Sumbangan dan Bantuan

Sumbangan dan Bantuan

Saturday, December 15, 2012

KANTOI! @KhalidSamad TERNYATA BODOH MELANTUN-LANTUN!!


GR tak nak cakap dan ulas banyak tentang tahap pemikiran Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Haprak ni. Pembaca lihatlah sendiri tweet di atas, tahap pemikiran mereka bagaimana.

Layakkah mereka diberikan mandat sekali lagi untuk menjadi pemimpin korang pada PRU 13 nanti. Perkara yang sebegini kecil pun dah KANTOI bertapa BODOHnya mereka. Janganlah pula nak berbahas yang sebenarnya tidak berani untuk memperjuangkan Islam apatah lagi untuk membela nasib rakyat.

Apa pun GR ucapkan tahniah pada Ust Fathul Bari yang SMACK DOWN YB Khalid Samad a.k.a Khalid Gereja ni. Tabik spring pada UFB.


GR kata: Khalid Samad nie kerja jadi security guard gereja memang sesuai...

TERKINI KONGRES DAP: Tak Dapat Sambutan! Melayu Dan India Hanya Kambing Hitam!

Perghh...GR sangat tertarik dengan Kongres DAP kali ini seramai 66 calon yang bertanding hanya 6 orang sahaja melayu iaitu Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

Ini tidak termasuk Zairil Khir Johari kerana kita semua tahu beliau anak tiri Khir Johari berketurunan cina.

Pagi tadi GR keluarkan artikel pemimpin India yang bakal DINYAHKAN dari jawatan tertinggi dalam DAP. Inilah nasib mereka yang hanya di Kambing Hitamkan oleh puak-puak DAP. Sudah jelas gambar-gambar yang GR kongsikan dari rakan blogger Pisau.net ini, kaum Melayu dan India hanya sebagai bahan mainan DAP. Ternyata DAP adalah racist!!!

GR kata: Apa fungsi kaum lain dalam DAP ye??

TERKINI KONGRES DAP: LGE DAN KIT SIANG BAKAL GULINGKAN PEMIMPIN INDIA!!


Perkembangan terkini dalam Kongres DAP hari ini rata-rata pemimpin India DAP yang bertanding dijangka akan tewas seperti 3 kumpulan  hanya memerlukan sokongan daripada Karpal Singh, P Ramasamy, M Kulasegaran Ahli Parlimen Ipoh Barat,Ganabatirau Veraman, Sivakumar ADUN Tronoh dan Sivasubramaniam ADUN Buntong.

Namun nama nama ini menjadi cukup panas dikalangan perwakilan India,Sesetengah pemimpin India DAP sudah mula mengadakan gerakan untuk memilih pemimpin yang baru.Prof Ramasamy dan Adun Bagan Dalam Thanasegaran adalah 2 nama yang paling panas untuk disingkirkan.

Pada masa yang sama perwakilan India dikatakan mendesak agar ramai calon kaum India diberi peluang untuk menganggotai CEC, kata mereka zaman CEC dikuasai oleh kaum Cina sudah berlalu dan kepentingan kaum India harus diberi keutamaan. Ini yang membuatkan Kit Siang dan LGE dah panas bontot untuk pertahankan kuasa mereka dalam DAP.

Perwakilan kaum India juga dilihat banyak mendesak agar lebih ramai diberi peluang ,ini kerana calon-calon DAP untuk PRU13 nanti dilihat tidak seimbang dan lebih banyak dikuasai oleh bangsa Cina.

Jelas terbukti tiada matlamat yang mereka ingin perjuangkan untuk rakyat dan negara dalam Kongres DAP kali ini. Mereka hanya utamakan kepentingan peribadi dan kuasa. Dalam hal ini pun mereka tidak boleh memberikan kata sepakat macam mana untuk tadbir negara!!


GR kata: Berebutlah anak beranak..apa lagi sat gi baling kerusi la tu...

KONGRES DAP: PERTEMBUNGAN ANAK BERANAK REBUT KUASA!


Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di P.Pinang bermula hari ini 15-16 Disember 2012 akan menyaksikan 68 calon bersaing untuk merebut 20 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), dengan beberapa daripada mereka mempunyai pertalian keluarga.

Antara calon berkenaan ialah orang kuat parti iaitu Pengerusi Kebangsaan Parti, Karpal Singh serta dua anak lelakinya, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bapanya yang merupakan veteran DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Turut tidak melepaskan peluang untuk merebut jawatan berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming yang merupakan Setiausaha DAP Perak, beliau juga adalah Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis.

Antara calon Melayu pula ialah Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor. Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13. Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

Setiausaha Penganjur DAP Kebangsaan, Teresa Kok berkata, tiada calon dibenarkan menarik diri daripada bertanding. Mereka (calon) yang ingin berbuat demikian boleh memaklumkannya kepada Speaker kongres pada hari berkenaan, tetapi namanya akan kekal dalam senarai dan perwakilan masih boleh mengundinya pada hari berkenaan walaupun calon telah menarik diri. Berdasarkan senarai calon, lebih separuh daripada mereka terdiri daripada sama ada MP atau ADUN atau kedua-duanya sekali.

Selain daripada Teresa Kok yang juga Pengerusi DAP Selangor, nama-nama lain yang bertanding bagi kerusi CEC termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng; Ahli Parlimen Tanjung, Chow Kon Yeow; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy; Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Kok berkata, setakat ini, DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan akan menghadiri kongres dua hari itu. Kit Siang dalam kenyataan berkata, Kongres DAP akan menjadi pembuka tirai bersejarah kepada kempen 'Seratus Hari ke Putrajaya'.

Ini jelas membuktikan tiada pencapaian yang ingin dibuat oleh DAP untuk membela nasib rakyat apatah lagi pembangunan yang baik untuk negara. Mereka hanya GILAKAN KUASA dan segala yang dilontarkan kepada rakyat hanya wayang semata-mata. Kempen ke Putrajaya hanya mahu membawa suara Anwar dan kuncu-kuncunya dengan menanam persepsi buruk kepada rakyat untuk membenci Kerajaan yang dipimpin YAB Perdana Menteri.

Korang fikirkanlah, jika Pakatan Haprak ini memerintah nasib yang akan menimpa kita dan anak cucu cicit kita akan gelaplah masa depan mereka. Manifesto PRU 12 masih tak dilaksanakan inikan pula pelbagai janji kononnya diberikan untuk PRU 13 bagaikan emas jatuh ke riba.


GR kata: Melayu gadai maruah pada DAP komunis, semata-mata betul berjuang atau kerana wang??

Friday, December 14, 2012

PERHATIAN! BANTU POLIS CARI INI BUDAK!! @PDRMsia

Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cedera akibat dipukul dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Sungkai-Slim River, 4 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan D. Som Sak berkata, dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, pemandu lori tersebut, Mohamad Idris Din (gambar), 44, dikatakan enggan memberi kerjasama selepas dia ditahan atas kesalahan tayar botak.

Sebaliknya, lelaki itu bertindak agresif dengan memukul anggota JPJ terbabit menggunakan cop JPJ selain mengugut mereka dan merampas saman yang dikeluarkan sebelum melarikan diri.

Berikutan itu katanya, polis sedang mengesan Mohamad Idris untuk siasatan lanjut.

"Mohamad Idris dikesan beralamat terakhir di Ladang BMR Bahagian Kilang Baru, Kulim, Kedah dan dia dicari mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Som Sak berkata, polis turut mengesan dua suspek iaitu Wee Wing Heng, 22, dan K. Sellakumaran, 43, yang masing-masing diburu atas kesalahan samun berkawan tanpa senjata api dan mencuri barangan majikan.

Katanya, Wing Heng yang lebih dikenali sebagai Steven beralamat di Jalan Manggis, Taman Rethna, Teluk Intan manakala Sellakumaran pula di Jalan Tapir, Taman Batu Gajah Baru, Batu Gajah dekat sini.

"Steven terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang yang melibatkan kerugian sehingga RM30,000 pada 14 November lalu manakala Sellakumaran pula mencuri barangan membuat rumah bernilai RM5,000 milik majikannya," jelas beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan IPD Tapah di talian 05-4015222.

GR kata: Tangkap jangan tak tangkap!!

PANAS: @RajaNongChik MENANGIS KERANA @n_izzah?


Bagaikan tidak percaya bila melihat seorang pemimpin menangis. Menangis sedih bukan disebabkan hal cinta atau pun hal peribadi tapi pemimpin ini menangis mengenang nasib masyarakat di kawasannya sendiri. Pemimpin yang GR maksudkan ialah Menteri W.Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato' Raja Nong Chik.

Mesti ramai ingin tahu kenapa Menteri WP ini menangis??


Inilah sebabnya, gambar di atas keadaan asal Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang usang dan uzur. Rumah yang didiami oleh masyarakat di Lembah Pantai sudah berpuluh tahun lamanya dan kini alhamdulillah dengan bantuan Dato' Raja Nong Chik sendiri Kerajaan telah membuat pembangunan semula untuk masyarakat yang tinggal di Kg Kerinchi ni.

Di mana Ahli Parlimen Lembah Pantai? Mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU 12 yang mereka harapkan ahli parlimen yang baru boleh membawa perubahan pada Lembah Pantai ternyata hanya indah khabar dari rupa. Masih pembaca ingat awal tahun hari tu, bila pembangunan baru ingin dibuat hanya segelitir rakyat yang mendesak tidak mahu berpindah. Inilah manusia yang tak kenang budi termakan hasutan Ahli Parlimennya YB Nurul Izzah yang terang-terang CEMBURU dan malu tidak boleh buat apa-apa untuk rakyatnya sendiri.



Lihatlah gambar di atas, bertapa gembiranya penghuni rumah Flat 4 Tingkat Kg Kerinci bila dapat melihat rumah contoh yang bakal mereka duduki tidak lama lagi. Inilah perjuangan untuk rakyat yang harus kita dan khususnya masyarakat Lembah Pantai berterima kasih kepada Dato Raja Nong Chik. Tanpa semangat dan perjuangan tinggi beliau nasib masyarakat Lembah Pantai sudah pasti tidak dapat dibela.

Nak harap Ahli Parlimennya...jauh khabar dari rupa. Yang dia tahu melalak sana sini...fitnah dan menipu sana sini. Itulah Nurul Izzah....yang juga sanggup mengajak umat Islam MURTAD. Nurul Izzah ni tak ader agama ker??




GR kata: Nurul Izzah mana yer? Senyap jerk..pi belajar agama ker? Hi hi hi

KERJAYA ATM MASIH MENJADI PILIHAN RAKYAT - @Zahid_Hamidi

Bimbang terikat dengan disiplin yang ketat, beranggapan tiada peluang kenaikan pangkat dan gaji yang rendah antara punca kaum lain kurang berminat menyertai bidang ketenteraan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain itu, mereka menganggap diri kurang berdaya tahan untukmengikuti disiplin dan peraturan ketat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Ini semua merupakan persepsi mereka, hakikatnya, soal disiplin tidak hanya perlu diikuti oleh anggota tentera sahaja. Di mana-mana organisasi pun, pekerja perlu mengikut disiplin ditetapkan. Cuma dalam ATM atau PDRM (Polis DirajaMalaysia), disiplinnya agak tinggi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Negara pada Khamis.

Beliau berkata anggapan peluang kenaikan pangkat hanya diberi untuk kaum tertentu juga merupakan persepsi negatif kepada ATM, sedangkan ia diberi berdasarkan prestasi semasa berkhidmat tanpa mengira kaum.

Ahmad Zahid menjelaskan banyak perubahan telah dilakukan kerajaan berhubung gaji anggota tentera, termasuk meningkatkan kelayakan akademik untuk menyertai pasukan itu supaya gaji yang diberi adalah setimpal dengan kelulusan mereka.

"Kita juga mengalakkan pegawai untuk menyambung pengajian bagi peningkatan kerjaya dan pendapatan supaya mereka merasakan menjadi anggota tentera juga boleh menjamin masa depan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, terdapat 38 pegawai ATM yang berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat (PhD).

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata kementerian akan menjalankan promosi besar-besaran bagi menarik lebih ramai penyertaan kaum lain untuk menjadi warga ATM, termasuk orang Asli dan India Muslim.

Setakat ini, seramai 124 Orang Asli dan 67 India Muslim menyertai ATM, katanya. -Bernama

GR kata: Mempertahankan negara adalah tanggungjawab kita bersama...

HOT! JULIA PEREZ KENA 'PANJAT' DENGAN ZED ZAIDI?


Berhubung isu perang Twitter antara Zed Zaidi dan Julia Perez (Jupe) sebentar tadi, pihak OHBULAN! telah menghubungi Zed Zaidi dan mendapatkan kenyataan lebih lanjut mengenai insiden tersebut.

“Kau dah datang Malaysia dan berlakon untuk filem Malaysia, jadi kena lah hormat industri di Malaysia. Ini tak, siap kutuk lagi dan cakap macam-macam.”

“Kalau tak bagus, habis tu kenapa berlakon juga di Malaysia?” soal Zed Zaidi penuh tegas.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Zed Zaidi kini memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap penglibatan Julia Perez ke dalam industri filem tempatan dan sekaligus menyiasat juga pihak produksi yang terlibat mengambil wanita tersebut berlakon di negara ini.



 “Sekarang ini saya nak siasat macam mana dia (Julia Perez) boleh lepas untuk berlakon dalam filem Malaysia dan tindakan selanjutnya akan diambil.”

“Saya pun sedang siasat produksi arahan Murali Abdullah dan ingin tahu adakah dia mengambil Jupe berlakon secara berpermit ataupun tidak.”

“Kalau sebelum ini Malaysia pernah halang Eryka Badu masuk negara kita sebab ada tatu di bahagian badan, tapi kenapa untuk kes Jupe ini tidak? Jupe pun ada tatu di bahagian belakang badan dan tatu tersebut bermotifkan kalimah Al-Quan.”

“Dalam hal macam ini kita kena tengok juga fakta dan juga garis panduan sebelum mengambil sesuatu tindakan tegas,” ujar Zed Zaidi.

Dalam pada itu, Presiden Seniman ini turut akui isu sebegini merupakan tanggungjawab dirinya untuk membela dan mempertahankan industri hiburan negara.

“Sebagai Presiden, saya kena jalankan tanggungjawab dan kena bangkit untuk mempertahankan industri kita. Tindakan Julia Perez mengutuk industri merupakan satu hinaan yang cukup terang dan ia tidak seharusnya berlaku.”

“Pengambilan artis luar berlakon di negara ini seolah-olah menunjukkan kita memperjudikan industri seni kita sendiri.”

“Pihak penerbit pun satu, mereka ambil artis-artis luar sebab untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri dan senang-senang bagi peluang artis luar masuk ke negara kita. Kalau artis kita nak masuk negara mereka cukup punya susah, macam-macam prosuder kita kena ikut.”.


GR kata: Besar sangat Julia Perez nie kan...Hi hi hi

Thursday, December 13, 2012

ANWAR MENANGIS TAK BERLAGU BILA MAHASISWA SOKONG PM @NajibRazak!!


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan secara berperingkat 100 pusat Outreach 1Malaysia For Youth (1M4U) di semua institusi pengajian tinggi tempatan mulai tahun depan.

Menurut Perdana Menteri, setiap pusat akan menerima sumbangan geran RM5,000 untuk menggerakkan aktiviti sukarelawan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

"Kita akan menganugerahkan Tokoh Sukarelawan kepada individu yang aktif mengerakkan aktiviti sukarelawan dan juga pusat Outreach itu sendiri," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Meraikan Pemenang Pertandingan My Uni Rock di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Dr. Jake Abdullah.

Pada majlis itu, Najib turut menurunkan tandatangan pada sebuah gitar yang mempunyai lambang Jalur Gemilang. Dalam ucapannya itu, Najib turut menyeru golongan mahasiswa serta generasi muda merebut peluang untuk mendaftar diri selaku penggerak dan aktivis sukarelawan 1M4U.

Katanya, seruan itu sejajar dengan tuntutan salah satu kriteria negara maju berkaitan kesediaan rakyat menawarkan khidmat bakti secara sukarela kepada kerajaan dan masyarakat.

"1M4U amat menghargai segala usaha dan dedikasi generasi muda dalam mengetengahkan idea-idea bernas untuk aktiviti sukarelawan mengikut cita rasa anak muda kini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menggerakkan program sukarelawan secara menyeluruh di seluruh negara mulai Januari ini.

Usaha tersebut, kata Perdana Menteri, bersempena dengan Tahun Kesukarelawanan Negara 2013 yang bertujuan memupuk semangat sukarela di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Najib berkata, menerusi usaha tersebut Malaysia akan menjadi hab serta negara contoh bagi pelaksanaan kerja-kerja sukarela yang berteraskan 1Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi 1M4u berkata, Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 akan diadakan pada Februari bagi membincangkan hala tuju gerakan sukarelawan di kalangan rakyat dan generasi muda. - Utusan


GR kata: Adam Adli & The Geng bolehla Anwar bodohkan...yer tak? Hi hi hi

PLAYER HARIMAU MALAYA TAK HAIRAN MAIN DALAM LECAK! #AFFSuzukiCup


Pihak lawan dah takut dengan kemampuan dan kemantapan pasukan Harimau Malaya sebab itulah pelbagai layan buruk yang mereka berikan pada pasukan negara kita. Memang hampeh Thailand nie kan....

Tekanan! Layan Low Class! Apa pun layanan ini diterima baik oleh anak buah jurulatih Harimau Malaya Datuk K.Rajagopal yang hanya diberikan padang sekolah untuk sesi latihan bagi menghadapi pasukan Thailand dalam separuh akhir ke-2 yang akan berlangsung malam ini.

Rakyat Malaysia yakin walau macam mana layanan buruk yang diberikan kepada pasukan Harimau Malaya, tidak akan melemahkan semangat mereka untuk mara dan menang dalam perlawanan malam ini. Kita semua mendoakan pasukan Harimau Malaya akan MENANG dalam perlawanan pada malam ini dan mara ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup.


GR kata: Go Harimau Malaya! Malaysia Boleh!!

MASYARAKAT INDIA DIBAYAR ANWAR UNTUK BUAT KERJA TAK GUNA OTAK!!


Makin naik menyampah dengan meyirap darah bila ada saja sentiment murahan yang cuba dihidupkan oleh Anwar Ibrahim demi mencapai cita-cita beliau ingin menakluk Putrajaya. Dari satu hal ke satu hal tapi masih ada rakyat tidak boleh berfikir bahawa mereka hanya diperkudakan saja oleh Pakatan Haprak.

Jangan disebabkan bayaran yang ciput korang boleh buat apa saja dan sanggup menghina Kerajaan yang selama ini banyak membantu rakyat dan pembangunan negara yang lebih baik untuk masa depan kita bersama. Kita lihat apa yang Pakatan Haprak buat hanyalah untuk menimbulkan rasa benci rakyat pada Kerajaan. Sikit-sikit demo...perangai seperti manusia yang tak ada otak untuk berfikir secara matang.

GR yakin ini adalah TRAINING yang dibuat oleh Anwar pada rakyat yang masih taksub dengan beliau kerana bila tiba PRU 13 nanti, CONFIRM pepecahan kaum akan berlaku dengan lebih dahsyat lagi. Yang sedap dia duduk senang lenang, yang susah payah bergodok gadai rakyat lah. Fikirkan yer jangan menyesal suatu hari nanti....


Apa yang dibuat oleh Pakatan Haprak semalam adalah satu penghinaan yang teramat sangat kepada YAB Perdana Menteri dan juga Kerajaan. Rata-rata mereka yang datang masyarakat India yang DIBAYAR dan hakikat sebenar mereka tidak faham secara mendalam Proses Pemastautin Tetap untuk mendapat warganegara yang sah di Malaysia.

Ada yang GR tanya semalam mereka yang hadir pun tak tahu apa kad pengenalan merah dan biru. Mereka juga telah melalui proses permohonan yang telah ditetapkan oleh Jab. Pendaftaran Negara tapi masih ditolak. Ini disebabkan beberapa sebab permohonan mereka ditolak dan sudah semestinya pihak Kerajaan memantau perkara ini dan kita seharusnya tidak sewenang-wenangnya memberikan kerakyataan pada sesiapa saja.



Apa yang kita lihat gambar di atas, adakah Kerajaan tidak membantu masyarakat India ini yang rata-rata dari estet-estet? Melalui surat sokongan KDN sendiri telah mereka terima dan permohonan yang masih ditolak masih ada jalan penyelesaian. Bukan bererti minta sekali terus dapat yer wahai aney-aney semua. Pada masyarakat India GR ingin sarankan janganlah gadaikan maruah anda dengan pengaruh dari Anwar dan kuncu-kuncunya. Masih ingat apa yang terjadi dengan masyarakat India di Kg Buah Pala tak? Meh lihat video di bawah, GR ingin ingatkan kembali 'Janji Manis' Anwar :



Harus diingat, pihak Kerajaan sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia tidak mengira kaum. Masyarakat India juga mendapat layanan yang sama rata dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum telah membawa banyak hasil positif kepada masyarakat India di negara ini.

Inisiatif seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat IMalaysia (MR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dan peruntukan untuk sekolah Tamil serta kuil Hindu mendapat sambutan yang amat baik daripada majoriti masyarakat itu. Nak tahu lebih lanjut BACA DI SINI

GR mohon pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri ambil tindakan yang keras terhadap mereka yang menghuru-harakan Putrajaya semalam. Demo yang tidak mendapat permit, mengganggu ketenteraman awam di kawasan JPN yang rata-rata orang ramai yang datang untuk urusan mereka seperti permohonan surat beranak, kad pengenalan dan sebagainya, mereka merungut dan bimbang akan keselamatan mereka terjamin atau tidak hidup di Malaysia yang selama ini aman damai. Jangan takut ambil tindakan tegas pada mereka, jangan bagi muka lagi pada Anwar dan kuncu-kuncunya....lihatlah sendiri apa jadi dengan rakyat Malaysia sekarang? Fikir dan buat jangan nasihat yer Pak Menteri KDN!!!


GR kata: Apa Rafizi Ramli buat lama-lama di Korea yer?? Jeng jeng jeng....tunggu pendedahannya nanti!!!

PAS KANTOI! PERJANJIAN SULIT BERSAMA DAP & PKR JADIKAN MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM!!

Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.

Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.

"PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.

"Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,"dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk " Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali," mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS.

Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum.

Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas.

Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut.



GR kata: Anwar pun ade surat perjanjian dari paderi Kristian yang mahu jadi Malaysia bukan negara Islam!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 12, 2012

KENAPA @abby_abadi112 SEMAKIN HARI SEMAKIN TOLOL!?


Tahniah GR ucapakan pada Ostajah Celop Abby Abadi kerana telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran 'agamanya' bersama PAS. Ternyata pemikiran yang kolot dan tidak matang yang ditunjukkan oleh ostajah celop nie dari hari ke hari. Ntah mana silapnya pun tak tau lah. Kita doakan semoga Allah S.W.T membuka pintu hari beliau insaf dengan apa yang beliau kejar selama ini hanyalah mainan semata-mata kerana "Tok Guru" dia pandai sangat-sangat.

GR ingin mengingatkan kembali sejarah Ostajah Celop nie dulu kala.... Berhubung KETIADAAN DARA sewaktu berkahwin kali pertama dahulu dengan bekas suaminya, Norman Hakim sehinggakan bekas suaminya itu terpaksa membuat kenyataan media bahawa ABBY ABADI MASIH DARA ketika dikahwininya. Sedangkan Abby Abadi pula, sekadar menyorok dan tidak mampu menerangkan perkara sebenar berhubung DIA TIDAK BERDARA ketika berkahwin. Ini fitnah ker betul yer wahai Ostajah Celop??

Bukannya GR ingin mengaibkan kisah peribadi seseorang kepada umum. Tapi pada Abby sendiri pernah terfikirkah apa yang ingin diutarakan kepada umum. Jangan disebabkan publisiti murahan masyarakat boleh terpengaruh dengan apa yang kita katakan. Orang yang tengok bertambah menyampah lagi aderlah.

Tidak salah jika kita ingin berubah ke arah kebaikan dari kisah silam kita yang mungkin dahulunya jahil. Oleh itu dalam mendalami ilmu agama ini seharusnya pergi mempelajarinya dengan Ustaz dan Ulama' yang betul...bukan dengan seorang Ustaz saja yang kita rasa dia layak dan makomnya tinggi melangit. Jangan apa yang kita pelajari tu nanti makan diri kita balik disebabkan salah gurunya. Allah itu Maha Mengetahui atas segala-galanya.

Terbaru, kita semua tahu Ostajah Celop ini memperlekehkan golongan artis yang turut serta dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza. Dengan kata yang berlagak, beliau juga dijemput khas tapi kenapa tak nak pergi? Takut apanya? Aduyaiiii....

Terbaru, Abby Abadi yang cuba 'membetulkan kesalahan' membuat fatwa, memetik kenyataan Dr. Khairuddin yang mengatakan sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir, tiada agenda solat, mencegah kemungkaran dan melahirkan umat yang soleh.


Sama ada Abby Abadi memang jenis yang buta perut atau bakal calon PAS pada PRU13 akan datang dari kalangan yang enggan mengakui, kemungkaran dan kekufurannya selama ini adalah salah sendiri, hanya dia dan Allah S.W.T sahaja yang terlebih tahu.

Sepanjang tempoh pentadbiran Tun Dr. Mahathir atau kerajaan UMNO, tiada satu kaedah dan halangan pun dibuat untuk membuatkan umat Islam meninggalkan atau mengengkari ajaran yang menjadi akidah mereka. Sebaliknya penyuburan dilakukan menerusi gerakan syiar dalam bentuk tabligh, pendidikan, persekitaran dan dasar kerajaan.

Dalam Al Quran Allah S.W.T berfirman bahawa "Orang lain tidak akan menanggung dosa orang lain, melainkan dosa dan amal sendiri". 

Antara ayat-ayat al Quran tersebut adalah Al-Baqarah ayat 286, Al-An'am ayat 164, Al-Israa ayat 15, Al-Faathir ayat 18, Az-Zumar ayat 7 dan An-Najm ayat 38.

Ingatlah, jangan kita jadi jahil disebabkan terlampau taksub dengan politik sehingga hak kita sebagai hamba Allah S.W.T diabaikan. Renung-renungkanlah....


GR kata: Abby lupa agaknya Tun M tak pernah tinggal Solat Dhuha dari dulu hingga sekarang. Ingat tak kenapa waktu rehat kakitangan kerajaan mula jam 10 pagi??

APE LAH MALANG NASIB ARTIS VETERAN NIE??


Nasib apa yang menimpa artis veteran ini Datuk Yahya Sulong? Sebenarnya apa yang GR ingin maklumkan di sini dalam peribahasa menyebut "Lembu punya susu, sapi dapat nama"...Memang kenala kan dengan puak Pakatan Haprak ni.

Semalam heboh di media cetak dan alam maya cerita kononnya artis veteran ini "DIHALAU" keluar dari rumah PPR yang beliau duduk sekarang. Benarkah cerita ini? Setahu GR tiada dalam sejarah DBKL menghalau terus penghuni yang tidak boleh membayar sewa beli rumah tersebut. Masih ada budi bicara yang membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dalam hal ini, barulah muncul Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua yang kita tahu sejak dari beliau diberikan mandat oleh rakyat Batu menjadi wakil rakyat mereka tiada sebarang bantuan diberikan apatah lagi pembangunan untuk rakyat khususnya di Parlimen Batu.

Bila hal yang sebegini terjadi yang beliau dan pencacai Pakatan ni tak tau perkara sebenar, barulah nak berdesup laju turun padang berjumpa dengan rakyat. Kononnya nak menjadi "Hero" bahawa Pakatan Haprak sentiasa membela nasib rakyat.


Hari ini isteri kepada Datuk Yahya Sulong menjelaskan mereka tidak dihalau. Malah masalah mereka telah pun diselesaikan oleh pihak DBKL. Perkara ini tak pula nak heboh-heboh macam pencacai-pencacai ni buat.

KUALA LUMPUR - Isteri Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali menafikan mereka dihalau keluar dari rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal melunaskan sewa rumah sejak lapan bulan lalu.

Alisah (gambar kecil), 65, yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana cerita mereka dihalau keluar dari rumah itu timbul.

"Bohong. DBKL tidak pernah halau saya walaupun saya dan suami gagal membayar sewa sebanyak RM800," tegasnya.

Sebuah laman portal semalam menyiarkan kononnya Alisah serta Yahya gagal membayar tunggakan sewa rumah selama lapan bulan sebanyak RM800 dan mereka telah diarahkan DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

So..pada blogger Omak Kau yang terang-terang pemikiran macam lembu, sebelum nak beritahu rakyat kaji dulu. Jangan ikut perangai boss korang Anwar dan kuncu-kuncunya...makanan harian depa tipu rakyat dan fitnah sana sini. Jangan tiba-tiba kena panah petir tiba-tiba baru lah nak sedar dan insaf balasan dari Allah S.W.T!!

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Datuk Yahya Sulong sentiasa mendapat bantuan dari UMNO/BN bahagian Batu. Tapi perkara yang baik ini tidak diheboh-hebohkan oleh pihak berkenaan dan rakyat yang bijak saja pandai menilai usaha yang baik ini. Tangan kanan yang memberi tangan kiri tak tau pun. Betul tak?

Pada pencacai Pakatan pula, kalau nak bantu rakyat...bantulah sehabis baik. Jangan sibuk nak ambil publisiti murahan hasil dari kerja orang yang sibuk buat kerja. Ada faham ka??


GR kata: Pelbagai bantuan Kerajaan berikan pada golongan artis nie...tapi tak der pun kecoh-kecohkan!!

SPRM BAGI WARNING, "JANGAN KACAU URUSAN KERJA KAMI"!...

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed merayu kepada ahli politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', suatu kecenderungan yang beliau katakan akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah.

"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti...janganlah tembak dari belakang. SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?" katanya pada majlis jamuan malam sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam Ahad.

Abu Kassim berkata SPRM, yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, bersama rakannya dari Hong Kong dan Singapura adalah antara badan pencegahan rasuah tertua di dunia, yang tugas mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa, terutama oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Katanya sebelum 1990, hanya terdapat 20 badan pencegah rasuah di seluruh dunia, tetapi sekarang, jumlahnya bertambah kepada 150 dan ini mencerminkan wujudnya kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya memerangi penyakit itu.

Abu Kassim berkata penambahan lima panel yang dianggotai 42 personaliti daripada pelbagai profesion dalam SPRM sejak 2009, memastikan siasatan terhadap kes rasuah dilaksanakan secara bebas, tanpa unsur takut dan pilih kasih.

Kata beliau, sebagai contoh, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dianggotai enam anggota Parlimen dan seorang senator, termasuk daripada parti pembangkang.

"Saya tabik kepada anggota kesemua lima panel ini atas tugas yang telah mereka laksanakan dalam memastikan segala-galanya dapat dibongkar dalam penyiasatan kami. Bagaimanapun, kami tetap dituduh melakukan penyiasatan berpilih.

"Saya ingin mengulangi jaminan bahawa oleh kerana SPRM dipantau dengan teliti oleh panel ini, tidak mungkin perkara itu boleh terjadi," katanya.

Abu Kassim berkata adalah menjadi kewajipan mana-mana masyarakat sivil yang begitu membenci rasuah untuk tidak membiarkan badan seperti SPRM 'dihina dan ditekan' oleh mana-mana pihak.

Katanya adalah juga menjadi kewajipan masyarakat untuk melobi agar undang-undang pencegahan rasuah yang sudah lapuk, dimansuhkan dan bukan menuduh SPRM tidak mengambil tindakan sewajarnya kerana SPRM hanya boleh bertindak dalam lingkungan undang-undang yang ada.

Sehubungan itu, beliau menyentuh tentang undang-undang yang membenarkan saudara mara terdekat pegawai awam seperti menteri untuk memohon tanah atau konsesi balak. Di bawah undang-undang ini, tidak menjadi kesalahan sekiranya seorang menteri telah mengisytiharkan kepentingannya berhubung permohonan itu, sebelum ia diluluskan.

"Orang ramai perlu menyokong undang-undang yang menggariskan 'larangan penuh' bagi saudara mara terdekat seseorang menteri untuk terlibat dalam proses membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata setiap orang perlu memainkan peranan untuk menjadikan SPRM lebih kuat dalam usahanya memerangi rasuah.

Katanya SPRM kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada maklumat atau laporan orang ramai untuk bertindak terhadap tuduhan rasuah, tetapi juga mempunyai pegawainya yang menjalankan tugas penyamaran dan perisikan.

Tindakan secara proaktif dan preemptif ini berjaya membongkar lebih banyak kes, terutama terhadap pemberi, bukan sahaja memberi tumpuan terhadap penerima rasuah seperti sebelum ini, kata beliau. - BERNAMA

GR kata: Anwar meroyan sebab takut tembelang dia pecah....

Tuesday, December 11, 2012

HOT: POK NIK BALACI PAKATAN PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM


PAS bukannya parti Islam. Islam adalah agama. PAS pula adalah parti politik. Jadi Islam itu bukan PAS dan PAS itu bukan Islam. Selama ini PAS hanya mempergunakan perkataan 'Islam' pada namanya untuk menarik sokongan rakyat khususnya umat Islam menyokong mereka.

Menentang PAS bukannya menentang Islam. Islam tiada kena mengena dengan PAS. Sebenarnya untuk pengetahuan umum, ketika PAS ditubuhkan pada 1951, penjajah British ketika itu tidak menentang malah menerima pendaftaran PAS. Sedangkan ketika itu, penjajah British telah mengharamkan pertubuhan-pertubuhan politik khususnya berhaluan kiri seperti PKM, PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin.

Mengapa British merestui penubuhan PAS? Jawapannya ialah British ingin memperalatkan PAS bagi memecahbelahkan perpaduan umat Melayu Islam yang pada ketika itu begitu kuat di bawah payung UMNO. Kerana perpaduan yg jitu di kalangan umat Melayu Islam lah, Malayan Union berjaya ditumbangkan. Inilah yang digeruni oleh British.

Jadi penubuhan PAS ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal' oleh British. British ingin PAS memecahkan populariti UMNO di kalangan org Melayu pada ketika itu. Biar org Melayu berpecah belah. Jadi konsep 'pecah dan perintah' British boleh terus dilaksanakan.

Selepas itu, berlakulah seperti apa yg dirancang oleh British. PAS menanamkan kebencian umat Islam terhadap UMNO dengan isu kafir-mengkafir dan undi UMNO masuk neraka. Kerja British telah dipermudahkan dengan adanya PAS. British tersenyum riang kerana kerja memecahbelahkan org Melayu kini dilakukan sendiri oleh org Melayu Islam juga.

Jadi, penubuhan PAS ini tiada kena mengena dengan perjuangan memartabatkan Islam. Hanya org yg kuramg cerdik dan jahil saja yg percaya PAS itu Islam, Islam itu PAS. PAS sebenarnya syaitan yg kerjanya hanya mahu merosakkan anak Adam. PAS juga ibarat tentera Dajal yg ingin menghancurkan Islam.

British berjaya meninggalkan legasinya iaitu PAS untuk merosakkan Islam dari dalam. Jadi, adalah satu jihad untuk kita semua umat Melayu Islam menentang PAS. Membiarkan PAS berkuasa samalah seperti membiarkan Islam dirosakkan.


GR kata: Pencacai Pakatan yang taksub harap sedarlah dari mimpi yang lena tu sebelum terlambat....

PANAS: PLAYER BOLA SEPAK MALAYSIA SANGGUP BOGEL SEBAB NAK POPULAR??

Semenjak populariti pemain bola sepak tempatan naik mendadak mengalahkan glamornya seorang artis, ada saja cerita atau desas-desus yang Murai Batu dengar mengenai mereka.

Tidak kisahlah sama ada cerita itu sensasi tentang pasukan yang mereka sertai atau pun perangai mereka yang dikatakan banyak masalah.

Terbaru, sedang Murai Batu berborak mengenai pasukan yang sedang kecol menjual beli pemain, Murai Batu didatangi seorang yang fanatik terhadap sukan bola untuk menyampaikan cerita tentang penyerang Negeri Sembilan yang bernama Shakir Ali.

Menurut sumber ini, Shakir Ali dikatakan seorang individu yang yang mudah melenting serta sukar didekati tatkala dia menghadapi tekanan...Biasalah tu, memang ada pun jenis orang yang begitu bila berhadapan dengan tekanan.


Selain itu, dia juga kononnya berani bergambar panas dalam sesi fotografi. Ya ker? Terbeliak Murai Batu mendengar dakwaan peminat ini.

Bercerita lebih sambil menunjukkan gambar Shakir yang bergambar dengan jersey diletakkan di bahu tanpa memakainya, sumber ini mendakwa ketika sesi fotografi tersebut, Shakir dikatakan tidak memakai seurat benar pun. Senang cerita berbogel.

Hmmm...Yang ini Murai Batu susah nak percaya. Sebab, walaupun gambar separuh bogel tersebut telah menayangkan susuk tubuhnya sehingga hampir ke kawasan mendekati aset kelelakiannya itu, namun tidak ada bukti sahih yang menunjukkan dia telah berbogel.

Apapun, foto ini khabarnya diambil kerana striker hebat ini mahu menunjukkan badannya yang cantik dan mempunyai six pack Melihat dari foto ini, Murai Batu tidak menafikan susuk tubuh Shakir memang cantik. Dah namanya atlit bola kan.

Apapun, Murai Batu mendapat tahu, foto tersebut telah menjadi pujaan ramai sehingga ada yang menggunakannya gambar tersebut ke arah yang salah. Yang penting, Murai Batu nak tanyalah kebenaran tersebut adakah benar Shakir berbogel semasa mengambil gambar ini pada Shakir sendiri.

Namun, melihat dari gambar ini, mungkin ianya adalah satu gambar yang lama ketika dia menyertai pasukan Kedah. - Murai


GR kata: Player bola sepak di Malaysia bila famous...sepak bola pun tak reti dah!!

EKSKLUSIF: TRAVEL AGENCY UMRAH/HAJI AJAR JEMAAH TAMBAH DOSA DI TANAH SUCI MEKAH DAN MADINAH!!

Hiasan

GR sangat tertarik untuk mendedahkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan ibadah dalam Islam. Sememangnya dalam Al-Quran menyebut punca rezeki adalah dari berniaga tapi adakah perniagaan yang kita jalankan itu berlandaskan Islam??

Apa yang ingin GR utarakan ini adalah sikap sesetengah peniaga kita yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi masing-masing. Disebabkan terlalu fanatik dengan politik mereka sanggup mengadaikan maruah mereka demi mencapai 'impian dongeng' beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mimpi disiang hari.

Seiring dengan puak PAS yang mendoakan kehancuran umat sesama Islam "KO BN! KO UMNO! UMNO KO" seperti manusia yang tiada pedoman hidup. Dalam pada itu pula, ada Travel Agency di ibu kota yang menghasut para jemaah yang ingin menunaikan Umrah atau Haji melalui khidmat mereka. Hasutan yang dibuat melalui penjelasan (training) sebelum para jemaah pergi ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Perkara baik tapi lain jadinya. Dah tak ader dosa pahala ker wahai owner Travel Agency ni??



Pembaca lihat beberapa screen shot yang diambil oleh rakan blogger GR Rezqeen Hill mengenai perbualan Travel Agency terbabit yang cuba menghasut para jemaah Umrah & Haji yang ingin menggunakan khidmat mereka. Kenapa mesti permainkan Islam demi mencapai cita-cita BODOH korang ni yer? Fikirlah secara matang, jangan jadi budak yang tak ada otak. Umat Islam tunaikan Umrah & Haji untuk menunaikan ibadah bukannya merosakkan akidah mereka lagi.


 Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( al-Hasyr : 10).

GR ingin sarankan kepada pihak berkuasa baik Polis dan Jabatan Agama Negeri dan juga JAKIM, buatlah pemantauan agar perkara sebegini tidak tersebar luas. Bukan disebabkan hal-hal politik tapi perkara ini boleh merosakkan imej negara di mata dunia. 

Fikirlah kalau jemaah dari negara luar dengar apa yang kita doakan yang buruk-buruk untuk negara kita sendiri bukankah BODOH namanya yer tu. Kita pergi ke Tanah Suci nak beribadah bukannya berfoya-foya. Fikir-fikirkanlah....

Baca juga DI SINI, DI SINI dan DI SINI


GR kata: Dalam PAS dah tak heran dosa pahala yang penting ke Putrajaya. Ya, Allah lembutkanlah hati mereka-mereka ini yang cuba menyesatkan agamaMU. Amin...

Monday, December 10, 2012

VIDEO ROSAK AKHLAK: ANWAR SANGGUP GADAIKAN MARUAH DIRI SEBAGAI ISLAM!


Memang sengaja GR naikkan semula video ini untuk tatapan pembaca sekalian. Seharusnya kita rakyat Malaysia tahu perangai sekor-sekor pemimpin Pakatan Haprak ni. Dalam video ini jelas kelihatan Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayob dan beberapa pemimpin Pakatan yang beragama Islam dalam upacara memperingati jenazah Teo Beng Hock.

Mungkin ramai yang lupa perjuangan sebenar Anwar Ibrahim bukanlah untuk rakyat dan negara tetapi hanya untuk kepentingan peribadinya sendiri. Jika benar beliau memperjuangkan hak rakyat, kenapa kebajikan rakyat tidak dijaga. Lihat sendiri apa yang beliau buat dan janji....ada yang ditunaikan tak??

Video di atas juga menunjukkan beliau sanggup memperlekehkan Islam secara terang-terangan. Seorang pemimpin yang beragama Islam sanggup melakukan perkara sedemikian demi meraih undi simpati rakyat. Tapi dikalangan puak dan pencacai Pakatan apa yang beliau buat HALAL belaka yer tak...

Taubatlah yer sebelum kena panah petir nanti...Renung-renungkan dan selamat beramal...


GR kata: Islam hancur di bawah pakatan haprak sebab takut dengan DAP. Apa punya manusialah macam nie....

ANWAR KANTOI LAGI! NAK LIBATKAN BEKAS KPN TAPI KENA BATANG HIDUNG SENDIRI!!


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Kes Liwat I dan II Anwar Ibrahim bukanlah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan kerjaya Ketua Pembangkang itu.

Musa yang menjadi penyiasat Kes Liwat I pada tahun 1998 dan juga menjawat jawatan Ketua Polis Negara semasa Kes Liwat II menolak campur tangan politik dan menganggap kedua-dua kes ini sebagai "straight forward cases".

Memberitahu kepada portal berita Free Malaysia Today, Musa menafikan sekeras-kerasnya berlaku pemalsuan bahan bukti sepanjang beliau menyiasat dan mengarahkan siasatan kes-kes bekas Perdana Menteri tersebut.

Malah Musa dalam wawancara dengan MalaysiaKini sebelum ini turut mendakwa Anwar pernah cuba untuk campur tangan dalam siasatan yang dijalankan dalam Kes Liwat I dengan mengarahkan beliau untuk melaporkan kepadanya (Anwar) setiap malam.

"(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis Negara," katanya dalam wawancara tersebut.

Apa lagi yang Anwar nak putar alam lagi, alhamdulillah GR bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana tunjukkan satu persatu PEMBOHONGAN  yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Rakyat berhak tahu lebih awal kerana ianya baik untuk menjaga serta memelihara masa depan negara ke arah yang lebih baik.

Bayangkan kalau Anwar dan kuncu-kuncunya memerintah negara, dengan pelbagai pembohongan yang dibuat oleh beliau...janji sana sini kata nak tunaikan itu ini tapi hakihat sebenar indah khabar dari rupa, apa akan jadi pada masa depan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini. Renung-renungkan....


GR kata: Anwar hari-hari makan taik kot sebab tu sedap mulut bila bercakap....

TERKINI: SUKARELAWAN MALAYSIA DI GAZA DIUGUT TEMBAKAN AMARAN ISRAEL! #saveGAZA


Tentera Israel yang berada di Ezata bersebelahan sempadan Gaza di sini melakukan tembakan amaran ke arah Sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012. Tembakan amaran itu diikuti dengan 2 buah helikopter Israel berlegar-legar diruang udara di sepanjang sempadan Gaza-Ezata. Kejadian itu berlaku ketika kawasan itu dikunjungi Sukarelawan Malaysia.

Mari kita doakan sahabat-sahabat kita yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan di Palestin ketika ini.

Menurut sumber GR perolehi dari SUK UMNO WP, Sdr Kamarudin Dino :


Keselamatan mereka sepanjang berada di sana masih terkawal. Malah kesemua mereka yang berada dibarisan hadapan semasa melawat dan berhadapan mangsa serangan Zionist dibekalkan dengan baju kalis peluru.

Presiden KP1M. Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai sessi kedua ke Gaza ini sedar kehadiran anggota Misi bantuan Kemanusiaan dari Malaysia ini tentunya tidak disenangi Israel.

"Kita dari masa ke semasa telah mengingatkan anggota sukarelawan supaya lebih sedar tentang risiko dari pihak zionis ini,"katanya.

Beliau mengulas tindakan Israel yang memberi tembakan amaran terhadap sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012 berdekatan di Jabaliah kirakira 3.5 kilometer dari Gaza.

Misi tersebut dalam perjalanan menyampaikan dana Aman Palestin bagi pembangunan pertanian yang sebelum ini dirosakkan tentera Israel. Menurutnya semua anggota sukarelawan dan media yang berada dibarisan hadapan telah dibekalkan baju kalis peluru.


Tambahnya, bagaimanapun pihaknya sedar misi bantuan untuk rakyat alestin itu amat tidak disenangi oleh Israel. Katanya anggota misi bantuan Kemanusiaan KP1M itu terdiri daripada 58 peserta termasuk media, belia dan doktor serta paramedik.

Katanya, misi itu akan tetap diteruskan sehingga proses pengagihan makanan dan ubat ubatana selesai sehingga 17 Disember ini. Semoga Allah S.W.T memberkati dan melindungi sukarelawan Malaysia di bumi Palestin.


GR kata: Doakan yang terbaik buat mereka dan rakyat Palestin di sana. Amin...

GUAN ENG JELES DENGAN PM @NajibRazak, RAKYAT PENANG BERI SAMBUTAN KAW-KAW!!


Semalam YAB Perdana Menteri DS Najib Razak telah membuat lawatan kerja sehari di P.Pinang. YAB Perdana Menteri juga telah meluangkan masa bersama rakyat P.Pinang dalam program Jelajah Ditepati.

Sambutan yang sungguh menakjubkan diberikan oleh rakyat P.Pinang kepada Perdana Menteri yang kita sayangi. Perdana Menteri juga turun padang melihat sendiri keadaan rakyat di P.Pinang seperti di Pasar Bayan Baru. DS Najib Razak meluangkan masa bersarapan bersama peniaga, penjaja dan rakyat di Pasar Bayan Baru.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat P.Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.



Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

Inilah yang membuatkan DAP meroyan tak tentu pasal. Mereka tahu setiap apa yang dijanjikan oleh Kerajaan BN pasti akan TUNAIKAN. Dalam pada itu juga sikap tidak profesional ditunjukkan oleh Ketua Menteri P.Pinang siapa lagi si komunis Lim Guan Eng. Pembaca lihat di bawah apa yang dia meroyan yer....


Perkara yang sebenar, Lim Guang Eng tidak mendapat sebarang jemputan untuk Program Jelajah Janji Ditepati bersama Perdana Menteri DS Najib Razak. Pandangan GR, kalau beliau dijemput sekali pun....nak ker beliau turun duduk sekali bersama PM. Sudah tentu malu muka beb, ye tak sebab tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh DAP untuk rakyat P.Pinang. Malah rakyat ditindas lagi ader lah....

Pada puak-puak Pakatan Haprak, kalau tak boleh buat sesuatu yang terbaik untuk rakyat tak perlu nak terpekik terlolong sana sini. Buih muluh tabur janji, tebar fitnah sana sini pun tak guna. Rakyat sekarang bukan mahu mendengar tapi mereka mahu melihat depan biji mata mereka sendiri. Ada faham ka??


GR kata: Pakatan Haprak apa pun tak boleh!!

Sunday, December 9, 2012

PANAS: AWEKS COMEY NIE NAK BUAT HAL LAGI KER? #AFFSuzukiCup


Malam ini akan berlangsungnya perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir antara Harimau Malaya vs Thailand. Kita semua rakyat Malaysia berbangga dengan kebangkitan dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain bola sepak negara walaupun diperingkat awal kalah dengan Singapore 3-0.

Dalam pada itu, ada juga cuba membuat provokasi dengan menyatakan perkara yang tidak senonoh yang juga tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Di manakah hilangnya budi pekerti dalam diri awek (gambar di atas) yer? Lihat di bawah :




Nampak sekarang bila dah kena batang hidup sendiri tau pulak diam yer. Apa yang GR ingin katakan di sini, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dan bersyukur dengan apa yang kita kecapi selama ini. Bandingkan kehidupan kita sebelum Merdeka dan selepas Merdeka. Hargailah pergorbanan yang telah dibuat oleh pejuang-pejuang negara yang terdahulu.

Dalam mutu bola sepak negara pula, rakyat Malaysialah yang pemberi semangat dan dorongan yang utama pada pemain-pemain bola sepak Harimau Malaya untuk mencipta nama serta mengharumkan nama negara. Kalah sekali bukan bererti akan kalah selamanya.

Ayuh rakyat Malaysia...berilah sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya kita agar berjaya mencipta sejarah mara sekali lagi ke Final AFF Suzuki CUP sekali gus mempertahankan sekali lagi Piala AFF Suzuki yang kita menangi pada tahun 2010.



GR kata: Go Harimau Malaya GO!!!!

ANWAR #TaburJanji, PM @NajibRazak #TunaiJanji! RAKYAT SABAH HARUS BIJAK MENILAI!!

Sokongan rakyat pada Pakatan Haprak semakin pudar atau lebih senang hilang kepercayaan mereka pada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Apa yang GR lihat sekarang rakyat sudah bijak menilai dan mahukan masa depan mereka lebih terjamin.

Jika dilihat dalam siri jelajah Anwar di merata-rata tempat jumlah kehadiran sangat teruk. Tahniah pada rakyat yang memberikan 'signal' yang sangat baik.

Dalam pada itu Anwar cuba untuk merosakkan pemikiran rakyat di Sabah. Ini kerana beliau sudah tak ada 'power' lagi di Semenanjung Malaysia. Sekarang beliau cuba untuk menabur janji dan fitnah di Sabah.

Rakyat Sabah dinasihatkan jangan terpengaruh dengan propaganda pakatan pembangkang kononnya mereka mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan propaganda yang sering dicanangkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu sebagai taktik murahan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kelemahan mereka.

"Berdasarkan pemerhatian saya, kedudukan UMNO Sabah ketika ini adalah mantap, perpaduan ahli-ahlinya dalam keadaan baik dan mereka tahu cabaran yang dihadapi.

"Walau apa pun yang diumumkan pembangkang, insya-Allah, saya percaya BN akan mencapai kejayaan cemerlang di Sabah," kata Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika melawat bilik operasi media pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang baru berakhir beberapa minggu yang lepas.

GR kata: 1Malaysia Tolak Fitnah

Artikel pelbagai