Monday, July 2, 2012

MULUT PAKATAN RAKYAT IBARAT 'SAUDAGAR JANJI'!


Parti pembangkang boleh dikategorikan sebagai ‘saudagar janji’ kerana terlalu banyak membuat janji kepada rakyat tetapi tidak pernah menunaikan kebanyakan janji tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi pembangkang tersebut berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilihat menepati janji.

“Antara janji yang gagal pembangkang laksanakan seperti kerajaan Selangor tidak menunaikan janji memberi RM100 kepada rakyat negeri itu yang berusia 60 tahun ke atas malah menjual banyak aset miliknya.

“Kerajaan Kedah pula memperkenal Skim Kafalah iaitu bantuan RM500 kepada keluarga simati dan mewujudkan Tabung Tunku Mahmud untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat dan membina Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berharga RM330 juta sedangkan semua itu lebih awal dilaksanakan kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini. Justeru, Ahmad Zahid berkata, beliau meminta rakyat mempunyai yang nasional dan adil keatas kerajaan BN yang menepati janji berbeza dengan pakatan pembangkang ibarat ‘saudagar janji.’

Memberi contoh lain, kata beliau, Kerajaan Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010.

Tetapi, katanya, dalam tempoh sama kerajaan negeri Kelantan hanya menyumbang hasil pendapatan berjumlah RM300 juta kepada Kerajaan Persekutuan.

Baca juga DI SINI


GR kata: Janji Pakatan Rakyat hanya janji tinggal janji....

No comments:

Artikel pelbagai