Sunday, December 9, 2012
PANAS: AWEKS COMEY NIE NAK BUAT HAL LAGI KER? #AFFSuzukiCup
Malam ini akan berlangsungnya perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir antara Harimau Malaya vs Thailand. Kita semua rakyat Malaysia berbangga dengan kebangkitan dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain bola sepak negara walaupun diperingkat awal kalah dengan Singapore 3-0.
Dalam pada itu, ada juga cuba membuat provokasi dengan menyatakan perkara yang tidak senonoh yang juga tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Di manakah hilangnya budi pekerti dalam diri awek (gambar di atas) yer? Lihat di bawah :
Nampak sekarang bila dah kena batang hidup sendiri tau pulak diam yer. Apa yang GR ingin katakan di sini, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dan bersyukur dengan apa yang kita kecapi selama ini. Bandingkan kehidupan kita sebelum Merdeka dan selepas Merdeka. Hargailah pergorbanan yang telah dibuat oleh pejuang-pejuang negara yang terdahulu.
Dalam mutu bola sepak negara pula, rakyat Malaysialah yang pemberi semangat dan dorongan yang utama pada pemain-pemain bola sepak Harimau Malaya untuk mencipta nama serta mengharumkan nama negara. Kalah sekali bukan bererti akan kalah selamanya.
Ayuh rakyat Malaysia...berilah sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya kita agar berjaya mencipta sejarah mara sekali lagi ke Final AFF Suzuki CUP sekali gus mempertahankan sekali lagi Piala AFF Suzuki yang kita menangi pada tahun 2010.
GR kata: Go Harimau Malaya GO!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Golongan Muda yg telah dirosakkan dengan ideologi "Hak Asasi Manusia"
Post a Comment