Saturday, June 22, 2013

UPDATE #Blackout505 #KL622: Macai Pakatan Boikot Demo Padang Merbok, Rahsia Perancangan Sulit Anwar KANTOI Lagi! @PDRMsia

Demo haram pakatan haprak akhirnya menemui jalan buntu, hanya mereka yang taksub saja turun di KL nak bikin huru hara.

Alhamdulillah rakyat Malaysia ramai yang dah tahu mereka hanya dipergunakan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Tak ada apa yang rakyat akan dapat hasil pimpinan pakatan haprak. Lihat hingga sekarang wakil rakyat mereka hanya demo ceramah tabur fitnah dari sibuk berikan perkhidmatan pada rakyat.

Lihat di bawah, rancangan TERAKHIR Anwar untuk demo hari ni. Hasil maklumat mesyuarat mereka GR dapat dari sumber dalaman di pejabat Tropicana. Kesian rakyat diperbodohkan macam anjing jalanan:

Pada 20 jun 13 jam 1430-1600 di HQ PKR Tropicana telah diadakan mesyuarat penyelaras 622 Padang Merbok. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tian Chua sebelum diambil alih oleh Johari Abdul. Yg hadir cuma 25 org. Antara yang dikenali ialah Hishammudin Rais, Chegubad, Jona, Saifuddin Nasution, Arulchelvam, Hj. Asri, Sani, Malik Hussin, Nazri Yunus, Haris Ibrahim dan 5 wakil DAP.

Tian chua:
1. Sepatutnya ada perjumpaan dgn polis tapi dibatalkan oleh Pakatan sendiri.

2. Berita gembira kerana MOM telah batalkan program di Padang Merbok kerana jerebu.

3. Lokasi tempat berkumpul dan ketua masih kekal dan tidak berubah.

Johari Abdul:
1. Terima sms dr polis bgtau perjumpaan ptg ini batal. Dia beranggapan pintu rundingan telah ditutup oleh Polis dan jangkakan Polis akan gempur dan Padang Merbok akan dipasang kawat duri. (Walhal mereka sendiri yang tidak mahu adakan perundingan seterusnya bersama pihak Polis)

2. Jika tiada halangan oleh Polis kita akan berarak ke Padang Merbok.

3. Pelan kontinjensi jika dihalang. Ada dua pilihan iaitu berarak ke Stadium Negara sebagai pilihan pertama. Kedua berarak ke Dataran Maybank.

4. Minta maklumbalas mengenai unit keselamatan. Sani maklumkan unit amal pas dihantar seramai 1000 org. Nazri yunus - AMK 300 org.DAP 300 org.

Perbincangan:
Haris Ibrahim progam selepas 1800. Dijawab oleh Johari Abdul KL 622 hanya setakat jam 1800 dan selepas itu terpulang kpd NGO. Urusetia akan hantar beberapa org ahli parlimen pakatan beri sokongan moral.

Malik hussin:
Bagaimana jika polis gempur sebelum jam 1800 dan ada kematian, kecederaan dan ahli parlimen ditangkap. Johari abdul jawab arahan seterusnya adalah dari DSAI.

Mereka yang akan beri arahan semasa perhimpunan:
1. Mohd sabu
2. Tian chua
3. Johari Abdul
4. Chegubad

Lain-lain hal:
Selesai saja mesyuarat satu perjumpaan dengan Malik telah diadakan di sebuah restoran mamak di Merchant Square, Tropicana.

Maklumat disampaikan:
1. DSAI telah buat keputusan gempur dan langgar walau apapun halangan oleh Pasukan Keselamatan Negara, Padang Merbok mesti ditawan.

2. DSAI akan turun apabila berlaku krisis di mana perhimpunan di Padang Merbok dihalang Polis. Bina kekuatan di Stadium Negara atau Dataran Maybank dan mara semula ke Padang Merbok. DSAI akan berada di Stadium Negara bergantung kepada perkembangan.

3. DSAI dah nekad kerajaan mesti ditumbangkan juga kerana dia yakin rakyat bersamanya.

4. Berlaku perubahan terhadap DSAI, di mana dia sangat berani dan bersedia menanggung segala risiko.

Mesyuarat ini adalah yg terakhir. Persediaan yang dibuat dgn pelan alternatif memperlihatkan mereka tidak akan berundur. Dipercayai sub meeting akan terus diadakan menjelang 622.

Penglibatan DSAI dalam 622 semakin dia adalah MASTER MIND sebenar. DSAI difahamkan mahu berlakunya konfrantasi antara polis dan peserta demo kerana ini akan menjadi sebab kemarahan rakyat. Polis harus berhati-hati dgn taktik kotor Anwar Ibrahim ini.


GR kata: Rakyat bersama Bang Non ke? Kita tengok sendiri sekarang dah tau kan. Lu pikirlah sendiri..!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 21, 2013

Rakyat Turun Demo #BlackOut505 Mereka Yang Coverline TELOR Anwar Pengecut!

Rakyat perlu sedar bahawa tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret mereka dalam perhimpunan haram Blackout 505 Sabtu ini adalah semata-mata untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

"Sememangnya sudah jelas Anwar merupakan seorang pemimpin yang suka mengheret rakyat untuk menutup masalah peribadinya. Saya sering mengatakan ini kerana tindakan politik beliau bukan atas asas menyelesaikan masalah rakyat atau negara.

"Tindakan itu semata-mata mahu memuaskan nafsu peribadinya terutama kerakusan mahu menjadi Perdana Menteri. Kedua, Kerakusan nafsu serakah peribadi luar tabii dan luar biasanya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, kerakusan Anwar tersebut terserlah apabila meminta isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh supaya pilihan raya kecil dapat diadakan.

Ezam mendakwa, tindakan itu dilakukan semata-mata ingin mengheret kes peribadi iaitu kes liwat beliau untuk jadi kes politik agar rakyat dapat diheret bersama dalam hal ehwal peribadinya.

"Selalunya pemimpin politik manapun di dunia akan lepaskan jawatan apabila terpalit dengan kes peribadi untuk mengelakkan parti dan rakyat diheret bersama. Tetapi, Anwar jenis pemimpin songsang yang lakukan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, Sabtu ini Anwar sekali lagi mengulangi tindakan itu dengan mengheret rakyat ke jalanan pada Perhimpunan Blackout 505.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya melihat perkara ini dengan jelas berhubung jenis pemimpin apa Anwar ini. Beliau adalah jenis pemimpin yang akan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah peribadinya, bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingannya untuk rakyat," tegasnya.

GR kata: Anwar dah ready angkat sumpah di Parlimen pun cacai Pakatan Haprak tak boleh pikir lg...BODOH piang!!

SEBARKAN: KETUANAN CINA DI SINGAPURA! RASIS TAHAP GABAN!

Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, "Singapore Dilemma in the Malay World," Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihanraya.

Pembaharuan pilihanraya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

Sumber: http://sabahkinimirror.blogspot.com/2013/06/ketuanan-cina-di-singapura.html

GR kata: Bangsa Melayu dah berpecah, dah kena teruk nanti menyesal pun tak guna. Jilatlah puas2 Cina DAP tu...sedap sangatkan!!

Thursday, June 20, 2013

Alahai Artis Malaysia, Masa 'SEDAP' Pandai Simpan! Bila KANTOI Macam-Macam Alasan..!!


Benda sedap, sapa yang tak nak betul tak? Apatah lagi benda sedap yang kita buat tu kadang-kadang dibuat dengan rela hati atau pun dengann senyap-senyap. Senang cerita semua benda yang ada nikmatnya pasti SEDAP kan?

Bila GR terbaca kisah artis yang kantoi ditangkap basah oleh pihak jabatan agama, ada saja alasan mereka berikan kononnya mereka tak bersalah. Pokok takkan bergoyang kalau ditiup angin, betul tak? Tak mahulah GR huraikan lagi perangai artis lelaki yang kantoi baru-baru nie, walaupun mengenali sikap peribadi beliau. Apa yang GR mampu GR katakan, kesian pada tunangnya yang begitu terguris bila tahu balaknya kantoi dengan perempuan lain. Semua perempuan macam tu kan??

Tak kisah lah pasangan yang kantoi nie bercinta atau tidak, pokoknya walau tinggal serumah tanpa ikatan yang sah dan bukan muhrim pun itu salah disisi agama Islam.
Namun Farah berkeras bahawa dia dan Shah sudah sebulan bergelar kekasih dan Shah sendiri pernah berjanji mahu meninggalkan tunang deminya.

” Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya,” kata Farah.

Bagi menyokong kenyataan itu Farah tidak ragu-ragu mahu menampilkan saksi dan bukti lain seperti kandungan SMS sepanjang mereka bersama.

Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

” Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran,” kata Shah.



Apa pun setiap hubungan ada pasang surutnya, yang penting kita perlu hargai setiap pasangan kita. Apa yang kita lakukan niat semata-mata kerana Allah SWT dan minta dijauhkan dari kita lakukan perkara yang dilarangNYA.

Pertunangan antara Shahrizal Jaszle, dengan pelajar jurusan perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25, sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu.

Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan pelakon lelaki terbabit.
Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan, yang menghubungi HIP, semalam. Wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga pelakon drama bersiri, Asmara, itu pada 10 Jun lalu.

Apa saja yang ingin kita lakukan fikir dulu buruk baiknya, jangan fikir sedap. Dan jika yang sudah menjalin ikatan pertunangan sanyangilah pasangan anda. Berdoalah semoga ikatan pertunangan itu berkekalan hingga jinjang pelamin seterusnya berkekalan hingga akhir hayat. Amin....


GR kata: Ada sorang pemimpin tu dah kantoi banyak kali 'Main Depan Belakang'...anak bini dok TAKSUB lagi cam no tu??

HOT: Agenda Rahsia Hannah Teoh DiBantu 'Red Bean Army' Dalam Pentadbiran Kerajaan Selangor?


GR terbaca laporan Sin Chew baru-baru ini ada menyebut antara agenda utama Hannah Yeoh dalam Sidang DUN tidak lama lagi adalah untuk memastikan DUN Selangor akan menjadi ‘sebebas-bebasnya’ daripada terus dicampuri oleh cabang pentadbiran yang lain. Apa maksudnya tu...??

Walaupun cadangan Hannah Yeoh ini nampak macam innocent, telus dan kononnya sangat bertepatan dengan masa, harus diingat ia menggambarkan bahawa DAP mahu kekal lama di Selangor dan mula meletakkan orang-orang mereka di dalam pentadbiran Dewan Undangan Negeri yang sedia. Hannah Yeoh mahu, perjawatan di dalam pentadbiran DUN Selangor diuruskan sendiri oleh Speaker Dewan.

Apa fungsi MB di Selangor? Sekali lagi hantar menjadi 'Patung' yang dijadikan Pak Turut saja ker?

Nampaknya, strategi meletakkan Hannah Yeoh sebagai Speaker amat menjadi. DAP tak mahu Hannah sekadar menjadi Speaker yang mengurus mesyuarat. Malahan jawatan Speaker mahu dijadikan sebagai satu jawatan yang SUPER PENTING sekiranya ada percaturan politik baru berlaku di masa-masa akan datang.

Dari maklumat yang GR terima dari sumber dalaman, DAP sudah mengenalpasti sekurang-kurangnya 15 orang (anak muda Cina, berpendidikan, ahli DAP) akan dibawa masuk sebagai petugas tetap Dewan Undangan Negeri sekiranya undang-undang SELESA ini lulus.

——————————————————————————————————-
In an exclusive interview with Sin Chew, Yeoh explained that the new enactment will be instrumental in implementing the separation of powers in the Selangor government and further enhance the state assembly’s role and effectiveness.

Selesa will improve the separation of powers between the three arms of the Selangor government — the executive, the legislature and the judiciary.

The proposed law would see the setting up of a new Legislative Assembly Service Commission which would manage the state assembly — including its jurisdiction, finances and staff — independently of the state government’s executive arm.

The commission will then be headed by the Speaker and will include the Selangor mentri besar, the state opposition leader as well as between five and six state lawmakers.

——————————————————————————————————–

Jika undang-undang SELESA ini lulus, sekumpulan pakar IT (cybertroopers) juga akan dibawa masuk secara ‘rasmi’ sebagai petugas DUN. Bayangkan dengan outfit yang sedemikian solid, dibantu oleh Bajet Rasmi Kerajaan Selangor', DAP akan melaksanakan apa yang dilakukan di P.Pinang (Red Bean Army – untuk fokus kepada isu Selangor).

Untuk makluman semua ADUN PAS Selangor membayangkan bahawa mereka juga khuatir dengan perkembangan ini. Menjadikan jawatan ‘Speaker’ sebagai satu punca kuasa baru dan memberi kebebasan perlantikan kakitangan akan menjadikan Hannah Yeoh sebagai pemain politik utama di Selangor.

Dikhabarkan, bahawa Menteri Besar tidak ada masalah dengan cadangan Hannah, asalkan Saifuddin Nasution juga diserapkan sebagai antara kakitangan di bawah Hannah. Alamatnya bangsa Melayu di Selangor akan menimpa nasib yang sama di P.Pinang. Korang yang suka sangat undi diaorang, terimalah nasibnya sendiri yer!!


GR kata: DAP nak hapuskan hak orang Melayu dan sistem DiRaja...lepas tu barulah diaorang gubal semua Perlembagaan Negara. Itu pun tak nampak lagi ker??

Wednesday, June 19, 2013

Dah Agak Punya, Diaorang Nie Cakap Tak Serupa Bikin! Sewel Gamaknya..!!

Memang betul sangkaan dan hasil carian maklumat GR, pemimpin pakatan haprak takkan BOIKOT sidang Parlimen Dewan Rakyat yang bakal bermula pada 24/6/2013 ini.

Lagi-lagi seorang pemimpin yang perasan konon dirinya diterima oleh seluruh rakyat Malaysia, sanggupkah hilang 'Title' sbg Ahli Parlimen lucut dengan sendirinya jika pakatan haprak betul BOIKOT. Porahhhhhh!!!

Pada rakyat Malaysia yang masih tak sedar diri lagi tu, GR doakan semoga Allah SWT buka hati kalian semua dan sedar ade kebenarankah perjuangan manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Nak turun berdemo apanya lagi hari Sabtu ni, bangkang apanya lagi dengan demo BlackOut 505 sana sini...buat benda BODOH. Hakikat sebenarnya, pemimpin pakatan haprak akan angkat sumpah di Dewan Rakyat...BOIKOT apa kebenda namanya tu? Kesian rakyat DIPERBODOHKAN oleh pakatan haprak.

Baca lagi di bawah:

Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum k-13 (PRU-13), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Ketua Pembangkang itu berkata bahawa terdapat salah faham berhubung perkara itu, kerana mereka hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.

"Dengan semangat demokrasi berparlimen, kami membuat keputusan untuk menghadiri hari pertama sidang Parlimen," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.

Sebelum ini, pada majlis taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang yang hadir, iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa.


GR kata: Apa pun tak boleh!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Prosedur Ambil Pekerja Asing Dikaji Semula - @Zahid_Hamidi @imigresenmy


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing bagi memastikan tiada penindasan terhadap mereka.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prosedur baharu nanti akan turut menyentuh soal pelindungan insurans secukupnya, serta bayaran gaji yang setara dengan kerja yang dilakukan.

"Pekerja asing (ketika ini) berhutang RM26 juta dengan hospital kerajaan bagi khidmat perubatan, dan perkara ini juga kami akan tekankan dalam kajian semula itu," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Beliau berkata kajian juga akan melihat mengenai bon dalam pengambilan pengawal-pengawal keselamatan dari kalangan rakyat asing agar pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran pekerja mereka dalam negara tidak melebihi tempoh yang dibenarkan.

Pelbagai aspek berkaitan perkhidmatan pekerja asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana Malaysia memerlukan khidmat mereka untuk membangunkan ekonomi negara, katanya. Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil contoh sistem pengambilan pekerja asing yang diguna pakai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura untuk dibuat perbandingan dalam menampilkan sistem terbaik buat negara.

Beliau berkata UAE adalah contoh negara yang dapat mengawal kehadiran warga asing dengan baik, apabila negara yang mempunyai penduduk sekitar 500,000 orang itu memiliki kira-kira 4.6 juta pekerja asing ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta masyarakat tidak menyalah tafsir pertemuan tertutupnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.

"Kami berjumpa untuk berbincang atas alasan kemanusiaan, dan kepentingan politik harus ditolak ke tepi. Saya ada membaca komen di laman sosial Twitter, Facebook dan blog, ada yang positif dan ada juga negatif," katanya.

Semalam Ahmad Zahid mengadakan pertemuan tertutup dengan Lim dan anggota keluarga seorang lelaki yang hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian ribut di Jalan Macalister, Pulau Pinang, untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa.

Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila sebuah kereta Honda City berwarna kelabu dipercayai miliknya ditemui terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu. - BERNAMA


GR kata: Lepas ni mestilah 'bapak ayam' payah nak bawa 'ayam' masuk Malaysia...padan muka diaorang!!

Tuesday, June 18, 2013

HOT: Pengarah Drama NAFSU KUDA, Artis Baru Jadi Mangsa Kerana Nak Popular!


Jangan ingat semua pelakon baru nak cepat naik atau lebih senang nak cepat popular mereka ini boleh dijual beli. Terutama sekali pelakon wanita yang baru berkecimpung dalam bidang lakonan. Mereka ini cuba mencari rentak dan nama dalam industri seni dan pada mereka yang berfikiran cetek sanggup lakukan apa saja demi mengejar populariti.

Jika perkara ini masih berleluasa, adakah industri seni akan berkembang maju seiring dengan apa seranan Kerajaan untuk memajukan industri ini ke peringkat antarabangsa. Manusia seperti Pengarah yang 'Gila Poen' nie tak harus ada dalam industri seni kerana mereka bukannya power dalam menghasilkan sebuah drama atau filem, tapi sebenarnya mereka GILAKAN BENDA LAIN.

Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seni.

Ffarrah, 22, berkata, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus dilakukan seperti itu selain bimbang selepas menerima ugutan.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Isnin.

Pelakon itu berkata, kejadian berkenaan berlaku antara Januari dan Februari lalu ketika dia terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan pengarah berusia lingkungan 60 tahun tersebut.

Katanya, kejadian berlaku ketika pengarah itu mendesak untuk menghantarnya pulang ke rumah dan cuba meraba bahagian dadanya ketika mereka dalam kenderaan.

“Pada mulanya saya menolak apabila dia hendak menghantar saya pulang selepas habis penggambaran tetapi saya terpaksa akur juga akhirnya. Ketika dalam perjalanan dia cuba meraba saya,” ujarnya

Ujar Farrah lagi, selepas dia menegur perbuatan itu, pengarah berkenaan mengugut untuk memusnahkan masa depannya sebagai pelakon selain meminta agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa.

“Saya bimbang dia akan guna pengaruhnya untuk menyekat periuk nasi saya kepada syarikat produksi lain kerana saya tidak menuruti kehendaknya.

“Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk rakan—rakan, saya tampil membuat laporan polis walaupun kes ini sudah berlalu kira-kira empat bulan lalu,” katanya.

Ffarrah yang pernah membintangi drama Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju itu, berkata, dia serik untuk menjadi seorang pelakon dan berharap kejadian berkenaan menjadi iktibar kepada pelakon baru lain.

"Saya tak sangka untuk menjadi pelakon perlu berhadapan dengan cabaran seperti ini. Jangan ingat saya seorang wanita yang murah dan mudah memberi apa yang diinginkan,” katanya.


GR kata: Pelakon nak maju dari segi bakat, bukannya jual muka atau body. Kejap jelah jadi artis camtu....

Kerana Ust Azhar Idrus, Erra Fazira Jadi Mangsa 'Balun'...!!


Inilah nasib bila ramai yang taksub dengan politik, apa saja yang disebut kalau tak kena bila didengar habislah kena tibai. Betul tak?

Heboh puak-puak PAS bercerita mengenai pengacara dan juga pelakon terkenal Erra Fazira yang dikatakan enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis iaitu Pencetus Ummah.

Diaorang ni tahu ker bila kita secara LIVE di TV program yang diadakan ikut sedap mulut kita ker? Dah tentu setiap program ada pengarahnya, ada Program Manager nya...betul tak? Apa pun GR tabik pada Erra Fazira yang rileks dan cool tak cepat melatah dan layan mulut-mulut puak pakatan haprak nie.

Jawapan Erra Fazira di Tweet beliau:




Kepada pencacai-pencacai PAS rileks yer tak payah nak meroyan lebih. Seharusnya kita perlu tahu, pengacara sesuatu program dalam TV perlu mengikut skrip yang disediakan, apatah lagi artis yang baru berkecimpung dalam dunia pengacaraan secara LIVE nie.


GR kata: Puak PAS mana reti terima Qada Qadar...sebab tu bebai otak!

Monday, June 17, 2013

HOT VIDEO: Macam Nielah Baru Pemimpin Yang Best! Bantu Rakyat Sehabis Baik! @Zahid_Hamidi @cmlimguaneng @limkitsiang


Apa yang mampu GR katakan inilah contoh yang terbaik boleh diambil semua pemimpin di Malaysia. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim...tapi dia dan sesetengah pemimpin lain boleh faham ker?

Jika ada sebarang permasalah yang berlaku dalam senario politik di Malaysia tolak ke tepi. Apa yang penting bantu rakyat sehabis baik ketika rakyat memerlukan bantuan, apatah lagi ketika ditimpa musibah.

Setiap bencana yang berlaku di P.Pinang baru-baru ini, tidak semestinya dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Sebaliknya kita satu hati, berfikir bagaimana untuk selesaikan bersama masalah yang dihadapi. Rakyat yang ditimpa musibah semua pihak bersama untuk memberikan yang terbaik. 

Tengahari tadi selepas dari  menghadiri Majlis Perasmian Penjara Seberang Perai yang dilakukan oleh TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang berhampiran Nibong Tebal, DS Zahid Hamidi yang juga Menteri Kementerian Dalam Negeri sempat meluangkan masa hadir ke kawasan runtuhan rod penebat kilat di Menara UMNO P.Pinang.

Lihat video ini:




GR tabik pada DS Zahid Hamidi yang prihatin dengan apa yang terjadi pada keluarga mangsa yang ditimpa bencana. Tahniah juga pada Ketua Menteri P.Pinang yang memberikan kerjasama yang baik dalam membantu mangsa.


Seperti yang DS Zahid Hamidi tegaskan, walaupun berlainan parti dan ideologi  fahaman politik, perkara yang melibatkan hal kemanusiaan seperti tragedi ini perlulah semua bersatu. Itu yang paling penting.

Keprihatinan DS Zahid Hamidi terhadap tragedi ini amatlah dihargai termasuklah di kalangan majoriti kaum Cina di kawasan berhampiran tempat kejadian.

Terima kasih pada Lim Kit Siang, walaupun bukan ahli parlimen di P.Pinang tapi sanggup turun padang tapi alangkah baiknya beliau lebih fokus kebajikan dan hal ehwal masyarakat di Gelang Patah.


GR kata: Terima kasih pada pemimpin yang prihatin dengan kebajikan rakyat.

HOT: AJARAN SYIAH SEMAKIN MELUAS DI MALAYSIA! JAKIM TOLONG KUAT LAGI BUAT KERJA! @dsjamilkhir @NajibRazak


Ajaran Syiah menular di Malaysia, apa yang GR kasihankan anak-anak kecil yang belum tahu berfikir di ajar dengan fahaman Syiah. Ilmu agama Islam yang sebenar diajar di sekolah tentu mereka akan pertikaikan.

Kerajaan dah buat segala macam tindakan untuk membanteras ajaran Syiah ini. GR berharap sangat , sesiapa yang nampak atau mengetahui tentang aktiviti-aktiviti syiah ini, silalah laporkan kepada pihak berkenaan.

Mohon pihak JAKIM dan pihak berkuasa lebih kuat turun padang untuk membanteras ajaran sesat ini. Kita tidak mahu Malaysia dijadikan sarang ajaran Syiah yang sudah terang-terangan tidak berlandaskan sunnah Nabi S.A.W dan perintah Allah S.W.T

Ini pula video JAIS memburu kubu syiah. Bilangan mereka cukup ramai:



Dengan suara yang mendayu-dayu usah kita pula terpedaya dengan ajaran Syiah ini. Ajaran yang benar dalam Islam adalah ikut perintah Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W pasti kita akan berjaya dunia dan akhirat.


GR kata: Pada puak Syiah tu tak payah nak bangga sangat yer..segeralah bertaubat. Pintu taubat masih terbuka.
 

#PAU2013: Kalau Tak Sedar Diri Lagi, Alamatnya UMNO/BN Akan Bungkus! @NajibRazak @PMOMalaysia @MuhyiddinYassin


PRU12 dan 13 menyaksikan situasi perjuangan serta kemenangan BN yg berbeza. Di PRU 12, BN kehilangan 5 negeri (dengan Perak pulang kembali ke pangkuan BN menjadikan PR menguasai 4 negeri sehingga menjelangnya PRU 13) disebabkan ketidaksedaran jentera BN dgn kewujudan Cybertroopers PR yang begitu agresif mengaplikasikan perang saraf melalui alam Siber.

Dan kini baru kita tahu bahawasanya Cybertrooper PR ini telah wujud sekian lamanya seawal sekitar tahun 2008 lagi dan barulah kita kini didedahkan dengan kewujudan Red Beans Army tajaan penuh Parti DAP.

Menyingkap kembali PRU12, kerajaan kita gagal di 5 negeri. Dari titik perubahan itu, jentera & generasi tegar BN mulai sedar bahawa mereka juga perlu menggunakan media baru iaitu siber untuk menyerangbalas Cybertrooper PR/RBA ini utk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Namun, kita tahu kemenangan tipis BN di Perak dan Terengganu banyak memberi kesan yang dramatik. Kerja keras perlu dilaksanakan bagi memastikan kedua negeri tersebut dapat dikekalkan dalam penguasaan Parti BN.

Sementara ketua-ketua bahagian dan juga ketua-ketua cawangan haruslah mengenepikan rasa ego dan kepentingan masing-masing bagi menyelaraskan kerja-kerja yang masih tidak pernah selesai untuk rakyat yang sudah memilih mereka sebagai wakil mereka di PRU13 baru-baru ini.

Jika tidak keterlaluan, kepada ketua-ketua bahagian mahupun ketua-ketua cawangan berganding bahu dan bekerja samalah dengan generasi muda BN bagi memastikan kesenimbungan kerja di DUN atau kawasan masing-masing berjalan dengan lancar.

Elakkan hasad-dengki, cantas-mencantas atau pun main tikam belakang sesama sendiri. Budaya sedemikian tidak patut dipraktikkan malah ianya wajib sekali dihapuskan dalam minda kesemua ahli UMNO/BN yang sayangkan parti dan juga negara.

Peringatan juga pada orang lama atau veteran dalam UMNO dan komponen BN yang lain, lepaskanlah tanggungjawap kalian dengan rela hati kepada generasi muda. Mereka ini memerlukan sokongan serta tunjuk ajar kalian untuk memastikan roh parti keramat ini terus hidup serta masih relevan untuk kami bangsa melayu di bumi Malaysia ini.


Bersiap-sedialah menghadapi PRU14 walaupun ianya lagi 5 tahun ke hadapan. Ini adalah kerana perjuangan kali ini adalah suatu perjuangan yang lebih mencabar daripada yang lepas-lepas. Perjuangan di zaman siber ini menyaksikan pertembungan musuh di alam maya yang sangat agresif dan buas serta amat rakus membaham apa saja yang berkaitan dengan Melayu dan Islam.

Malah PRU14 ini menjadi semakin mencabar dengan adanya anasir-anasir dari luar negara yang hanya menunggu masa untuk mencampuri urusan pentadbiran serta mengugat kedaulatan undang-undang negara kita.

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pula musuh-musuh tersembunyi yang tidak disangka. Yakni, musuh dalam selimut dikalangan ahli parti UMNO-BN sendiri. Maka, UMNO-BN perlu bergerak pantas, berfikiran lebih ke hadapan, lebih efektif-agresif-konklusif dan berfikir di luar kotak.

Jangan hanya berfikir di bawah kepompong kita sendiri. Ambil pandangan semua pihak tak kira dari pelbagai lapisan masyarakat sekali pun demi mempertahankan agama, bangsa dan negara serta ke arah mencapai Wawasan 2020.

Perjuangan UMNO-BN tiada noktah, tiada berpenghujung selagi bangsa Melayu masih bertapak di muka bumi ini. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Jangan asyik syok sendiri jer yer..Buka mata, buka hati!

Sunday, June 16, 2013

Naikkan Tambang Bas Gila-Gila, Keselamatan Penumpang Boleh Jamin Ok Ker? @aduanSPAD @NajibRazak


Nak kaya cepat pun biarlah berpada-pada...sampai bila nak macam ni kalau berniaga jenis nak cekik darah. Walaupun masyarakat yang berpendapatan sederhana memerlukan perkhidmatan awam untuk pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Bila tiba musim perayaan mulalah pengusaha bas ekpress berlumba-lumba untuk menaikkan harga tambang bas mereka. Nak naik boleh tapi agak-agak jangan sampai tak munasabah. Bila aduan dibuat pada SPAD alasan yang sama diberikan akan menyiasat, sampai dah habis musim perayaan masalah tak selesai jugak. Di manakah silapnya? Siapa yang bertanggungjawab...masyarakat senang akan tuding jari pada Kerajaan yang tidak peka dengan masalah berbangkit.

Bila dah naik harga gila-gila tentulah untungnya pun gila-gila ye tak? Korang boleh baca penjelasan lebih detail DI SINI

Banyak kali dah peringatan diberikan pada pengusaha bas nie dan GR rasa diaorang ni tak makan saman dah. Jangan berikan AMARAN, sepatutnya tindakan harus diambil pada mereka yang keras kepala. Naik harga ikut kemampuan masyarakat yang gunakan perkhidmatan ini, jangan ikut tekak sendiri saja.

Apa yang penting keselamatan penumpang yang harus diperketatkan lagi. Dah banyak kali kita dengar asal musim perayaan saja, ada saja kemalangan maut yang melibatkan bas ekpress. Pihak syarikat harus sentiasa memantau keselamatan bas mereka dan yang paling penting pemandu bas ekpress mesti jauh dari penggunaan dadah. Jangan asyik nak kejar trip saja, nyawa penumpang ditangan anda.


SUNGAI SIPUT 15 Jun - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) diingatkan supaya tidak membuat keputusan sendiri menaikkan harga tambang sesuka hati sehingga 30 peratus tanpa memikirkan kebajikan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menegaskan, PMBOA tidak seharusnya memberi alasan kenaikan kos semata-mata kerana kerajaan selama ini banyak membantu mereka dalam mengurangkan beban operasi.

Sehubungan itu, beliau meminta persatuan tersebut mengkaji semula cadangan menaikkan harga tambang yang disifatkan amat mendadak terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Semua syarikat pengangkutan, kata beliau, perlu sedar pengguna juga mempunyai hak dan boleh memboikot perkhidmatan awam sehingga memberi kesan buruk kepada pengusaha bas.

"Saya lihat banyak pihak terutamanya rakyat membantah kenaikan sehingga 30 peratus. Kita minta mereka kaji semula, saya fikir adalah lebih baik jika kadar tambang sedia ada dikekalkan," katanya selepas majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan Ke-49 Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad di sini hari ini.

PMBOA sebelum ini dilaporkan mahu menaikkan kadar tambang bas ekspres mencecah 30 peratus dan memilih tidak menjual tiket seawal bulan Julai dan Ogos menjelang Hari Raya Aidilfitri selagi kerajaan tidak menuruti permintaan mereka.

Presiden PMBOA, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali sejajar dengan peningkatan kos operasi yang didakwa kini mencecah sehingga 36 peratus.

Menurut Hasan, syarikat pengusaha bas tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang tanpa merujuk kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Apatah lagi, tambah beliau, kerajaan memberi banyak bantuan terutama dalam konteks pengangkutan awam kepada pengusaha bas. - Utusan

GR kata: Naik harga jer nak salahkan Kerajaan...tak pikir guna otak ka??

GILA PANAS: ARTIS PEREMPUAN SANGGUP LAKONKAN WATAK BEROMEN?


Lama dah rasanya GR tak menulis tentang dunia hiburan artis tanahair, bukannya apa kalau asyik menulis tentang dunia politik pun bosan jugakkan.

Perkara yang lebih kurang sama bukannya pencacai pakatan haprak boleh terima kenyataan pun sebab 'Bapak' diaorang perangai sama jerk tak padan dengan dah tua. Tak sedar diri memang macam tu kan. Hi hi hi...

Dunia artis sememangnya ramai yang nak tahu, bukan tu saja...kadang-kadang sebilangan artis ini menjadi ikon pada anak muda dan menjadi ikutan mereka. Apa saja artis yang mereka suka buat atau fesyen tentu mereka akan ikut. Trend la katakan....betul tak?

Ini termasuk dengan artis gambar di atas, sebelum ini pernah cetuskan cerita panas dengan pakaiannya yang selamba dalam satu majlis yang diadakan. Nak tau apa lagi cerita panas pasal artis nie...bacalah lagi yer:

Bagi Miera Liyana, babak rogol yang dibawanya menerusi watak Sarah dalam filem Pecah adalah satu cabaran yang agak besar dalam dirinya, apatahlagi babak itu sahaja dilakukan berulang kali bersama dengan Zain Ruffedge yang membawakan watak Bakar.

Akur dengan pandangan serong masyarakat terhadap babak sedemikian, Meira yang kami temui di tayangan perdana filem Pecah sudah bersedia andaikata babak yang hanya beberapa saat itu akan dikritik dan menjadikan dirinya sekali lagi dihentam.

“Bagi Miera ok je dengan watak yang dirogol tu. Tapi tak tahulah pula dengan pandangan penonton macam mana nanti. Yang pasti babak sedemikian dilakukan hasil ‘Camera Tricks’. Nak kata ada sentuhan berlebihan diantara saya dan Zain dalam babak rogol itu memang tidak”

“Lagipun bila lakukan babak rogol bersama Zain, Miera memang tidak ada apa-apa perasaan pun masa tu. Cuma Miera akui jugalah yang babak ini agak mencabar kerana babak ini dilakukan sekitar jam 3 pagi dan untuk babak rogol seperti ini Miera kena pastikan tenaga yang ada pada waktu itu cukup. Ye la orang kena rogol mesti akan menjerit dan meronta dengan sekuat hati mereka” ujar Miera tersenyum.

GR kata:Lakonan yang mantap orang akan kenang sampai bila-bila.... 

Anugerah Blokbuster 2012 memang MELETOP! Tahniah Pada Pemenang!

Filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar membawa tuah buat pengarahnya apabila dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012.

Kemenangan itu membolehkan Hantu Kapcai terbitan Showbiz Sdn Bhd membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Hantu Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).

Sementara itu pengarah Dharma Harun Al-Rashid turut membuat kejutan apabila memenangi bagi kategori Direktor Baru Terhebat menerusi filem Adik Manja Returns.

Hadiah bagi anugerah PFM(Persatuan Filem Malaysia) yang diraih oleh penerbit David Teo dan Astro First Terhebat (Ombak Rindu) di sampaikan oleh presiden PFM iaitu Datuk Yusof Haslam dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Anugerah Blockbuster 2012 merupakan penganjuran buat kali kedua bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.

Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Antara filem-filem yang bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.

Acara itu telah berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Baru), Johor pukul 9.00 malam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2012:

1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai

2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)

3. Anugerah Direktor Baru Terhebat : Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja Returns)

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat : Hantu Kapcai

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Kapcai

6. Anugerah Filem Takut Terhebat : Sumpahan Kum Kum

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Aku Ada Kau Ada?

8. Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak (Hantu Kapcai)

9. Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin (3 Temujanji)

10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Sofi Jikan ( Jalan Kembali Bohsia 2)

11.Anugerah Lagu Tema Terhebat : Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)

12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue Islam (29 Februari)

13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Azura)

14.Anugerah PFM : David Teo

15.Anugerah Astro First Terhebat : Ombak Rindu

Artikel pelbagai