Monday, July 2, 2012

PANAS: @teresakok MUKA TAK TAU MALU!


Kerajaan Pusat telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang bahawa Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan sepatutnya dalam menangani isu banjir di Selangor.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, walaupun Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap prihatin dan mempunyai komitmen dalam mengatasi masalah itu berpandukan keupayaan kewangan negara.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan membelanjakan RM527.8 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir di Selangor dan bukan RM60 juta seperti didakwa".

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM359.8 juta dibelanjakan untuk projek fasa satu rancangan tebatan banjir (RTB) lembangan Sungai Damansara yang memberikan impak besar untuk tangani banjir di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), TTDI Jaya dan sekitar Stadium Shah Alam," katanya di sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan bagi menjawab soalan dikemukakan Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP yang mendakwa peruntukan mitigasi banjir di Selangor dikurangkan secara sengaja hingga mengakibatkan kejadian banjir di banyak tempat.

Pendapat GR senang saja, terang dan jelas bahawa Teresa Kok ini tak buat kerja. Exco Selangor yang makan gaji buta. Jangankan turun padang di Selangor, kawasan DUN dan Parlimen beliau sendiri pun dia buat tak tau, inikan pula nak jaga negeri Selangor melalui tugas beliau sebagai Exco. Sama juga dengan FDI yang masuk ke Selangor? Siapa yang usahakan kalau bukan MIDA dan kerajaan Pusat!

Yang peliknya Teresa mendabik dada di dalam sidang DUN yang lalu dengan mengatakan aliran pelaburan terus yang masuk ke Selangor adalah hasil usaha dari kerajaan negeri. Aiya ah soooo...jangan itu macam ma. Lembu punya susu, sapi dapat nama ka?? Kasi turun padang buat kerja laaa...


GR kata: Gaji MP Pakatan terima untuk mengadu dan sengaja create masalah ker??

No comments:

Artikel pelbagai