Tuesday, June 19, 2012

WAJIB TONTON: HAYATILAH VIDEO INI WAHAI RAKYAT MALAYSIA! @NajibRazak




Lihatlah video di atas, apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan melalui Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak adalah 'rasuah' pada rakyat Malaysia seperti yang digembar gemburkan oleh Pakatan Haprak?? Tak per biar GR jawab...jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!!

Apakah semua rakyat di Malaysia ini kaya raya? Adakah semua rakyat Malaysia ini mampu menyara keluarga mereka serta mempunyai pendapatan yang tinggi?? Tolong jawab puak Pakatan yang tidak bersetuju langsung dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan. Tapi pada dasarnya puak-puak mereka ini jugalah yang berebut-rebut untuk pergi mengambil bantuan ini.

Lihatlah video di atas, ternyata apa yang ditontonkan sememangnya realiti kehidupan segelintir rakyat Malaysia. Pada yang mampu mungkin tidak ada masalah tapi pada keluarga yang tak mampu ini mereka sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan. Bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh Kerajaan untuk pelajar sekolah sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa meringankan beban mereka dalam menyara keluarga.

Terima kasih GR ucapkan pada YAB Perdana Menteri di atas bantuan yang diberikan. Terima kasih juga GR ucapkan kepada mereka yang menghasilkan video di atas. Memang terbaik!!


GR kata: Buat benda baik pun salah, apalah puak Pakatan ni kan??

No comments:

Artikel pelbagai