Monday, September 22, 2014

PENGUATKUASA DBKL BERANI TUNJUK LAGAK PADA BANGSA MELAYU SAJA? @TengkuAdnanReal @rizalmanmokhtar @razlanrafii @PDRMsia @AdnanMdIkshan


Inikah contoh yang baik ditunjukkan oleh penguatkuasa di bawah agensi Kerajaan? Banyak rasanya kita lihat bila mana bangsa Melayu berniaga secara kecil-kecilan mereka ini dihalau seolah-olah mereka ini membuat kesalahan yang amat besar.

Mana suara-suara pemimpin Kerajaan yang melaungkan seruan membantu bangsa Melayu dalam setiap segala aspek agar mereka ini boleh maju seperti bangsa lain. GR lihat penguatkuasa seperti yang dinyatakan di atas, hampir kesemua mereka melakukan tugas dengan penuh berlagak dan ada setengahnya tanpa perikemanusiaan.

Bila laporan dibuat, mereka menyalahkan peniaga-peniaga kerana tidak mempunyai lesen perniagaan. Bagaimana mereka boleh perolehi lesen tersebut, sedangkan ketika memohon bermacam alasana dan ragam yang diberikan oleh bahagian perlesenan.

Kita lihat setiap operasi yang mereka jalankan, bangsa Melayu yang berniaga kecil-kecil dihalau macam sampah. Mana sikap ketimuran kita sebagai orang Melayu yang mempunyai adat yang resam menjadi contoh pada semua kaum? Jika benar peniaga-peniaga tidak mempunyai lesen atau pun lesen tamat tempoh...bukankah boleh bercakap dengan baik dan bantu mereka supaya masalah boleh diselesaikan.

Cuba kita lihat bangsa lain berniaga yang melanggar undang-undang seperti meletakkan meja dan kerusi melebihi tempat yang ditetapkan. Lesen tamat tempoh, berniaga tak ikut aspek kebersihan...kenapa tak halau mereka macam sampah? Kenapa boleh ada sikap KAWTIM sana sini? Ini kes boleh "Cerita"? Mohon penjelasaan...jangan nak berdolak dalih lagi.

Pada Pak Menteri dan Boss-boss besar DBKL tolong jangan pilih bulu bila buat kerja. Cara korang bekerja nie dah lama diperhatikan. Bangsa sendiri korang tindas...kaum lain terutama Cina korang sanjung tinggi dan tak berani ambil tindakan tegas. Ini namanya PENGECUT!!!

Dalam kes seperti di atas, GR yakin korang semua dah banyak kali tengok. Cuma kali ini di media sosial penguatkuasa nie kantoi kerja jahat mereka. Ini ker tanggungjawab yang korang pikul??

Video penuh korang tengok lah KLIK DI SINI


GR kata: Nama jer DBKL, semua buat kerja nak poket penuh jer tu. Orang lain kaya boleh, bangsa sendiri nak kaya hampeh!!

4 comments:

Anonymous said...

Korang mesti faham yang peniaga melayu berniaga dengan jujur, tiada pow dan yang penting tidak ada gangster yang jaga mereka. Kalau ambil tindakan, tiada tindak balas yang berisiko tinggi kepada keselamatan pegawai DBKL. Apabila melibatkan penaga cina, besaq atau kecik, pada lazimnya peniaga cina ni ada gangster yang melindungi mereka. Malah gangster2 ni lah ada urusan "kowtim". Kalau tidak pun, pegawai2 takut mereka kena "mark" jadi sasaran serangan berisiko tinggi sehingga membawa kepada pembunuhan. Perkara ini perlu perhatian dari pihak atasan dan sokongan yang lebih "kuat" untuk lawan gangster.

Anonymous said...

setuju..aku pun mmg dah lama meluat dgn dbkl enforcement ni, kalu dengan bangsa sendiri mmg garang tapi dengan peniaga bangsa lain terutama cina depa tak Nampak batang hidung. perangai ni dari dulu lagi sebab tu melayu sampai sekarang tak leh maju salah satu sebabnya pasai enforcement yg pilih bulu. kesian enforcement kita kalau betullah depa ni dah kawtim sbb balasan Allah akan tiba juga sooner or later in a form and at a time you will never expect

Anonymous said...

Petaling street peernah ke kena kaco?bertuah la. Siap dicantikkan lagi.

Anonymous said...

Setuju...kita tak mudahkan bangsa Melayu berniaga. Undang2 kita yang buat. Ingatlah, balasan Allah pasti dating lewat atau cepat...tunggu

Artikel pelbagai