Tuesday, September 3, 2013

TAHNIAH @PDRMsia AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA BERUK-BERUK JALANAN NIE! @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA


Malam Merdeka rakyat bersuka ria menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tapi masih ada pula puak yang cuba merosakkan pemikiran rakyat dengan penipuan BODOH yang tak masuk akal. Adakah Malaysia sebenarnya sudah Merdeka atau masih ada rakyat yang mempunyai pemikiran yang kolot dengan sejarah Malaysia?

Sedih sekali kita lihat sekarang generasi muda yang masih terikut-ikut dengan penipuan sesetengah yang tidak bertanggungjawab. Dengan cara menanam pengisian yang tak berguna pada generasi sekarang dan tanpa memikirkan sesuatu mereka ini telah menjadi ikutan generasi sekarang.

Apakah matlamat mereka ini ingin menukar bendera Jalur Gemilang yang saban tahun kita gunakan sejak zaman Merdeka lagi. Mereka yang buta sejarah ini harus diheret ke muka pengadilan kerana mereka ini tiada sifat penyesalan dalam diri mereka.

GR ingin mengucapkan tahniah pada pihak Polis kerana mengambil langkah yang drastik pada perlaku yang tak der otak ini. Buat kerja bodoh yang syok sendiri tapi bercakap satu dunia seolah-olah seluruh rakyat Malaysia menyokong mereka. BODOH PIANG punya orang!

Polis Kuala Lumpur telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden mengibarkan bendera rekaan pihak tidak bertanggungjawab pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberitahu Bernama hari ini bahawa pasukan khas itu akan menyiasat insiden itu daripada pelbagai sudut dan telah membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya akan memanggil kumpulan yang terbabit mengibarkan bendera rekaan itu untuk membantu siasatan.

Beliau berkata pihaknya masih belum mengenal pasti individu yang merampas bendera alternatif itu daripada kumpulan berkenaan seperti yang dilihat dalam klip video yang dimuat naik dalam laman YouTube.

Zainuddin berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.


Dalam pada itu, kita semua harus berterima kasih pada Menteri KDN sekarang ini kerana beliau bersungguh-sungguh memastikan keselamatan rakyat dan negara menjadi keutamaan. Lantaran ini BAJET KHAS disediakan untuk pasukan keselamatan membanteras jenayah. Syabas KDN dan PDRM kerana rakyat boleh menarik nafas sedikit lega kerana tindakan tegas yang diambil bukannya lagi amaran yang diperdengarkan pada penjenayah-penjenayah ni.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapat peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2014 bagi membanteras jenayah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan bajet tambahan untuk PDRM bagi membanteras jenayah pada ucapan belanjawan. Sebelum itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membantu kami untuk memberi kelulusan khas dari perdana menteri untuk membeli aset bagi kegunaan PDRM.

"Ini termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara yang mendapat kerjasama dari Jabatan Perdana Menteri dan AGC,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

GR nasihatkan kepada semua janganlah kita menjadi lupa diri sehingga segala nikmat yang kita nikmati kini ditarik kembali oleh Yang Maha Berkuasa. GR berharap kepada semua rakyat agar hayatilah dengan sepenuh hati,iklas kemerdekaan yang kita nikmati ini penuh dengan rasa bersyukur kerana negara kita kini kekal aman, kekal makmur dan dirahmati Allah SWT.

Bersyukurlah! Bersatulah! Kita semua dalam masyarakat Malaysia yang bersatu agar dapat dikekalkan kesetabilan dan kemakmuran negara. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


GR kata: Kalau depa berani sangat nak tukar bendera, kenapa mamat yang berani cabut bendera tu depa tak berani nak tahan? Penakut gak diaorang nie..bukan ada telur pun! Hakktuihhhhh!!

Monday, September 2, 2013

ISU KONGSI GELAP: KETUA CABANG PKR SOKONG KETEGASAN @Zahid_Hamidi DAN @KDNPUTRAJAYA @PDRMsia. YANG LAIN APA CITER?


Rungutan mengenai peningkatan jenayah telah lama kita dengar iaitu sebelum terhapusnya Akta EO dan ISA lagi. Kes-kes ragut, pecah rumah, rompakan terjadi hampir setiap hari di mana ia pantas dijadikan modal politik untuk Pakatan Haprak menyerang Kerajaan dan juga memburukkan tugas Polis.

Namun kita perlu lihat, punca yang cuba ditimbulkan oleh Pakatan Haprak dengan tanamkan pemikiran buruk kepada rakyat bahawa Polis Malaysia lembap dan tak boleh buat kerja. Adakah mereka lihat dari sudut yang sebenar, hasil kerja pihak Polis yang berjaya membanteras jenayah di negra ini.

Apa saja nak dipolitikkan oleh pakatan haprak. Isu jenayah kenapa perlu dipolitikkan? Seharusnya semua pihak tampil membantu Kerajaan dengan memberikan cadangan yang baik untuk Kerajaan melaksanakan kerja membanteras isu seperti ini.

Namun, pelik sekali apabila dalam kita merasa bimbang akibat kes jenayah yang meningkat, Pakatan Haprak turut mendesak agar Akta-akta tertentu perlu digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan.  Dengan desakan berterusan, pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu lebih 2,000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta Pencegahan dihapuskan.

Adakah ini hasil yang terbaik? Nyawa masyarakat juga boleh terancam. Adakah mereka sedar bahwa rakyat mahukan kehidupan yang aman dan harmoni, bukannya dalam ketakutan.

Kita sedar atau tidak, selepas tahanan jenayah ini dibebaskan, kes tembak menembak semakin galak. Ini adalah kerana tahanan yang telah dibebaskan mereka ingin 'menuntut' kembali janji mereka bersama. Ada yang telah mengkhianati kawan mereka sendiri dan kerana inginkan kuasa dan kawasan maka iri hati dan tak puas hati antara satu sama lain mereka telah mengambil tindakan sendiri.

Oleh sebab itu, kita lihat ada saja yang ditembak saban hari. Dan mereka ini buta warna, tidak mengenal erti siapa kawan dan lawan. Masyarakat yang tidak bersalah pun boleh terkena tempiasnya. Apa yang menarik ialah, mereka yang berjaya ditangkap, hampir semuanya mempunyai hubungkait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan.

Dari kronologi ini, tidak salahlah jika rakyat menyalahkan Pakatan Haprak kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya kebaikan untuk masyarakat. Dan juga tidak salah rasanya masyarakat mahukan penjelasan yang terperinci kenapa Menteri KDN sebelum ini terikut sangat dengan kehendak dan rentak Pakatan Haprak? Kenapa lembik sangat, sebagai anak jantan perlulah berani...betul tak?

Bagi memulihkan keadaan, pihak polis telah bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan. Malangnya, tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai Pakatan Haprak tetapi dipersoalkan pula. Jelas di sini kita lihat Pakatan Haprak lebih berminat untuk membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia, berbanding memikirkan keselamatan rakyat.

Alhamdulillah kita bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri sekarang ini di bawah pimpinan Dato’ Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah dengan mendengar cakap Pakatan Haprak sekali lagi. Beliau mengabaikan suara-suara jahat dan busuk mereka ini untuk membela penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap yang ada.

Setakat ini, sebanyak 49 kumpulan kongsi telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli.

Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambilkira sentimen politik.  Sepatutnya, semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu mengutamakan kerja daripada 24 jam berpolitik.

Rakyat juga berterima kasih pada KDN kerana isu keselamatan rakyat dan negara menjadi keutamaan membanteras kongsi gelap ini sampai lubang cacing. Rakyat mahukan kehidupan aman dan sejahtera....rakyat tak mahukan kehidupan yang dalam ketakutan. Terima kasih Kerajaan...terima kasih DS Zahid Hamidi...terima kasih KDN dan PDRM.


GR kata: Kongsi gelap tak lama lagi jadi kongsi terang. Rakyat mahukan pemimpin yang tegas bukan lembik takut dengan bayang2 sendiri.

Artikel pelbagai