Tuesday, May 21, 2013
#LahadDatu: BOSS KIRAM 3 DAH CHECKMATE! TUNGGU JELAH JANGAN LARI MANA-MANA YER..!!
Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah kita peroleh dan sedang diteliti dari segi undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah nanti," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, semalam mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah memaklumkan tiga pemimpin pembangkang terdiri daripada dua orang daripada Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah dijangka diheret ke mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai maklumat terkumpul penglibatan pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh dari segi perundangan sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mereka kerana tidak mahu berlaku prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak profesional khususnya Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan," katanya.
GR kata: Kita tunggu dan lihat...Hi hi hi
CEO AIR ASIA AZRAN PERLU INGAT ASAL USUL DIRI DAN KELUARGA..!!
Penulis kesal dan kecewa dengan kenyataan media social Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani baru-baru ini kerana tergamak mengkritik perjuangan Utusan Malaysia dalam memartabat maruah kaum Melayu. Penulis percaya pasti ramai lagi orang2 Melayu baik ahli korporat, ahli politik, golongan kaya mahupun golongan miskin di luar sana marah dan pasti mahu beliau segera mohon maaf. Tetapi hingga ke hari ini Azran masih diam membisu & tidak bertanggungjawab umpama tidak menghormati langsung bangsa Melayu sendiri. Bongkak sungguh ahli korporat Melayu sorang ni?
Tindakan itu memperlihat seolah-olah Azran lupa tanpa kuasa orang Melayu seperti yang diperjuangkan oleh Utusan Malaysia, beliau mungkin tidak mampu memegang jawatan seperti hari ini. Penulis menyifatkan bro Azran ini bukan sahaja angkuh tetapi menafikan hakikat kedudukannya diperoleh hasil perjuangan pemimpin Melayu UMNO yang mempunyai kuasa politik.
Antara perkara penting yang perlu Bro Azran ingat dan kenang ialah:
1. Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?
2. Bro Azran menuduh akibat fikiran sempit orang Melayu menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah Azran tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?
3. Jangan lupa jasa mantan PM-Tun Abdullah Ahmad Badawi(Pak Lah) kerana beliau banyak membantu Air Asia ketika era pemerintahannya sehingga Air Asia boleh ‘terbang’ tinggi hingga ke hari ini.
4. Ingat, sekali hilang kuasa politik Melayu, maka hilanglah kedudukan Azran dan jangan bermimpi jawatan itu akan kekal sama ada kepadanya atau mana-mana orang Melayu selepas ini.
Ahli korporat baharu itu juga secara terbuka menyatakan perasaan meluatnya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu tanpa memahami tafsiran yang betul mengenai laporan tersebut.
Kenyataan beliau berbunyi “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by utusan’s editorial stance. (Saya rakyat Msia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang utusan) Azran turut berkata di laman twitternya “Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.
Yang menghairankan penulis dan pastinya menjadi persoalan ialah Utusan sedikit pun TIDAK menyentuh Air Asia tetapi tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan Air Asia di Utusan. Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya dengan menuduh Utusan dan menampakkan sikap beliau seperti “kacang lupakan kulit”.
Nasihat penulis kepada Melayu2 korporat yang berjaya di luar sana, anda adalah lambang Melayu. Jangan khianati dan rosakkan identity bangsa dan yang paling penting ialah jangan jadi Melayu yang sanggup menggadaikan maruah bangsa sendiri!!! - Sumber
GR kata: Melayu kalau dah lupa asal usul diri memang macam tu, mati masuk kubur semua sama jerk!!
RAKYAT MALAYSIA JANGAN JADI BODOH! ADA OTAK PIKIR LA...!!
BlackOut dan Penghuni Hantu Mainan Pakatan Haprak Kelirukan Rakyat.
Seperti yang dijangka, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan didalangi oleh Lim Kit Siang, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah kalah dan ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Sebaliknya Pakatan Rakyat serta para pecacai mereka berkeyakinan penuh, kemenangan masih di pihak mereka, sepertimana yang mereka duk angan-angankan selama ini.
Hari ini, Pakatan Rakyat dan para pecacai mereka sudah pun merancang untuk mengenakan t-shirt hitam sebagai tanda berkabung dan simbol sinis kepada apa yang mereka percayai sebagai SUDDEN BLACK-OUT, sebuah DONGENGAN yang digunakan untuk menyedapkan perasaan sendiri, mengapa Pakatan Rakyat kalah dan gagal menafikan kemenangan Barisan Nasional.
Cerita tentang SUDDEN BLACK-OUT sedang merebak di kalangan para pecacai Pakatan Rakyat bagaikan wabak taun. Kata mereka, berdasarkan black-out itulah, SPR telah memasukkan kotak-kotak undi ke tempat penjumlahan yang kemudiannya memenangkan Barisan Nasional.
Namun yang paling menarik ialah apabila para pecacai Pakatan sedang membuat dongengan dengan memetik kenyataan Anwar Ibrahim yang kelihatan begitu letih raut wajahnya, malah lebih letih daripada Najib Abdul Razak yang dikhianati oleh pengundi-pengundi Cina, bahawa kemenangan Barisan Nasional dipenuhi keraguan dan penipuan termasuklah PENGUNDI HANTU dan undi awal serta undi pos yang tidak konsisten dengan trend semasa.
Bukti-bukti PENGUNDI HANTU yang mereka uar-uarkan, kesemuanya menunjukkan yang para pecacai Pakatan Rakyat main tangkap muat dan bertindak berdasarkan paras rupa walaupun seringkali mengatakan rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.
Anehnya, ketika DAP 'menang besar', terutama sekali di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak, tidak pula para pecacai ini dan Anwar Ibrahim berani menyatakan tentang PENGUNDI-PENGUNDI HANTU berwajahkan CINA. Kawasan-kawasan yang sarat dengan pendatang asing seperti Ampang, Gombak, Kelang, Shah Alam dan Kuala Langat, telah memberikan KEMENANGAN YANG SANGAT SELESA kepada Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional.
Apa pula indikasi atau jawapan untuk itu?
Bukan satu rahsia lagi yang WARGANEGARA CHINA bersepah-sepah di negara ini. Jumlah mereka tersangat banyak terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi tempat pembiakan persundalan dan hiburan bersifat lendir.
Pergilah ke mana-mana, dan anda akan menemui warganegara China yang raut wajah mereka langsung tidak kelihatan seperti Cina tempatan. Pergilah ke mana-mana dan anda akan menemui Cina-Cina yang langsung tidak boleh berbahasa Kebangsaan.
Yang paling kuat memekak tentang PENGUNDI HANTU berwajahkan BANGLA DAN PAKISTAN adalah DAP tetapi DAP senyap sunyi tentang kemungkinan wujudnya PENGUNDI HANTU berwajahkan Cina.
Cerita tentang PUSAT PENJUMLAHAN UNDI BLACK-OUT secara tiba-tiba juga merupakan satu cerita dongeng yang amat melucukan. Takkanlah wakil-wakil Pakatan Rakyat yang ada dalam pusat penjumlahan undi itu SECARA TIBA-TIBA DISERANG PENYAKIT BUTA CAHAYA sehinggakan kakitangan SPR memasukkan peti-peti undi 'asing' pun mereka tidak boleh nampak? Apakah mereka semuanya telah disihir secara serentak? Atau kerana mereka telah dirasuah oleh UMNO dan Barisan Nasional agar mereka tidak nampak apa yang sedang berlaku?
Sebenarnya, siapa yang tidak berpuas hati? DAP atau PKR? Atau Anwar Ibrahim sendiri yang bakal berhadapan dengan INSIDEN BERDARAH LAHAD DATU?
GR kata: Tak payah suruh orang lain fikirkan untuk kita. Kita ada akal Allah SWT berikan pada kita gunakan sebaik-baiknya....
DALANG #LahadDatu TIDAK AKAN DIDEDAHKAN DENGAN TERBURU-BURU @Zahid_Hamidi
Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. - BERNAMA
GR kata: Ramai pemimpin Pakatan yang gelabah sabut sangat kenapa ek? He he he
Monday, May 20, 2013
SIAPA YANG TAK NAK IKUT DEMOKRASI KALAU MACAM NIE..??
Budaya dan agama yang dianuti di Malaysia membuatkan negara ini menjadi bualan di seluruh dunia. Dalam kita sedang mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negara maju, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memutarbelitkan keadaan. Apakah mereka sedar bahawa Malaysia sudah lama merdeka? Adakah rakyat Malaysia masih ingin dijajah seperti dulu?
Kebebasan kita bersuara ada hadnya. Boleh bersuara yang memberikan kritikan membina sama-sama untuk kemajuan negara. Begitu juga dalam beragama, walaupun Malaysia ini negara Islam seharusnya semua pihak hormat antara satu sama lain. Hormatilah Perlembagaan yang sudah termaktub dan jangan cuba diubah semuanya.
Lihat video di bawah :



