Sumbangan dan Bantuan

Sumbangan dan Bantuan

Saturday, July 7, 2012

PANAS: @hairieothman AISYAH DAN LEMAN RAJA LAWAK DAPAT SAMBUTAN 'HEBAT'!


Nah tu dia!!! Ceramah Umum yang dianjurkan oleh PAS mendapat sambutan yang sungguh 'MENGGALAKKAN' yang diberikan oleh puak-puak PAS sendiri. Di manakah rakyat Sg Buloh itu sendiri? Kenapa masih banyak kerusi kosong yang kelihatatan? Artis-artis yang berjuang dalam PAS dipanggil berikan ceramah, tapi ceramah depan siapa? Kerusi meja dan mambang tanah ker? Hehe hehe...

Gambar di atas menunjukkan sungguh jelas, rakyat sudah mula bosan dengan puak pembangkang ni. Bosan dengan ceramah mereka yang hanya maki hamun Kerajaan dan juga memberikan janji bintang di langit. Dengan cuba memancing artis-artis terkenal yang kononnya masuk PAS disebabkan ingin memperjuangkan Islam ternyata cubaan mereka meraih simpati masyarakat terbukti GAGAL.

Pada golongan artis pula, janganlah mencari publisiti murahan dengan menyertai sesebuah parti politik hanyalah untuk kepentingan peribadi. Jika ingin bercakap soal agama, pergilah menuntut dengan guru agama yang betul bertauliah bukan dengan guru agama yang pandai membuat fatwanya sendiri. Bukankah jika bercakap tidak berlandaskan agama atau pun mempermainkan agama Islam...hukumnya apa? Tepuklah dada tanyalah Iman....Renung-renungkan!!


GR kata: Kalau panggil Elton John ker George Michael mesti penuhkan? Hahhahaha

AWAS DENGAN TUKANG SATE DAN KAKI KIPAS! @Zahid_Hamidi


"Awas! Jaga-jaga dengan Tukang Sate dan Kaki kipas serta Kaki Ampu"...Itulah antara amanat yang diberikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Malaysia dan Ahli Parlimen Bagan Datoh.

Pagi tadi YB DS Zahid Hamidi telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang. Ahli-ahli UMNO Pasir Gudang menunjukkan semangat yang tinggi dan sudah bersiap siaga berjuang dalam PRU 13 akan datang.

Tahniah GR ucapkan kepada YB DS Khaled Nordin kerana berjaya memimpin UMNO Pasir Gudang dengan jayanya serta membangunkan Parlimen Pasir Gudang dengan baik sekali.

Dalam ucapan DS Zahid Hamidi juga memberi AMARAN kepada puak pembangkang, jangan sekali-kali cuba untuk menukar warna parti yang memerintah negeri Johor. Rakyat negeri Johor hanya menerima Barisan Nasional yang dari dulu lagi membela nasib rakyat.

DS Zahid Hamidi juga berpesan kepada semua barisan kepimpinan UMNO/BN Johor harus sentiasa turun padang jangan hanya turun bila pilihanraya mahu pun pemilihan parti. Buang semua perselisihan faham dan harus berkhidmat untuk rakyat serta membela nasib rakyat. Pertahankan negeri Johor dari dirampas oleh puak Pakatan Haprak.


GR kata: Wahai Salahuddin Ayob, jangan mimpi nak jawatan MB Johor yer!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HOT NEWS: @datoacmizal BAKAL JADI HERO HOLLYWOOD?


Setakat ini semuanya hanyalah spekulasi & apa pun statusnya, semua ini datang daripada AC Mizal sendiri. Kami hanya penulis gossip yang dahagakan scoop. Heh.

Segalanya bermula petang semalam apabila kami perasan akan status terkini AC Mizal melalui Twitter beliau yang menulis beliau ketika itu sedang bermesyuarat dengan Brad Pitt.

“Mtg w Bradd Pitt for my next movie,sama tinggi je rupanya hmmm!” tulis AC Mizal dan ada kemungkinan bukan Brad Pitt yang kami sangkakan kerana ada lebihan huruf D dalam ejaan.

Tidak lama selepas itu AC Mizal menulis yang beliau sudah pun di’terima untuk berlakon sebuah filem antarabangsa & kami pasti ia’nya sebuah filem produksi Hollywood. Tahniah yang amat besar buat AC Mizal jika benar beliau berjaya menerima watak untuk di’lakonkan dalam sebuah filem Hollywood & turut melibatkan kerjasama Brad Pitt.


Yang membuatkan kami berspekulasi bahawa AC Mizal sedang bermesyuarat dengan Brad Pitt adalah selepas itu pengacara juga usahawan ini menulis yang Angelina Jolie sampaikan salam kepada semua. - RotiKaya


GR kata: Kadang-kadang angan-angan boleh jadi kenyataan....

Friday, July 6, 2012

PANAS: SIAPA SEBENAR YANG KANTOI? @tv3malaysia ATAU PUAK PAKATAN RAKYAT? @NajibRazak


Beberapa hari yang lepas, isteri YAB Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah bersiaran dalam Wanita Hari Ini di TV3. Apakah benar TV3 cuba menSABOTAJ DS Rosmah Mansor?

Jika pembaca melihat gambar ini sekali imbas apa yang keluar dikaca TV memang benar-benar terjadi yang mengatakan DS Rosmah Perdana Menteri Malaysia. Tapi kenapa bila GR tengok ada lain macam dibahagian tulisan yang tertera. Cuba lihat gambar sebenar di bawah:


Alahai pencacai Pakatan Haprak, dah tak ada keja lain ker? Si Anwar selalu cakap yang beliau ini sentiasa difitnah dan sebagainya. Sekarang ni siapa yang FITNAH siapa? Sendiri cakap diri sendiri ka wahai Pak Anwar dan pencacai-pencacai PR?

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, inilah kerja yang pencacai PR buat. Dah tak ada kerja dan cuba untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan kerja-kerja JIJIK dan BODOH mereka ni. Nak kata tak ada otak semuanya pandai-pandai belaka pencaca-pencacai PR ni...tapi itulah manusia yang tidak pernah mensyukuri nikmat otak yang Allah S.W.T berikan pada mereka ini. Pembaca renung-renungkanlah pihak manakah yang benar sebenarnya...

Penjelasan lebih lanjut [KLIK DI SINI]


GR kata: Mengong jugak pencacai Pakatan Haprak ni yer, macamla rakyat Malaysia ni tak tengok rancangan WHI kat TV...Hehe hehe

JAGUH BADMINTON NEGARA DILANTIK PEGAWAI KEHORMAT PSSTLDM cc: @Zahid_Hamidi


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, hari ini menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Chong Wei berkata, anugerah pangkat yang berkuatkuasa 1 Mei lalu itu boleh memberi dorongan kepadanya dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik London 2012 hujung bulan ini. “Anugerah ini menyuntik semangat saya untuk bermain dengan baik tambahan pula saya baru pulih daripada kecederaan kaki pada kejohanan Piala Thomas yang lalu,” katanya kepada pemberita pada majlis yang berlangsung di Wisma Pertahanan di sini.

Chong Wei yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan, berkata penyertaannya pada Olimpik kali ini adalah yang terakhir dan segala perancangan perkahwinan hanya akan diumumkan selepas temasya sukan itu.

“Sekarang saya hanya fokus kepada latihan untuk memberi persembahan terbaik dan memperoleh pingat untuk negara,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pengtauliahan pangkat itu, Chong Wei berharap ia mampu menggalakkan lebih ramai ahli sukan profesional menyertai pasukan beruniform seperti PSSTLDM.

“Sebagai penerima pangkat, saya akan berkongsi segala pengalaman dan suka duka sebagai atlet yang berjaya mempertahan kedudukan ranking nombor satu dunia selama empat tahun berturut-turut,” katanya.

Chong Wei menduduki ranking nombor satu dunia mulai 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata penganugerahan pangkat kehormat adalah untuk mengiktiraf peranan sektor awam dan swasta dalam usaha menarik minat lebih ramai golongan profesional menyertai PSSTLDM.

Beliau turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Ketua Pengarah Jabatan Laut, Datuk Ahmad Othman (Kapten Kehormat), dan Ketua Pegawai Eksekutif MTU Services (Malaysia) Sdn Bhd, Syahrunizam Tan Sri Samsuddin (Komander). – BERNAMA


GR kata: Tahniah Datuk LCW

APA KES MAT REMPIT YANG TAK SUDAH-SUDAH? #RempitUnited


Al-kisah Mat Rempit di Malaysia ini dari dulu hingga sekarang dari dulu hingga sekarang ada saja diperkatakan baik di TV dan juga surat khabar. Saban hari ada saja kisah mereka yang kita tahu kisah yang buruk-buruk saja contohnya kes lumba haram, ragut, bergaduh dan sebagainya.

Apakah yang diinginkan oleh golongan mat rempit ini sebenarnya? Apakah mereka diluar sana faham akan maksud REMPIT itu sendiri? Di sini GR cuba untuk fahami bersama pembaca sekalian tentang maksud REMPIT.

Definisi Rempit ialah: Rempit merupakan istilah atau panggilan yang merujuk kepada kumpulan/individu pemilik kenderaan yang menunggang atau memandu dalam keadaan yang sangat teruja, ekstrem, laju, dan cenderung untuk melakukan aksi-aksi lagak ngeri di dalam situasi rekreasi bertujuan untuk menikmati keseronokan dan kepuasan tersendiri.

Rempit:  k.k. merempit, menyebat dengan rotan dll, menyesah, membelasah; merembat (ruj. Kamus Dewan edisi empat)

Rempit:  Orang/ kumpulan/ (spt remaja) yang teruja dalam penunggang motosikal atau memandu kereta di dalam situasi rekreasi dengan ekstrem, laju dan dengan penuh bersemangat melakukan aksi-aksi lagak ngeri di jalan raya;

Merempit: k.k perlakuan merembat; membelasah; memecut kenderaan dalam keadaan yang sangat teruja, ekstrem dan laju untuk menikmati keseronokan dan kepuasan tersendiri.

Apa pun kepada golongan Mat Rempit korang jangan risau der! Pelbagai usaha pihak Kerajaan dan NGO yang terlibat membantu korang untuk hidup dan memberi peluang untuk korang berjaya dalam bidang yang korang minat.


Apa lagi...Jom kita Lepak Santai dengan Geng-geng Rempit United pada 10 Julai 2012 di NZ Garden Curry House KLCC. Mula jam 9.00mlm - 11.30mlm. Otai motor kita Wazi Abd Hamid pun ada tau. Artis-artis terkenal pun ada beb...Datang tau!!



DATANG DER JANGAN TAK DATANG! 
KITA BAKAR NZ GARDEN KLCC DER!!!

AWAS: JAGA-JAGA DENGAN AWEKS CUN!!


Dengan menggunakan wajah cantik dan berbudi bahasa, seorang wanita berusia lewat 20-an berpakat bersama pasangannya dan dipercayai menjalankan kegiatan menipu wang mangsanya dengan cara pukau. Pengalaman itu dialami seorang bekas guru agama, Mohd Ali Siman, 62, yang didatangi seorang wanita mempunyai loghat dari negara jiran pada Jumaat lalu, ketika dia hendak menunaikan cek di sebuah bank di bandar ini.

Katanya, ketika dia keluar dari kereta dan hendak mengeluarkan cek dari poket bajunya, dia ditegur seorang wanita yang meminta pertolongan.

“Wanita itu cukup bersopan dan cantik. Dia memberitahu memenangi loteri dengan jumlah agak banyak, namun transaksi terbabit tidak boleh dilakukan kerana bukan warganegara dan memerlukan seorang penjamin warganegara Malaysia.

“Wanita terbabit juga memberitahu dia memerlukan wang sejumlah RM20,000 sebagai urusan untuk mengeluarkan wang yang dimenanginya,” katanya kepada Sinar Harian.

Namun begitu katanya, dia berasa berbelah bahagi untuk membantu wanita itu kerana melibatkan perjudian dan wang haram, namun kata-kata untuk menolaknya seolah-olah sukar untuk diluahkan. Mohd Ali berkata, ketika asyik mendengar penjelasan daripada wanita itu, tiba-tiba seorang lelaki datang menyapa mereka berdua dan bertanyakan mengenai perbincangan berkenaan, seterusnya wanita itu terus bercerita masalah dihadapinya.

“Setelah mendengarnya, lelaki itu mempelawa kami masuk ke keretanya. Saya mula berasa pelik kerana kereta lelaki itu diletakkan seolah-olah bersedia untuk membawa kami.

“Saya, tanpa berkata apa-apa terus mengikut wanita dan lelaki itu. Ketika dalam kereta, saya ditunjukkan tiket loteri dan juga sehelai keratan akhbar tempatan yang menunjukkan nombor sama dimenangi wanita tersebut.

“Saya bertambah pelik apabila disoal oleh kedua-duanya mengenai jumlah wang yang saya miliki di bank. Saya termangu seketika, kemudiannya berdoa agar saya diselamatkan daripada apa juga cubaan penipuan ketika itu," katanya.

Sejurus itu, dia mampu bersuara dan menyatakan kesemua akaunnya tidak mempunyai kemudahan mesin pengeluaran automatik (ATM) dan pengeluaran hanya boleh melalui buku bank yang ditinggalkan di rumah. Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, wanita dan lelaki berkenaan mengajaknya untuk mengambil buku akaunnya di rumah, setelah berpusing-pusing di bandar ini beberapa kali.

“Sekali lagi saya cuba memberi helah dengan memberitahu kupon meletak kenderaan saya hampir habis tempoh dan mahu menggantikannya dengan yang baru".

Kemudiannya, saya terus dibawa ke kereta saya.

“Setelah turun, saya masuk ke kereta saya dan perhatikan kereta mereka terus meluru meninggalkan saya. Saya bersyukur kerana terselamat daripada ditipu mereka.

“Setelah difikirkan balik, saya menurut sahaja kehendak mereka seperti dipukau, namun mungkin ALLAH mahu selamatkan saya daripada penipuan ini, usaha mereka tidak berjaya,” katanya

Katanya, setelah bercerita dengan beberapa kenalan rapat, ada yang bertanya kepadanya tentang ilmu yang digunakan sehingga mampu melepaskan diri dari kejadian berkenaan.

“Saya menyatakan supaya sentiasa ingatkan ALLAH, sentiasa berada dalam keadaan berwuduk dan mengaji al- Quran setiap hari. “Apabila kita sentiasa ingatkan ALLAH, maka ALLAH akan sentiasa ingat kita dan membantu kita apabila kesusahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Din Ahmad berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya masih belum menerima laporan berkaitan kes pukau.

“Jika orang awam menjadi mangsa pukau ini, mereka perlu membuat laporan polis dengan segera supaya tindakan susulan untuk mengenal suspek dapat dilakukan oleh pihak polis.

“Kami nasihat orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jika ditipu atau dipukau, mereka perlu mengambil nombor pendaftaran kenderaan suspek, kenal pasti bahasa digunakan, jumlah suspek, wajah dan juga pakaian yang mereka pakai,” katanya. - SH


GR kata: Amalkan ilmu yang memuja syaitankan itu namanya syirik....

Thursday, July 5, 2012

NAHH..TU DIA! 'FATWA' BARU PAS!!




GR tak ingin mengulas panjang tentang 'FATWA' baru PAS ni...nak kata bukan Islam, mereka ni Ostad-Ostad belaka. Ada ker tertulis dalam Al-Quran soalan yang akan ditanya pada kita semua di akhirat kelak tentang politik...contohnya pembaca lihat video di atas.

Menurut hadith Rasulullah S.A.W bersabda: "Bahawasanya mayat itu apabila telah diletakkan di dalam kuburnya dan ia benar-benar dapat mendengar suara alas kaki mereka (orang-orang yang mengiringkan jenazahnya), ketika mereka hendak meninggalkan kuburnya. Apabila mayat itu seorang mukmin, maka solatnya ada disamping kepalanya, puasa ada di sebelah kanannya, zakat ada di sebelah kirinya, dan kelakuan-kelakuan yang berupa kebaikan seperti sedekah, silaturrahim dan kebajikan yang lain itu semuanya ada didekat kedua kakinya"

Yang ditanyakan dalam kubur oleh Malaikat Munkar dan Nakir kepada mayat ialah:-

SIAPAKAH TUHANMU?       SIAPAKAH NABIMU?     APAKAH IMAMMU?    
APAKAH KIBLATMU?

Rasulullah S.A.W ada menegaskan bahawa soalan pertama yang akan Allah S.W.T tanya kepada kita di akhirat kelak adalah berkenaan solat dan empat perkara iaitu :
  • Tentang umur, adakah kita mempergunakannya dengan sebaik-baiknya.
  • Tentang masa mudanya, bagaimanakah kita melaluinya.
  • Tentang harta, dari mana kita memperolehi sumbernya dan ke arah manakah pula ia dibelanjakan.
  • Tentang ilmunya, adakah kita mengamalkan ilmunya.
Pembaca renung-renungkanlah perjuangan PAS yang sudah semakin menyeleweng. Disebabkan kepentingan peribadi politik mereka sanggup mempermainkan hukum hakam Islam yang sebenar.

Baca juga DI SINI


GR kata: Soal masuk Syurga Neraka bukan kerja kita...itu semua kerja Allah S.W.T

PANAS: JADI GAY KERANA ANWAR IBRAHIM?


“Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain,” kata lelaki homoseksual mahu dikenali sebagai Badrul yang kini insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Badrul, 50, berkata, disebabkan kurang komunikasi dengan ayahnya yang sering bercakap dengan suara tinggi, dia menjadi takut dan selalu menjauhkan diri.

“Ketika kecil, hanya ibu menjadi tempat saya bergantung kasih sayang sebab takutkan ayah. Banyak perkara yang sepatutnya ayah beri, tetapi saya minta melalui ibu kerana takut disergah ayah.

“Keadaan itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah apabila saya selesa berkawan dengan perempuan, tetapi dalam masa sama, saya ‘jatuh cinta’ dalam diam terhadap guru lelaki,” katanya.

Menurutnya, hubungan seks songsang kali pertama dilakukannya pada usia 19 tahun ketika bekerja sambilan di sebuah restoran.


GR kata: Zaman kaum Nabi Luth a.s semakin menular...Takutkanlah akan azab Allah S.W.T

KEMATIAN YASSER ARAFAT ANGKARA ISRAEL?


Bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004 dipercayai berpunca daripada racun polonium-210, menurut laporan makmal di Switzerland dan disiarkan oleh Al-Jazeera, kelmarin.

Ketua Institut Radiasi Fizik, Francois Bochud berkata, kajian itu dijalankan ke atas beberapa sampel biologi yang diperoleh daripada Suha, balu Allahyarham.

"Apa yang boleh kami rumuskan adalah hampir keseluruhan sampel yang diberikan itu mempunyai kesan polonium-210 bahan radioaktif semula jadi membebaskan sinaran alfa berbahaya pada tahap sangat tinggi," jelasnya.

Menurutnya, jika Suha mahu mendapatkan pengesahan lanjut, mereka perlu menggali semula kubur Allahyarham untuk memperoleh sampel bagi melakukan penyelidikan lebih terperinci. Difahamkan, jenis racun sama turut digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko pada 2006. 

Penerima Hadiah Nobel Keamanan tersebut menghembuskan nafas terakhir pada umur 75 tahun pada 11 November 2004 selepas beberapa minggu dirawat di sebuah hospital di Perancis. Doktor yang merawat Allahyarham pada masa itu turut gagal mengesan punca kematiannya. Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin pernah mengesyaki pemimpin tersebut diracun oleh rejim Zionis, namun ia tidak disahkan secara rasmi.

Kematian misteri bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tersebut mula diperkatakan semula selepas rundingan damai bersama Israel masih gagal mencapai sebarang persetujuan berikutan sering kali tertangguh akibat helah rejim Zionis. - SH


GR kata: Umat Islam harus bersatu mempertahankan agama yang suci ini....

INFO: MINYAK TURUN LAGI


Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - BERNAMA


GR kata: Harga minyak dah turun jangan ada pulak yang naik minyak. Keh3

Wednesday, July 4, 2012

PANAS: APA KAITAN AWEK NI DENGAN ANWAR IBRAHIM?


Semakin hari semakin terbongkar segala kerahsiaan Pak Anwar Ibrahim. Ada saja yang berlaku suatu masa dulu terkeluar satu persatu. Apakah beliau masih sembunyikan kebenaran apa yang terjadi? Skandal beliau sana sini pun sudah terjawab tapi masih tidak mengaku kesilapan beliau.

Apakah Pak Anwar Ibrahim ini seorang yang maksum? Suci dari segala dosa sampai ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak menggelarkan beliau 'Imam Mahdi'. Diaorang ni gila ker ape? Dah tak boleh berfikir secara waras ker disebabkan kepentingan peribadi politik mereka.

Terbaru, GR difahamkan Pak Anwar Ibrahim mempunyai 'hubungan' dengan gadis cantik molek (gambar di atas). Hubungan jenis apakah yang membuat Pak Anwar Ibrahim boleh jadi takut dan gelabah dengan kenyataan yang dibuat oleh gadis ini. Apa pun GR tabik spring pada awek ini kerana berani mengeluarkan kenyataan yang membolehkan Pak Anwar Ibrahim terdiam. Untuk tatapan pembaca yang budiman, baca kenyataan awek ini di bawah :

Siapa kata golongan muda menyokong pakatan?

Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT. Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN = Enabler

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi?

Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%? 
Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!” Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!

by Hanis Zalikha

Baca juga DI SINI


GR kata: Tabik spring pada Cik Hanis...caiyokla!!

THE MOST BEAUTIFUL PEOPLE IN #Euro2012


Kejohanan Bola Sepak Euro 2012 telah pun menutup tirai dengan jayanya pada Isnin lepas. Semua sudah tahu Juara Bola Sepak Euro 2012 ialah Sepanyol yang mempertahankan gelaran Raja Eropah 2x berturut-turut.

Apa pun masih terdengar lagi cakap-cakap mengenai Euro 2012 peminat bola sepak. Jom kita lihat gambar-gambar menarik sekitar Euro 2012:










GR kata: Pada fans Italy jangan sedih-sedih yer...Spain memang power der!! Hehe hehe

LEPAK SANTAI REMPIT UNITED...JOM TURUN DERR! #RempitUnited @Khairykj @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafii


Kepada mat rempit tegar, mat rempit pencen, dan mereka yang berkaitan dengan aktiviti perempitan di seluruh negara dijemput untuk hadir ke NZ Curry House, KL (berhampiran KLCC) pada 10 Julai 2012 ini (Selasa) bagi program Lepak Santai Rempit United bersama legenda permotoran negara, Wazi Abdul Hamid.

Akan turut serta adalah artis-artis popular yang akan membintangi filem Rempit United: Evolusi-R
seperti Nabil, Adi Putra dan Intan Ladyana.

Program anjuran UMB-PPUM bersama Rempit United tersebut akan berlangsung dari jam 9.30 hingga 11.30 malam.




JOM... KITA KASI GEGAR NZ MALAM TU, DERRR!!

SEJUK HATI LIHAT WAJAH ARTIS MALAYSIA INI


Beberapa orang artis wanita telah menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Mereka yang melakukan ibadah di rumah Allah adalah Diana Amir, Yatt Hamzah, Irma Hasmi dan Heliza Helmi.

Keempat-empat artis wanita itu telah berangkat ke tanah suci pada awal bulan Jun yang lalu.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil dari laman Facebook Heliza buat tatapan para peminat mereka dan juga sebagai kenangan mereka ketika berada di sana.




Moga-moga, gambar-gambar mereka ini menambahkan lagi niat GR dan pembaca sekalian untuk menanamkan niat menunaikan ibadah Umrah atau Haji di Mekah suatu hari nanti. InsyaAllah....


GR kata: Niat dihati dan doa...insyAllah tercapai hajat kita semua. Amin


Tuesday, July 3, 2012

#KesAltantuya: BALACI PAKATAN HAPRAK KANTOI MENIPU LAGI!


Puak Pakatan Haprak KANTOI lagi!!! Kali ini mengenai gambar Altantuya di Perancis pulak..saksikan KEBODOHAN balaci-balci Pakatan Haprak yang memfitnah YAB Perdana Menteri DS Najib.

Apabila pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantunya tidak pernah menjejakkan kaki di Perancis sepanjang tempoh urusan pembelian Scorpene dijalankan, pihak pembangkang PAS, PKR & DAP dengan bantuan pihak Yahudi menyebarkan gambar kononnya Altantunya ada di Perancis.

Malangnya hanya manusia yang bodoh saja termakan permainan politik kotor yang menggunakan individu yang telah mati. Jelas gambar itu telah diubahsuai (superimpose) semata-mata untuk menipu rakyat Malaysia.

Suaram, NGO yang menjadi barua PKR di bawah penyeliaan Tian Chua kini mungkin sedang merancang penipuan-penipuan yang mahu dilakukan setelah banyak kali pembohongan mereka dibongkarkan dan untuk memperkukuhkan lagi bukti KEBODOHAN mereka, pembaca lihat video di bawah :




GR kata: Fitnah itu lebih keji dari membunuh...betul tak Ostad-ostad PAS??


PANAS: @teresakok KURANG AJAR, LAYAN PENGUNDI MACAM SAMPAH!


Apa nak jadi dengan Ahli Parlimen Seputeh ni YB Teresa Kok? Apakah tanggjawab yang dipikul sebagai ADUN dan Ahli Parlimen selama ini? Pengundi di kawasan sendiri ingin berjumpa dan mengadu masalah setempat yang dihadapi tapi tidak dilayan. Pemimpin berjiwa rakyatkah ini??

Orang lain menjadi wakil rakyat, orang lain yang cuba tunjuk hero pulak. Lihatlah sendiri di atas, YB Teresa Kok menghantar orang bawahannya cuba untuk berjumpa dengan pengundi di kawasan beliau. Apa yang jadi? Lari lintang pukang la jawabnye..... Lihat video di bawah :




Pada orang suruhan Teresa Kok ni, GR nak ucapkan syabas dan padan muka. Lu belum layak mau jadi wakil rakyat apatah lagi jadi barua Teresa Kok. Pembaca lihatlah sendiri, inikah sikap yang baik ditunjukkan oleh seorang Ahli Parlimen? Rakyat yang memberikan mandat untuk beliau menjadi pemimpin tapi akhirnya rakyat yang menjadi mangsa Ahli Parlimen terbabit. Nak memerintah negara konon...masalah rakyat setempat pun tak boleh selesaikan. Pigirahhhh DAP!!!! DAP Racist!!!


GR kata: No complaint No help - Teresa Kok....makan diri sendiri!!!

SUBSIDI MINYAK, INI RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU! @NajibRazak




Harga minyak di Malaysia sepatutnya tidak mengikut harga minyak dunia. Kita adalah pengeluar minyak dan kita sepatutnya tetapkan harga minyak, bukan ikut harga.

Adakah negara kita Malaysia negara yang mengimport minyak dari negara lain? Jadi apa fungsi Petronas? Jom kita lihat video di atas, jawapan sebenar dari YAB Perdana Menteri dan seharusnya rakyat Malaysia faham dan renung-renungkan....


GR kata: Jangan percaya janji Anwar dan Pakatan Haprak nak turunkan harga minyak..itu semua auta jer!!!

VIDEO TERHARU: CACAT BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA! #bn4wp




Inilah yang seharusnya perlu kita sebagai rakyat Malaysia contohi. Bila melihat video ini, GR sungguh terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh akak ini. Walaupun dari segi zahir tubuh badan beliau tidak seperti masyarakat lain yang hidupnya sempurna tetapi semangat yang ditunjukkan oleh kakak ini harus kita contohi.

Walaupun kakak ini tidak berupaya sepenuhnya tapi semangat dan niat beliau untuk membantu mereka yang senasib dengan dia sangat terharu. Inilah semangat yang rakyat Malaysia harus contohi...bukan dengan kita duduk saja mintak sana sini dan mengharap sesuatu tanpa kita usaha. Ingatlah usaha itu tangga kejayaan.


GR kata: Semoga niat kakak ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T

PANAS: TIZ ZAQYAH DILEMPANG REMY ISHAK?


Dan, satu lagi bom gossip jatuh dari tangan Zubir Mohd Yunus yang nama glamor beliau kini adalah Zubir MY. Kali ini tentang keretakan hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak. Rasanya semua yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu yang beberapa minggu lalu, Remy Ishak ada mengadu di Twitter tentang layanan buruk dari kekasih’nya.

Namun, Tiz Zaqyah yang ditemui media beberapa selepas itu menyatakan semua itu lumrah bercinta & tidak mahu komen lebih lanjut tentang apa yang berlaku. Habis cerita. Zubir MY dalam tulisan beliau semalam mendakwa menerima informasi mengatakan Tiz Zaqyah kini sudah tidak tahan lagi denga perangai panas baran Remy Ishak.

Sikap panas baran Remy Ishak itu semakin buruk apabila satu per satu telefon bimbit Tiz Zaqyah dikatakan menjadi mangsa selain beberapa penampar singgah di pipi gadis itu. Wow.

“So, sekarang ni Tiz pakai hand phone murah murah, boleh buat call dan SMS saja,” ujar sumber Zubir MY itu dan sehingga artikel ini di’tulis, Tiz Zaqyah turut memiliki iPad yang tidak kurang mahal’nya dan kenapa tidak menjadi mangsa?

Buat masa ini, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak masing masing tidak dapat memberikan komen kerana sedang bercuti bersama rakan rakan di Thailand. Dan, mereka nampak mesra bersama seperti tiada apa yang berlaku. Gambar di’atas adalah gambar terbaru mereka di Thailand.- RotiKaya


GR kata: Isk isk...bercinta pun janganlah sampai camtu sekali yer tak??

WELCOME TO SELANGOR: SANGGUP MENGAKU BUKAN ISLAM KERANA NAK 'SEDAP' DENGAN NEGRO!


Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway di sini selepas disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup mengaku bukan Islam.

Timbalan Pengerusi Surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika itu. Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama wanita terbabit.

“Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam menyebabkan kami terkejut.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi, wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya tertinggal di rumah,” katanya.

Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.

“Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta berasal dari Kuala Lumpur. “Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan,” katanya.


GR kata: Welcome to Selangor...memang hebatkan! Sanggup murtad kerana kesedapan dunia...

Monday, July 2, 2012

PANAS: @teresakok MUKA TAK TAU MALU!


Kerajaan Pusat telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang bahawa Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan sepatutnya dalam menangani isu banjir di Selangor.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, walaupun Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap prihatin dan mempunyai komitmen dalam mengatasi masalah itu berpandukan keupayaan kewangan negara.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan membelanjakan RM527.8 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir di Selangor dan bukan RM60 juta seperti didakwa".

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM359.8 juta dibelanjakan untuk projek fasa satu rancangan tebatan banjir (RTB) lembangan Sungai Damansara yang memberikan impak besar untuk tangani banjir di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), TTDI Jaya dan sekitar Stadium Shah Alam," katanya di sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan bagi menjawab soalan dikemukakan Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP yang mendakwa peruntukan mitigasi banjir di Selangor dikurangkan secara sengaja hingga mengakibatkan kejadian banjir di banyak tempat.

Pendapat GR senang saja, terang dan jelas bahawa Teresa Kok ini tak buat kerja. Exco Selangor yang makan gaji buta. Jangankan turun padang di Selangor, kawasan DUN dan Parlimen beliau sendiri pun dia buat tak tau, inikan pula nak jaga negeri Selangor melalui tugas beliau sebagai Exco. Sama juga dengan FDI yang masuk ke Selangor? Siapa yang usahakan kalau bukan MIDA dan kerajaan Pusat!

Yang peliknya Teresa mendabik dada di dalam sidang DUN yang lalu dengan mengatakan aliran pelaburan terus yang masuk ke Selangor adalah hasil usaha dari kerajaan negeri. Aiya ah soooo...jangan itu macam ma. Lembu punya susu, sapi dapat nama ka?? Kasi turun padang buat kerja laaa...


GR kata: Gaji MP Pakatan terima untuk mengadu dan sengaja create masalah ker??

FUIYOO! @mbnizar JADI HANG KEBUN PULAK!


Perghhhh....dahsyat la si bekas MB Perak yang gila meroyan ni, siapa lagi kalau bukan YB Nizar. Apa saja yang beliau buat selama ini membuatkan rakyat Perak semakin menyampah dengan beliau. Yang paling kelakar pembaca lihatlah gambar di atas, dah tak ada tempat lain ker nak bagi ceramah?
Sudah mau jadi Hang Kebun ka YB?

Pembaca cuba tengok dalam gambar diatas.., itu cuma sebahagian kecil je hadirin yang hadir.. Banyak lagi yang terlindung disebalik pokok-pokok getah kat situ beb...nampak tak? Itu semuanya mambang pokok. Hehe hehe


Dan yang paling tak boleh tahan sekali ialah.., pengacara ceramah tu kata.., "kalau Nizar dah turun ke satu-satu kawasan.., maka habislah UMNO di kawasan tuu..." Angkuh betul yer pengacara tu, tapi kita tengok kawasan mana yang habis yer? Habis UMNO/BN rampas balik adela kan. Hehe hehe

Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Hang Kebun pun hang kebunlah....Keh3

MULUT PAKATAN RAKYAT IBARAT 'SAUDAGAR JANJI'!


Parti pembangkang boleh dikategorikan sebagai ‘saudagar janji’ kerana terlalu banyak membuat janji kepada rakyat tetapi tidak pernah menunaikan kebanyakan janji tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi pembangkang tersebut berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilihat menepati janji.

“Antara janji yang gagal pembangkang laksanakan seperti kerajaan Selangor tidak menunaikan janji memberi RM100 kepada rakyat negeri itu yang berusia 60 tahun ke atas malah menjual banyak aset miliknya.

“Kerajaan Kedah pula memperkenal Skim Kafalah iaitu bantuan RM500 kepada keluarga simati dan mewujudkan Tabung Tunku Mahmud untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat dan membina Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berharga RM330 juta sedangkan semua itu lebih awal dilaksanakan kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini. Justeru, Ahmad Zahid berkata, beliau meminta rakyat mempunyai yang nasional dan adil keatas kerajaan BN yang menepati janji berbeza dengan pakatan pembangkang ibarat ‘saudagar janji.’

Memberi contoh lain, kata beliau, Kerajaan Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010.

Tetapi, katanya, dalam tempoh sama kerajaan negeri Kelantan hanya menyumbang hasil pendapatan berjumlah RM300 juta kepada Kerajaan Persekutuan.

Baca juga DI SINI


GR kata: Janji Pakatan Rakyat hanya janji tinggal janji....

Sunday, July 1, 2012

RAKYAT MALAYSIA HARUS LEBIH BIJAK MENILAI


Seperti biasa, menjelang setiap PRU, pelbagai menifesto dikeluarkan oleh parti-parti yang bertanding. Namun rakyat bukan saja perlu menilai menifesto yg cantik, tetapi perlu memilih parti yang mampu melaksanakan setiap manifesto dijanjikan dan bukannya parti yg gagal berbuat demikian selepas diberi mandat memerintah meskipun nama atau manifesto parti terbabit dilihat Islamik. Nama bagi parti juga tidak penting sebaliknya kemampuan melaksanakan janji-janji kepada rakyat, berkhidmat untuk rakyat seharusnya menjadi sandaran sebagai parti pilihan.

Terdapat parti di sesetengah negara yg membawa syiar Islam, manifestonya begitu Islamik namun ia lebih bersifat ada udang di sebalik batu. Rakyat sepatutnya melihat setiap agenda (manifesto) dengan teliti dan tidak berhenti di situ sahaja. Perlu pula dilihat pelaksanaannya. Oleh itu kita mesti memilih mana-mana parti yang lebih kuat dalam konteks khidmat mereka kepada masyarakat, serta telah berusaha keras melaksanakan setiap perkara yg sudah dijanjikan dalam manifesto PRU yang lalu.

Sebagai contoh, apabila diberi kepercayaan untuk memerintah segala-berubah dan pada masa itu tumpuan pemerintahan hanya diberikan kepada kepentingan diri sendiri, parti dan ahli-ahli mereka sahaja. Jangan tengok pada nama Islam sahaja, sebaliknya lihat kemampuan pelaksanaan manifesto yang telah dijanjikan. Letaklah nama apa pun, namun kemampuan untuk menunaikan janji manifesto adalah lebih utama.

Orang yang kuat amal ibadatnya tidak semestinya layak diangkat sebagai pemimpin. Perkara itu pernah diperkatakan oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W dalam satu hadis Baginda yang menceritakan situasi tersebut.

Seperti disebutkan dalam sebuah hadis apabila seorang sahabat Abu Dzar r.a meminta Rasulullah S.A.W melantiknya sebagai gabenor atau sebagai pemerintah, Baginda S.A.W menyatakannya beliau seorang lelaki yang lemah. Abu Dzar r.a merupakan seorang yang bertaqwa dan seorang yang soleh tetapi apabila berkaitan dengan pemerintahan serta pengurusan negara, Rasulullah S.A.W kata Abu Dzar tidak sesuai.

Pemerintahan adalah satu amanah, kelak jika disalah urus ia akan menjadi satu kerugian serta penyesalan pada hari kiamat. Sekiranya seseorang itu mampu menguasai sama ada dalam soal ibadat serta pentadbiran negara itu adalah yang terbaik.


GR kata: Pilihlah parti yang laksanakan Manifesto serta tunaikan janji BUKAN hanya pandai tabur janji!!

PANAS: VVIP KANTOI BEROMEN DENGAN AWEK MANA? ADA CCTV?


Mahkamah Majistret di sini, semalam memaklumkan pihak pendakwa berjaya memperoleh bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi kes cabul yang dihadapi seorang kenamaan, dua tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S Kavitha memaklumkan perkara itu kepada Majistret Shamsol Azwa Martadza ketika kes terhadap Ketua MCA Bahagian Lenggong, Ng Tian Poh @ Ng Thiam Poh, 64, disebut semula.

“Rakaman CCTV itu diambil daripada Kelab Diraja Ipoh. Kita juga memperoleh laporan pemeriksaan dari Jabatan Forensik Ipoh dan gambar dari rakaman pada hari kejadian,” katanya.

Shamsol Azwa kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 27 Julai depan.

Tian Poh yang diwakili peguam Mahinder Singh didakwa pada April lalu atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pakar kecantikan di sebuah bilik bar di kelab berkenaan antara jam 6 petang dan 9 malam pada 30 Disember 2010.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa sehari kemudian, dia mendakwa teman lelakinya minum bersama tertuduh dan beberapa rakan termasuk seorang pemimpin politik bergelar Datuk.


Mangsa mendakwa tertuduh yang duduk di sebelahnya telah mencabulnya, bagaimanapun, seorang rakan mangsa kemudiannya menghentikan perbuatan tertuduh sebelum mangsa meninggalkan tempat berkenaan.


GR kata: Khabarnya VVIP tersebut dari Perak. Siapakah orangnya?? Jeng jeng jeng....

FOTO: TARIKH KERAMAT PAK ANWAR MEMAKAN DIRI SENDIRI



GR kata: Dari tahun ke tahun, tarikh yang sama takder pun perubahan Kerajaan yang Anwar nak buat. Menipu jelah kejanya, rakyat yang BODOH jerk percaya dengan temberang Pak Anwar. Pi jual bakso jerlah yer Pak Anwar.... Keh3!!

Artikel pelbagai