Friday, December 30, 2011

BONGKAR: VIDEO NIK AJIS DAN HARAKAH MENIPU..??


Beberapa minggu yang lepas, kemelut Datuk Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang sudah tidak 'sebulu' dengan pendirian dan perjuangan PAS yang hanya semata-mata kepentingan politik dan demi meraih undi bukan untuk memperjuangkan Islam yang hakiki. Kenyataan PENIPUAN Nik Ajis di Malaysiakini..


Dan 2 hari yang lepas dalam media pro-pembangkang, Nik Ajis menyatakan kononnya Hassan Ali dan Nasharuddin sudah pun menarik-balik kenyataan mereka serta memohon maaf kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS di kediaman MB. Lihatlah video di bawah:




Tapi ternyata ini satu PEMBOHONGAN yang sangat besar oleh Nik Ajis...Tapi tujuan sebenar Hasan Ali bersama Nasharudin Mat Isa pergi ke Kelantan hanya untuk menyertai majlis mahabbah bukan untuk pergi melutut memohon maaf kepada Nik Ajis dan Hj Hadi.

Ini jawapan sebenar Datuk Hassan Ali:
“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Sumber: Pisau


GR kata: Alahai Nik Ajis...malulah dah tua-tua pun duk MENIPU lagi..!!!

No comments:

Artikel pelbagai