Friday, December 14, 2012

PERHATIAN! BANTU POLIS CARI INI BUDAK!! @PDRMsia

Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cedera akibat dipukul dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Sungkai-Slim River, 4 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan D. Som Sak berkata, dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, pemandu lori tersebut, Mohamad Idris Din (gambar), 44, dikatakan enggan memberi kerjasama selepas dia ditahan atas kesalahan tayar botak.

Sebaliknya, lelaki itu bertindak agresif dengan memukul anggota JPJ terbabit menggunakan cop JPJ selain mengugut mereka dan merampas saman yang dikeluarkan sebelum melarikan diri.

Berikutan itu katanya, polis sedang mengesan Mohamad Idris untuk siasatan lanjut.

"Mohamad Idris dikesan beralamat terakhir di Ladang BMR Bahagian Kilang Baru, Kulim, Kedah dan dia dicari mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Som Sak berkata, polis turut mengesan dua suspek iaitu Wee Wing Heng, 22, dan K. Sellakumaran, 43, yang masing-masing diburu atas kesalahan samun berkawan tanpa senjata api dan mencuri barangan majikan.

Katanya, Wing Heng yang lebih dikenali sebagai Steven beralamat di Jalan Manggis, Taman Rethna, Teluk Intan manakala Sellakumaran pula di Jalan Tapir, Taman Batu Gajah Baru, Batu Gajah dekat sini.

"Steven terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang yang melibatkan kerugian sehingga RM30,000 pada 14 November lalu manakala Sellakumaran pula mencuri barangan membuat rumah bernilai RM5,000 milik majikannya," jelas beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan IPD Tapah di talian 05-4015222.

GR kata: Tangkap jangan tak tangkap!!

No comments:

Artikel pelbagai