Showing posts with label Peguam Negara. Show all posts
Showing posts with label Peguam Negara. Show all posts

Tuesday, June 5, 2018

BACA DAN FAHAMILAH! MAJLIS RAJA-RAJA HARAPAN RAKYAT MALAYSIA! #MalaysiaBaharu #MalaysiaMemilih


PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan media bahawa Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan persilaan untuk semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja berbincang hal berkaitan pemecatan dan pelantikan Peguam Negara.

Sudah tentu perbincangan hari ini ialah untuk mencari persetujuan dan resolusi terbaik berhubung keputusan Putrajaya mahu melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Namun, isu pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mungkin tidak sebesar isu lantikan Thomas sebagai Peguam Negara.

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan hanya menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang yang layak sebagai Peguam Negara. Ia tidak menyebut peranan Majlis Raja-Raja.

Sebagai contoh, kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 145 tidak sama dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Perkara 114. Dalam membuat lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Tetapi, dalam pelantikan Peguam Negara, Perkara 145 tidak menyebut mengenai rundingan bersama Majlis Raja-Raja.

Namun, ini tidak bermakna Majlis Raja-Raja tidak perlu mengambil peduli langsung. Ini disebabkan suatu tindakan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong akan sekali gus mendatangkan kesan terhadap keseluruhan dan masa depan institusi beraja di negara kita.

Justeru, atas dasar itu, Majlis Raja-Raja perlu bersidang dan berbincang. Yang di-Pertuan Agong juga perlu secara bijaksana mengambil pandangan ahli Majlis Raja-Raja dan menerima apa saja pemuafakatan yang dicapai hari ini.

Isu kredibiliti dan reputasi Thomas banyak diperkatakan dalam media sejak isu ini tercetus beberapa hari lalu sejurus nama beliau disebut sebagai calon yang dikemuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Peguam Negara kepada pihak Istana.

Beberapa NGO dan individu terkenal dalam bidang perundangan telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan kredibiliti calon Peguam Negara.

Memang diperakui bahawa syarat Melayu dan Islam serta memahami hukum Syariah tidak dinyatakan secara harfiah dalam Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 145. Namun, ramai juga mahukan calon yang lebih layak daripada Thomas. Banyak lagi calon lain yang memenuhi syarat seperti disebut dalam Perkara 145 yang dibaca secara bersama dengan Perkara 123.

Tulisan Thomas yang berjudul Is Malaysia an Islamic State? dan buku-buku beliau, Anything But The Law dan Abuse of Power menjelaskan mengenai falsafah dan pemikiran beliau.

Ia menyebabkan pencalonan Thomas dipersoalkan walaupun dalam negara demokrasi, perbezaan pandangan dan tafsiran sepatutnya boleh diterima. Ada berpendapat, sebagai Peguam Negara beliau akan menjadi rujukan dan penasihat utama kepada yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan fungsinya berdasarkan perundangan, Perlembagaan, prinsip keadilan dan memelihara kedudukan agama Islam.

Thomas juga dikatakan bukan calon yang tepat kerana lebih dikenali sebagai peguam sivil dan bukan peguam bagi kes-kes jenayah. Ini penting diberikan perhatian kerana menurut seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah, seorang Peguam Negara juga Ketua Pendakwa Raya.

Ditambah pula dengan pembabitan Thomas sebagai peguam kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kes yang masih lagi di mahkamah. Ada juga yang mempersoalkan pendirian Thomas kerana menjadi peguam kepada bekas pemimpin Parti Komunis, Chin Peng.

Tuntutan Royalti

Dalam masa yang sama, ada yang membuat kenyataan bahawa beliau pernah mewakili kerajaan PAS di Kelantan bagi tuntutan royalti minyak dan menjadi peguam mempertahankan sistem perbankan Islam.

Hujah-hujah begini berpihak kepada Thomas kerana ia menunjukkan profesionalisme beliau untuk menjadi peguam bela kepada mereka yang memerlukan dan berhujah mengikut perundangan negara. Soal beliau kalah atau menang dalam sesuatu kes mungkin boleh dan tidak boleh menjadi ukuran kepada kepakaran beliau.

Beliau juga dikhabarkan pernah memberikan pandangan mengenai peranan institusi beraja (Majlis Raja-Raja) sebagai institusi semak dan imbang dalam pelantikan hakim.

Walaupun peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berbeza dalam pelantikan Peguam Negara, namun kenyataan Thomas itu mungkin sesuatu yang baik untuk dijadikan inspirasi oleh Majlis Raja-Raja dalam perbincangan esok.

Kedudukan dan kuasa Peguam Negara amatlah besar. Oleh itu, kemungkinan ada pihak akan menggunakannya atau mendalangi kuasanya, terutama pemerintah seperti pernah berlaku sebelum ini.

Oleh itu, dalam konteks ini, reputasi dan kredibiliti calon hendaklah diberikan perhatian sewajarnya oleh Majlis Raja-Raja. Rakyat sedang memerhati dan rakyat tidak mudah lupa, terutama dalam perkembangan era digital, semua fakta (termasuk benar dan tidak benar) mudah didapati - hanya di hujung jari.

Sebagai rumusan kepada hujah-hujah di atas, perlu ditegaskan bahawa bantahan kepada pencalonan Thomas bukan saja kerana beliau bukan Melayu, bukan Islam atau tidak mempunyai ilmu perundangan Islam.

Persoalan timbul kerana reputasi dan kredibilitinya. Ramai lagi calon menepati syarat boleh dicalonkan sebagai Peguam Negara, (mempunyai pengalaman 10 tahun atau lebih dalam bidang perundangan), tetapi mengapa Thomas yang dipilih.

Walau apapun pandangan pelbagai pihak, kenyataan Perdana Menteri amat tegas. Beliau tidak mahu mengulas panjang berhubung kontroversi ini dan hanya menyatakan bahawa penyelesaian akan berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, yakni Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Justeru, saya melihat bahawa kontroversi ini bukan sekadar membabitkan tafsiran Perlembagaan berhubung maksud perkataan nasihat dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Perdana Menteri, persoalan siapa yang layak dan siapa yang patut dilantik sebagai Peguam Negara bukan isu kepada beliau. Beliau sangat yakin dengan calon yang telah dinamakan.

Krisis Perlembagaan

Justeru, dalam bingkai yang lebih luas, saya dapati kontroversi ini adalah pertembungan antara sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara kita. Ia mungkin boleh diistilahkan sebagai 'krisis'.

Ini perkara teras yang perlu dibincangkan secara teliti dengan sewajarnya oleh Majlis Raja-Raja. Walaupun mungkin dalam keadaan semasa, keadaan ini belum boleh dipanggil sebagai krisis Perlembagaan, tetapi krisis sudah mula berputik.

Justeru, tanpa tindakan sewajarnya oleh semua pihak, termasuk Majlis Raja-Raja atau pihak-pihak berkaitan, ia akan mencetuskan krisis perlembagaan yang lebih serius.

Dalam konteks kontroversi Putrajaya-Istana, sejarah mungkin berulang seperti tahun 1983 dan 1993. Ia berkaitan pindaan Perkara 66 dan Perkara 32 serta beberapa Perkara lain yang berkaitan kedudukan Raja-Raja, termasuk pengenalan kepada Perkara 182 dan 183 mengenai Mahkamah Khas.

Apabila berlaku tekanan ke atas istana, jarang sekali istana menang. Pengalaman ini dialami oleh banyak institusi istana di dunia. Bagi negara kita, pengalaman sistem raja berperlembagaan kita juga tidak jauh berbeza.

Sejarah pindaan Perlembagaan mengenai imuniti Raja-Raja dan kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan mohor besar menunjukkan bagaimana istana telah dihimpit dan seterusnya menyaksikan istana mengalah dengan memberikan laluan kepada demokrasi berparlimen untuk membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Kesan pindaan itu sangat besar terhadap kuasa dan fungsi Raja-Raja yang asalnya berdasarkan kepada sejarah negara dan telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan secara muhibah dan menghormati institusi beraja seperti dalam terma rujukan pelantikan Suruhanjaya Reid.

Namun, sikap beralah oleh pihak istana dalam krisis Perlembagaan sebelum ini tidak bermaksud ia kekalahan sebenar kerana istana sebaliknya, mahu kekal relevan dalam sistem demokrasi berparlimen walaupun dalam ruang kuasa dan peranan yang makin sedikit, makin kecil dan makin terhimpit.

Saya percaya istana menerima hakikat penghakisan kuasa itu, namun, atas sifat demokrasi berparlimen, istana mungkin tiada pilihan tetapi perlu menerima (walaupun dengan berat hati).

Mungkin ini bukan demokrasi yang dimahukan, tetapi ia hakikat kekuatan kuasa demokrasi berparlimen.

Walau apa pun, istana perlu kekal dan relevan kerana banyak lagi perlu diuruskan oleh istana, terutama dalam perkara-perkara yang jelas termaktub kuasa budi bicara baginda Raja-Raja.

Perlu juga dikongsi dalam perbincangan Majlis Raja-Raja kali ini bahawa rakyat yang menjadi tonggak kepada institusi beraja sentiasa bersama Raja-Raja demi keadilan, demi keutuhan institusi beraja dan yang utamanya demi kelangsungan peraturan dan undang-undang.

Raja-Raja letaknya segala harapan mereka.

Ihsan dari BH ⇨ Penulis adalah Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 

Apa yang boleh kita rumuskan di sini, kita sebagai rakyat janganlah cepat berputus asa selagi belum tiba masanya. Walaupun DYMM YDP Agong telah memperkenankan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Jika Persatuan Peguam-Peguam Melayu Islam bersuara, jika Pakar Perlembagaan turut bersuara...masakan kita sebagai rakyat tidak menyokong, betul tak? Pemimpin tertinggi negara harus memikirkan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT. Dalam bahasa mudahnya terselit mesej yang penting yang harus dihadami umat Islam atas keputusan ini. Jika benar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengatakan Islam dan Melayu dipertahankan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kita tunggu dan lihat.

Lain pula dengan pandangan beliau mengenai Peguam Negara ini seperti dalam TV3 malam tadi, keputusan dibuat atas 'Suara Majoriti' dalam kerusi Pakatan Harapan. Tersiratnya DAP lah yang bersungguh-sungguh ingin si Tommy Thomas ini. Ada pula Peguam PH yang berbangsa Melayu mengatakan perlantian TT tidak akan usik Islam dan Melayu. BOLEH PERCAYA KER? 

Sedangkan Allah SWT beritahu dalam Al- Quran, orang bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai ketua untuk menguruskan hal ehwal berkenaan Islam termasuklah undang-undang Syariah.

a. Surah An Nisa' ayat 144:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (ketua) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?


b. Surah Al Maidah ayat 51:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi auliya bagimu; sebahagian mereka adalah auliya bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi auliya, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim.” (QS. Al-Maidah: 51)


Apa yang disuarakan ini, harapnya pucuk pimpinan tertinggi negara berfikirlah demi kebaikan kita bersama. Ini bukannya rasis, tetapi berlandas apa yang Tun M sendiri katakan.

Kerajaan Akan Terus Lindungi Islam - PM.

Dakwaan kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak melindungi kepentingan agama Islam selaku agama persekutuan negara ini adalah tidak tepat.

Tegas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Islam adalah agama rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan akan terus bertanggungjawab memerintah negara tanpa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Rakyat Malaysia fikirkanlah sebaiknya. Betul jumlah pemimpin DAP memegang portfolio menteri tidak ramai, tetapi jumlah kerusi Non Muslim lebih ramai dari wakil rakyat Muslim. Jadi fikir sendirilah...jangan Jaguh Sorak, Kampung Tergadai.

Melantik Peguam Negara untuk kebaikkan agama, bangsa dan negara, bukannya untuk membalas dendam kesumat yang terbuku di hati. Sebab jawapan yang Kerajaan PH berikan tidak masuk akal kerana ingin berlawan kes 1MDB. Ketua SPRM yang baru pula telah menyatakan derma RM2.6 Bilion sah dari Kerabat Raja Arab Saudi...samakan macam kenyataan SPRM sebelum ini. Kita tengoklah babak sinetron apa selepas ini....


GR kata: Anak muda yang galak sokong, sebab suka kehidupan yang liberal...Punah!!
 

Tuesday, September 30, 2014

SEMUA AKTA NAK DIMANSUHKAN, ALVIN DAN NAMEWEE JADI KEBAL? SALAH SIAPA?? @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @NajibRazak #AktaHasutan


Kebelakangan ini wujud desakan daripada Bar Council bersama NGO-NGO yang dipacu tunggang parti pembangkang yang menuntut Akta Hasutan dimansuhkan. Alasan mereka perlu ada akta lain  diganti dengan Akta Baru yang dilabel dengan nama Akta Harmonilah, Akta Unitilah dan macam-macam lagi.

Sebelum ini mereka desak ISA dimansuh dan Kerajaan pada ketika itu tunduk 'KECUT PERUT' pada tekanan dan ISA telah dimansuhkan. Kesannya kita lihat kegiatan jenayah naik. Adakah kerajaan kita ini Kerajaan SUPER MANSUH??

Yang disalahkan selepas itu adalah PDRM. Rakyat yang patuhi undang-undang hidup dalam ketakutan. Apa isi kandungan undang-undang baru yang dicadangkan oleh entiti tunggangan pro-pembangkang ini?

Adakah mereka ini membuat sebarang rujukan dibuat kepada sebilangan besar stakeholder kaum-kaum dalam negara ini? Adakah ia menjadikan sebarang aktiviti yang mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum suatu kesalahan seperti yang diperuntukkan Akta Hasutan?

Adakah pihak yang menyebarkan perasaan permusuhan kaum boleh didakwa di Mahkamah? Adakah badan lain akan diujudkan untuk membicarakan isu-isu perkauman? Jika ya, siapa pula yang akan mendengar dan memutuskannya?

Terlampau banyak persoalan-persoalan yang boleh disenaraikan. Rakyat perlu tahu dan patut tahu. Bar Council buat deraf dan rakyat dibiar dalam kegelapan. Mungkin inilah maknanya ketelusan mengikut versi BAR COUNCIL….

Mengapa pula Bar Council yang deraf Akta ini? Rakyat tidak pernah memilih Bar Council menjadi pemimpin mereka. Rakyat juga tidak gemar dengan sikap DOUBLE STANDARD Bar Council. Hasilnya kita lihat  kes-kes yang berlaku pada ketika ini menjadi topik yang cukup hangat diperkatakan, sehingga ada pihak yang cuba menyalahkan pihak POLIS kononnya tak tegas mahupun tak menjalankan tugas...

Hal ini bukan saja dibangkitkan oleh pihak pembangkang, tetapi, ada sebilangan kecil yang kurang faham isu ini dalam pihak kerajaan juga membangkitkan perkara yang sama. Adakah Alvin dan Namewee ini 'kebal' dari undang-undang? Adakah mereka ini 'dijaga' oleh seseorang supaya bebas untuk mengeluarkan kata-kata kesat yang berbau perkauman dan menghina pemimpin negara?


Untuk pengetahuan semua dalam soal undang-undang pihak Polis telah menjalankan tugas mereka. Memang kita berasa pelik, kenapa bila orang Melayu melakukan kesalahan cepat mereka dikenakan tindakan. Ini jawapan Menteri Dalam Negeri :


Baca juga pendedahan di blog Din Turtle dan Jomo Malaya

Jelas sudah jawapan Menteri Dalam Negeri...pada pihak Peguam Negara kenapa lambat untuk membuat kerja? Bukankah kertas siasat telah dibuka dan dibuat oleh pihak Polis. Prosuder apakah yang membuatkan Peguam Negara macam KECUT PERUT untuk membuat tindakan...nak tengok jatuhkan hukuman jauh sekali lah kan.

Adakah Peguam Negara dan pihak Kerajaan menunggu-nunggu supaya Akta Hasutan dimansuhkan barulah nak buat kerja? Rasanya masa tu, korang semua goyang kaki lah kan....Atau Peguam Negara takut dengan geng-geng peguam di Bar Council sebab susah nak cari makan nanti??

Pada PM Najib, GR harap beranilah dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan keselamatan rakyat dan negara. Kalau rasanya asyik nak ambil hati satu bangsa dan kaum saja, baik hentikanlah..sampai bila kita nie asyik nak DITIPU saja oleh mereka.

Pertahankanlah 4 perkara utama yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Jangan asyik tunduk dengan kehendak satu-satu kaum nie, yang sebenarnya habuk pun tak der. Mereka sebenarnya hanya mahukan kuasa....janganlah asyik berucap berapi di atas pentas pertahankan hak orang Melayu dan bla bla blaaaa...kalau rasa diri kita tu ada rasa takut sikit nak buat keputusan.

Jadi Perdana Menteri perlu berani untuk buat keputusan, bukannya ikut cakap-cakap para punahsihat yer wahai PM Najib ku sayang.....

Ini proses sebenar Polis buat kerja atau Peguam Negara yang PEMALAS??



GR kata: Tepuk dada...tanyalah selera!!!

Tuesday, July 16, 2013

CINABENG HINA ISLAM KENA BAYAR CIPUT JER! ISLAM PERLU ADA HARGA KER? @NajibRazak @dsjamilkhir


Siapa tak kenal dengan CinaBeng Bangsat ni, yang sesuka hati mak bapak dia hina Islam. Dah pelbagai versi GR tengok baik di Youtube mereka mahupun di blog. Pandangan GR senang, motif mereka mahu merosakkan akidah umat Islam dengan pesta seks bebas yang mereka cuba anjurkan.

Pergaulan Seks Bebas adakah budaya rakyat Malaysia? Adakah rakyat sedia atau pun menerima budaya ini di Malaysia yang semakin menular zaman sekarang? Adakah kita mahu anak cucu cicit jadikan mereka sebagai contoh? Mahukah kita lihat Malaysia bukan lagi jadi negara Islam yang disanjungi seluruh dunia? Fikirlah sendiri yer....

Ramai rakyat Malaysia menyuarakan ketidakpuashatian dengan hukuman yang dikenakan pada 2 ekor Cinabeng nie. Bukan apa, terlalu banyak penghinaan terhadap Islam yang mereka lemparkan tapi hukuman yang dikenakan seolah-olah tak munasabah langsung. Adakah dengan sifat umat Islam yang lebih mudah menerima permohonan maaf, Kerajaan hanya mengenakan hukuman ringan pada mereka.

Penjara..?? Berapa lama mereka ini akan dipenjarakan. Mereka ini dikenakan hukuman boleh jamin ker takkan buat hal lagi. Nasihat dan 'amaran' GR lihat perkara biasa yang dilakukan oleh Kerajaan. Harus ingat, disebabkan 'nasihat dan amaran' inilah puak Cauvinis naik tocang. Buat demo sana sini sampai cederakan pihak Polis dan rosakkan harta benda awam....ada tindakan tegas dikenakan pada mereka. ADA TAK..????

Dalam kes 2 ekor Cinabeng yang kononnya hebat dalam seks, pandangan GR SKMM memang buat kerja tapi tak cukup tegas tindakan yang diambil. Kerajaan harus gubal semula undang-undang dan perlu adakan hukuman yang cukup tegas supaya tidak ada lagi rakyat yang buat dengan suka hati. Kalau hukuman asyik bayaran denda, hukuman penjara atau kedua-duanya sekali....dah tentu mereka akan bayar. Dah lepas buat lagi. Lebih kurang macam orang hisap dadah atau pun penjenayah yang kaki rompak dan bunuh orang. Betul tak..??


Ramai pemimpin yang mengutuk perangai 2 ekor beruk DAP nie. Tapi apa tindakan susulan dari Kerajaan? SKMM maklumkan kertas siasatan sedang dibuat dan kemudian akan dihantar kepada Jab Peguam Negara untuk tujuan PENDAKWAAN. Persoalannya, berapa lama ianya akan siap?

Sebelum ini banyak kes yang melibatkan kaum Cina menghina sana sini, tapi AG kata kertas siasatan tak bagus dan tak boleh didakwa. Ape citer ni? Akhirnya rakyat salahkan Polis, KDN dan PM Najib sebab lembik dan takut ambil tindakan. Sampai bila kita akan macam ni...jangan menyesal nanti tak ada gunanya. Namawee, Tian Chua diaorang masih rileks kacang duduk lepak...kenapa masih tak didakwa hingga sekarang??

Wahai DS Najib Razak, tolonglah dengar keluhan rakyat. Gunakan sebaiknya slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bukan dengan memberikan pelbagai bantuan pada rakyat, tapi keselamatan rakyat dan negara juga menjadi keutamaan. Rakyat juga mahu keselamatan mereka terjamin bukan saja nasib.

Fikirlah...kalau AG anggap SKMM tak bagus buat kerja, eloklah DS Najib fikirkan yang terbaik untuk tukar kepada AG yang baru. Dah banyak keputusan mahkamah yang disebut macam tak masuk akal walhal bukti kukuh ada. Keputusan yang diberikan macam auta. Apa pun kita tunggu dan lihat bila al kisah ini ada penghujungnya.....


GR kata: Tungguuuuu...macam tengok drama Sinetron beratus episod baru ada ending nya!!

Artikel pelbagai