Lama dah rasanya GR tak menulis tentang dunia hiburan artis tanahair, bukannya apa kalau asyik menulis tentang dunia politik pun bosan jugakkan.
Perkara yang lebih kurang sama bukannya pencacai pakatan haprak boleh terima kenyataan pun sebab 'Bapak' diaorang perangai sama jerk tak padan dengan dah tua. Tak sedar diri memang macam tu kan. Hi hi hi...
Dunia artis sememangnya ramai yang nak tahu, bukan tu saja...kadang-kadang sebilangan artis ini menjadi ikon pada anak muda dan menjadi ikutan mereka. Apa saja artis yang mereka suka buat atau fesyen tentu mereka akan ikut. Trend la katakan....betul tak?
Ini termasuk dengan artis gambar di atas, sebelum ini pernah cetuskan cerita panas dengan pakaiannya yang selamba dalam satu majlis yang diadakan. Nak tau apa lagi cerita panas pasal artis nie...bacalah lagi yer:
Bagi Miera Liyana, babak rogol yang dibawanya menerusi watak Sarah dalam filem Pecah adalah satu cabaran yang agak besar dalam dirinya, apatahlagi babak itu sahaja dilakukan berulang kali bersama dengan Zain Ruffedge yang membawakan watak Bakar.
Akur dengan pandangan serong masyarakat terhadap babak sedemikian, Meira yang kami temui di tayangan perdana filem Pecah sudah bersedia andaikata babak yang hanya beberapa saat itu akan dikritik dan menjadikan dirinya sekali lagi dihentam.
“Bagi Miera ok je dengan watak yang dirogol tu. Tapi tak tahulah pula dengan pandangan penonton macam mana nanti. Yang pasti babak sedemikian dilakukan hasil ‘Camera Tricks’. Nak kata ada sentuhan berlebihan diantara saya dan Zain dalam babak rogol itu memang tidak”
“Lagipun bila lakukan babak rogol bersama Zain, Miera memang tidak ada apa-apa perasaan pun masa tu. Cuma Miera akui jugalah yang babak ini agak mencabar kerana babak ini dilakukan sekitar jam 3 pagi dan untuk babak rogol seperti ini Miera kena pastikan tenaga yang ada pada waktu itu cukup. Ye la orang kena rogol mesti akan menjerit dan meronta dengan sekuat hati mereka” ujar Miera tersenyum.
GR kata:Lakonan yang mantap orang akan kenang sampai bila-bila....
5 comments:
Ceq tutupla kepala dan badan tu...jgn tayang lurah dendam haram...
insya'allah...semoga suatu hari nanti ALLAH akan memberikan ...Miera Liyana
TAUFIQ dan HIDAYAH ... amin
amin...kita doakn yg terbaik utk semua.
insyaAllah nanti dia akan masuk isle & jd mcm abc abadi,boboi lokman atau calon pas jempol,jgn jeles..tunggukan harinya nanti
Pelakon pun mantap..haha
Post a Comment