Friday, July 6, 2012

APA KES MAT REMPIT YANG TAK SUDAH-SUDAH? #RempitUnited


Al-kisah Mat Rempit di Malaysia ini dari dulu hingga sekarang dari dulu hingga sekarang ada saja diperkatakan baik di TV dan juga surat khabar. Saban hari ada saja kisah mereka yang kita tahu kisah yang buruk-buruk saja contohnya kes lumba haram, ragut, bergaduh dan sebagainya.

Apakah yang diinginkan oleh golongan mat rempit ini sebenarnya? Apakah mereka diluar sana faham akan maksud REMPIT itu sendiri? Di sini GR cuba untuk fahami bersama pembaca sekalian tentang maksud REMPIT.

Definisi Rempit ialah: Rempit merupakan istilah atau panggilan yang merujuk kepada kumpulan/individu pemilik kenderaan yang menunggang atau memandu dalam keadaan yang sangat teruja, ekstrem, laju, dan cenderung untuk melakukan aksi-aksi lagak ngeri di dalam situasi rekreasi bertujuan untuk menikmati keseronokan dan kepuasan tersendiri.

Rempit:  k.k. merempit, menyebat dengan rotan dll, menyesah, membelasah; merembat (ruj. Kamus Dewan edisi empat)

Rempit:  Orang/ kumpulan/ (spt remaja) yang teruja dalam penunggang motosikal atau memandu kereta di dalam situasi rekreasi dengan ekstrem, laju dan dengan penuh bersemangat melakukan aksi-aksi lagak ngeri di jalan raya;

Merempit: k.k perlakuan merembat; membelasah; memecut kenderaan dalam keadaan yang sangat teruja, ekstrem dan laju untuk menikmati keseronokan dan kepuasan tersendiri.

Apa pun kepada golongan Mat Rempit korang jangan risau der! Pelbagai usaha pihak Kerajaan dan NGO yang terlibat membantu korang untuk hidup dan memberi peluang untuk korang berjaya dalam bidang yang korang minat.


Apa lagi...Jom kita Lepak Santai dengan Geng-geng Rempit United pada 10 Julai 2012 di NZ Garden Curry House KLCC. Mula jam 9.00mlm - 11.30mlm. Otai motor kita Wazi Abd Hamid pun ada tau. Artis-artis terkenal pun ada beb...Datang tau!!



DATANG DER JANGAN TAK DATANG! 
KITA BAKAR NZ GARDEN KLCC DER!!!

No comments:

Artikel pelbagai