Sunday, June 17, 2012

SOAL CALON ITU HAK PRESIDEN - @Rosnah_ARS


Puteri UMNO menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada presiden parti, sama ada mahu meletakkan calon dalam kalangan pergerakan itu bertanding pada pilihan raya umumakan datang atau tidak. Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, dalam hal itu, pihaknya tidak akan membuat sebarang tuntutan dalam usaha memastikan ahlinya wajib dicalonkan.

“Soal sama ada pucuk kepimpinan parti akan meletakkan calon daripada Puteri, itu saya serahkan kepada kebijaksanaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. “Bagaimanapun saya yakin, akan ada tempat kepada calon muda daripada Puteri untuk bertanding nanti,” katanya, di sini, kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Rosnah menyuarakan keyakinan dengan kemampuan jentera pergerakan itu disemua peringkat dalam menghadapi pilihan raya.

“Saya yakin semua ahli Puteri mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan boleh memberikan impak positif dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam  pilihan raya nanti,” katanya.

Buat masa ini, Puteri Umno diwakili tiga calon iaitu Rosnah sebagai (Ahli Parlimen Papar) dan dua Adun iaitu Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Adun Kampung Gajah) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Adun Tualang Sekah).  - SH


GR kata: Teruskan perjuangan membantu rakyat....


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Artikel pelbagai