEKOLAH..??


PKR semakin hari dilihat... semakin HANCUR!! Disebabkan kerana dah tak ada ahli, budak sekolah pun budak sekolah lah... janji ceramah berlangsung. Itulah hakikatnya PKR = Parti Keluar Beramai-ramai

Paham ke budak-budak ni apa yang diaorang kelentongkan nie..?? Aduyaiiiii...Kah kah kah


Baru minggu lepas, seramai 130 orang ahli PKR keluar parti dan join UMNO. Lepas tu, PKR Permatang Pauh tuduh UMNO sengaja nak menipu rakyat dan hati lagi tu diaorang dakwa PKR still kuat di sini. Kuat ape tu?? Kuat berJUBO ker? Hi hi hi

Minggu lepas PKR buat satu majlis sumbangan bantuan kembali ke sekolah di Tanah Liat. Korang agak-agak berapa ramai yang hadir? Ramai giler bebbbbbb... baca lagi di sini
Link

Pada Hj Anwar GR nak pesan...budak-budak hang ceramah depan budak-budak sekolah..diaorang belum baligh lagi la...Ceramah dalam kawasan sendiri plak tu...Malu siottttttt!!!! Kah kah kah


GR kata: Permatang Pauh kubu kuat Hj Anwar?? Dulu boleh lah...skang nie rakyat dah tau hang punya putar alam...See u @ Sg Buloh!!!

WAJIB BACA: KHUSUS KEPADA YANG SUKA DENGAN HUBUNGAN SEJENIS!!!


KISAH NABI LUTH A.S DAN BALASAN ALLAH S.W.T KEPADA KAUMNYA

Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan . Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.


Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadum

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya,rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerang kepada mereka bahawa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahawa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.

Allah SWT berfirman:

“Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul. Ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” (QS. asy-Syu’ara: 160-163)

Dengan kelembutan dan kasih sayang semacam ini, Nabi Luth berdakwah kepada kaumnya. Beliau mengajak mereka untuk hanya menyembah kepada Allah SWT yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan melarang mereka untuk melakukan kejahatan dan kekejian. Namun dakwah beliau berhadapan dengan hati yang keras dan jiwa yang sakit serta penolakan yang berasal dari kesombongan.

Kaum Nabi Luth melakukan berbagai kejahatan yang tidak biasa dilakukan oleh penjahat manapun. Mereka merampok dan berkhianat kepada sesama teman serta berwasiat dalam kemungkaran. Bahkan catatan kejahatan mereka ditambah dengan kejahatan baru yang belum pernah terjadi di muka bumi. Mereka memadamkan potensi kemanusiaan mereka dan daya kreativiti yang ada dalam diri mereka. Yaitu kejahatan yang belum pernah dilakukan seseorang pun sebelum mereka di mana mereka berhubungan seks dengan sesama kaum lelaki (homo seks).

Allah SWT berfirman:

“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).” (QS. an-Naml: 54-55)

Nabi Luth menyampaikan dakwah kepada mereka dengan penuh ketulusan dan kejujuran, namun apa gerangan jawapan dari kaumnya:

“Maka tidak lain jawapan kaumnya melainkan mengatakan: ‘Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwahkan dirinya) bersih.’” (QS. an-Naml: 56)

Mengapa mereka menjadikan sesuatu yang patut dipuji menjadi sesuatu yang tercela yang kemudian harus diusir dan dikeluarkan. Tampak bahawa jiwa kaum Nabi Luth benar-benar sakit dan mereka justru menganiaya diri mereka sendiri serta bersikap angkuh terhadap kebenaran. Akhirnya, kaum lelaki cenderung kepada sesama jenis mereka, bukan malah cenderung kepada wanita. Sungguh aneh ketika mereka menganggap kesucian dan kebersihan sebagai kejahatan yang harus disamakan. Mereka orang-orang yang sakit yang justru menolak ubat dan memeranginya. Tindakan kaum Nabi Luth membuat had beliau bersedih. Mereka melakukan kejahatan secara terang-terangan di tempat-tempat mereka. Ketika mereka melihat seorang asing atau seorang musafir atau seorang tamu yang memasuki kota, maka mereka menangkapnya. Mereka berkata kepada Nabi Luth, “sambutlah tamu-tamu perempuan dan tinggalkanlah untuk kami kaum lelaki.” Mulailah perilaku mereka yang keji itu terkenal.

Nabi Luth memerangi mereka dalam jihad yang besar. Nabi Luth mengemukakan argumentasi. Hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun berlalu, dan Nabi Luth terus berdakwah. Namun tak seorang pun yang mengikutinya dan tiada yang beriman kepadanya kecuali keluarganya, bahkan keluarganya pun tidak beriman semuanya. Isteri Nabi Luth kafir seperti isteri Nabi Nuh:

“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang- orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): ‘Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka.’” (QS. at-Tahrim: 10)

Jika rumah adalah tempat istirahat yang di dalamnya seseorang mendapatkan ketenangan, maka Nabi Luth terseksa, baik di luar rumah mahupun di dalamnya. Kehidupan Nabi Luth dipenuhi dengan mata rantai penderitaan yang keras namun beliau tetap sabar atas kaumnya. Berlalulah tahun demi tahun tetapi tak seorang pun yang beriman kepadanya, bahkan mereka mulai mengejek ajarannya dan mengatakan apa saja yang ingin mereka katakan:

“Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang- arang yang benar.” (QS. al-’Ankabut: 29)

Ketika terjadi hal tersebut, Nabi Luth berputus asa kepada mereka dan ia berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya dan menghancurkan orang- orang yang membuat kerosakan. Akhirnya, para malaikat keluar dari tempat Nabi Ibrahim menuju desa Nabi Luth. Mereka sampai saat Ashar. Mereka mencapai pagar-pagar Sudum. Sungai mengalir di tengah-tengah tanah yang penuh dengan tanaman yang hijau.

Sementara itu, anak perempuan Nabi Luth berdiri sedang memenuhi tempat airnya dari air sungai itu. Ia mengangkat wajahnya sehingga menyaksikan mereka. Ia tampak kehairanan melihat kaum lelaki yang memiliki ketampanan yang mengagumkan. Salah seorang malaikat bertanya kepada anak kecil itu: “Wahai anak perempuan, apakah ada rumah di sini?” Ia berkata (saat itu ia mengingat kaumnya), “Hendaklah kalian tetap di situ sehingga aku memberitahu ayahku dan kemudian akan kembali pada kalian.” Ia meninggalkan wadah airnya di sisi sungai dan segera menuju ayahnya.

“Ayahku, ada pemuda-pemuda yang ingin menemuimu di pintu kota. Aku belum pernah melihat wajah-wajah seperti mereka,” kata anak itu dengan nada gugup. Nabi Luth berkata kepada dirinya sendiri: Ini adalah hari yang dahsyat. Beliau segera berlari menuju tamu-tamunya. Ketika Nabi Luth melihat mereka, beliau merasakan kehairanan yang luar biasa. Beliau berkata: “Ini adalah hari yang dahsyat.” Beliau bertanya kepada mereka: “Dari mana mereka datang dan apa tujuan mereka?” Mereka malah terdiam dan justru memintanya untuk menjamu mereka.” Nabi Luth tampak malu di hadapan mereka, kemudian beliau berjalan di depan mereka sedikit lalu beliau berhenti sambil menoleh kepada mereka dan berkata: “Saya belum mengetahui kaum yang lebih keji di muka bumi ini selain penduduk negeri ini.” Beliau mengatakan demikian dengan maksud agar mereka mengurungkan niat mereka untuk bermalam di negerinya. Namun mereka tidak peduli dengan ucapan Nabi Luth dan mereka tidak memberikan komentar atasnya.

Nabi Luth kembali berjalan bersama mereka dan beliau selalu berusaha untuk mengalihkan pembicaraan tentang kaumnya. Nabi Luth memberitahu mereka bahawa penduduk desanya sangat jahat dan menghinakan tamu-tamu mereka. Di samping itu, mereka juga membuat kerosakan di muka bumi dan seringkali terjadi pertentangan di dalam desanya. Pemberitahuan tersebut dimaksudkan agar para tamunya membatalkan niat mereka untuk bermalam di desanya tanpa harus melukai perasaan mereka dan tanpa menghilangkan penghormatan pada tamu. Nabi Luth berusaha dan mengisyaratkan kepada mereka untuk melanjutkan perjalanannya tanpa harus mampir di negerinya. Namun tamu-tamu itu sangat menghairankan. Mereka tetap berjalan dalam keadaan diam. Ketika Nabi Luth melihat tekad mereka untuk tetap bermalam di kota, beliau meminta kepada mereka untuk tinggal di suatu kebun sehingga datang waktu Maghrib dan kegelapan menyelimuti segala penjuru kota. Nabi Luth sangat bersedih dan dadanya menjadi sempit. kerana rasa takutnya dan penderitaannya sehingga ia lupa untuk memberi mereka makanan. Kegelapan mulai menyelimuti kota. Nabi Luth menemani tiga tamunya itu berjalan menuju rumahnya. Tak seorang pun dari penduduk kota yang melihat mereka. Namun isterinya melihat mereka sehingga ia keluar menuju kaumnya dan memberitahu mereka kejadian yang dilihatnya. Kemudian tersebarlah berita dengan begitu cepat dan selanjutnya kaum Nabi Luth menemuinya. Allah SWT berfirman:

“Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: ‘Ini adalah hari yang amat sulit.’ Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergesa-gesa. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji.” (QS. Hud: 77-78)

Mulailah terjadi hari yang sangat keras. Kaum Nabi Luth bergegas menuju padanya. Nabi Luth bertanya pada dirinya sendiri: “Siapa gerangan yang memberitahu mereka?” Kemudian ia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari isterinya namun ia tidak menemuinya. Maka bertambahlah kesedihan Nabi Luth.

Kaum Nabi Luth berdiri di depan pintu rumah. Nabi Luth keluar kepada mereka dengan penuh harap, bagaimana seandainya mereka diajak berfikir secara sihat? Bagaimana seandainya mereka diajak menggunakan fitrah yang sihat? Bagaimana seandainya mereka tergugah dengan kecenderungan yang sehat terhadap jenis lain yang Allah SWT ciptakan untuk mereka? Bukankah di dalam rumah mereka terdapat kaum wanita? Seharusnya wanitalah yang menjadi kecenderungan mereka, bukan malah mereka cenderung kepada sesama lelaki.

“Dia berkata: ‘Hai kaumku, inilah puteri-puteri (negeriku) mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal.” (QS. Hud: 78)

“Inilah puteri-puteri (negeriku).” Apa yang dimaksud dengan pernyataan tersebut? Nabi Luth ingin berkata kepada mereka: “Di hadapan kalian terdapat wanita-wanita di bumi. Mereka lebih suci bagi kalian dalam bentuk kesucian jiwa dan fizik. Ketika kalian cenderung kepada mereka, maka kecenderungan itu merupakan pelaksanaan dari fitrah yang sihat.” “Maka bertakwalah kalian kepada Allah.” Nabi Luth berusaha menjamah jiwa mereka dari sisi takwa setelah menjamahnya dari sisi fitrah. Bertakwalah kepada Allah SWT dan ingatlah bahawa Allah SWT mendengar dan melihat serta akan murka dan menyeksa orang-orang yang derhaka. Seharusnya orang yang berakal sihat menghindari murka- Nya.

“Dan janganlah kalian mencemarkan namaku terhadap tamuku ini.” Ini adalah usaha gagal dari beliau yang mencuba menggugah kemuliaan dan tradisi mereka sebagai orang Badwi yang harus menghormati tamu, bukan malah menghinakannya. “Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?” Tidakkah di antara kalian terdapat orang yang mempunyai fikiran yang sehat? Tidakkah di antara kalian terdapat laki-laki yang berakal? Apa yang kalian inginkan jika memang terwujud, maka itu hakikat kegilaan. Akal adalah sarana yang tepat bagi kalian untuk mengetahui kebenaran. Sesungguhnya perkara tersebut sangat jelas kebenarannya jika kalian memperhatikan fitrah, agama, dan harga diri.” Kaumnya menunggu hingga beliau selesai dari nasihatnya yang singkat lalu mereka tertawa terbahak-bahak. Kalimat Nabi Luth yang suci itu tidak mampu mengubah pendirian jiwa yang sakit, hati yang beku, dan fikiran yang bodoh:

“Mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kamu telah tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.’” (QS. Hud: 79)

Demikianlah tampak dengan jelas bahawa kebenaran tersembunyi di balik pengkaburan, suatu hal yang diketahui oleh dunia semuanya. Mereka tidak mengatakan kepadanya apa yang mereka inginkan kerana dunia mengetahuinya dan selanjutnya ia juga mengetahui, yakni isyarat yang buruk pada perbuatan yang buruk.

Nabi Luth merasakan kesedihan dan kelemahannya di tengah-tengah kaumnya. Dengan marah Nabi Luth memasuki rumahnya dan menutup pintu rumahnya. Ia berdiri mendengarkan tertawa dan celaan serta pukulan terhadap pintu rumahnya. Sementara itu, orang-orang asing yang dijamu oleh Nabi Luth tampak duduk dalam keadaan tenang dan terpaku. Nabi Luth merasakan kehairanan dalam dirinya ketika melihat ketenangan mereka. Dan pukulan-pukulan yang ditujukan pada pintu semakin kencang. Mulailah kayu-kayu pintu itu tampak rosak dan lemah, lalu Nabi Luth berteriak dalam keadaan kesal:

“Luth berkata: ‘Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).’” (QS. Hud: 80)

Nabi Luth berharap akan mendapatkan kekuatan sehingga dapat melindungi para tamunya. Beliau mengharapkan seandainya terdapat benteng yang kuat yang dapat melindunginya, yaitu benteng Allah SWT yang di dalamnya para nabi dan kekasih-kekasih-Nya dilindungi. Berkenaan dengan hal itu, Rasulullah berkata saat membaca ayat tersebut: “Allah SWT menurunkan rahmat atas Nabi Luth. Ia berlindung pada benteng yang kukuh.” Ketika penderitaan mencapai puncaknya dan Nabi Luth mengucapkan kata-katanya yang terbang laksana burung yang putus asa, para tamunya bergerak dan tiba-tiba bangkit. Mereka memberitahunya bahawa ia benar-benar akan terlindung di bawah benteng yang kuat:

“Para utusan (malaikat) berkata: ‘Hai Luth sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-sekali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu.” (QS. Hud: 81)

Jangan berkeluh kesah wahai Luth dan jangan takut. Kami adalah para malaikat, dan kaum itu tidak akan mampu menyentuhmu. Tiba-tiba pintu terbelah. Jibril bangkit dan ia menunjuk dengan tangannya secara cepat sehingga kaum itu kehilangan matanya. Lalu mereka tampak serampangan di dalam dinding dan mereka keluar dari rumah dan mereka mengira bahawa mereka memasukinya. Jibril as menghilangkan mata mereka.

Allah SWT berfirman:

“Dan sesungguhnya mereka telah membujuknya (agar menyerahkan) tamunya (kepada mereka), lalu kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal.” (QS. al-Qamar: 37-38)


Para malaikat menoleh kepada Nabi Luth dan memerintahkan kepadanya untuk membawa keluarganya di tengah malam dan keluar. Mereka mendengar suara yang sangat mengerikan dan akan menggoncangkan gunung. Seksa apa ini? Ini adalah seksa dari bentuk yang aneh. Para malaikat memberitahunya bahawa isterinya termasuk orang-orang yang menentangnya. isterinya adalah seorang kafir seperti mereka, sehingga jika turun azab kepada mereka, maka ia pun akan menerimanya.

Keluarlah wahai Luth kerana keputusan Tuhanmu telah ditetapkan. Nabi Luth bertanya kepada malaikat: “Apakah sekarang akan turun azab kepada mereka?” Para malaikat memberitahunya bahawa mereka akan terkena azab pada waktu Subuh. Bukankah waktu Subuh itu sangat dekat?

Allah berfirman SWT:

“Pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kalian yang tertinggal, kecuali isterimu Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka adalah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?” (QS. Hud: 81)

Nabi Luth keluar bersama anak-anak perempuannya dan isterinya. Mereka keluar di waktu malam. Dan tibalah waktu Subuh. Kemudian datanglah perintah Allah SWT:

“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. ” (QS. Hud: 82-83)

Para ulama berkata: “Jibril menghancurkan dengan ujung sayapnya tujuh kota mereka. Jibril mengangkat semuanya ke langit sehingga para malaikat mendengar suara ayam-ayam mereka dan gonggongan anjing mereka. Jibril membalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. Saat terjadi kehancuran, langit menghujani mereka dengan batu- batu dari neraka Jahim. Yaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. Neraka Jahim terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Luth musnah semuanya. Tiada seorang pun di sana. Semua kota- kota hancur dan ditelan bumi sehingga terpancarlah air dari bumi. Hancurlah kaum Nabi Luth dan hilanglah kota-kota mereka. Nabi Luth mendengar suara-suara yang mengerikan. isterinya melihat sumber suara dan dia pun musnah.”

Allah SWT berfirman tentang kota-kota Luth:

“Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi, dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkannya.” (QS. ash-Shaffat: 137-138)

“Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).” (QS. al-Hijr: 76)

“Lalu Kami keluarkan orang-orang yang beriman yang berada di negeri kaum Luth itu. Dan Kami tidak mendapati di negeri itu, kecuali sebuah rumah dari orang-orang yang berserah diri. Dan Kami tinggalkan pada negeri itu suatu tanda bagi orang-orang yang takut kepada seksa yang pedih. ” (QS. adz-Dzariyat: 35-37)

Yakni ia adalah bukti kekuasaan Allah SWT yang zahir. Para ulama berkata: “bahawa kota-kota yang tujuh menjadi danau yang aneh di mana airnya asin dan deras airnya lebih besar dari derasnya air laut yang asin. Dan di dalam danau ini terdapat batu-batu tarnbang yang mencair. Ini mengisyaratkan bahawa batu-batu yang ditimpakan pada kaum Nabi Luth menyerupai butiran-butiran api yang menyala. Ada yang mengatakan bahawa danau yang sekarang bernama al-Bahrul Mayit yang terletak di Palestina adalah kota-kota kaum Nabi Luth.”

Tamatlah riwayat kaum Nabi Luth dari bumi. Akhirnya, Nabi Luth menemui Nabi Ibrahim. Beliau menceritakan berita tentang kaumnya. Beliau hairan ketika mendengar bahawa Nabi Ibrahim juga mengetahuinya. Nabi Luth terus melanjutkan misi dakwahnya di jalan Allah s.w.t seperti Nabi Ibrahim. Mereka berdua tetap menyebarkan Islam di muka bumi.

Kisah Nabi Luth Di Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah “Al-Anbiyaa” ayat 74 dan 75 , surah “Asy-Syu’ara” ayat 160 sehingga ayat 175 , surah “Hud” ayat 77 sehingga ayat 83 , surah “Al- Qamar” ayat 33 sehingga 39 dan surah “At-Tahrim” ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.


p/s: Renung-renungkan...

Tuesday, December 27, 2011

PISANG PANAS: DOKUMEN STRATEGI PAS SELANGOR UNTUK PRU-13 DIDEDAHKAN!!!







Klik di gambar untuk melihat dengan lebih jelas...

Sumber: GAP

TERKINI: VIDEO PANAS - HJ ANWAR ITU IMAM MAHDI..??




Pembaca yang budiman lihatlah video di atas...Inikah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh puak-puak PR?? GR tengok macam dah 'sesat' jer..masing-masing tengok berkopiah dikepala...janganlah fahaman Islam dipolitikkan juga.

Sebelum ini mereka 'mengangkat' Lim Guan Eng (LGE) sebagai khalifah..lepas tu pulak Nik Ajis diangkat sebagai Nabi...sekarang ni pulak si Badrol Amin mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi. Dah gila ker apa Badrol Amin ni...bawak-bawakla istighfar oiiii!!!

Pembaca lihatlah video di atas dan nilaikan sendiri...

Cerita lanjut baca DI SINI


GR kata: Puak PAKATAN RAKYAT dah sewel...kenyataan dalam Al-Quran dipolitikkan...panah petir la korang nie lagi elok...PAS IS DEAD!!!

WAJIB BACA: KEMPEN BANGSA CINA BOIKOT PRODUK BANGSA MELAYU!!!


IKLAN BOIKOT PRODUK MELAYU DAN SOKONG PRODUK CINA DILANCARKAN DI FORUM DAN BLOG MEREKA kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan dengan mencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanyauntuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan denganpersatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikotroti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayumempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokoktambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai olehorang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kenyataan di FB mereka:


Terjemahan: 23 NOVEMBER 2011

11:28PM BUTTER LAU MEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

24 NOVEMBER 2011

1:37AM DESMOND TEE DESMOND PERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!

2:49PM BECKY WONG TANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??

5:14PM STEVEN LONG MATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!

Kisah lanjut sila KLIK DI SINI


p/s: Mohon pihak berkuasa pantau perkara ini kerana ia boleh memecah belahkan kaum...Adakah ini kerja-kerja dari pihak tertentu untuk menanamkan kebencian rakyat kepada Kerajaan??

PANAS: PELAYAN KOPITIAM SEKSI?? DI MANA TU..??


Kafe Lu Di California, Amerika inilah kopitiam yang dimaksudkan..GR ingatkan di Malaysia tadi..He he he


Penarik utama kopitiam ini adalah pelayan wanita yang benar-benar seksi, muda dan cantik menghidangkan minuman dan makanan. Mereka juga berbual, bermain kad, dan menonton saluran bola sepak di TV sukan dengan anda.


Anehnya, kopitiam dimiliki oleh kumpulan wanita yang hanya mengambil pekerja wanita yang seksi sahaja! Pelayan yang kerja di situ berkata gaji yang setanding dengan bekerja di pejabat...Fuiyoooo, ala-ala executive tuuuu.!!!

Pembaca sekalian percaya tak bahawa gadis memakai pakaian seksi datang menghidangkan kopi kepada anda? Lihatlah gambar di bawah sebagai buktinya:






GR kata: Kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia..tak mustahil kopitiam macam ini akan ada..sebab di Selangor dah banyak rumah urut...di Penang event-event yang dedah tetek pun selamba jer buat... Ostad-Ostad PAS confirm suka bangat. Fikir-fikirkanlah...!!!

PANAS: VIDEO HJ ANWAR MENGHINA ISLAM..??


Tak habis-habis Hj Anwar nie seolah-olah dia 'raja' segala benda..kiranya orang yang serba bolehlah..Hakktuihhhhh....Pembaca lihatlah video di bawah dan nilailah sendiri...




Pembaca nilailah sendiri...Adakah orang seperti ini yang ingin kita jadikan sebagai Perdana Menteri Malaysia...??? Jawabnya hancurlah negara kita yang tercinta nie!!!

Artikel pelbagai