Showing posts with label Tengku Adnan Mansor. Show all posts
Showing posts with label Tengku Adnan Mansor. Show all posts
Monday, September 22, 2014
PENGUATKUASA DBKL BERANI TUNJUK LAGAK PADA BANGSA MELAYU SAJA? @TengkuAdnanReal @rizalmanmokhtar @razlanrafii @PDRMsia @AdnanMdIkshan
Inikah contoh yang baik ditunjukkan oleh penguatkuasa di bawah agensi Kerajaan? Banyak rasanya kita lihat bila mana bangsa Melayu berniaga secara kecil-kecilan mereka ini dihalau seolah-olah mereka ini membuat kesalahan yang amat besar.
Mana suara-suara pemimpin Kerajaan yang melaungkan seruan membantu bangsa Melayu dalam setiap segala aspek agar mereka ini boleh maju seperti bangsa lain. GR lihat penguatkuasa seperti yang dinyatakan di atas, hampir kesemua mereka melakukan tugas dengan penuh berlagak dan ada setengahnya tanpa perikemanusiaan.
Bila laporan dibuat, mereka menyalahkan peniaga-peniaga kerana tidak mempunyai lesen perniagaan. Bagaimana mereka boleh perolehi lesen tersebut, sedangkan ketika memohon bermacam alasana dan ragam yang diberikan oleh bahagian perlesenan.
Kita lihat setiap operasi yang mereka jalankan, bangsa Melayu yang berniaga kecil-kecil dihalau macam sampah. Mana sikap ketimuran kita sebagai orang Melayu yang mempunyai adat yang resam menjadi contoh pada semua kaum? Jika benar peniaga-peniaga tidak mempunyai lesen atau pun lesen tamat tempoh...bukankah boleh bercakap dengan baik dan bantu mereka supaya masalah boleh diselesaikan.
Cuba kita lihat bangsa lain berniaga yang melanggar undang-undang seperti meletakkan meja dan kerusi melebihi tempat yang ditetapkan. Lesen tamat tempoh, berniaga tak ikut aspek kebersihan...kenapa tak halau mereka macam sampah? Kenapa boleh ada sikap KAWTIM sana sini? Ini kes boleh "Cerita"? Mohon penjelasaan...jangan nak berdolak dalih lagi.
Pada Pak Menteri dan Boss-boss besar DBKL tolong jangan pilih bulu bila buat kerja. Cara korang bekerja nie dah lama diperhatikan. Bangsa sendiri korang tindas...kaum lain terutama Cina korang sanjung tinggi dan tak berani ambil tindakan tegas. Ini namanya PENGECUT!!!
Dalam kes seperti di atas, GR yakin korang semua dah banyak kali tengok. Cuma kali ini di media sosial penguatkuasa nie kantoi kerja jahat mereka. Ini ker tanggungjawab yang korang pikul??
Video penuh korang tengok lah KLIK DI SINI
GR kata: Nama jer DBKL, semua buat kerja nak poket penuh jer tu. Orang lain kaya boleh, bangsa sendiri nak kaya hampeh!!
Wednesday, April 24, 2013
KAMI CINTA PUTRAJAYA! RAKYAT PUTRAJAYA MEMANG BEST! @TengkuAdnanReal #GE13

Pengundi-pengundi Putrajaya kenal siapa pemimpin yang telah lama berkhidmat untuk mereka. Mereka kenal siapa pemimpin yang banyak membantu mereka dalam segala hal. Oleh itu tidak ada sebab pengundi-pengundi Putrajay berhajat untuk menukar wakil rakyat yang sedia ada.
Dengan tagline "Kami Cinta Putrajaya" membawa maksud seribu makna. Pengundi Putrajaya yang rata-rata mereka merupakan kakitangan awam sememangnya bersyukur dengan apa yang mereka nikmati selama ini. Pengundi juga sepakat tidak mahu MENJUAL Putrajaya kepada sesiapa pun.
Pada Husam Musa usahlah berniat untuk menghancurkan nasib rakyat Putrajaya seperti mana yang hang buat di Kelantan. Janji manis yang ditabur di Kelantan sehingga kini tiada satu pun terlaksana, usah dibawa ke Putrajaya. Rakyat Putrajaya sudah hidup aman damai dan makmur dengan pelbagai kelengkapan di sana.
Mungkin jika Husam Musa menang di Putrajaya, yang hanya beliau buat CLAIM MILLAGE apa yang telah DS Tengku Adnan buat selama beliau menjadi wakil rakyat, kononnya dialah yang perjuangkan nasib rakyat. Rakyat Putrajaya sudah serasi dan sebati dengan jiwa Tengku Adnan. Tahniah pada rakyat Putrajaya kerana sentiasa beri sokongan penuh pada Kerajaan yang sentiasa membela nasib rakyat dan membangunkan negara.
Jom tengok apa kata Tengku Nan :
GR kata: Husam elok pi jaga kambing hang tu...dah lama depa tak makan tue.
Subscribe to:
Posts (Atom)