Monday, September 22, 2014

PENGUATKUASA DBKL BERANI TUNJUK LAGAK PADA BANGSA MELAYU SAJA? @TengkuAdnanReal @rizalmanmokhtar @razlanrafii @PDRMsia @AdnanMdIkshan


Inikah contoh yang baik ditunjukkan oleh penguatkuasa di bawah agensi Kerajaan? Banyak rasanya kita lihat bila mana bangsa Melayu berniaga secara kecil-kecilan mereka ini dihalau seolah-olah mereka ini membuat kesalahan yang amat besar.

Mana suara-suara pemimpin Kerajaan yang melaungkan seruan membantu bangsa Melayu dalam setiap segala aspek agar mereka ini boleh maju seperti bangsa lain. GR lihat penguatkuasa seperti yang dinyatakan di atas, hampir kesemua mereka melakukan tugas dengan penuh berlagak dan ada setengahnya tanpa perikemanusiaan.

Bila laporan dibuat, mereka menyalahkan peniaga-peniaga kerana tidak mempunyai lesen perniagaan. Bagaimana mereka boleh perolehi lesen tersebut, sedangkan ketika memohon bermacam alasana dan ragam yang diberikan oleh bahagian perlesenan.

Kita lihat setiap operasi yang mereka jalankan, bangsa Melayu yang berniaga kecil-kecil dihalau macam sampah. Mana sikap ketimuran kita sebagai orang Melayu yang mempunyai adat yang resam menjadi contoh pada semua kaum? Jika benar peniaga-peniaga tidak mempunyai lesen atau pun lesen tamat tempoh...bukankah boleh bercakap dengan baik dan bantu mereka supaya masalah boleh diselesaikan.

Cuba kita lihat bangsa lain berniaga yang melanggar undang-undang seperti meletakkan meja dan kerusi melebihi tempat yang ditetapkan. Lesen tamat tempoh, berniaga tak ikut aspek kebersihan...kenapa tak halau mereka macam sampah? Kenapa boleh ada sikap KAWTIM sana sini? Ini kes boleh "Cerita"? Mohon penjelasaan...jangan nak berdolak dalih lagi.

Pada Pak Menteri dan Boss-boss besar DBKL tolong jangan pilih bulu bila buat kerja. Cara korang bekerja nie dah lama diperhatikan. Bangsa sendiri korang tindas...kaum lain terutama Cina korang sanjung tinggi dan tak berani ambil tindakan tegas. Ini namanya PENGECUT!!!

Dalam kes seperti di atas, GR yakin korang semua dah banyak kali tengok. Cuma kali ini di media sosial penguatkuasa nie kantoi kerja jahat mereka. Ini ker tanggungjawab yang korang pikul??

Video penuh korang tengok lah KLIK DI SINI


GR kata: Nama jer DBKL, semua buat kerja nak poket penuh jer tu. Orang lain kaya boleh, bangsa sendiri nak kaya hampeh!!

Artikel pelbagai