Saturday, June 23, 2012

PANAS: @teresakok DILUDAH PENDUDUK KAWASAN SENDIRI..!!


Program dialog antara penduduk, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pemaju dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim di perumahan teres dua tingkat Puchong Hartamas di sini, pagi semalam bertukar kecoh apabila penduduk mula bertengkar sesama sendiri.

Difahamkan, perjumpaan itu diadakan susulan tindakan MPSJ merobohkan struktur pondok pengawal keselamatan yang didakwa dibina secara haram sejak empat tahun lalu di pintu masuk kawasan perumahan itu.

Sinar Harian turut difahamkan, segelintir penduduk bersetuju tindakan MPSJ manakala sebahagian lagi tidak bersetuju dengan mendakwa risiko faktor keselamatan sekiranya tiada pondok pengawal di kawasan perumahan mereka.

Perbezaan pendapat yang timbul dalam dialog menyebabkan penduduk mula meninggikan suara dan bertengkar sesama sendiri menyatakan pendirian masing- masing berhubung isu berbangkit sebelum dileraikan anggota penguat kuasa MPSJ yang berada di lokasi.

Pertelingkahan timbul apabila ada penduduk mempersoalkan siapa yang membuat aduan berhubung struktur haram itu sehingga tindakan perobohan diambil.

Namun Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid memberi maklum balas adalah menjadi polisi pihaknya tidak mendedahkan nama pengadu malah memberitahu tindakan diambil pihak majlis mengikut prosedur dan undang-undang.

Penduduk bertekak dengan Teresa Kok

Menurutnya, tindakan perobohan diambil Rabu lalu kerana struktur pondok itu tidak pernah mendapat kelulusan pelan bangunan MPSJ malah lokasi pondok pengawal tidak sesuai dan mengundang kemalangan.

“Jalan di lokasi pondok yang dirobohkan akan dibaik pulih semula dan kawalan keselamatan masih boleh dijalankan menggunakan payung dan kon sementara waktu untuk mengawal laluan keluar masuk.

“Mengenai pembinaan pondok pengawal baru, saya minta pemaju datang ke majlis berbincang dan mengingatkan mereka perlu juga hantar pelan bangunan,” katanya setelah kelulusan dibuat MPSJ akan memberi satu salinan kepada persatuan penduduk supaya permohonan lesen menduduki sementara (TOL) boleh dimohon kepada Pejabat Tanah dan Daerah.

Beliau berkata, setelah pemaju akur dengan semua syarat, majlis akan mempertimbangkan kelulusan dan pihaknya akan berurusan dengan pejabat tanah untuk mempercepatkan kelulusan TOL. Sementara itu, Teresa Kok berkata, pihak pemaju dan perunding mereka akan berhubung dengan MPSJ untuk menghantar pelan dan mematuhi beberapa kriteria.

“Penduduk harap pemaju cepat hantar pelan sebelum persatuan mereka boleh ke Pejabat Tanah dan Daerah memohon TOL,” katanya kebanyakan penduduk mengadu bimbang dengan keselamatan mereka selepas pondok pengawal itu dirobohkan. - SH


GR kata: "No complaint No Help"....Kenapa boleh jadi gaduh cam ni YB?

PANAS: ANWAR GELABAH CARI MANA AWEKS NI!!


Sebelum ini, GR ada mengeluarkan artikel mengenai seorang wanita yang dikaitkan penuh dengan akaun luar biasa Anwar yang berjuta-juta ringgit tu. Lihat di sini http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/06/gempar-anwar-kenal-sangat-aweks-nie.html

Sekarang difahamkan Anwar dah panas pungkok dan sedang mencari di manakah wanita tersebut tinggal. Awat takut sangat yer Pak Anwar?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai berusaha mengesan wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan beliau memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion sejak mereka terputus hubungan beberapa tahun lalu.

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berkata, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan wanita terbabit dan banyak kisah di sebalik tabir berlaku antara mereka berdua.

Menurut beliau, wanita berkenaan hidup diselubungi kemewahan semasa masih rapat dengan Anwar, namun, beliau sentiasa dalam ketakutan selepas hubungan itu berakhir.

‘‘Saya difahamkan Anwar mahu menuntut semula semua harta yang telah diberikannya kepada wanita misteri itu....

GR kata: Jaga-jaga Pak Anwar....Hehe Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

HANTU KEKASIHKU SERU DAH JUMPA JALAN SHORTCUT KE SYURGA!?


Nampaknya, strategi PAS kini hanya tertumpu pada pengrekrutan artis-artis tempatan, bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan dengan jutaan harapan penyertaan para-para artis dan ex government ini dapat menarik sokongan undi orang ramai di Pilihan Raya Umum 13 akan datang.

Sesudah menyertai PAS, seperti biasa mereka akan diberikan jawatan-jawatan tinggi dalam parti.

Tak tahu pula artis Malaysia seperti Hairie Othman ini suka dipergunakan oleh puak PAS. Standard artis melayu camtu kot? Apakah mereka ini telah dijanjikan dengan pelbagai janji yang sudah semestinya tinggi melangit? Dan apakah mereka juga telah dijaminkan tempat di Syurga untuk mereka...


Perubahan dalam diri itu sangat bagus dan GR tidak akuinya. Apakah perubahan yang beliau inginkan sebenarnya dalam diri, kalau duk bagi ceramah sana sini dengan maki hamun, fitnah sana sini, sebarkan penipuan sana sini...ini cara umat Islam yang sebenarkah yang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Fikir-fikirkanlah....jangan ikutkan nafsu dan carilah ilmu itu sehingga akhir hayat kita kerana ilmu Allah S.W.T sangat luas...


GR kata: Undi PAS masuk Syurga ek? Haktuiiiihhhhhh!!!

HOT NEWS: ARTIS BERPELUK SAKAN DEPAN ORANG RAMAI!?


Beberapa bulan lalu, kecoh juga dunia hiburan Malaysia dengan gossip yang mengatakan mereka berdua ini sedang bercinta. Mereka menafikan hubungan gossip tersebut. Yelah depan peminat boleh menafikan apa segala cerita yang dilemparkan sebabnya peminat tidak nampak apa terjadi dibelakang tabir. Betul tak??

GR mendapat berita ini melalui rakan yang bekerja sebagai krew produksi pada mulanya enggan ambil kisah akan perangai dua orang pelakon popular Malaysia ini kerana percaya akan penafian cinta mereka. Namun, perilaku mereka semakin hari semakin menimbulkan was-was sama ada mereka ini sekadar berkawan atau sedang hangat bercinta seperti di’gossipkan.

Ketika satu sessi pengambaran telemovie di selatan Selangor baru baru ini, pasangan pelakon ini dikatakan tidak segan silu berpelukan mesra sedangkan cuaca panas bukan kepalang. Si aktress dengan romantiknya duduk di atas riba si aktor dan ini bukan adegan yang diperlukan pengarah telemovie. Timbul risau pula di’hati sumber kami yang berada di lokasi.

GR difahamkan artis perempuan tersebut mukanya ala-ala kumpulan K-POP, wahhhh...itu dah kira cun habislah kan...Artis lelaki pula dikenali dengan panggilan Lelaki KN. Macam-macamkan, nama nak glamor jer, tapi apa pun kita di Malaysia ini mempunyai adab dan resam yang baik. Tunjukkanlah contoh kelakuan yang baik kerana anda adalah sebagai public figure....

GR diberitahu artis ini minat dengan lagu ni. Jom layan :




GR kata: Siapakah artis itu?? Jeng! jeng! jeng!!!

SKANDAL TERBARU MAYA KARIN, SIAPAKAH LELAKI BERTUAH ITU?


Aktres jelita Maya Karin menolak dakwaan terbaru kononnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk.

Terbaru, bintang filem Ombak Rindu ini dilihat seolah-olah mempunyai hubungan mesra dengan individu yang merupakan cucu kepada ahli perniagaan ternama pada sebuah majlis makan malam dekat sini, malam Rabu lalu. Gambar Maya bersama ahli perniagaan berusia sekitar 40-an itu dirakamkan oleh jurufoto M. Azhar Arif.

Mengulas mengenai gosip itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, mengaku menghadiri majlis tersebut bersama lelaki berkenaan tetapi tidak mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa.

“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.


Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.

“Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru.

“Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan,” katanya.


GR kata: Menangis gamaknya lelaki JM kalau Maya dah ada pengganti...Hehe hehe

Friday, June 22, 2012

GEMPAR! ANWAR KENAL SANGAT AWEKS NIE!!

Gambar hiasan

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengemukakan lagi bukti baru kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sekitar RM3 bilion.

Semasa disiasat selama kira-kira lima jam oleh SPRM di ibu kota hari ini, Ummi mendedahkan identiti seorang wanita misteri yang memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang.

Katanya, SPRM teruja dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan itu kerana berlainan dengan bukti yang pernah dikemukakan oleh pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan bekas setiausaha sulit Anwar iaitu Anuar Shaari.

“Saya disoal siasat dari pukul 3 petang sehingga 8 malam tadi oleh tiga pegawai SPRM dan mereka mengesahkan tidak pernah mendapat bukti mengenai wanita itu atau 62 hartanah terlibat. - Utusan


GR kata: Jeng! Jeng! Jeng...siapakah awek itu??

GEMPAR! @teresakok ADA HUBUNGAN 'INTIM' DENGAN LELAKI K?


Ada saja al-kisah pemimpin Pakatan Haprak ni dengan cerita skandal sana sini, baik skandal seks maupun mempunyai hubungan 'intim' yang boleh dikategorikan sebagai 'anak ikan'. Apakah dengan kuasa yang mereka ada, mereka boleh sesuka hati membuat apa saja demi melunaskan nafsu??

Masih ingat dengan kisah gambar bogel Exco Neg. Selangor, kenapa masih sekarang tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kepimpinan Pakatan Haprak? Takkan sekadar cuti rehat yang diberikan itu sudah memadai... Bagaimana pula dengan seorang pemimpin Islam yang tidak bersependapat dipecat terus, adilkah macam ni??

Berbalik dengan kisah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ini, GR difahamkan dari sumber dalaman PR bahawa beliau mempunyai hubungan intim dengan seorang lelaki yang digelar 'Lelaki K'. Apa yang mengemparkan di sini, lelaki itu memberikan kata putus ketidakpuashatian dengan Ahli Parlimen ini. Baru-baru ini lelaki terbabit meluahkan kesedihan beliau pada kawan GR...sampai macam tu sekali ker?

Apa pun baca kupasan lanjut DI SINI


GR kata: Teresa Kok hanya janji tinggal janji!!

PANAS: RAFIZI LETAK JAWATAN KERANA KECEWA DENGAN ANWAR?


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Khamis meletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.

Mohd Rafizi memaklumkan mengenai perletakan jawatan itu menerusi Twitter milik beliau pada petang Khamis. Beliau berkata, perletakan jawatan adalah proses biasa dan beliau memerlukan rehat bagi menunaikan ibadah sempena bulan Ramadan ini.

“Saya telah beri notis letak jawatan dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor boleh merujuk pada Kerajaan Negeri atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya.

Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Rafizi dalam Twitter miliknya turut berkata. “Letak jawatan adalah proses biasa. Perlu sedikit rehat. Letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.”

Rafizi menyandang jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor sejak kira-kira dua tahun lalu. Persoalannya apakah disebabkan masalah dalaman PKR tidak sebulu dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR yang membuatkan Rafizi letak jawatan?

Sudah kita ketahui, Azmin Ali tidak sebulu dengan MB Selangor si Khalid Gagap. Disebabkan itulah Rafizi ini adalah kem pada siapa pembaca nilailah sendiri. Inilah dia Pakatan Haprak, apa yang mereka lakukan tidak pernahnya success...semuanya atas dasar peribadi. Dalam perdebatan fakta apa yang Rafizi berjaya keluarkan semuanya adalah auta belaka.


GR kata: Rafizi dari hang nak jadi calon bertanding di Pandan Indah baik hang pi amik tempat si Mak Lampir tu...amacam??

Thursday, June 21, 2012

GEMPAR! CIKGU NORMALA MASUK UMNO?


Benarkah berita yang GR terima, seorang calon yang kalah di PRK Tenang dulu, Cikgu Normala sudah muak dan bosan dengan kepimpinan PAS Negeri Johor. Kenapa boleh jadi macam tu yer? Apa dah jadi dengan kepimpinan PAS Johor, sehinggakan Cikgu Normala yang pernah menjadi calon PAS di Piliharaya Kecil, Tenang, Johor menyerahkan keahliannya untuk memasuki UMNO.

Betul ker berita yang GR terima dari sumber dalaman PAS Johor?? Ingin tahu baca selanjutnya
DI SINI


GR kata: Kesian Cikgu Normala sampai gadai kerja semata-mata nak ikut 'jalan shortcut' ke Syurga...

PANAS: ANWAR DISAMBUT 'MERIAH' DI SABAK BERNAM!!


Inilah sambutan yang paling hebat dan meriah diterima oleh Anwar Ibrahim di Sabak Bernam. Siap kompang dan karpet merah ker? Hehe hehe.... Itu semua hanya mimpi bagi puak-puak Pakatan Haprak apatah lagi pemimpin-pemimpin mereka yang hadir untuk Program Merdeka Rakyat di Stadium Mini Sabak Bernam, Selangor.

Antara penceramah yang hadir semua 'HEBAT' belaka telah menjadi pelawak di pentas stadium, mereka adalah Badrul "Khalwat Isteri Orang" Amin, Kesavan, Manickavasagam, Zuraidah, Chua Jui Mei, Aziz Bari, Mahfus Omar dan tetamu yang dinantikan, bekas banduan dan raja biseksual, Anwar Ibrahim.

Sambutan yang sungguh 'HEBAT' diberikan oleh rakyat Sabak Bernam...nak tau jumlah kehadiran semalam tak? Jumlah kehadiran hanya sekitar kurang 300 orang. Memang hebat gilerkan!! He he he... Rata-rata yang hadir hanyalah penyokong tegar yang otak dah beku diberikan inti-inti kotor dari Pakatan Haprak sendiri. Apa pun syabas GR ucapkan kepada penganjur dan untuk pengetahuan puak PR semua, rakyat Sabak Bernam sudah tahu korang semua kaki pembelit, kaki temberang dan bapak segala JANJI yang TINGGI MELANGIT!!!

Jom kita lihat gambar sekitar ceramah Pakatan semalam, macam tengok wayang kulit pun ada tau...Kah kah kah





Baca juga DI SINI dan DI SINI


GR kata: Tahniah Aziz Bari, anda sudah awal-awal DITOLAK rakyat Sabak Bernam!!

GOLONGAN BANDUAN TIDAK DISISIHKAN OLEH KERAJAAN - @Zahid_Hamidi


Dipetik dari blog Pisau.Net :

Program Pemasyarakatan Banduan yang diperkenalkan pada 2010, berjaya mencapai matlamatnya apabila tiada peserta program yang dibebaskan masuk semula ke penjara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata antara faktor utama kejayaan program itu ialah pendedahan kepada orang yang diselia (ODS) mengenai input spiritual dan kursus keterampilan asas membabitkan gkemahiran seperti pertanian, perikanan, penyelenggaraan bangunan dan aktiviti yang memberi pendapatan kepada mereka.

"Dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut, ODS yang dibebaskan mampu berdikari bagi mencari nafkah hidup," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

Ahmad Zahid berkata seramai 2,713 banduan atau ODS terlibat dalam program itu sejak ia diperkenalkan. Sehingga Mei lalu, 1,827 ODS telah dibebaskan, katanya.

Menjawab soalan tambahan Ismail mengenai pembinaan pusat pemulihan pemasyarakatan itu, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta bagi lima Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang menyediakan program untuk mengintegrasikan pesalah undang-undang kembali semula ke pangkuan masyarakat.

Beliau berkata ia menjimatkan berbanding kos bagi membina lima buah penjara.

"Sepatutnya lima penjara yang dibina dengan belanjawan RM50-60 juta bagi tiap-tiap satu penjara, ertinya kita memerlukan RM250 juta.

"Tetapi untuk lima pusat tahanan, Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta. Ini bermakna kita dapat mengurangkan belanja kira-kira RM220 juta," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Ahmad Zahid berkata beliau akan menjawab hal-hal berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan inkuiri oleh Mahkamah Perancis di Dewan Rakyat pada 26 Jun ini. - BERNAMA


GR kata: Nurul Izzah dan Tony Pua bakal telan peluru Scorpene...Hehe hehe

PANAS: VIDEO 'HOT' IZARA AISHAH TERSEBAR!!


Ada dengar gossip mengatakan Izara Aishah tidak berdisiplin hanya kerana lewat ke lokasi? Bermacam-macam cerita yang kita dengar tentang artis cantik molek ini. Sedang mencipta nama ada saja yang cuba melontarkan gosip.

Terbaru yang GR terima, ada video HOT yang melibatkan artis Vanilla Coklat ini sudah pun tersebar luas di alam maya. Benarkan apa yang dikatakan? Saksikan video tersebut di bawah :





GR kata: Jadi model iklan Burger King yang baru rupanya, korang pun pantang gak yer! Hehe hehe...Jangan mare yer!!

TERKINI: AHLI TOTOK PAS JADI AHLI MAJLIS PENASIHAT AKADEMI DBP! ADA 'DURI' DALAM KPM? cc: @NajibRazak


Ini adalah berita terbaru GR terima dari sumber dalaman Kerajaan, seorang ahli kuat PAS telah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasan dan Pustaka (DBP). Apa pun marilah kita mengucapkan segulung tahniah kepada Puan Ainon Mohammed di atas perlantikan beliau.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, akademi ini ditubuhkan bertujuan untuk merangka strategi dan kaedah bagi perlaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, Sastera dan Penerbitan.

Apa yang mengejutkan di sini, ada pihak mengirimkan emel kepada rakan GR mempertikaikan perlantikkan Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat DBP kerana Puan Ainon sering menggunakan facebook miliknya untuk membuat 'serangan' secara halus kepada kerajaan. Wajarkah kerajaan mempunyai pegawai tertinggi seperti beliau??

Petikan emel yang dikirimkan :
"Salam tuan,

Saya kakitangan DBP yang sentiasa mendokong aspirasi yang dibawa oleh kerajaan, untuk pengetahuan tuan DBP baru melantik seorang hardcore PAS Ainon Mohd sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP.

Saya bukan mahu mempertikaikan Ketua Pengarah DBP Dr.  Awang, saya juga tidak mempertikaikan sumbangan Ainon Mohd dalam memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi saya terkilan dengan sikap Ainon Mohd yang menggunakan laman facebooknya untuk menyerang kerajaan.

Tuan boleh rujuk laman facebook miliknya (Ainon Mohd.)

Adakah Pegerusi Lembaga Pengelola tak buat kerja sehingga gagal menasihati Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  atas perkara-perkara dasar?"

Surat Perlantikan Ainon Mohammed :



Lihat pula screen shot Facebook beliau :


Ternyata benar apa yang dikatakan oleh pengirim emel di atas. Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP yang baru dilantik ini adalah seorang pejuang PAS disamping itu juga beliau berjuang memertabatkan Bahasa Melayu. Persoalannya bagaimanakah perkara sebegini boleh berlaku?? Adakah untuk mendapatkan tender-tender membekal, mencetak dan menerbitkan buku-buku dari DBP? Apakah Kementerian Pelajaran Malaysia tidak memantau perkara ini sebelum melantik seseorang untuk jawatan tertinggi dalam sesebuah agensi Kerajaan? Perlukah seorang yang berkhidmat dalam sektor Kerajaan tetapi tidak membawa dasar yang dibawa oleh Kerajaan??

Jika kita lihat komen-komen di Facebook beliau, terang dan jelas ianya berbentuk persepsi dan jika diteliti komen beliau merupakan 'serangan' secara halus kepada kerajaan.

Kisah lanjut baca DI SINI


Wednesday, June 20, 2012

FOTO INI SUDAH MENERANGKAN SEGALA-GALANYA!!



GR kata: Nak buat macam mana, apa yang Pok Nik kata semuanya betul belaka. Ye idok?? Memang hampeh ler Islam PAS macam ni....Renung-renungkan!!

FUIYOOO!! MANE ISLAMNYA POK NIK??


Semalam seharian GR online membaca dan mencari bahan-bahan untuk kerja...kebetulan terserempak dengan foto dua pasangan yang sedang bersanding bagai pinang dibelah dua. Bila mula klik ke gambar rupa-rupanya foto pasangan ini adalah Musyidul Am Pas, Nik Aziz dan Isterinya.

Memang hebat Nik Aziz masa muda-mudanya, berpakaian ala-ala ‘James Bond’ serta nampak seperti bukan perkahwinan ala-ala Islam. Mana perjuangan Islam yang diheboh-hebohkan wahai Pok Nik?? Kata orang lain semuanya kafir, diri sendiri dan Pakatan Haprak saja yang Islam. GR nak tanya, boleh ker seseorang itu berkata pada orang lain diri mereka KAFIR?? Jawab Pok Nik yer....

Pembaca lihatlah sendiri...apakah Nik Aziz ni sorang yang berfikiran Islam sepenuhnya atau pun hanya kepentingan peribadi. Hayati peribahasa ni ye Pok Nik "Paku dulang Paku serpih, Mengata orang dia yang lebih".... Renung-renungkan....


GR kata: Pistol James Bond mane Pok Nik?? Ha ha ha

PANAS: FUZIAH THORON LARI TERKINCIT-KINCIT!! #LYNAS


Ini adalah KEBENARAN SEBENAR puak-puak tegar Pakatan Haprak harus terima. Dek kerana takut dengan fakta yang sebenar berbagai alasan yang diberikan apatah lagi menyalahkan Kerajaan.

Kerajaan BERANI mewujudkan PSC demi kepentingan rakyat dalam isu LYNAS untuk dibentangkan di Parlimen dan semua wakil2 rakyat boleh membahaskannya, tetapi kerana TAKUT Fuziah Salleh 'lari" dari tanggungjawab dan membawa diri ke London.

Wahai YB Fuziah, apakah yang lebih penting dari mandat rakyat kepadanya sebagai ahli Parlimen Kuantan dari 'keseronokan' di London !!! Lihat kenyataan BODOH beliau dalam Twitter di bawah :



Lawaklah Fuziah Thoron ni, siapa beliau yang perlu disanjung? Siapakah beliau sampai persidangan Dewan Rakyat perlu tunggu beliau atau pun beliau perlu ada dan isu LYNAS baru boleh dibentangkan selepas kajian telah dibuat oleh pihak Kerajaan. Tolong jawab YB..!!!! Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri yer YB..!! GR pernah duduk bersembang dengan YB penakut ini dan  tidak ada apa-apa menarik dengan jawapan yang diberikan oleh beliau.

Apa yang menariknya sekali, ketika sesi Dewan Rakyat semalam, YB Fuziah Thoron dan Tian Chua 'DIBOGELKAN' oleh MP dari Pakatan Haprak sendiri. Apa citer ni YB?? Jom kita lihat video di bawah :



GR kata: Kadar radioaktif rendah, rakyat di Kuantan pun tak ada meroyan. So amacam YB Fuziah??

PERGHHH!! MARIA FARIDA LEBIH HOT DARI AWEK LITAR!


Agak jarang kami dengar kisah terbaru Maria Farida selain sesekali terlihat kelibat beliau dikaca televisyen dan ini sebuah entri untuk mengingatkan anda kepada aktress ini.

Yep. Kami kadangkala suka bereksperimen dengan entri tidak bermakna sebegini, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan gambar ala paparazzi Hollywood.



Hujung minggu yang lalu (10 Jun), Maria Farida berjaya mencuri perhatian jurugambar yang hadir ke Super GT yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). - RotiKaya


GR kata: Tak seksi ok la kan...He he he

PANAS: KHALID ISMATH 'MELUTUT' PADA @Khairykj SEMALAM? @datosahol #UiTM


Peribahasa Melayu ada berkata "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga"... Inilah hasil kerja bodoh seorang pelajar UiTM dari Jurusan Undang-undang Khalid Mohd Ismath yang terlibat dengan 'Demo PTPTN' dan ber'khemah' di Dataran Merdeka . Disebabkan beliaulah imej dan maruah pelajar UiTM tercalar . Selain terlibat dengan demontrasi jalanan, Khalid Ismath turut terlibat mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan di laman facebooknya sehingga dirinya disiasat oleh pihak berkuasa.

Atas rasa tanggungjawab dan demi memulihkan imej UiTM, mahasiswa dari Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam semalam mengadakan satu majlis dialog bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin bertempat di Khulafa Bistro, Seksyen 7 Shah Alam malam tadi.

Program bermula jam 8.30 malam mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dengan dihadiri lebih 130 mahasiswa UiTM. Mereka berinteraksi secara santai dan bertanya sebarang soalan kepada YB KJ dan dijawab terus oleh KJ. Program juga turut dihadiri oleh Pegawai HEP, En Wan Rahiman dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Tun Faisal Ismail Aziz.

Lihat foto di bawah suasana sekitar program tersebut :





Baca juga DI SINI dan juga DI SINI


GR kata: Budak syiah tue patut datang program ni semalam, kasi dia sedar sikit....

Tuesday, June 19, 2012

MANE NEGERI KEBAJIKAN WAHAI OSTAD PAS?? #saveKedah


Gambar di atas GR baru terima dari rakan FB GR Gunners Canneries, apa yang menariknya di manakah Negeri Kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS selama ni?? Perjuangan taik kucing namanya tu.

Pembaca lihatlah sendiri, nak jumpa Menteri Besar pun kena bayar jugak ker?? Isk isk isk...memang tak patut. Sepatutnya rakyat diberikan kebebasan untuk berjumpa dengan pemimpin dan seharusnya pemimpin menghargai rakyat kerana dengan mandat rakyatlah mereka menjadi sebagai seorang pemimpin.

Ternyata politik PAS hanyalah semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka sahaja bukannya untuk membantu rakyat. Masalah di Kedah masih belum selesai, rakyat nak berjumpe dengan MB Kedah untuk mengadu masalah pun KENA BAYAR ker?? Tak patut....


GR kata: Rakyat merana, pemimpin PAS yang kaya raya. Ker ini pun tiket boleh terus ke Syurga??

PANAS: ANAK PEMIMPIN DAP TERLIBAT DENGAN PELACURAN?


Benarkah berita yang GR terima dari sumber dalaman PR mengatakan ada seorang anak pemimpin DAP terlibat dalam skandal pelacuran (jual body) di luar negara. Apakah anak gadis ini tidak cukup makan dan pakai sehingga sanggup jual body (jual maruah) demi untuk mencari nafkah? Atau pun inilah hobi beliau yang suka tayang body sana sini....

Kisah lanjut baca DI SINI


GR kata: Tunggu dan lihat kesahihan berita ini.....

PANAS: ANWAR TAKUT DENGAN KABINET BAYANGANNYA SENDIRI!!


Ini adalah barisan kabinet banyangan Anwar Ibrahim jika Pakatan Haprak menang pada PRU-13 nanti. Setiap tahun bertukar-tukar kabinet bayangan beliau, kenapa yer?? Kalau macam ni parah la pentadbiran Malaysia setiap tahun tukar kabinet. Pembaca lihatlah sendiri terbukti perkara yang seperti ini beliau tidak boleh selesaikan apakan pula untuk mentadbir negara.

Bukan kepentingan rakyat yang mereka utamakan TAPI kepentingan peribadi mereka sendiri yang diutamakan. Hakikatnya Anwar Ibrahim takut dengan bayang-bayangnya sendiri....



GR kata: Bayangan gurauan... Ha ha ha

#SkandalAkaunAnwar: ANWAR MAKIN PANAS PUNGGUNG!! @SPRMMalaysia


KUALA LUMPUR 18 Jun - Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar. Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.

"Saya dengan ini mengesahkan ada membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang saya percaya melibatkan Anwar. Saya juga telah memberi keterangan yang diminta pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Isu Anwar mengawal 20 akaun induk dengan menggunakan kroni-kroninya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kembali hangat selepas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengesahkan abangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memiliki kekayaan luar biasa berjumlah RM30 juta. Kekayaan Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dipercayai ada kaitan dengan Anwar kerana ketika tahun 90-an iaitu semasa menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau yang bergaji RM2,442 sebulan sudah memiliki aset bernilai jutaan ringgit sehingga disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malah, Abdul Murad sendiri dalam akuan berkanunnya itu secara jelas mengaitkan nama Shamsidar apabila mendakwa isteri Azmin tersebut dibayar gaji lumayan dan disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandu walaupun pada kebanyakan masa wanita itu tidak perlu ke tempat kerja.

Dalam akuan berkanun sama juga, beliau mendakwa Anwar telah mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni serta membersihkan hutang mereka dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan menggunakan pengaruh Bank Negara Malaysia (BNM). Antaranya, dakwa Abdul Murad, eksesais korporat melibatkan pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak yang dijual kepada Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB) atas arahan Anwar sebelum menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad. - Utusan


GR kata: Dah macam-macam rahsia Anwar dibongkarkan tapi kenapa pihak berkuasa senyap jer?? Dah kena suap ker??

Published with Blogger-droid v2.0.4

WAJIB TONTON: HAYATILAH VIDEO INI WAHAI RAKYAT MALAYSIA! @NajibRazak




Lihatlah video di atas, apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan melalui Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak adalah 'rasuah' pada rakyat Malaysia seperti yang digembar gemburkan oleh Pakatan Haprak?? Tak per biar GR jawab...jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!!

Apakah semua rakyat di Malaysia ini kaya raya? Adakah semua rakyat Malaysia ini mampu menyara keluarga mereka serta mempunyai pendapatan yang tinggi?? Tolong jawab puak Pakatan yang tidak bersetuju langsung dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan. Tapi pada dasarnya puak-puak mereka ini jugalah yang berebut-rebut untuk pergi mengambil bantuan ini.

Lihatlah video di atas, ternyata apa yang ditontonkan sememangnya realiti kehidupan segelintir rakyat Malaysia. Pada yang mampu mungkin tidak ada masalah tapi pada keluarga yang tak mampu ini mereka sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan. Bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh Kerajaan untuk pelajar sekolah sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa meringankan beban mereka dalam menyara keluarga.

Terima kasih GR ucapkan pada YAB Perdana Menteri di atas bantuan yang diberikan. Terima kasih juga GR ucapkan kepada mereka yang menghasilkan video di atas. Memang terbaik!!


GR kata: Buat benda baik pun salah, apalah puak Pakatan ni kan??

Monday, June 18, 2012

HUDUD BUKAN MAINAN POLITIK!!


Mana-mana pihak yang menggunakan hukum pelaksanaan HUDUD sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya disifatkan hanya mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.

Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.

Jelas beliau, sebelum mewajuikan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu.

''Apa yang penting kita perlu mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia".

''Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Sesi kedua seminar itu dipengerusikan oleh Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ismail Ibrahim.

Turut hadir Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin.

Mengulas isu sama, Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, pelaksanaan hukum hudud merupakan sebahagian kecil atau satu persepuluh daripada syariat Islam. Menurut beliau, pemimpin negara Islam perlu mengambil kira keadaan dan pengetahuan yang membolehkan pelaksanaan hukum itu selain masyarakat dan negara sudah bersedia.

''Hukum hudud tidak boleh dilaksana begitu mudah kecuali ada keadaan membolehkannya kerana ia bukan satu perkara utama dalam Islam.

''Ini termasuk jika timbulnya keraguaan, maka ia tidak wajib dilaksanakan kerana Islam telah menggariskan prasyaratnya,"katanya. - Utusan


GR kata: Hudud hanya mainan PAS....Nau'zubillah!!

WELCOME TO SELANGOR: BUKTI PAKATAN HAPRAK SOKONG MURTAD!!


GR berharap agar kita jangan lupa dengan kegiatan sesetengah gereja di negara ini cuba memurtadkan umat Islam. Makluman, banyak betul perkembangan-perkembangan menarik yang berlaku dalam negara kita sekarang ini sampai tak tahu nak fokus mana satu.

GR ternampak sisipan dalam Malaysian Insider, portal pro pembangkang yang memetik jawapan Exco Agama Selangor, Datuk Hassan Ali kepada soalan ADUN Sg Burung, Datuk Mohamad Shamsudin Lias di DUN Selangor pagi tadi berhubung cubaan menyebarkan agama kristian dikalangan orang Islam.

Hassan Ali mengesahkan kegiatan itu memang benar berlaku dan tambah mengejutkan bila alat-alatan canggih seperti bible yang dikuasakan dengan solar turut digunakan.

Itu membuktikan bahawa memang Pakatan Rakyat Selangor memang melindungi kegiatan ekstrimis Kristian untuk menyebarkan agama tersebut dikalangan orang Islam walaupun ia jelas bertentangan dengan perlembagaan.

Ini diperkuatkan lagi dengan tindakan Khalid tergesa-gesa memohon maaf kepada pihak Gereja sebaik pemeriksaan JAIS ke atas gereja tersebut menjadi kecoh. Ada sumber menyebut, “Khalid sudah berjanji kepada puak kristian bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mengganggu aktiviti pihak Gereja termasuk cuba memurtadkan umat Islam”, katanya.

Ini adalah balasan kepada sokongan pihak gereja kepada Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihanraya umum ke 12 bermula pada 2008.

Di Malaysia ini ke’bangsa’an itu bukan satu masalah, masalah sebenarnya ialah agama. Mereka mahukan agama lain boleh disebarkan dengan seluas-luasnya dikalangan orang Islam tapi sekarang terbantut kerana Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia menjadi penghalang.

Tapi kerana takut dikenakan tindakan, tambahan pula tuk nenek moyang masing-masing dah bersetuju dengan Islam sebagai agama rasmi dan beberapa perkara lain sebagai ganti kerakyatan di Tanah Melayu, maka tidakla perkara ini dibualkan secara terbuka.

Bagaimanapun dengan prestasi baik pembangkang dalam PRU 2008, peluang ini digunakan sebaik-baiknya untuk melakukan apa yang dulu menjadi taboo di Malaysia ini – menyebarkan Kristian di kalangan umat Islam.

Pada pandangan GR, apa yang merisaukan di sini ialah masalah dengan puak kristian yang cuba menyebarkan agama mereka dikalangan orang Islam kerana ia melanggar undang-undang dan perlembagaan. Apa pun tahniah juga GR ucapkan kepada Hassan Ali kerana berani menyatakan yang benar kepada rakyat, seterusnya melanggar arahan tutup mulut (gag order) yang dikeluarkan Khalid Ibrahim.

Ini sudah terBUKTI Pakatan Rakyat tidak mampu memerintah Malaysia kerana tidak stabil, dan GR ingin menambah satu lagi bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu mengawal kepelbagaian kepercayaan di Malaysia seterusnya menjebakkan negara ini ke kancah kekacauan dan huru hara.

Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....


GR kata: Umat Islam perlu pertahankan agamanya bukannya dibiarkan begitu saja...

PANAS: NAZMI BERTUMBUK DALAM PADANG!!


Petang tadi berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia u-22 dan Qatar u-22 di Shah Alam yang berkesudahan Malaysia berjaya menewaskan Qatar 2-0 hasil jaringan gol Irfan Fazail minit ke 27′  dan Rozaimi Abd Rahman minit ke 69′.

Namun apa yang menjadi perlawanan lebih hangat apabila key player Malaysia Nazmi Faiz yang baru saja menandatangi kontrak bersama kelab portugal sc-beira mar itu dilayankan kad marah atas sebab tindakkan beliau menumbuk kapten pasukan Qatar.

Dalam insiden itu Nazmi memohon maaf terhadap tindakkannya itu dan menyifatkan ianya tidak ada kena mengena dengan kisah peribadinya dan mengakui hanya gagal mengawal emosi sahaja.

Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.

    KENYATAAN ONG KIM SWEE :

    “Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.

Dalam pada itu ramai yang menyifatkan tindakan Nazmi Faiz itu adalah tekanan emosi dari kritikan sebuah akhbar yang tentang “NAZMI BUKAN PLAYBOY” yang disiarkan dimuka hadapan akhbar hari ini.


GR kata: Nazmi terus mohon maaf....sorang pemimpin politik tu bila nak mengaku dan mohon maaf yer??

SAYA MOHON MAAF KERANA TATOO - AWI RAFAEL


Heboh seketika apabila portal-portal hiburan yang menyiarkan foto seorang penyanyi lelaki yang bertatu di lengan. Walaupun mukanya dikaburkan, ramai yang dapat meneka bahawa penyanyi itu adalah Awi Rafael.

Menyedari dirinya kini ‘diburu’ ramai pihak, pelantun Bila Aku Jatuh Cinta ini tampil memberi kenyataan dalam laman Facebook rasminya, kelmarin. Menurut Awi, gambar yang dimuat naik itu adalah sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk.

Mengakui sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama, Awi mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah.

Malah, Awi juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran. - SH


GR kata: Bila sorang pemimpin politik ni nak mengaku salah yer??

PANAS: ARTIS KUMPULAN POPULAR BAKAL KE TALI GANTUNG??


Pasti ramai pembaca membesar dengan lagu kumpulan New Boyz. Tidak kiralah samaada anda menyukainya atau membenci, namun mahu atau tidak tetap mengenali lagu-lagu mereka yang begitu popular suatu ketika dulu. Sehinggalah New Boyz mula suram dan ahli kumpulan bersilih-ganti sehinggalah Tomok membawa haluan secara solo dan akhirnya kekal popular hingga ke hari ini selepas memenangi pertandingan One In a Million.

Bagaimana pula dengan yang lain? Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, atau Zack merupakan pemain bass untuk kumpulan itu. Seingat kami, Zack bukanlah ahli asal kumpulan New Boyz tetapi menggantikan pemain Bass asal yang mengundur diri ketika itu. Kalau tak silap kami, Syuk ke atau apa namanya. Apapun itu semua kisah lama.

Apa yang terkini, Zack kini berdepan dengan hukuman gantung apabila didakwa atas tuduhan mengedar 1.321 KG ganja di sebuah kondominium di Damansara, dua tahun lalu. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, perbicaraan kes Zack itu akan disambung pada 24 September depan selama lima hari berturut-turut.

Sebelum ini juga, ada banyak pihak yang berasa pelik dengan kehidupan Zack yang dikatakan terlalu mewah dan ramai yang mempersoalkan pekerjaannya. Apapun kita tunggu sahaja perkembangan kisah ini selepas perbicaraan bersambung nanti.


GR kata: Jauhi Dadah kerana boleh membunuh serta merosakkan masa depan diri dan negara.

Sunday, June 17, 2012

VIDEO PANAS: PAKATAN HAPRAK CONFIRM MENYIRAP DARAH!!



GR tak nak cakap banyak...apa pun video ini terbaik. Apa yang rakyat dapat selama di bawah pemerintahan Pakatan Haprak. Apa pun pembaca lihat dan nilaikan sendiri. Welcome to Selangor! Welcome to Kelantan!!


GR kata: Nak minum air kena beli kat Giant or 7Eleven ker??

FOTO PANAS: ANWAR PASTI 'SAYANG SANGAT' DENGAN LELAKI INI!!

Apakah Anwar Ibrahim sayang sangat sehingga jatuh cinta dengan lelaki ini atau pun marah hingga mengigil bila melihat gambar PANAS lelaki ini. Bukankah Anwar Ibrahim selama ini menyatakan rakyat Malaysia sentiasa menyokong kuat dan berdiri kukuh dibelakang beliau, apa yang berlaku ke atas diri beliau selama ini adalah konspirasi yang dilemparkan oleh UMNO.

Pembaca lihatlah gambar ini, apasal lelaki ini terus -terang menentangnya, dengan memakai baju TIBAI yang membawa maksud ‘Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim’ dan ini terbukti dakwa Anwar mengatakan rakyat semuanya sayang serta menyokong kepimpinannya selama ini adalah PEMBOHONGAN beliau saja.



Jelas terbukti rakyat Malaysia menolak Anwar Ibrahim. Di mana-mana saja rakyat Malaysia menolak kepimpinan Anwar Ibrahim. TIBAI ada di mana-mana..!!!


GR kata: Asal Bukan Anwar Ibrahim

SOAL CALON ITU HAK PRESIDEN - @Rosnah_ARS


Puteri UMNO menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada presiden parti, sama ada mahu meletakkan calon dalam kalangan pergerakan itu bertanding pada pilihan raya umumakan datang atau tidak. Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, dalam hal itu, pihaknya tidak akan membuat sebarang tuntutan dalam usaha memastikan ahlinya wajib dicalonkan.

“Soal sama ada pucuk kepimpinan parti akan meletakkan calon daripada Puteri, itu saya serahkan kepada kebijaksanaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. “Bagaimanapun saya yakin, akan ada tempat kepada calon muda daripada Puteri untuk bertanding nanti,” katanya, di sini, kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Rosnah menyuarakan keyakinan dengan kemampuan jentera pergerakan itu disemua peringkat dalam menghadapi pilihan raya.

“Saya yakin semua ahli Puteri mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan boleh memberikan impak positif dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam  pilihan raya nanti,” katanya.

Buat masa ini, Puteri Umno diwakili tiga calon iaitu Rosnah sebagai (Ahli Parlimen Papar) dan dua Adun iaitu Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Adun Kampung Gajah) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Adun Tualang Sekah).  - SH


GR kata: Teruskan perjuangan membantu rakyat....


Published with Blogger-droid v2.0.4

PANAS: APA MAYA KARIN BUAT DI UKRAINE??


Ramai artis lain sibuk bergaduh, naik turun mahkamah, cerai berai dan banyak lagi masalah.Lain pula ceritanya dengan Maya Karin.

Pada Khamis lalu, Maya Karin telah memuat naik dua keping gambar dia sedang menonton EURO 2012. Namun, ia bukan di rumah mahupun di kedai mamak berskrin besar bersama rakan-rakan. Sebaliknya, dia kelihatan ayu memakai jersi Jerman bersama ribuan penonton di Stadium Metalist, Kharkiv, Ukraine.

“Best dapat sokong satu daripada dua negaraku semalam!,” jelas Maya menerusi laman sosial twitternya.

Ini kerana Maya dilahirkan di Jerman dan bapanya, Gottfried Roelcke juga berbangsa Jerman. Mungkin ini yang membuat dia merasakan Jerman dekat di hati. Nampaknya Maya sanggup berbelanja ke Ukraine untuk menonton perlawanan pasukan kegemarannya itu.

Tapi, Maya pergi bersama siapa? Ramai peminat yang cemburu melihat gambar Maya menyaksikan perlawanan secara langsung bersama ribuan penonton di dalam stadium tersebut. - mynewshub



GR kata: Jelesnyaaaaa, dapat tengok live tu....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Artikel pelbagai